.

Friday, December 31, 2010

Allahumma Ameen


.

.

Wednesday, December 29, 2010

OnCall ENT

Adeh, baru aku nk update blog skali nurse call ada patient baru masuk untu amik darah, insert iv line dan buat ecg.

Friday, December 24, 2010

Cake Boss

- Bismillah -



Kalau sebelum ini aku layam Master Chef, skrg aku layan Cake Boss pula.
Oh semua mengenai makanan =D

Kisahnya mengenai sebuah kedai kek kepunyaan mamat dalam gambar atas ini. Kedai kek die mmg antara yg paling berjaya dan terkenal di US. Sedap die mmg tayah cite la. Tapi kegilaan mereka dalam menghasilkan kek2 yg gila. Seryesly gila. Saiz tak igt punye besar dan bentuk pelik2. Korang boleh google tgk gambar kek2 yg dihasilkan.


ini FB mereka.

Ini pula website


So far yg aku cari dah ada 3 seasons.
Oh untuk master chef, so far yg aku ada adalah :

Junior Master Chef Australia (season 1)
- mmg baru 1 season je
 Master Chef Australia (season 2) 
- season 1 tade, da cari mcm2 tmpt xjumpe. yg jumpe epi awal2 je. So far ada 2 season je
Master Chef US (season 1)
- mmg baru 1 season je
Top Chef Master US (season 1)
- ni pun mmg baru 1 season je. Ini mengenai master2 chef pula bertanding. Cabaran sgt pelik dan best.

AKu ada juga ternampak Master Chef India tp xdownload lg. 

Siapa nk boleh PM me =]

- Alhamdulillah -

The Magnificent 20


Super awesome group

Last 2 weeks aku posting A&E. Consultant yg sgt best. Tutorial sikit je, byk nye pegi oncall malam sampai pagi. Tapi tak busy dan sgt byk belajar. Next week ENT. Urghh penuh dengan oncall T_T ...dan stress.

.



http://jomsimpan-emas.blogspot.com/


Yeayy aku buat blog lagi. Aku pun da tatau bape byk da blog aku ada hehe.


Aku punye serius dalam jual emas sampai menyebabkan aku beli buku2 pasal emas dan belajar ilmu forex haha. Bukan lah sbb nk main forex, tp kaedah nya lebih kurang, mcm mana kita monitor dan predict harga2 matawang, macam tu juga emas. Seromok okeh! Lagi seronok bile boleh sembang2 dengan doctor2 (lecturer) yg mmg poket da tebal dan da dapat status dato'.

Orang selalu tanya ada masake aku boleh buat bisness nih. X ambil byk masa pun sebenarnye. Sbb hanya sembang2 bagi mereka faham. Atau kadang2 mmg mereka da tahu sbb biasa lah orang besa2 nih biasa mmg da tere. Mmg tak dapat dinafikan orang yg byk duit mmg da tahu tentang emas ini awal2 lg. Orang kelas pertengahan dan kelas bawahan yg tak berapa nk tahu. Itu antara sbb yg kaya makin kaya yg miskin terus miskin. Dan mula2 dulu apa yg perlu aku buat cari ilmu sedikit. Bila dah ada, nnt secara tak langsung ilmu2 lain datang dgn sendiri. Sbbnya ada org lain juga da tahu, mesti die nk sembang dgn orang da tahu. jadi di situ bertukar2 idea ilmu dan cerita.

Dan sebagai seorang medical student mmg memerlukan byk membaca dan faham, jadi aku dapat baca buku pasal pelaburan emas dan forex yg stakat 100+ muke surat dgn laju dan mudah. Nak kata jual emas untung byk xjugak lah, tp adalah perasaan yg sgt seronok bila dapat jual sesuatu. Dulu masa aku jual topup, org beli sbb orang perlukan, tp ini emas, orang tak perlukan sgt, jd kne pandai meyakinkan orang.

=>


Tuesday, December 21, 2010

Tuesday, December 07, 2010

Celoteh Emas. & berkenaan wang simpanan


- Bismillah -


__________________________________________________

Malaysia Angkat Tokoh Riba'

PUTRAJAYA 7 Dis. - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432 pada tahun ini. Ketokohan dan kejayaan beliau dalam memimpin sistem kewangan negara telah mendapat perhatian dunia. Beliau juga berjaya mengangkat negara sebagai pusat kewangan dan perbankan Islam yang unggul. - Utusan


__________________________________________________

Jika ada yg masih tidak tahu, sistem matawang skrg yg kita gunakan adalah sistem riba'. Sistem matawang kertas adlah satu sistem yg berlandaskan hutang. Saban tahun hutang itu akan bertambah akibat interest dan riba'. Kalau dulu kita tiada pilihan, skrg kita sudah ada dinar dan dirham. Disebabkan Dinar dan Dirham belum digunakan secara meluas, kita masih tiada pilihan selain menggunakan sistem kapitalis ini. Namun apa kata kita mulakan dulu jihad ekonomi Islam kita dalam memerangi riba' dengan membeli Dinar dan Dirham secara sikit2, atau menukarkan simpanan wang kertas kita kepada Emas. Sudah ramai saudagar2 emas di luar sana termasuk aku. Jika anda tidak malas berjumpa mereka, mereka boleh berjumpa anda. Seperti yg aku katakan pada post lepas, orang yg bijak pasti ada menyimpan emas. Tak kesahlah dalam bentuk barang kemas atau dinar ataupun bar.

Ini adlah produk2 keluaran Public Gold setakat ini. Oh ada juga Silver sebenarnya, berbentuk bar seberat 250g, 500g dan 1kg.


