.

Tuesday, August 31, 2010

Iftar Medic Muslim



Sunday, August 29, 2010

Story of Money

Dinar dan Dirham - YB. DATO HAJI HUSAM BIN MUSA



_______________________________________________________



part 1


part 2





____________________________________________




SILA FOKUS PADA MINIT 1:16!!!



Saturday, August 28, 2010

Cucu2 Tok Ros

- Bismillah -


Semua gambar diambil pada 27/8/2010 (Jumaat) di rumah Tok Lang, Gombak.

Madihah (Baby Irin)
Gaya berfikir
Gaya konon2 da matang
Gaya nk mengada-ngada
Skrg sgt pantas merangkak. Da pandai jalan tapi malas. Nak merangkak je.
Pandang jeling
Fiefa
Gaya dewasa yg gembira
Gaya rajin
Gaya konon2 mcm artis. Fiefa skrg kuat berlari. Xduduk diam. Sgt susa nk amik gamba die.
?
Munief (abg kepada fiefa)
Setiap kali jumpe die badan mesti 2 kali ganda besa. Ape la agak2nye daddy ngan mummy die bg makan
Munief dan adiknya fiefa mempunyai bulu mata yg agak lebat berbanding dari ahli keluarga yg lain.
Arif. Ini adalah dua pupu kepada Irin, Fiefa dan Munief. Pendiam dan malu2
Ini pula adik Arif bersama mummy Irin.

2 lagi cucu Tok Ros, Wafa' dan Miqdad takde ...eh 3 sbenarnye. Lagi 1, baby dalam perut yg nak keluar dah dalam masa sebulan nih. Nama die tatau lagi ape. Derang kat Melaka. Daddy derang biasa byk keje. Jadi jarang2 balik.


- Alhamdulillah -

Thursday, August 26, 2010

Random

- Bismillah -

I love Kudos with m&m's chocolate bars more than you

xsedap

sedap

Ini roti ada itu orang bg sama penulis utk berbuka/sahur. Tapi itu pagi penulis ingin bersahur tgk tarikh da expired 2 hari lepas.

Ini hari itu b4 balik UM penulis pergi mengambil gambar sbb kolej kata nak gambar bykkkkk! Skali xgune langsung sampai skrg. Gemuk lah kolej

Antara menu sahur penulis


Bawah2 ini pula gambar baru ambil tadi sekitar jam 930 malam 26/8/2010. Tiba2 ada staff nurse dar PPUM setup meja kerusi utk derma darah. Nampak sgt belakalan darah kat PPUM da kritikal. Biasalah bulan puasa, kurang org nk pergi menderma. Jadi mangsa2 nak sedut darah paling dekat kolej budak2 medic lah.

Percubaan menangkap gambar tangan sendiri adalah sgt susah.
Tangan orang sebelah
Orang depan atau dihujung kaki ku


- Alhamdulillah -


Tuesday, August 24, 2010

Pergi ke tak pergi??

- Bismillah -
 
Adalah menjadi tanggung jawab biasanya seorang pegawai kesihatan menasihati orang ramai untuk datang berjumpa doktor jika ada sebarang masalah kesihatan. Namun sering aku mendengar keluhan dari patient yg datang ke hospital. Kesal kerana datang ke hospital. Ini salah satu contoh kisahnya..

Al kisah seorang pakcik nih berumur 69 tahun. Sihat Alhamdulillah. Jarang2 sakit. Namun beliau ada kencing manis dan darah tinggi. Katanya biasalah dah tua. Terima je lah. Demam beberapa hari membuatkan anaknya risau. Namun pakcik ini degil untuk berjumpa doktor. Baiklah nanti katanya. Tapi mengenangkan anak sulongnya yg banyak berkorban untuk keluarga, akhirnya pakcik bersetuju untuk ke klinik rawatan harian. Namun sudah jatuh ditimpa tangga, kini sudah hampir sebulan didalam wad. Selain Kencing manis dan darah tinggi, beliau sudah ada kegagalan buah pinggang, cerebral infact, silent Myocardial infarction, heart failure dan COAD. Kata pakcik "kalau pakcik tak pegi jumpa doktor haritu, mesti pakcik tgh gembira lagi dengan cucu2 pakcik, kebun pakcik, kawan2 pakcik. Kalau pakcik matipun lepas itu, pakcik gembira. Skrg susah, semua orang dah risau". Pakcik mengeluh panjang.

