- Bismillah -
Malam tadi aku dan seorang kawan ke Uniten. Hah aku sendiri pelik ape kaitan aku dan Uniten. Al kisah aku adalah memasuki sebuah pertandingan fotografi di situ. Panjang ceritanya mcm mana. Dan tak menang pape pun. Ok tapi itu semua aku tak kesah, yg aku kesah dan nak cerita adalah mengenai juri pertandingan yg mengadili gambar2 peserta.
Sangat menyesal tak bawak kamera kalau tak boleh tunjuk macam2. Jadi letak lah gambar tangan yg lawa ni dengan bunga ungu (xde bunga kuning kat rumah haha).
Aku mmg tak bagus sgt pun memandangkan aku pun xsampai setengah tahun baru terjun dalam bidang fotografi, dan aku takde lah serius sgt dan aku jugak tidak lah terikut-ikut sebab trend atau apa. Melainkan minat. Ada orang kata fotografi memerlukan komitmen yg tinggi dan sgt membazir. Aku akui peralatan fotografi tidaklah murah kerana rata2nya berharga beribu. Tapi itu lah bila dah jadi hobi. Mmg tak terkejut sesetengah orang sanggup menghabiskan duit sehingga beratus ribu untuk hobi. Tapi jika itu boleh mengembirakan meraka, melarikan diri dari tekanan kitaran hidup, dan dari membuat perkara2 yg lebih tidak berfaedah, aku rasa itu bukan satu masalah, selagi die mampu. Memang betul duit perlulah disimpan, untuk digunakan pada masa akan datang, memandangkan hidup ini sungguh misteri dan kitapun xtahu apa yg bakal terjadi , jadi perlu sentiasa bersedia. Tapi apa guna duit juga kalau tidak digunakan? Nikmat duit itu bila kita belanjakannya, baru ada harga. Pandailah merancang kewangan, bukan nk suruh membazir. Mungkin bagi kita, kita lebih gemar menabung segala duit yg kita dapat, mungkin kita rasa itu adalah terbaik untuk diri kita, tapi itu kita. Orang lain bukan kita. Lain orang lain caranya. Kita tak sama.
Ok berhenti melalut.
Kepada AJK yg terlibat yg akan baca entry nih, jgn amik hati eh, komen ikhlas ehehe~
Al kisah malam td adalah majlis penutup dan penyampaian hadiah dan juga di umumkan pemenang pertandingan. Untuk pertandingan ini, temanya adalah 1Malaysia. Pada awal majlis, juri yg mengadili gambar adalah memberi ucapan yg aku rasa macam sgt ...... (kalau aku ckp bodoh mcm tak baik pulak) kurang betul. Aku tak lah pakar tapi bila betul2 kau orang turun padang ambil gambar, kemudian orang komen gambar kau dan kau orang komen gambar orang, kemudian kau beli tiap2 bualan majalan fotografi dan baca dari kulit ke kulit dan kau selidik dan baca forum2 dan tutorial tentang fotografi, kau orang akan dapat tahu yg si juri bukan lah orang yg mengambil gambar sgt. Die mungkin tahu serba sedikit tentang asas fotografi, tapi die bukanlah photographer yg ambil kisah mcm2 pasal photography. Jadi secara tak langsung, kualiti dan standard pertandingan sedikit sebanyak akan jatuh.
Kalau lah aku bawak pen mmg aku catit satu2 die ckp. Tp aku tak bawak jadi aku cume tulis ape yg aku ingat mengenai apa yg dia cakap.
1. Keep a photo sharp
2. Get accurate exposure
3. Keep the subject sharp
4. Stick to the rule of third (ok ni die tak ckp tp aku tambah2)
5. Follow classic composition (ni pun aku tambah)
Ok, yg 5 ni adalah antara peraturan fotografi yg aku tak nak salahkan die, sbb kalau kau orang stick to these rules, gambar kau orang mmg akan boleh tahan. Tapi bak kata aku pun tak tahu sape, break the rules and take your creativity to new heights! Tapi aku sgt geram bila die seolah2 menekan kan sgt kene betul2 ikut peraturan2 tu. Itu sekadar panduan lah pakcik! Sapa kate kene ikut buta2?? Kau orang boleh tengok dalam Digital Camera Magazine issue 40, April 2009.
