.

Friday, January 15, 2010

Jerawat

- Bismillah -

Antara masalah yang majoriti orang tak suka. Walaupun ada orang akan cover kata, tak berseri bulan tampa kawan2 kan. Hakikatnya masalah jeawat dari dulu sampai sekarang, masih ramai orang cuba mencari penyelesaiannya.

Ini anda perlu tahu, antara faktor2 kenapa anda ada jerawat.
1. Muka yang kotor
2. Jangkitan kuman pada kulit muka
3. Liang roma tersumbat
4. Resdung
5. Stress
6. ..... ni je yg aku tahu

Kekotoran pada muka menyebabkan liang roma tersumbat dan jangkitan kuman. Jadi untuk mengatasi masalah jerawat, muka perlulah sentiasa bersih, terutamanya sebelum tidur dimana kuman2 aktif membiak. Jerawat juga gemar beranak pada waktu anda sedang tidur. Uniknya kulit muka dari kulit bahagian tubuh lain adalah kerana kandungan kelenjar Sebum-nya yang lebih banyak. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan minyak yang seterusnya berfungsi untuk melindungi muka dengang memerangkap kotoran. Tapi bila terlalu banyak kotoran, maka muka seolan menjadi kawasan longgokan sampah dan akhirnya menyumbat liang roma dan menyebabkan jangkitan kuman. Tapi untuk mereka yg sudah terlambat, rawatan di perlukan.

PENCEGAHAN
1. Jaga kebersihan muka. Basuh muka selalu. Sebagai orang Islam, purata kita membasuh muka paling kurang adalah 5 kali sehari. Gunakan pembersih muka yang sesuai, 2-3 kali sehari.
2. Lap muka anda dengan tuala, atau kain lap atau tisu atau apa2 sahaja yang bersih. Majoriti orang akan mengelap muka dengan tuala selepas mandi. Makan pastikan tuala anda sentiasa bersih. Basuh lah selalu, kurang2 seminggu sekali. Yelah tuala tu lap macam2 kemudian minggu lepas punya lagi, kemudian anda lap ke muka. Euuuu. kalau ada tuala spesifik untuk lap muka labih bagus. Tapi itupun basuhlah selalu.
3. Kurangkan dari memegang muka anda dengan tangan. Ketahuilah hakikat bahawa tangan kita selalu kotor. Melainkan anda tak ada pegang apa2 langsung. Tapi biasalah tangan, mana duduk diam. Pegang bau, seluar, tudung, hp, pen, garu sana sini. Oklah pakaian kita basuh jadi yang bersih bersihlah. Tapi aku yakin xde orang basuh hp, mungkin ada pun yg lap2 sikit je kan. Belum lagi tombol pintu yg beratus orang lain da pegang. Kalau sisi tangga atau tempat pegang kat pengangkutan awam lagilah, juga butang lif.
4. Jaga kebersihan tangan anda. Percaya atau tidak kita tetap akan memengang muka kita dengan tangan. Kadang2 untuk mengelap minyak dan peluh. Kadang2 tak seda pun pegang, saje raba2. Bayangkan tangan yang kotor pegi pulak picit jerawat, luka jerawat terus mendapat jangkitan. Jadi basuh selalu tangan. Gunakan sanitizer selalu jika mampu. Murah je pun.
5. ...lagi?

