- Bismillah -
Sebelum ke DOF, APERTURE ialah bukaan lense. Aperture di ukur dengan nilai F. Makin kecil F, makin besar Aperture. Makin besar F, makin kecil Aperture. Aperture yg besar, bermaksud bukaan lense yg besar, bermaksud jumlah cahaya yang masuk menerusi lense dan dirakam oleh sensor adalah lebih banyak, maka shutter speed boleh pergi lebih laju. Untuk faham lebih lanjut, sila wiki 'Aperture'.
DOF ataupun Deep Of Field ( kedalaman padang/halaman (?) ), merujuk kepada jarak atau dalam kawasan yg dalam fokus ataupun clear, dari point yg anda fokus. Ok, untuk mudah faham, mari kita lihat contoh kat bawah ni.
Katakan anda ingin mengambil gambar bunga. iaitu bunga sebagai subjek anda. Jadi anda akan fokus pada bunga. Dengan kata lain anda nak bunga menjadi clear (in focus), dan bukan blur (bokeh/out of focus). Dengan mengubah aperture (F number), anda juga akan mengubah jarak atau kedalaman kawasan yang akan menjadi clear selain bunga. Semakin besar aperture ( semakin kecil F number), semakin kecil DOF. Jadi semakin kecil aperture (semakin besar F number), semakin besar DOF.
jadi...
Aperture BESAR (F kecil) = DOF KECIL
Aperture KECIL (F besar) = DOF BESAR
Seperti gambar di atas. Jurugambar berada pada jarak x meter dari subjek iaitu bunga.Katakan jurugambar itu fokus pada satu titik pada bunga itu, iaitu daunnya.
Dengan F1.4, DOF adalah sgt kecil, mungkin 1cm atau kurang dari kawasan yg di target. Cuba perhatikan, hanya kawasan yang clear adalah daun tersebut, itu pun pada bahagian yg di target, bahagian depan daun. Belakang daun tu pun dah mula blur. Dan dengan aperture yg besar ini, background BOKEH yg smooth dan menarik dihasilkan.
Dengan F3.2, DOF yang di hasilkan masih kecil tetapi besar sedikit dari yg F1.4, mungkin dalam 5cm dari kawasan yg ditarget sahaja yg clear. Jadi maksudnya kawasan yg clear menjadi lebih besar. Background juga masih dengan BOKEH yg menarik, walaupun tidak sehebat F1.4.
Dengan F5.6, lebih banyak kawasan yg menjadi lebih clear. Dengan kata lain DOF menjadi semakin besar. Bakground pula menjadi makin kurang blur, tidak seperti yg sebelumnya.
Dengan F1.4, hampir semua kawasan semakin clear. walaupun backgroud masih blur, tetapi sekadar blur sedikit. Ok gambar ni mcm semua agak blur sedikit sbb bila menggunakan aperture rendah, shutter speed terpaksa di kurangkan untuk mendapatkan gambar dengan exposure yg cukup, jd sbb tangan ketar2 pegnag bunga dan kamera, gambar pun blur sedikit lah. Tapi sepatutnya gambar adalah hampir semua clear termasuk background.
Dan satu perkara lagi, DOF juga bergantung kepada jarak kamera dengan subjek, x meter. Makin jauh kamera dengan subjek, semakin besar DOF. Semakin dekat kemera dengan subjek, semakin kecil DOF. Macam dalam gambar contoh di atas, kamera dengan subjek adalah dekat, iaitu lebih kurang 50meter. Contoh untuk ini akan kuberikan kemudian sbb anak murid da bising suruh cepat.
Gambar2 bawah ini adalah contoh gambar yang diambil menggunakan aperture yg besar, maksudnye nilai F kecil dan DOF pun kecil.
- Alhamdulillah -
9 comments:
tlupe nak cakap terime kaseh.
nanti bole la post pasal cane nak wat bokeh pulaakkkk eh eh..
ehehe
bokeh tu blur lah. cube wiki 'BOKEH'. =]
bokehhh yg bentuuk2 comelll tuuuuu
ohhh haha. itu senang je. Kene ada sumber cahaya la. Biasa orang buat malam tapi siang pun boleh. ok ok tunggu tutorial seterusnyee
waaaaahhh mnariikk3!
DOF = depth of field = kedalaman medan
selalu tak paham pasal ni. terime kasih! ajar lagi ye :)
abg H - oooooo ha'a kan.
Cipah - same2 =]. ni mesti kuncu2 meah nih -.-
bukan kuncu lagi. rakan kongsi. ngahaha
Post a Comment