Rasanya banyak lagi kisah lain, yg kadang2 seseorang itu mmg free symptoms. Hidup seperti biasa, gembira seperti biasa. Kalau ada pun sikit2 je lah yg ringan2. Tapi sbb pergi jumpa doktor macam2 jumpa. Kadang2 muda bekerjaya dan hidup ceria, pergi jumpe doktor hah amik ko ada kanser. Terus down. Ada yg prognosis mmg sgt tak bagus. Terus rasa hidup sungguh malang. Nasib tak menyelebelahi diri. Tak boleh buat itu ini. Masuk waiting list yg umpama tiada harapan. Paling teruk jika menghitung saat hari.

Aku pun tak tahu lah nk cakap atau komen macam mana. Sebab tak semua orang bahagia bila tiada sakit. Tak semua orang bersemangat teruskan hidup bila tahu xde maslah kesihatan. Ada orang lebih rela, suka, gembira dan bersemangat meneruskan hidup bila tidak tahu yg dia ada apa2 sakit serius. Biarkan sahaja. Sebab bila dah tahu, kemudian sakit itu teruk dan begitu serius, bukan sahaja fizikal yg dah tak sihat, tapi mental dan semangat utk hidup seperti biasa juga tidak sihat dan silap2 terus dah takde semangat nak teruskan kehidupan. Kerja, anak isteri, cucu, kawan2, rumah, harta etc semua dah tak bermakna. Dan terdengar lah keluhan sebegini "Kalaulah pakcik xpergi jumpa doktor haritu.."

Apa2 pun, terima atau tidak kita, itulah takdir. Sebab dah berlaku, nk redha pun tak gune dah. Baik redha je. Tapi apa2 pun, aku tetap nk menasihatkan untuk tetap berjumpa doc. Sebab walau serius manapun sakit kita, boleh jadi sudah ada penawarnya, kita sahaja tidak tahu. Kalau pun tiada, mungkin Tuhan nk kita berusaha. Kalau takde juga, itulah ujian untuk kita. Apa2pun, itulah penting untuk kita dari mula, masa muda2 sehat dan kuat ini untuk jaga kesihatan. Bukan dah tua je baru nk jaga. Cegah dari awal dan buat lah screening apa2 yg patut kalau2 kita ada risiko. Nak tahu kita ada risiko ke tidak, bertanyalah kepada yg berkenaan atau byklah membaca. Namun kalau tiba2 kita di uji juga, mmg Tuhan sayangkan kita sungguh lah itu maknanya.

- Alhamdulillah -

Monday, August 23, 2010

Thursday, August 19, 2010

Cadangan bernas

- Bismillah -

Ditujukan kepada semua umumnya dan kepada sesiapa yg agak2 akan memberi aku duit raya kelak khususnya :

Ape kata nanti bg duit raya dalam Dirham dan Dinar ehehehehe. Apa? Kat mana nak beli? Oh tayah pegi sampai kelantan, lawati http://www.nubex.com.my/v2/contact_us.php . Dan budget duit raya yg nk diberi masih sama, sebagai contoh kalau biasa beri RM10 atau RM15, boleh ganti beri 1 Dirham y berharga RM13 buat masa ini.  Kalau biasa beri RM50, mungkin boleh tukar dengan 2 keping 2 Dirham yg berharga RM26 setiap satu. Kalau nk beri 5 Dirham (RM65) terus pun oke jer =D.

19/8/2010, 21:00

1/2 Dinar :: RM 294
1 Dinar :: RM 588
2 Dinar :: RM 1 176
5 Dinar :: RM 2 940
8 Dinar :: RM 4704


1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260
 
Aku tak igt raya tahun lepas atau tahun lepas lepas. Ada orang beri aku RM300. Aku lebih gembira kalau dapat 1/2 Dinar =D. Jadi sempena Ramadhan ini dan Syawal yg bakal menjelma, marilah sama2 kita mengembirakan orang lain dengan Dirham, dan sesungguhnya lebih gembira jika Dinar =D.