RAWATAN
Untuk yang tiada jerawat, muka memang bersih dan licin, mungkin cukup sekadar melaksanakan langkah2 di atas. Tapi untuk sesiapa yang sudah terjebak ke lembah ketumbuhan di muka ini, Iangkah ini mungkin dapat membantu mengurangkan dan seterusnya melenyapkan kesan degil itu.
1. Gunakan pembersih muka yang spesifik untuk membasmi jerawat. Kerana biasanya pembersih muka tersebut mengandungi antibiotik untuk membunuh bakteria penyebab jerawat. Baru2 ini aku bertukar ke Pembersih muka Oxy Acne Wash. Mengandungi Triclosan, yang merupakan broad spectrum antibacterial n antifungal. Dan agak berkesan dalam mengurangkan kesan2 degil di muka ini. Pembersih muka jenama lain pun pasti ada sahaja untuk jenis ini. Antara sabun basuh muka yang diberi contoh oleh lecturer aku adalah :
- Sebamed
- Acneate (?) ..xsure sgt nama die
2. Cream Topical. Contoh yang aku dapat dari lecturer aku adalah:
 - Retin A (vit A derivative)
 - Benzoproxide 5% / 10%
Aku pun baru tahu, dan boleh cari di farmasi. Retin A akan mengeringkan jerawat dan mencepatkan proses penyembuhan. Google sahaja jika anda tidak pasti. Retin A - More Than Just an Acne Treatment.
3. Antibiotic. Contoh yg diberi oleh lecturer aku adalah :
 - Doxycline OD for 3-6 months
 - Tetracycline BD for 3-6 months
Tapi Doxy lebih dirakemen sbb sekali je sehari dan ...(xtahu). Oh dan aku baru je start amik Doxy semalam ehehe. Oh ye, untuk cream dan antibiotic ini, makan dan pakai di waktu malam. Kerana anda perlu elak dari sinaran cahaya matahari, kerana cream dan ubat ini, antara side effect-nya ialah ia menyebabkan hyper-pigmentation pada jerawat yang sedang sembuh. Dan juga dinasihatkan untuk memakai sunblock. Sunblock ni ada 2 jenis, water-based and oil-based. Water-based lebih digalakkan.
Mana nak dapat antibiotik? Jumpa lah doktor. Samada dapat di klinik tersebut atau mintak prescription dan boleh beli di farmasi. Errr aku amik je kat farmasi klinik ehehe.
4. Avoid the irritant. Sun, dust, spicy food, ICE CREAM, CHOCOLATE, coffee, stress ..lagi?
5. Kalo ada duit boleh pegi je pusat rawatan kulit atau kecantikan. Tak pun plastic surgery.


Apa yang aku tulis ini adalah dari espek rawatan moden lah, dan yang dari di ajar oleh lecturer. Aku yakin lebih banyak lagi cara lain terutamanya traditional and alternative medicine. Oh yee..pada masa yang sama, mungkin juga bg mereka yg da berkurun dengan masalah jerawat ni, mesti ada kesan2 jerawat, samada dalam bentuk parut dan hitam2 (hyperpigmentation). Untuk parut, rasanya anda boleh ke farmasi dan tanya ubat untuk hilangkan parut. Baru2 ni aku terperasan kat farmasi ada menjual Serum ape ntah untuk remove scars, specifically untuk acne scars. Apa yang menarik tentang wajah kita ialah, ia mempunyai bekalan darah yang lebih banyak dari bahagian badan lain, jadi lebih mudah sembuh. Untuk hitam2 tu pun pasti ada. Tapi aku tak tahu ape. Kemudian semasa aku posting surgery beberapa bulan lepas, aku di bawah jagaan seorang plastic surgeon. Menerutnya, sapu minyak (minyak ape yg bagus aku tak sure tp salah satu yg aku igt adalah minyak gamat) dan cream pada bahagian kesan jerawat dan perlahan-lahan, urut kawasan itu berkali-kali dan ulang setiap hari sehingga kesan itu hilang. Aku tak sure lah pulak die amik masa berapa lama. Dan adalah penting untuk elak kesan tersebut dari terkena cahaya matahari sbb nnt jd gelap.

Sekadar itu dulu.


- Alhamdulillah -

5 comments:

Akin Amar said...

muka sy start naik jerawat dgn byk lepas buat facial muka..pelik2..mungkin produk2nya tak sesuai dgn kulit sy kowt..huu
kate kawan2 sy plak kekotoran kat muka sy keluar melalui jerawat2 tu..redah jer la..hee
apa2 pun tq 4da tips..:)

otak suci said...

+_+
takpe.
jerawat tande matang.

musaf said...

Jerawat adalah jangkitan kuman

otak suci said...

bole sbb stress.

stress = dewasa.

musaf said...

stress = tidak pandai mengawal emosi