Sebenarnya dari dulu lagi orang menyimpan emas dalam memelihara aset. Tapi apa yg berlaku, hanya orang kaya yg menyimpan emas. Orang miskin tidak mampu menyimpan emas kerana harganya terlalu mahal. Itulah yg berlaku dan akibatnya orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Dan apa yg menyedihkan, majoriti orang2 kaya yg menyimpan emas ini adalah org bukan Islam. Dan tahukah anda, orang Yahudi antara golongan yg mempunyai sejumlah emas yg terbanyak didunia buat masa ini. Namun dengan jumlah berat emas yg kecil seperti Dinar yg ada skrg, Emas dapat di perluaskan pemilikannya bukan hanya pada orang kaya. 


Formula penyimpanan wang yg saya belajar dari rancangan Bijak Wang, 

PENDAPATAN - SIMPANAN = PERBELANJAAN.

Anda mesti ada jumlah yg anda rancang untuk menyimpan bagi setiap pendapatan anda. Dan simpanan sekara kasarnya boleh dibahagiakan kepada 3.
1. Kecemasan
2. Jangka panjang
3. Pelaburan

Apa yg saya cuba tekankan disini, hanya orang yg kurang bijak sahaja membuat simpanan jangka panjang-nya dalam bentuk kertas, dan orang bijak dalam bentuk emas. Setiap orang mesti ada menyimpan wang bukan?, walaupun sedikit. Melainkan anda begitu boros dan tidak pernah fikir tentang masa depan. Wang kecemasan adalah lebih baik disimpan dalam bentuk cash kerana ia lebih mudah digunakan. TETAPI skrg sebenarnya tidak boleh dalam bentuk emas. Sudah ada institusi2 seperti AgroBank dan Bank rakyat yg menawarkan sistem Ar-Rahnu, iaitu sistem pajak gadai Islam. Apa yg anda perlu buat ialah memajak emas simpanan anda untuk membuat pinjaman maximum 75% (bergantung kepada institusi) dalam masa 10-20 minit sahaja. Teknik penyimpanan emas yg betul ialah anda tidak menjualnya, tetapi menggadainya dahulu sbb dengan menggadai, emas itu anda tidak hilang. Apa yg anda perlu buat selepas itu ialah berusaha mencari wang semua untuk menebus kembali emas tersebut. Kalau anda hilang emas itu, anda sedikit rugi kerana emas itu nilainya sentiasa bertambah berbanding duit kertas.

Tapi saya nasihatkan, wang yg anda mahu tukarkan kepada emas, pastikan yg anda tidak gunakan dalam tempoh yg terdekat, sebagai contoh untuk bayar bill, sewa dan sebagainya. Anda mesti simpan duit dalam cash untuk perbelanjaan harian dan dalam tempoh jangka masa yg pendek. Simpanan jangka masa pendek memang lebih sesuai dalam bentuk cash. Ini kerana sistem yg diguna pakai secara meluas sekarang adalah wang kertas. Memang tiada pilihan. Jadi anda perlu merancang dengan bijak. Anda akan rugi kalau membeli dan menjual emas dalam tempoh masa yg pendek.

Berkenaan pelaburan, ada pelbagai jenis. So far saya cuma terllibat dengan ASB, Unit Trust dan Emas, dimana risikonya sgt rendah. ASB telah disahkan hukumnya HARUS, setelah byk spekulasi yg timbul. Baru2 ini juga ada AHB yg dilancarkan. Kalau siapa byk duit mungkin boleh melabur di Hartanah terus atau Properties. Namun anda perlu tahu cara dan bagaimana membuatnya dengan betul dahulu. Emas sebebenarnya bagi aku lebih kepada simpnan, namun ada orang yg mengatakan ia pelaburan. Ini kerana emas bukan sahaja kalis inflasi dan memelihran aset kita, tetapi dengan trend kenaikan emas skrg, kadar keuntungannya jauh lebih tinggi dan berganda dari pelaburan2 seperti ASB dan Unit Trust. Malah ia sgt selamat.


Jadi kesimpulannya,
ini adalah sebab2 kenapa kita perlu menukarkan wang simpanan kerts kita kepada emas :
1. EMAS KALIS INFLASI dan wang kertas tidak. Setiap tahun negara mengalami inflasi. Jadi walaupun kita ada sejumlah wang dengan nombor yg sama, kuasa membelinya telah jatuh. Contoh paling mudah, kalau anda ada RM1 pada 15 tahun dahulu, anda boleh memberi 2 keping roti canai dan sebiji kuih dan dan sebungkus air sirap. Tetapi skrg dengan RM1 yg sama, anda hanya boleh membeli sekeping roti canai sahaja, atau 2 setengah biji kuih sahaja atau secawan air sirap sahaja. Kenapa harga makanan2 itu naik? Ketahuilah harga atau nilai makanan2 itu masih sama, apa yg berlaku ialah nilai matawang kita telah jatuh. Jadi kita memerlukan lebih byk wang kertas untuk disamakan dengan nilai barang makanan tadi. Kalau anda ada RM1000 pada 30 tahun lepas, anda sudah kaya, tapi skrg? Zaman nabi dulu 1 dinar untuk seekor kambing, dan 1 dirham untuk seekor ayam. Skrg pun jika anda ke Kelantan, masih sama. Dalam 1400 tahun lebih telah terbukti nilai emas dan perak ini lebih terpelihara.