- Alhamdulillah -

Dinar




Kenapa Public Dinar nak sgt kne ada certificate untuk jual balik dinar mereka? Aku rasa ini salah satu kekurangan berbanding kalau beli dinar lain atau emas dalam bentuk barang kemas. Nilai emas tidak akan kurang hanya sebab takde sijil dan emas boleh dikatakan laku di mana2. Seperti post aku yg 2 sblm ini yg aku ambil dari http://www.nubex.com.my/v2/contact_us.php. Jadi buat masa ini aku merasakan Dinar Kelantan lebih berbaloi memandangkan tiada sijil dan penggunaannya lebih meluas dalam industri 'tukar barang' atau jual beli. Aku tak rasa org guna Public Dinar untuk jual beli, melainkan untuk disimpan sebagai harta mahupun pusaka. Sbb kalau guna utk jual beli atau tukar barang, ape gune sijil? Malah jika sijil hilang, nk jual balik kene denda. Dan Dinar Kelantan atau Dinar Muslim juga lebih murah dari Public Dinar beberapa ringgit.

Yang aku nampak buat masa ini, 1 je kelebihan Public Dinar. Harga die beli balik lebih tinggi dari Dinar Kelantan atau Dinar Muslim. Itupun kalau sijil tak hilanglah. Logiknya kalau beli emas untuk simpan mesti bertahun-tahun. Mungkin puluhan. Dan masa diperlukan untuk jual balik Public Dinar dan dapat duit adalah 1 hari bekerja =O, seperti yg dinyatakan dalam websitenya. Maksudnye nk jual harini esk baru boleh dapat ke? Aku yakin orang yg jual emas ini nk guna duit cepat, sbb kalau jual saje2 adalah sgt membazir.

Pada waktu aku tulis ini, 19/8/2010, 10:40 malam.
HARGA BELI
1 Dinar Public Dinar RM 589.00
1 Dinar Kelantan RM 588.00
1 Dinar Muslim RM 566.00

HARGA JUAL
1 Dinar Public Dinar RM 554.00
1 Dinar Kelantan RM 530.00
1 Dinar Muslim RM 526.65


Wednesday, August 18, 2010

Untuk baby Khayrat

- Bismillah -

Untuk tatapan daddy dan mummy Khayrat dan jugak Khayrat. Maaf lambat sedikit. Nanti Uncle Musaf bagi link utk download full album kenduri aqiqah hari tuh. Al kisah Uncle Musaf kne culik sekejap untuk amik gamba Mummy dan Daddy Khayrat. Gamba ala2 penganting gitu. Pastu Khayrat pun mesti la nak jugak. Kemudian last skali amik gamba family besa Khayrat termasuk kazen, uncle2 dan aunties dan juga wan n tok.

 
 
 

Memandangkan Khayrat pakai suit, so byk contrast. Seronok pulak uncle Musaf main B&W.Tapi tade la sume. Ada jugak yg ada warna. Memandangkan gambar Khayrat sgt banyak, uncle letak sikit je la yeerr.

 
 


Yang bawah ni kazen Khayrat kot

 
 


Bawah2 ni pula random shoot masa sesi bergambar satu family.

 


 - Alhamdulillah -

Tuesday, August 17, 2010

1 Dinar = RM593 (17/8/2010)


Baru 2 hari lepas aku cek harga 1 Dinar RM581. Hari ni cek dah RM593.

Antara tempat terdekat untuk beli dinar kelantan. Ada kawan2 aku yg buat business sudah mula menggunakan Dirham dan Dinar dalam perniagaan mereka =O


http://www.nubex.com.my/v2/contact_us.php


Kelantan Dinar?

This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency.  Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven’t known what is their Deen.  The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah’s Revelation and Rasul’s Sunnah.
Source: dinarkel

917 Gold?

While pure gold is 24 carat, 917 means it is 22 carat. That is 91.7% pure gold and the rest includes metals like copper and silver. Metal in its purest state is very soft and impractical for making jewels. To create jewelry that is practically wearable, gold has to be alloyed with other harder metals in the required proportions to make it malleable and durable.

For the dinar to be circulated—“changing hand to hand”, it must be durable hence 917 gold is much more preferable than pure gold.
Although the price of 917 gold is less than 999 gold, it does not diminish the value because gold is gold. The Krugerrand is the example where 916 gold coins is priced the same as 999 gold coins such as Maple Leaf and Australian Kangaroo.

No Certificate?

The issuance of certificate is discretion of the refineries. Most of world gold coins (Maple Leaf, Australian Kangaroo, Krugerrand, etc) are minted and sold without the certificate. Their value still holds even without the certificate.


Saturday, August 14, 2010

Emas dinar, dirham perak bukan matawang

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama semalam berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak sebagai matawang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu.

"Siapa yang kata (ini matawang). Kita tidak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, beliau hadir ke majlis pelancaran tersebut semalam dan tidak mendengar menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan emas dan perak itu sebagai matawang.

"Mungkin (Bernama) terlalu terkejut dengan berita itu dan hendak buat sensasi. Kita pun tak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi nilainya itu ada," katanya lagi.

Jelaskan, dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.

"Di mana-mana negara pun, (pertukaran barang) ini dibenarkan. Contohnya kalau seseorang itu ada wau, dia hendak gunakan untuk tukar dengan beras. Kalau ada orang setuju, dia bolehlah guna untuk tukar dengan beras," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan, Datuk Awang Adek Hussein berhubung pelancaran dinar dan dirham tersebut. Baca lagi...


Thursday, August 12, 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham






Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini. Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Baca lagi..

dan lagi.....
Seronoknye Kelantannn T_T. Kalau diteruskan dan mendapat sambutan baik, Kelantan pasti akan menjadi negeri yg maju kelak dengan ekonominya yg lebih kukuh. Andai kata sistem matawang Islam ini berkembang semula, orang atau negara terakhir yg memegang wang kertas, adalah orang atau negara yg paling rugi dan bodoh. Kertas tetap kertas, dengan nilai atau harga yg sgt rendah dan sedikit.

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)


Love Allah Love Rasul

- Bismillah -

Aku baru tahu Inteam ada lagu yg bukan cinta sayang kasih etc yg sedap untuk didengar haha. Aku terjumpa selepas membuka blog adik #5. Biasalah ahli KTI~ Oh sebut pasal KTI, masa aku ngan Tariq jd fesi budak sekolah join geng2 KTI, masa mula2 jumpe salah sorang geng KTI, Tariq pun berkata : "Kitorang bukan KTI tapi kitorang tahu la KTI tu ape". Aku dah nk tersembur dah sbb 3 saat sebelum itu aku baru beri tahu kat die KTI tu ape. Die pun satu, tayah la kot nk mention mende tu. Nampak sgt baru tahu -.-'. So mcm 3 minit selepas itu mcm masing2 diam awkward.


Ini adalah lagu yg aku terdengar itu..


Setelah membuat pertanyaan kepada encik Google, rupanya lagu ini antara lagu dalam album terbaru Inteam untuk keluaran album 2010, Inteam - Love Allah Love Rasul. Sedap juga lagu2nya. Aku rasa album ni mcm da lama da kut keluar sbb aku ada la terperasan beberapa lagu yg aku dah berulang kali dengar kat IKIM. Cuma masa dengar kat radio aku tatau la lagu ape, layankan saja. Skrg dah boleh ckp, "Oh lagu inteam rupanye". Sebelum ni setiap kali aku denga adik aku denga lagu inteam dalam hati mesti mcm ckp, "euuwwwww inteam". Takde la ckp kuat2 kang kecik ati lak kan. Tapi sbb skrg lagu inteam da mcm takde cintan cintun kasih syang cinta kekasih dan aku merasakan lebih bermanafaat, maka aku dah tak ckp mcm tu dan skrg aku pun mcm da layan dengar jugak. Adakah aku patut join KTI juga?



Download full album here~

InTeam - Love Allah (2010)
http://rapidshare.com/files/412403848/In_Team_-_Love_Allah_Love_Rasul__2010_.rar.html

Kemudian aku terjumpa juga lagu ini. Tatau la Album tahun bila punye. Pun mcm ok juga.
Inteam & Unique - Nur Muhammad
http://rapidshare.com/files/412404017/Inteam___Unique_-_Nur_Muhammad.rar.html

Dan baru2 ini aku ada byk upload lagu2 nasyeed dan Al-Quran mp3. Ada yg org request ada yg aku mcm saje2 nk upload. Sila2 lah jenguk dan jika berminat silalah download.
http://musaf-dd.blogspot.com/


- Alhamdulillah -

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem




Tuesday, August 10, 2010

Content aware



Bahagian langit atas itu adalah sgt palsu. Buat sendiri menggunakan photoshop. Xde la kemas sgt. Tapi boleh kemaskan secara manual. Ikut kerumitan sesuatu gambar. Makin simple makin menjadi. Makin ada pattern makin menjadi.

Gambar asal
Gambar yg ditambah atasnya