Ok kemudian die ada jugak kata.
1. Apa yg penting adalah description mengenai gambar dan nama gambar -.-'
Sepatutnya ape yang penting dalam gambar mestilah composition. Ape die ingat ini pertandingan mencipta logo ke ape. Merah maksudnye berani, kuning ketulusan hati -.-' . Dah nama pun gambar, mesti lah gambar dengan komposisi terbaik yg lebih diutamakan. Sebab komposisilah terhasilnya sesuatu gambar tuh. dan sbb ada tema, apa yg dipamerkan mestilah ada yg berkaitan kan. Kemudian ape kejadah mesti ada nama? Gambar ade name? Ok aku seryes tak paham. Ke maksud die gambar kene ada tajuk?? bagi aku sgt tak perlu sebab ini adalah pertandingan gambar, bukan selogan atau nama. Untuk sebuah gambar yg unik dan menarik, tak perlukan apa2 penjelasan atau description. Gambar itu sendiri ada maksud yg tersendiri yg akan difahami oleh orang yg melihatnya. Gambar yg mempunya penceritaan nya yg tersendiri adalah terbaik. Kau orang boleh tgk pertandingan besar2 seperti baru2 ini pertandingan fotografi di UK yg juga merupakan pertandingan terbesar di dunia sbb sape2 je boleh masuk satu dunia. Hadiahnya bula adalah berpuluh ribu pound! Mane ade nama2 dan description. Pertandingan gambar, gambar lah yg penting.
2.Sbb tema die 1Malaysia, si Juri terlalu menekan kan ..aspek dalam gambar, mesti ada melayu india dan cina. Siap bagi contoh lagi, gambar di sebuah air yg tenang dengan ade 3 sampan, 1 sampan besar membawa maksud melayu dan 2 sampan kecil sedikit yg mewakili cina dan india.
Sangatttttttttttt -.-' . Kamonlah ape kejadah nye 1Malaysia kalau sampan besar itu melayu. Patut samalah. Dan mmg lah melayu cina india majoriti tapi ini bukan 1MCI, ini 1Malaysia, jadi kaum2 lain pun kene ade jugak kalau die nak gamba skema2 kene ada semua kaum. Ok nak tahu tak gamba yg dapat no.1 macam mana dan ape sbb die menang? Sebab dalam gamba tu menggambarkan kat pasar dimana ada orang melayu dan cina sedang berurus niaga nak beli kacang rebus dan ada jugak jagung. Sbb menang bak kata juri, sbb ada melayu dan cina, so menggambarkan berbilang kaum. Gila racism kalau itu dah melambangkan kaum, mana bangsa2 lain? KEMUDIAN SBB ADA JAGUNG DALAM GAMBAR TU JADI JAGUNG MELAMBANGKAN MALAYSIA -.-'''''''''''''''''''''''''''''''''''''. Seryes aku tak paham juri tu. Kalau kata durian, teh tarik, roti canai, nasi lemak accepted la lagi. Ni ape pulak jagung?? Ape kat Malaysia je ke orang makan jagung??? Dan adakah jagung berasal dari Malaysia??? Apa die tak tengok movie ke macam dalam cerita ade alien, ada UFO mendapat kat ladang jagung yg sebesa lebih besa dari Malaysia? Ok tipu, tapi mmg sgt besa la..macam seluas mata memandang mcm sawah padi kat kedah.
3. Ini lebih menarik. Gambar yg mendapat tempat ke 3 adalah gambar pensil warna pelbagai warna kemudian ada gambar bendera Malaysia yg seolah2 dilukis menggunakan pensil warna tersebut. Dan juri tu kata, mcm pernah nampak gambar ini, jadi mcm tipu, bukan gambar asli. Jadi sbb tu letak no 3 dan bukan no 1. Kemudian siap cerita lagi yg berndera belakang tu intentionally di blur kan so nampak lagi lawa.