2. HARGA EMAS SENTIASA NAIK. Tidak dapat dinafikan harga emas turun dan naik setiap hari. Tetapi dalam satu tempoh jangka masa yg panjang, harga emas naik dengan sgt tinggi. Inilah yg sentiasa berlaku, kerana permintaan emas sentiasa lebih tinggi dari pengeluaran. Permintaan tinggi tapi pengeluaran rendah, maka harga meningkatlah kan? Emas ini Tuhan jadikannya sgt istimewa, ia tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan. Emas sukar dicari dan mempunyai sejumlah yg limited dalam dunia ini. Begitu juga dengan Perak. 

Ini adalah carta klasik yg selalu orang tunjukkan. Lihatlah dalam masa 10 tahun, harga emas naik hampir 400%. Ini bermaksud jika anda menukarkan wang simpanan anda kepada emas dengan nilai RM10 000, nilai emas anda sekarang adalah hampir RM50 000. Tetapi jika anda menyimpan sahaja RM10 000, anda masih ada RM10 000, malah kuasa membeli anda berkurangan. (sumber: www.kitco.com)

3. NILAI MATA WANG KERTAS MAKIN LAMA MAKIN MEROSOT. Antara sebab utama berlakunya perkara ini adalah akibat pencetakan matawang yg melampau. Lihatlah apa yg terjadi kepada US Dollar sekarang. Itu juga adalah akbibat kerana mereka sudah tidak mengikat wang mereka dengan Emas. Banyak negara yang sudah mula hilang percaya kepada US Dollar. Beberapa hari lepas jika anda baca atau tgk berita, Russia dan China mula menggunakan matawang masing2 dalam urusniaga antara bangsa mereka. JIka anda selalu baca blog Tun Dr Mahathir (http://chedet.co.cc/chedetblog/) juga, beliau ada menekankan tentang pentingnya Emas dan Perak ini. Banyak juga cerita tentang perang matawang. Ini semua berlaku hanya dalam bentuk duit kertas, dan tidak dalam Dinar dan Dirham. Ada yg kata bila kembali kepada Dinar dan Dirham, kita kembali mundur. Merka telah silap 100%. Dengan menggunakan wang kertaslah mereka sebenarnya mencipta suatu sistem yg lebih mundur. Apa yg cuba dibuat sekarang adalah kembali menggunakan Dinar dan Dirham yg sememangnya sudah bertamadun. Cash is trash, paper money is funny money.



Anda tahu itu apa hyperinflasion? Cube anda Wiki. Ia berlaku bilamana nilai duit jatuh terlampau teruk dalam masa yg singkat, maka harga barang akan melambung dengan sangat tinggi. Contoh terdekat dengan kita adalah Zimbabwe, inflasi mereka berlaku dengan teruk dan sampai kemuncak pada November tahun 2008. Suatu masa dahulu nilai matawang Zimbawe lebih tinggi dari US Dollar. Namun kini, mereka terpaksa menggunakan duit yg sgt banyak hanya untuk membeli sebuku roti. Sampai masa bila byk sgt duit kertas perlu guna, mereka timbang sahaja duit itu, nk kira dah byk sgt. Sampai harga barang di negara mereka sekali ganda dalam masa satu hari. Sebagai contoh katakan perkara ini berlaku di Malaysia, hari ini sebuku roti RM2, esk RM4, lusa RM8 dan seterusnya. Sehingga kerajaan terpaksa menguluarkan wang kertas dengan tulisan 10 000 000. Namun kertas hanya kertas. Tetap tidak bernilai. Sampai satu tahap, akhirnya rakyat Zimbawe terpaksa melombong emas sendiri. Duit mereka sudah tidak bernilai dan mereka terpaksa kembali kepada matawang Tuhan iaitu Emas dan Perak. Anda boleh search di Youtube 'Zimbabwe Hyperinflation' atau 'Gold for Bread - Zimbabwe'. Dan ini yg dijangka kan akan berlaku pada matawang US Dollar dan Euro. Dan kejatuhan matawang US Dollar juga antara penyebab kenapa harga emas melonjak tinggi.





4. Ada orang kata kita sebenarnya dirompak dalam senyap. Ini berlaku kerana kita berkerja susah2 untuk mencari duit, kemudian kita simpan untuk suatu jangka masa, tetapi apa yg berlaku nilai duit itu turun. Mana pergi nilai2 duit itu? Jawapannya adalah kerajaan. Dengan cara mencetak lebih byk wang kertas, mereka ada byk duit. Tapi apa yg belaku pada masa yg sama, kita dengan jumlah yg sedia ada tetapi nilainya semakin turun. Tapi dengan Emas dan Perak, perkara ini tidak akan berlaku. Kerana EMAS DAN PERAK TIDAK BOLEH DIMANIPULASI seperti wang kertas.

___________________________________________________

Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent PublicGold. Anda boleh ke website ...
http://www.publicdinar.com/ - untuk harga semasa Dinar dan
http://www.publicgold.com.my/ - untuk harga semasa bar Emas dan Perak.

Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
012 313 3764
eng_0102mat@yahoo.co.uk
Atau melalui FB saya http://www.facebook.com/profile.php?id=656918924

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D


________________________________________________


Don't be ignorant and know what to do.


- Alhamdulillah -


Saudagar Emas

- Bismillah -



Sampai ada orang tanye kenapa da lama tak update blog. Tapi aku rasa biasalah, bila kita minyibukkan diri kita dalam perkara2 yg lebih besar, kita akan kurang kepada perkara2 kecil seperti ini. Bagi aku blogging hanya perkara kecil, lebih kepada perkongsian cerita, pengalaman dan idea.

So anyway, aku skrg dalam last week posting gynae. Masa mula2 agak busy tp lama2 makin free. Dan Alhamdulillah, dikesempatan masa lapang yg ada, (minggu lepas dan minggu ini), dengan cuti awal muharram lagi, aku menyibukkan diri dalam menambah ilmu tentang perancangan kewangan dan emas. Aku cari byk bahan bacaan dan video2 berkaitan untuk dibaca dan difahamkan. Antara yg menarik ialah rancangan Bijak Wang oleh tv3. Aku tgk balik di youtube, dan pakcik Mahdzir Md Isa antara speaker yg selalu muncul. Pakcik ini sebenarnya aku pernah jumpa 3/4 kali, dan byk nasihat2 pasal kewangan, perniagaan dan ekonomi di berikan. Memang hebat dan mengujakan. Sentiasa rasa nk tahu lebih lanjut. Walaupun anak nye mcm sengal2 sket haha.

So anyway pasal emas. Bukan setakat aku kaji dan tambah ilmu, aku terus berniaga emas. Dan aku dah decide untuk jadi agent. 3/4 hari aku duduk depan komputer membuat research dan perbandingan dan akhirnya aku memilih untuk menjadi agent Public Gold, atas kelebihan2 yg aku nampak. Dan kelebihan tersebut bukan hanya pada agent, tetapi juga kepada pelanggan. Aku bila berniaga, aku suka cerita hampir semua perkara, dan aku nk berlaku jujur tampa berselindung dan ada tektik2 licik yg kadang2 keji. Aku mmg akan elakkan. Aku nk customer aku puas hati. Sumber rezeki pun biarlah berkat kan.

Dan buat masa ini aku rasa usaha aku berbaloi. Selain aku dapat jadi agent tampa mengeluarkan modal yg banyak (perlu 20k okeh), dalam 2 minggu pertama aku jual emas, aku dapat jual agak byk. Berpuluh ribu ringgit juga nilainya. Dan bila menjadi penjual emas, aku kene handle sejumlah duit yg bukan sedikit, tetapi beribu2, dan kadang berpuluh ribu. Jadi pengurusan kewangan yg baik adalah sgt perlu.

Aku memilih untuk berniaga emas kerana ia tidak mengambil byk masa. Apa yg perlu aku buat ialah educate orang tentang pentingnya menukar wang simpanan kepada emas, dan dari semasa ke semasa insyaAllah mereka akan datang cari aku selepas itu. Aku sendiri rasa agak rugi tidak membeli emas awal. Cara promosi aku buat masa ini hanyalah melalui FB, aku buat group dan invite orang, yg majoritinya adalah kawan2 medic, dan kawan2 baik yg bukan medic, juga ahli keluarga. So target aku buat masa ini ialah orang2 sekitar aku sahaja. Sbb itu sgt mudah dan tidak mengambil masa aku. Yelah dah masuk final year nih, kne lebih rajin lah stadi kan. Taknak la kne extend 6 bulan nnt. Buat masa ini mmg friends and family. Dan aku yakin perkara ini akan tersebar dari mulut ke mulut, secara tak langsung market akan berkembang. Aku juga cuba target lecturer akan datang, biasalah specialist ape sume tu mesti byk duit. Kalau kawan2 aku mampu beli emas sampai berpuluh ribu, apatah lagi doctor2 aku. Percayalah, orang yg bijak pasti akan menyimpan emas, walaupun sedikit.

Maka di group FB itu aku selalu lah post pasal emas, dan sebab2 kenapa kita kene beli emas. Ada juga video2 seperti di atas. Aku fikir orang yg belajar ekonomi akan lebih mudah faham kenapa perlu beli emas. Aku pun byk belajar istilah dan perkara2 baru dalam ekonomi semenjak serius dengan emas ini.

Oh kemudian ada juga yg aku da invite kemudian keluar dari group. Ada sesetengah orang aku tahu tak suke promosi2 sebegini, dan mungkin ada yg menyangka ini seperti MLM atau skim cepat kaya etc. Apa yg aku buat sebenarnya adalah, tolong syarikat Public Gold jual emas dan aku dapat komisyen. itu sahaja. Dan kalau aku punya byk duit, aku beli dahulu emas2 itu dan jual semula bila harga lebih tinggi. Takde kaitan langsung dengan apa2 jenis skim atau MLM. Sekadar berniaga biasa mcm barangan lain, cuma bezanya emas, harganya jauh lebih mahal.



- Alhamdulillah -

Saturday, December 04, 2010

Penat


Jumaat
Petang : Derma darah.
Malam sampai subuh : 'On-call'

Sabtu
Lepas subuh : Main tenis
9am : Rehat
10am : Tido

.

Friday, November 19, 2010

Raya Haji

- Bismillah -

Rabu lepas aku beraya kat kolej paginya, kemudian disebelah petang baru di rumah. Bonda beri tahu lambat yg ada buat makan2 tahlil doa selamat sket kat rumah. Dan aku pula telah dilantik untuk teknikal bagi projek korban di kolaj. Maka xboleh la nak lepas tangan macam tu je.

 
 
 

 Program berjalan dengan sgt baik walaupun ktrg rata2nya kurang berpengalaman, sbb ktrg handle korban ini 99% sendiri, takde bantuan dari orang lua atau org surau. yg 1% tu tok imam dari masjid dekat2 UM just mintak die tolong sembelih je. Dari jaga lembu, jatuhkan lebu sampai melapah dan masak semua majoriti student. Staf kolej bantu sikit2. Tok imam mmg dtg dan sembelih je.



Habis terus aku balik bilik mandi solat dan gerak pulang. Sampai rumah tgk Hilyah tgh main dgn kucing -.-' . Tu xsaba nk main ngan anak seniri la kot nnt. Aku balik sume tanye bape eko lembu sembelih sampai busy sgt nk balik rumah lambat tu. At least aku sampai2 tak miss la kazen2 yg dtg. So sembang2 n amik gamba lepas tu aku pun makan.

 Ini antara masalah bila ambil gambar pakai aperture besar sgt. F1.4. Gambar akan jd soft dan kurang sharp.
 Lihat pada mata baby Irin yg kurang tajam.

 
 
 
 
 
 
 
Around 12 tgh malam aku sampai kolej semula sbb khamis ada kelas jam 8 pagi.


- Alhamdulillah -

Tuesday, November 16, 2010

Junior Masterchef Australia

 

 Aku terbaca dari blog kak Malini (kakak ipar) tentang ini. Ok sgt cool. Aku dwld epi 1 dan terus dwld sampai hbs satu season. Skrg ini yg aku cek epi paling latest adalah grand final, iaitu epi 17. Baru ada 1 season sahaja. Dan sangaaaaaattttttttttt kagummmmm ok, budak kecik2 mcm sekolah rendah tp masak sedap2 okeh, da la comel2, aku rasa nk makan derang skali. Kemudian pertandingan nya mukan masak je, ada yg kne makan n tulis balik apa bahan2 yg digunakan untuk buat sesuatu menu itu. Sgt awesome ok o_O.






Oh dan kemudian aku sgt bersetuju bila mana kak Malini mempersoalkan yg local Universiti/kolej kat Malaysia tidak membenarkan pelajar utk masak sendiri (majoriti). Kalau bawak2 peralatan memasak ke ape sure kne rampas. Sgt dduhhhhhhh. Kamonlah budak2 duk asrama/kolej sentiasa lapar okeh. Aku igt lagi kat sekolah aku amsak megi dan buat sup cendawan dalam gayung. Kemudian rebus kerang dalam cerek masak air sampai kne marah dengan guru besar sbb menyebabkan cerek berbau hanyir.

Kemudian semasa di universiti tayah cite lah. Mula2 mmg la baik je. Tapi lama2 tade nye. Megi dan mushroom soup da biasa sgt. Jadi mula dengan mende lain seperti BBQ, goreng telur dan buat nasi goreng. Masa di hospital klang boleh kata mcm tiap2 bulan ok wajib buat BBQ. Kawan2 perempuan mmg siap shopping barang dapur untuk masak lauk hampir tiap hari O_O. Nasi je amik kat dewan makan. Ape boleh buat dewan makan lauk tak sedap.

Kalau skrg nih aku bawak peti ais je. Kawan2 aku ada bawak periuk letrik, rice cooker, dapur gas kecik yg org biasa bawak utk camping dan siap lengkap dengan segala peralatan masak termasuk kuali dan senduk2, juga bahan mentah mcm minyak garam gula kicap sos etc. Sejak 2 bulan ini juga kawan2 aku rajin masak spaghetti carbonara, siap buat jamuan ramai2 lagi. Tabik! Barulah pelajar lebih kreatif kn? Tapi ni kalau ade spot check mati jugak la. Harap2 tidak.

Kbyethnx =D


November 2010 - Minggu 2

- Bismillah -


Last week aku sgt sibuk. PCM mmg sibuk. Tiap hari pagi sampai petang. Penat. Kalau duduk ok lagi. Ini berdiri dari pagi sampai petang. Lunch pun kadang2 x sempat.

Aku da lupe apa aku buat Jumaat lepas. Tapi Jumaat tu ada berita sedih untuk membe kolej aku. Adiknya telah meninggal dunia pagi itu akibat kemalangan. Dengar cerita akibat kelalaian orang lain. Itulah kehidupan, kadang2 kita dah buat perkara betul, tapi akibat kesalahan orang lain kita yg terima akibatnya. Moga ahli dia dan ahli keluarganya tabah menerima ketentuan itu. Moga Allah meredhai kehidupan dan pemergian adiknya itu.
Sabtu pun aku tak berapa igt aku buat ape -.-'. Aku rasa ini sebab mengapa aku ada blog.

Hari Ahad, tengah hari itu aku ke dewan MBSA sek 11 Shah Alam, mengambil gambar kahwin Abg Zulhilmi Ziyadi dan pasangannya Farah Idayu. Abg Zul dulu pernah menjadi naqib aku sekejap masa kat sekolah. Kejap je la. Kemudian lepas hbs sekolah byk juga rasanye buat program dengan die. Yg perempuan xkenal, katanya student UiTM Shah Alam juga. Oh Abg Zul xsilap sedang buat masters dalam Robotic kat UiTM Shah Alam kot (?). Ok da lama jugak xsembang ngan die senanye.

 
 

Job ini ktrg (aku dan Rahim) dapat last minute jugak sebenarnye, Hari jumaat baru confirm. Asalnye ada kawan aku da tempah aku pagi Ahad untuk ambil gambarnya berlumba dalam mountain bike di Putrajaya. Tapi Tiba2 jadual race die tukar ke tengah hari sampai ptg, ptg tu pulak aku ada mengajar photography, jadi alang2 ambil sahaja job ini. Majlis ringkas maka tidaklah penat sgt. Pengantin tiba dan terus ke meja makan. Kemudian ambil gambar sket2 pengantin dan tetamu selepas itu sementara tunggu asar. Sbb lepas asar ada kelas pula. Oh abg Zul ada plan nk buat photoshoot outdoor kat Broga o_O.

Gamba2 wedding ini lagi seperti biasa akan di upload ke FaceBook Musafirdunia Photography dan juga Musafirdunia Photography di blogspot. Kedua2 link ada di sebelah kanan blog ini.

Jadi sekitar 5ptg, aku ke rumah anak murid dulu. Recall apa yg dah di ajar last week. Kemudian kami ke sesi praktikal setelah 3 minggu belajar theory dan photoshop. Kami ke port Klang utk outing pertama ini. Plan asal nak tunggu sampaisunset tapi hujan pula dekat 630 ptg mcm tu. Maka kami pulang ke rumah, dan sambung utk editing sket gambar2 landscape. Kemudian blejar juga buat panorama dan HDR.


930 malam aku bergegas pulang ke UM, sbb case summary tak siap lagi ehehehe. Sebenarnya case summary bila buat betul2 byk boleh belajar. Mcm yg aku buat malam itu, PCM je pun, tapi byk perkara baru faham terutama bab management termasuk medication.


- Alhamdulillah -


Wednesday, November 10, 2010

November 2010 - Minggu 1

- Bismillah -

Aku skrg sedang posting PCM. Adalah sgt memenatkan dan sgt penuh jadual. Kebiasaanya hari2 8pagi sampai 5/530 ptg. Tgh hari kadang2 break 30 minit je +_+ ..Oh aku perlu kan cuti. hari tu lepas final terus mula posting baru, seharipun take cuti.


So anyway, bukan weekdays sahaja sibuk, hujung minggu pun sama. Ini baru sempat nak update blog. Aku tak berapa ingat aku buat ape Jumaat cuti Deepavali. Sabtu aku ada kenduri kawen (sebagai tetamu) pada tengah hari dan dan petang ada kerja di Shah Alam dan malam ada gathering batch 9 juga d Shah Alam.

Kuih pelita itu, biasa bekas die dari daun pisangkan. Tapi ini bekas pelastik. Oh ini masa kenduri tgh hari itu di Ampang.


Ahad awal pagi aku, Rahin, Ali dan bergerak dari UM ke R&R genting sempah, Pahang. Jumpe belas2 orang lain lagi dan bergerak ke Sungai Lentang utk picnic, yg sebelah Karak Highway tu. Kitorang ada BBQ, mandi sungai dan tak lupe juga sedikit tazkirah. Jam 1230 bergerak pulang, tiba di UM sekitar 215. Kemudian Jam 3 di Shah Alam pula untuk private tutor photography. Oh aku sorang lah mengajar. Encik Rahim teman sahaja, buat kerja sendiri. Jam 615 bergerak ke UM untuk siap2 dan jam 7 aku dan Rahim bergerak ke Ampang pula untuk job ambil gambar di sana, di sebuah rumah, ada mcm meeting org2 besa dalam industri perakaunan lebih kurang mcm tu la. 


Roughly sgt seronok dan enjoy. Ambil gambar pun bersahaja. Majoriti candid. Sambil2 makan dan sembang. Best! Ini aku pun tatau sape amik gamba, tapi obvious la salah fokus, nak amik gamba org2 nga meeting tp terfokus kat aku yg tgh makan haha. 


Kemudian ambil group photo sblm tetamu2 pulang n ada family portrait dan juga main2 bunga api sambil ambil gambar, gambar ahli2 rumah. Majoriti portrait.


 
 Oh dan ini Wally, die pun sibuk2 nk ambil gambar. Sgt comel 0.o


 Ktrg gerak balik around 12 tgh malam. Sampai bilik 1230 terus solat dan tido kepenatan.


- Alhamdulillah -


Friday, November 05, 2010

edCoustic


Ada orang request. Aku tatau nama Album 1st tu. Jadi bia lah.

Edcoustic - Album I
http://rapidshare.com/files/428982362/Edcoustic_-_Album_1.rar
Edcoustic - Sepotong Episode (Album II)
http://rapidshare.com/files/428982314/Edcoustic_-_Sepotong_Episode.rar


Wednesday, November 03, 2010

Perak To Also Introduce Dinar, Dirham

KUALA LUMPUR, Nov 2 (Bernama) -- After Kelantan, Perak will become the second state in the counrty to introduce the gold dinar and silver dirham currency to give its people more savings options.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said discussions on introducing this currency began two years ago and that it would be introduced in stages.

"We are also in the process of minting the gold dinar and silver dirham coins," he told Bernama after the World Usury Conference here Tuesday.

Asked whether the state would be using the Kelantan model for the currency, Zambry said the state would be using a different approach.

"Actually, we were the first to initiate the idea but Kelantan introduced the currency first but it is okay with us because it is a good thing," he said, adding, however, the currency would be subject to Bank Negara requirements. Earlier when disclosing the proposed project to the conference's participants, Zambry said Perak acknowledged that "gold is a good store of value".

He believed that since gold had played the role of money globally for centuries, its value was therefore expected to rise during a crisis.

"By putting some of their savings in gold and silver, the people can protect the value of their savings from depreciating.

"In the current hyper inflationary conditions, this would be truly a positive thing for the people," he said.

-- BERNAMA

DINAR EMAS ...lagi




Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087


Nway, aku dah mula membeli dinar emas, cuba nk kumpul sket2. Aku memilih untuk menabung dalam emas kerana dengan simpan emas, bila2 nk cash, emas boleh dijual. Skrg ini nk jual emas adalah tidak susah. Dan lagi penting bila simpan emas, aku jadi lebih sayang nk jual/gadai emas, maka secara tak langsung aku akan jadi lebih jimat dan tidak suka membazir. Berbanding cash, xboleh tgk ada byk sket, ada la tu nak beli. Jadi dengan cash, kita lebih cenderong untuk menggunakannya, berbanding dalam Dinar Emas atau Dirham perak.

Aku baca blog kak Malini tentang My motivations to spend less & My motivations to spend less part 2, dan aku rasa dengan menyimpan emas dalam bentuk Dinar (sbb tak mampu lagi nk beli jongkong emas) boleh memudahkan kita mencapat matlamat untuk bersederhana dan tidak membazir, dan pada masa yg sama menyimpan aset untuk kegunaan akan datang.
 
Selain itu semua tahu emas sgt kukuh harganya dipasaran dan kadar purata kenaikkannya adalah 25% setahun. Aku ingat lagi masa mula2 aku tulis pasal Dinar di blog ini, harganya sekitar RM550+. Dan 3 bulan rasanya telah belalu, Harga terbaru adalah RM605+. Kalau Public Dinar, sudah RM630+ xsilap. Alhamdulillah aku dapat beli dinar seminggu lepas dengan harga RM595. Namu aku ada juga dengar ada orang terlampau obsess membeli emas sehingga sanggup kebulur dan hidup seolah dalam keadaan papa kedana. Perlu ingat bahawa apa guna ada duit/emas/harta kalau tidak digunakan.






Monday, November 01, 2010

011110


Hari ini beberapa orang kawanku dengan rasmi nya menjadi doktor.
Tahniah kepada mereka semua.
Aku sgt germibira melihat mereka gembira.
Dan aku sgt cemburu.

Moga hari aku nanti tiba jua.
Ameen.


Dan 2 minggu lepas, 23 orang kawan aku terpaksa repeat one whole year semula kat Hospital Klang.
Ada ura2, mmg ada kuota at least 20-25% fail untuk setiap major exam.
Dan sejarah telah membuktikan.
2 minggu lepas, 23 orang fail dari 70orang.
2 bulan lepas 70 orang fail dari 200 orang.
Setahun lepas, 10 orang fail dari 30 orang.
Setahun 2 bulan selpas, 50 orang fail dari 190 orang.
Begitulah.
UM Medic sgt kejam. Begitu byk yang sudah tumpahkan air mata.
Namun bila berjaya, mmg tak dapat dibendung perasaan itu.
Sbb wakaupun sekadar nak lulus, tidak senang.

Namun ada juga segolongan minorti yg masih berjaya dapat dean list.
Sgt wow. 

Rainforest D'Avicenna, Music Night. And I am awesome.

Secara tak rasmi dan juga rasmi, aku mcm jadi OP (official photographer) untuk prog kolej aku, malam muzik sempena Minggu Seni Kreatif tahun ini. Asalnya kawan aku suruh amik gamba die perform, last2 aku amik the whole event. Mula2 ramai je amik gamba, tp bila aku stat amik (aku datang lambat sket), terus mcm aku sorang je amik (adakah aku terlalu mendominasi?). Ok abaikan tu. Yg penting balik2 dari prog around 12 tgh malam., by 115 mcm tu aku siap pilih, edit ringkas, letak watermark n upload kat fb sume dekat 400 gambar. Mula2 kau tak perasan, sampai kawan aku datang bilik nak print, tgk aku tgk edit gamba, "Laju gile ko buat". Oh ha'a baru perasan. laju sampai PC aku dah tak dapat ikut speed aku (kelajuan PC aku adalah standard ke high performance), sampai hang skejap PC ini. Fuh~. Aku mmg Awesome.




 







oh nway, aku skrg mcm tgh blaja music note, main guitar dan nak blaja piano (belum blaja pun haha). Aku sgt dipengaruhi rakan2 aku yg majoriti sgt tere bermain alat music moden. Tapi mcm sgt beginner. mungkin aku kne beli guitar sendiri jugak baru laju sket blaja.

Ok bye sgt penat.

Sunday, October 31, 2010

Unplugged


Epi 24


A documentary about the comings of the Antichrist / Dajjal, Imam Mahdi, and the second coming of Jesus (Nabi Isa). A very powerful and unprecedented documentary with Bahasa Melayu subtitles. All credits due to Noreagaaa and Achernahr.


Mungkin ramai yg dah tahu mengenai siri The Arrival. Setelah membuat sedikit pembacaan, sebenarnya ada byk teori dan konspirasi yg wujud. Ada yg menyokong dan ada yg menolak sekeras2 nya. Malah ada yg memanggil Noreagaaa (org yg buat siri itu) sebagai penipu besar. Namun aa pula yg mengatakan hanya 85% sahaja yg boleh dipercayai. Wallahua'lam. Makin aku mencari, makin aku rasa tak tahu. namun apa yg aku dapat tahu, kebanyakan kajian mengenai Dajjal dan puak yg menyembah iblis ini, adalah dilakukan oleh orang barat sendiri.

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html

http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman

Manusia bila mereka tidak menyibukkan diri dalam perkara2/agenda2 besar, mereka akan menyibukkan diri dalam perkara yg kecil dan remeh temeh.

Saturday, October 30, 2010

Qalas Qalas Kek Lapis


Sepanjang 3 hari, eh 4 hari dari semalam ke Isnin, kolej aku mcm tgh ada cultural week. Tema tahun ini adalah serawak. Aku td masa nk ke DM untuk makan, berselisih ngan membe2 yg masing2 pegang kek Lapis serawak yg nampak sungguh lazattt *O* (gelap mata), (sambil tangan amik setiap jenis kata nk rasa)

Pastu pegi DM tgk laaaagiiii ada byk jenisssssss *O* (rasa lagi). So aku usya2 la kampeni yg jual tuh, baru tahu kewujudan kampeni sebegini.

