.

Friday, January 11, 2008

FINALIS 07 - the event

Jumaat, 11 Januari 2008. 0955
.
Semalam aku menghadiri satu mensyuarat untuk kempen kesihatan yg bakal diadakan pada 2 Februari nanti di Saujana Utama, Sungai Buloh Kuala Selangor dengan PIBG2 sekolah, wakil2 sekolah dan wakil2 penduduk. Sangat banyak yg perlu difikirkan memandangkan program kali ini boleh kata agak besar dan bg aku ini adalah aktiviti terbesar yg aku terlibat secara langsung yg melibatkan pengunjung yg sgt ramai. Anggaran Pengunjung adalah lebih 10 000 orang memandangkan publisiti yg dilakukan besar-besaran dan tempat berlakunya program adalah dikawasan perumahan yg mempunyai bilangan penduduk lebih 20 000 orang. Program ini juga dilakukan dengan banyak pihak dan agensi2 luar. Asal Program ini akan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan kita tp apakan daya kejadian itu telah berlaku menyebabkan perasmi ditukar kepada ahli parlimen kuala Selangor. Sgt berterima kasih kpd YB kerana memasukkan program ini under salah satu aktiviti wakil rakyat, yg paling penting masuk bajet mereka skali. Yeay!!!
.
Bila meeting dengan orang2 besar dan org2 yg berpengalaman dalam memimpin sekelompok org yg sgt ramai, mindaku terbuka. Sangat hebat mereka ini. Berpandangan jauh dan idea masing2 sgt bernas. Selepas 2 jam meeting, aku, kawan2 dan penyelia kolej bergegas pulang ke kolej sbb malam itu ada FINALIS.
.
Aku asa kalau ada anugerah untuk pentas terbaik antara aktiviti2 FIS, FINALIS no.1
.

Selepas habis 9 org bertanding, tibalah saat2 yg dinantikan. Abg muadz membuat persembahan solo untuk lagu baitul maqdis dan berduet dengan dak mie utk lagu hijrah. Aku sgt suka lagu hijrah~
.Seterusnya persembahan uoleh Nazrey Johari. Memule die buat persembahan solo kemudian anaknya Syafika join sama berduet membawa lagu. Mcm biasa, Abg Nazrey punye lagu sgt sedap didengar dan msg yg disampaikan jelas tujuannya.
.
Tahun ini keputusan pertandingan agak mengejutkan, kumpulan sekolah menang mengetepikan kumpulan2 dari pesat pengajian tinggi yg lain
.
.
3 juri, Abg Munif, Abg Nazrey n Dakmie. Abg Muadz tak jd juri.
.
Aku sgt tak tersangka. Peminat abg muadz semakin ramai. Album yg dijual pada malam itu juga hampir habis. Berebut2 orang nk tangkap gambar dengan die...terutamanya gilrz~ Ada juga gamba ngan artis lain tp pakai kamere org len. Overall event memuaskan terutama artis jemputan yg sgt hebat. Menjemput composer dan org yg mmg extrem dalam bidang seni suara ni sbenanye sgt pedas terutamanya buat peserta. Dakmie kritik habis2 peserta. Pedas je sume yg denga. Nasib la, sape suh panggil juri profesional. Tp itu sume kan ilmu =], terimalah dengan hati yg terbuka.
.
Tp yg menyedihkan pengarah Finalis tahun ini sgt keras kepala. Tanak terima nasihat dan pandangan org lain yg lebih arif. Kemudian selepas aktiviti juga, dewan tak dikemas dengan baik. Boleh pulak pengarah die kata sume ajk penat jd kemas sket2 je. Banyak la, tu aktiviti korang, korang kene la tanggung jawab..ngok!!! Penat mcm mana pun tanggungjawab kene buat. Aku tengok pun derang bukan buat sampai penah lelah klua peluh sebesen atau xleh jalan sampai xnak kemas. Grrrr!!!
.
work of art...xde kaitan ngan finalis
.
Tetibe jumpe gamba ni. Ni time cuti raya haji hari tu. Aku dan kengkawan g pantai remis untuk mengutip kerang. Yeay!! Kemudian lepas tu igt nk masak n makan reramai. Tp yg dapat 1 kerang je T_T. Itupun aku yg dapat. Da lupe mcm mana nk kutip kerang. Dulu time sekolah dapat berbaldi lg. Jadi sbb nk masak jugak, g la beli kerang 3 kilo, Tiram sebiji dan beberapa hasil laut lain yg dijual sepanjang pantai.
.
xtahu lagi bile nk update lepas nih. Akan terus busy. Habis kempen kesihatan ada exam. Kemudian mengira hari untuk final exam bulan 5 pula. Kene bersungguh utk belajar. Habis final akan ke serawak untuk elektif. Pada masa yg sama akan busy menguruskan program MEDSOC (medical society) dalam Baktisiswa Sabah. Dengan kata lain, program yg mcm kempen kesihatan bulan 2 ni tp buat kat kawasan pendalam sabah. Setakat ni, idea gile nk buat kat satu kawasan pendalaman orang asli yg tinggal kat pertengahan gunung kinabalu, ape ntah nama tempat tuh.
.
- sekian-

Thursday, January 03, 2008

FINALIS~

Nampaknya abg muadz juga akan turut hadir. Dulu semasa membuat pilihan untuk menjemput artis jemputan, abg muadz antara yg dipilih, tp PIN cadangkan utk judges baik amik yg lebih arif. Maka terjemputlah orang2 yg gambarnya dibawah. Tp rupe2nye abg muadz menyukakan rela dirinya utk datang. Sgt berterima kasih. OOoo ye abg muadz, kat cni ada beberapa org peminat fanatik yg terlampau meminati abg muadz. Denga je abg muadz nk dtg, boleh nmpk syurga dunia kat wajahnya...Tentunya adalah perempuan..haha~

Ada 10 kumpulan akan bertanding. Asalnya 17 kumpulan yg mendaftar, tp kerana rata-rata lambat daftar, pihak penganjur tidak membuat saringan. Maka penyertaan dilimitkan kepada 10 sahaja. Sangat dikesalkan. Rasanya jika ada saringan seperti dahulu lagi seronok. UIA siap hanta 1 bas penyokong lg...xle bla~ Tp sgt meriah!!
.
-sekian-