Ok sgt kelaka part die nk cakap pasal blur2 background mahupun foreground. Nampak sangat die tak tahu perkataan BOKEH dan DOF. Kamonlah Lee ngan Hajar ngan Tariq pun tahu, die siap jadi juri tak tahu pastu susah2 nk describe mcm orang yg tengok xtahu ape2. Dan aku tengok sebenarnye background bendera melaysia yg konon2nye out of focus tu, xde la jadi bokeh pun. Cume nampak terang je jd mcm tak se-vivid warna pensil warna. Bukan bokeh pun. Kemudian juri mempertikaikan keaslian gambar. Gambar macam itu kamonlah, bukan susah pun nak buat. Ape pulak tak ori pastu siap nak google2 lagi. Mungkin idea die dapat dari tgk gambar org, tapi gambar tetap lawa dan tak perlu mcm nk tuduh2 dan pertikai yg mcm peserta yg hantar gambar tu curi gambar orang. Ape daaa~
4. AJK ada tunjuk gambar2 yg peserta hanta dan gambar2 yg mcm finalis lah. Dan dari situ die pilih yg terbaik untuk dianugerahkan johan kedua dan ketiga.
Tapi masalahnye dari apa yg aku lihat, aku sgt tak paham atas kritiria apekah yg juri itu pilih. Terang lagi nyata banyak lagi gambar2 yg lebih lawa dari yg mendapat kemengangan. Ada satu gamba tu, sgt menarik menunjukkan seorang budak kecil yg dijulang sambil die mengibarkan jalur gemililang. Selain komposisi yang menarik, dof nya juga terbaik. malah kualiti gambar juga bagus dan tiada noise. Sgt tak faham. Nak kata gambar yg mengikut tema menang pun mcm tak jugak. Gambar kedua lagi pelik. Gambar banyang2 ada 5 atau 6 orang. Si juri tu kata gamba silhouette itu lebih menarik juga ada gaya2 tertentu dibuat. Ok lah kan. Tapi ape pulak die komen2 kat banggunan belakang tu. Xsemestinya bile ambil gambar kene ambil penuh. Dalam fotografi ada juga istilah compressed perspective. Nampak tak bertapa si juri mcm cube menyempitkan fotografi itu sendiri. Sangat tak paham.
5. Kemudian si juri macam bg tips untuk ambil gambar yg mcm boleh menang dalam pertandingan ni. Die suruh solek lawa pakai baju best2 aka mcm dalam studio lah.
Nampak tak die menyempitkan lagi fotografi. Xsemua gambar perlu di ambil dengan begitu rancang dan tetili dan posing2. Kene ada pelakon dan costume semua. Majoriti gambar2 yg menarik datang dari candid, lebih asli dan lebih nampak jalan penceritaannya. Melainkan portaritlah. Dan bila die sebut pelakon costume sume, nampak tak die mcm fokus lagi nak amik gambar orang melayu cina india jeeee. Sampan2 yg die bg contoh td pun da takde
Ok ni je kot yg aku ingat. Sayang aku tak catit dan tak beri perhatian semasa si juri bercakap. Oh mcm menarik pulak komen2 penilaian orang lain. Ke mcm jahat dan mcm sombong? ehehe
Tapi itulah yg aku nampak. Kalau boleh biarlah yg betul2 pakar dan berpengetahuan yg mengadili sesuatu kalau tak mmg jatuhlah standard sesuatu pertandingan. Dan untuk gambar2 yg dihantar pula, jika boleh biarlah ada kualiti. Maksudnye tak semudah itu sahaja untuk hantar gambar. Paling kurang resolusi gambar biarlah lebih besar suapa bila papar pada skrin, nampak cantik. Masukkan dalam syarat2 pertandingan. Biasanya resolusi gambar mmg wajib ada. Jadi dari sini kualiti gambar2 yg dihantar akan lebih baik seterusnya menaikkan lagi standar pertandingan. Kalau gambar2 yg di hantar byk sekali pun, tapi semuanya mcm sesiapa sahaja boleh ambil dan diamana2 sahaja dengan mudah, kan mcm xbest. Biarlah gambar2 yg dihanta adalah betul2 yg terbaik dari seseorang photographer, pertandingan nampak lebih sengit dan semestinya lebih menarik.
