.

Friday, January 15, 2010

Hari Asyura

- Bismillah -

Lokasi : Kawasan Tengah2 Asrama, Asrama Fakulti Perubatan Cawangan Klang, Universiti Malaya
Masa : 9 malam - 11 malam
Tarikh : 14 Januari 2010
Hari : Khamis
Penganjur : Ntah. Tapi kawan2 aku lah
Penglibatan : Semua pelajar Fasa 3, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, tak kira bangsa dan agama
Motif : Menyambut Hari Asyura dengan memakan bubur Asyura (?) dan merapatkan silaturrahim antara semua pelajar .... kot.


 Dimulakan dengan makan. Dan merupakan waktu paling ramai orang turun. Menu : Murtabak, Bubur Ayusra (Bubur Ayam), Karipap, air Oren dan air Kopi 'O'.

 
 Kemudian ada pelbagai acara yang aku pun tak pasti apa, sebab sibuk makan dan menjawab soalan. Soalan Kuiz. Ada kuiz yg aku dapat no.6 dari 7 tempat. Soalan2 kuiz nya adalah :
1. Namakan 7 jenis pisang
2. Nama Menteri Kesihatan Malaysia yang terbaru
3. Nama plenet2 mengikut turutan
4. Berapa huruf ada dalam tulisan jawi
5. Nama Pemimpin negara2 yang mempunyai kuasa Veto
6. Asal usul Ikan Patin dikaitkan dengan bandar mana?

Antara sebab kenapa aku dapat no.6 adalah, aku salah no.1. Bedasarkan wikipedia Bahasa Melayu, boleh jumpa lebih seratus nama pisang. Jadi aku amik je lah randomly yg mana, dan aku rasa derang pun xtahu semua nama jadi apa yg derang x tahu kire salah lah. Kemudian soalan no.3, aku tak letak planet Pluto. Sebab pada tahun 2006, Pluto ditarik balik sebagai planet atas sebab2 tak cukup kriteria untuk menjadi sebuah planet. Tapi pengadil nampak gayanya tak tahu. No.4, aku jawab 37 sebab aku masuk kan sekali cha sume tuh, dan yg tu derang ak kira sebagai huruf. Dan last skali aku salah no.5 sbb aku tulis nama negara je, soalan sebenar nak nama pemimpin negara2 tu. Ni la akibat sibuk makan je.

 
 Kemudian ada juga sambutan hari lahir untuk babies of January.

 
 Ada juga pertandingan kupas bawang paling laju.

 
 Makan buah nenas paling laju. Sebelum makan kene baca doa makan dan selepas makan kene baca doa selepas makan. Salah seorang kawan aku, Mael, baca doa bangun tidur haha.

 
 Hadiah. Aku dapat yg depan kiri skali tuh. Banyak jeli.


- Alhamdulillah -

No comments: