.

Wednesday, November 28, 2007

teruskan....

Sahabat...ayuh kita teruskan perjuangan kita...

biarpun banyak yg perlu kita lakukan....
biarpun habis masa kita luangkan..

biarpun penuh ujian dan cabaran...
biarpun kita terpaksa berkorban...

biarpun kita mungkin terkorban...
jangan sesekali kita berputus asa...

ayuh bangkit semula...

kita teruskan perjuangan ini....
walaupun penghujung belum pasti..




_________________________
kisah bilik H48, kolej kediaman k-6, universiti malaya

-sekian-

Tuesday, November 27, 2007

thE laSt aiRbandEr


Aku da gile aVatar..wahaha. Minggu lepas aku exam, 3 hari lamanya. Tp seksanya berminggu2 sblm exam lg. Yang paling best ktrg xde cuti langsung. Apa boleh buat, sape suh amik medic Um..hahah.. Budak 1st year skrg tgh exam sampai kamis. Kemudian derang cuti seminggu setengah. Org tua 4th yearpun baru lps exam dan derang cuti sebulan. Nampaknya batch ktrg sgt rajin.

Friday, November 23, 2007

Schistosoma haematobium

sepanjang hidup, bg aku inilah exam paling susah penah aku jawab dan kali ni jugaklah aku jadi paling rajin. Tp ..... T_T
.


Wednesday, November 21, 2007

Vibrio cholera

Hari demi hari terus berlalu, aku masih tetap aku. Hidup yang penuh dengan dengan cara berfikir, cara melaksana dan emosi yg tak tentu hala. Kadang2 aku rasa hidup aku sungguh sibuk dan penuh, tapi skrg aku rasa aku hidup didalam dunia yg kosong. Aku........T_T
.
PIL MENGURUSKAN BADAN. Dalam istilah bidang dunia perubatan, apa2 chemical substance yang org amik sebagai ubat dipanggil drug. Ubat ni, walau sebaik manapun kesannya, pasti ada keburukannya. Sebelum kita ambil apa2 ubat, apa kata kita usya sket info2 pasal ubat nih.
.
Bagi setiap ubat yg kita ambil, ubat2 ni akan melalui pelbagai proses, 4 yg utama adalah Absorption, Distribution, Metabolism and Excretion. Bergantung kepada kelarutan sesuatu ubat dalam lemak, ubat2 ni boleh diberi dengan pelbagai cara. melalui bontot, melalui mulut, melalui hidung, melalui kulit, menembusi kulit dan lain2. Setiap ubat ni ada half-life, ala-ala2 nyawa la gitu, sbb ubat2 ni akan sentiasa dibuang dan di metabolismakan oleh badan. Dan juga kene tahu, yang ubat2 ni ade beratus mungkin beribu cara mcm mana dia boleh memberi kesan kepada badan.
.
Selain itu, setiap ubat ade tahap keselamatan dose die, kita panggil therapeutic value. Dan kene tahu la, ubat yg diambil berlebihan akan memberikan kesan yg memudaratkan. Aku terkejut bile denga ade org kata, misalannnya.."ubat ni bagus..amik la banyak2 sket supaya kesan die lagi cepat, berpanjangan, dan lebih ummpphh!!!"...haaa.. ye la sangat. Mati cepat lagi ada la. Nak amik apa2 ubat2, sila mendapatkan info mengenai dose yg sepatutnya di ambil. Dan untuk setiap ubat juga, ada kesan sampingan walaupun diambil pada dose yg betul, samada sikit sampai kita tak perasa atau kesan sampingan yg over yg membenarkan kita ambil dalam keadaan terpaksa atau da xde pilihan.
.
Aku takde la blaja pasal ubat menguruskan badan, ubat utk kurangkan kolestrol dan lemak dalam badan ada la. Tapi ubat2 ni d ambil jika paras lamak atau kolestrol berlebihan. Tolonglah tahu yg kolestrol dan lemak sangat penting untuk badan yg sihat, cume yg tak eloknya jika berlebihan. Apa2 pun, jika anda berniat untuk menuruskan badan, buatlah cara semula jadi, kurangkan mengambil makanan berlemak tinggi, makan banyak sayur dan banyakkan senaman. Sume org tahu. Biar lambat asal selamat. Lagipun bile kita buat dengan cara semula jadi, badan kita akan menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Ketahuilah, makin cepat anda menguruskan badan, makin cepat anda boleh gemuk semula....
.
Antara ubat2 yg biasa org gune ...
1. Ubat yg menghalang penyerapan lemak dalam usus
2. Ubat yg menurunkan LDL dan menaikkan HDL

Banyak lagi tapi tak silap aku itu untuk kolestrol dan lain2 proses dan biasanya digunakan kalau ada paras lemak tak normal dalam badan. Patut tanya org yg berkecimpung dalam drug world laaa...aka budak farmasi.
.
taaa~ (aku senanyer tak mood nah mengapdet)