Tapi ini masalah bila tak ramai yg betul2 minat ambil gambar.. Jadi selain pertandingan, rasanye lebih menarik kalau buat program untuk keluar photoshoot. sebagai contoh, trip je melaka atau mana2 tempat perlancongan dan buat kem fotografi. Hutan Simpan pun menarik. Kalau kau orang minat dan ada flickr, mmg akan nampak byk kem2 mcm ni orang buat utk improve skill masing2. Lepas belajar teori, terus turun padang ambil gambar terus. Xpun sambil belajar sambil buat. Kemudian hujung sem baru buat pertandingan. Ini idea je lah. Mungkin korang da buat mungkin belum. Kalau tak nak buat kem pun, boleh keluar saja2 ambil gambar, sebagai contoh ke Bukit Broga. Dan untuk belajar lagi, ada flickr adalah sgt bagus. Pengalaman aku bila orang komen gamab2 kita dan kita tgk dan komen gambar2 orang, byk kita boleh belajar dan senang untuk maju. Tengok mcm kak Amer. Gamba die skrg da ade pengomen tetap da. Fav2 tayah cite aa. siap da ada 6 7 8 da. Xlama lagi explore lah tuh ehehe~
- Alhamdulillah -
12 comments:
aku sokong kamu.hehehe.
byknye ketidak puasan hati ko..
hahaha..
sila tangkap gambar dgn hati yg genbira~~
hahaha.tak perlu kot nak terasa ngn 'org' tu ckp..
xpe..u xyah risau sebab ada org account tlg jaga kan duit u kan?ACCA lagi..
hahahahahahahaha~
ajk =D
gembira jee...ceni la ko kan g broga tak ajak akuuuuu =<
-.-'
oh dan satu lagi..
xsalah nak berhobi..tapi tanggungjawab yg lain perlu diingat juga..
jgn yg dikejar xdpt,yg dikendong berciciran..tak gitu encik musaf?
:)
xpaham
+_+
byknye bebel. nak tgk gmbr2 org yg msok ptandingaannnnnn.
tadi kan sye jumpe tj tulis mcmni "lebih 10 tahun dlm bidang rekabentuk laman web dan photography. photgrapher college"
ktorg dah pnah kluar amik gmba. tapi cmtula.
saye baca sambil membayangi wajah abg yg emo mcm semalam. klu biar boleh bawak mengamuk gayanya.
haha! ade akauntan yg jaga kewangan. mslhnye akauntan tu pun tak reti simpan duit sndr. kena diajar
seryesss die da 10 tahun dalam bidang photographyyy???? tgk sket gamba dieeeeeeee *menede emo*
kene keluar lagi byk dan pegi tempat lagi menarik. Buat lah flickr masing2.
-.- tak emooo okkkaaaayyyy
agaklaaa..abg yg kene aja byk ade laaa -.-
die yg kate. saye tulis balik je.
emoo jugak. tanye kawan abg tu. muke tak puas hati tu yg mahal tu.
budak kecik tak matang lagi.
ps. kawan sy ckp muke abg takde muke dokter langsung. mcmne tu?
kalo stakat amik gamba macam tu macam tuje abg pun dr sekolah rendah lagi. ni maksud abg betul2 punye amik gambar. bile kita mula pk pasal composition, tome, exposure, angle etc gambar yg kite amik. BUkan point n shoot je. lain cik adik oi.
memang.
hahaha biasalah abg kan cool dan penuh misteri nagahaa~ ^_____^ <--muke cool
(kene lagi ceramah) saye tak taaauu...dia yg tulis.
memang.
eyu +_+
Post a Comment