 * gelap mata *

Pastu mcm boleh tempah kecik2 mcm nih, sangat kiut boleh buat mcm doorgift masa kenduri kawen *O*

Ini alamat kedainya
NO.16 G
JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL
JALAN REKO, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

untuk maklumat lanjut mengenai setiap jenis Kek Lapis, usya album fb derang nih

*O*
*O*
*O*
*O*
*O*

Friday, October 29, 2010

yeaa~ ( ^^, )

- Bismillah -

Alhamdulillah. Siap juga meng edit lbh kurang 1000 gambar. Ada orang tanye, apa yg aku edit? biasa nye selepas ambil gambar, aku akan go tru tgk gamba mana yg nk disimpan untuk di oleh nnt, dan mana yg xlawa utk di delete je. Biasa yg xlawa ni yg compo pelik sgt, over/under exposed sgt, yg mmg ntah pape, blur (salah focus) etc. Kemudian aku kene bukak satu2 gambar dalam photoshop, sbb nye kali ini aku dan Encik Rahim ambil almost semua gambar dalam RAW. jadi nk tanak kne bukak satu2. Lagi2 gambar Encik Rahim, selalu exposure lari. Tapi dengan RAW boleh betulkan exposure tampa merosakkan kualiti gambar. Sbb majlis kahwin contohnya sekali je seumur hidup, maka adalah rugi jika gambar detik2 di majlis itu rosak/cacat atau xlawa atau xde. Dengan ambil gambar dalam RAW, risiko gamba cacat kurang sbb boleh edit gile2 jugaklah.

Bila masuk photoshop, simple sahaja editing aku buat untuk kebanyakan gambar. Biasa main levels and curves. kadang2 tambah tone. Maksudnye tambah cerah/gelap, naikkan/kurangkan warna. Namun kebiasaannya untuk gambar portrait kene buat mcm2 sikit. Aku pun tak tahu nk ckp buat ape exactly, bile tgk gambar baru tahu biasa nk buat ape. Kadang2 mmg tak tahu langsung, just rasa gambar tak kene jd kne buat sth. Jadi cuba2 je lah.
Bawah ini 2 satu contoh ape yg aku buat. 

Bila ambil gambar close up, maka akan nampak segala macam yg ada kat kulit tu.

 Sebelum

 Selepas. jadi kene lah buang, xkesah parut atau jerawat atau black head etc. Kebiasaanya dibuat pada wajah perempuan. Lelaki mcm kulit licin bersih sgt tak macho la kan? Lelaki biasa kene nampak kasar dan harsh sikit, perempuan pula perlu lembut dan licin. Kebiasaannye lah yg aku tgk org buat. Tapi terpulang kepada orang yg meng-editlah.


bawah ini pula adalah gambar kaki bayi
 Sebelum

 Selepas 1

Selepas 2. Bayi biasa dikaitkkan dengan kelembutan. Jadi aku cuba sebaik mungkin untuk menjadikan gambar nampak lembut. Kemudian tambah sedikit tone, samada pink-keorenan-dan-kuningan atau biru-keunguan.

Tones seperti yg aku pernah tulis sebelum ini, mudah nk buat. Tapi nak hasilkan yg betul2 sedap mata memandang adalah sgt sukar dan mengambil byk masa dan kene cuba2.

Editing nampak mcm susah, tapi mcm aku dah biasa buat, kalau setakat main level/curves/hue-saturation, kadang2 tak sampai 10 saat pun. Kalau yg kompleks sikit amik masa beberapa minit, tp kebiasaannya kurang 5 minit.

Selepas aku dah buat semua ini, dari ambil gambar, pilih2 dan editing, baru aku faham kenapa upah ambil gambar adalah kerja beratus ringgit, bile dah pro akan jadi beribu. Kerha mengambil gambar bukan sekadar mengambil gambar, dan sgt memenatkan kadang2. Mcm Saiful Nang tak silap aku paling murah adalah RM7200 untuk satu majlis perkahwinan. Cume aku kadang2 xpaham, bila seseorang photographer terlalu mengikut harga2 semasa, sebagai contoh sekadar shoot and burn sahaja, dah RM500. Mmg lah harga itu standard, tapi kalau amik gamba pun tah pape, aku pun tak paham mcm mana ada customer boleh hire derang (ini adalah statement umum, tak merujuk kepada sesiapa).

Oh pastu aku  slalu terbaca pasal mende nih (kat forum mana2 web of fb) pasal derang bengang ngan kemunculan photographer baru yg kene kan bayaran terlalu murah. Aku personally langsung tak kesah kalau org nk charge murah gile. Sampai photographer2 lain bising derang tak cari makan. Aku rasa kualiti gambar itu speaks by it self lah. Kalau customer tu amik yg murah2, biasa gamba biasa2 je, kadang2 bukan biasa, average org yg tak tahu pape pasal photographer pun amik lagi lawa. Sbb ape, sbb orang yg xtahu gune dslr dan amik gamba pakai dslr (except pakai mode auto lah), biasanya gambar derang akan jd lebih buruk, dari org yg pakai compact (sbb compact kebiasaannya auto). kalau aku dan Rahim, kami mengikut peralatan dan skill yg kami ada, masa mula2 dulu sgt kurang segalanya, jadi adalah sgt murah. Ikut standard seniri la kan. Namun skrg kami naikkan berdasarkan kualiti gambar yg kami hasilkan. Dan aku rasa semua photographer sepatutnya begitu. Kadang2 kesian tgk customer yg xtahu pape pasal photography, dan mcm kene con je.  


- Alhamdulillah -

Thursday, October 28, 2010

Deepavali


Antara 

Gunung Tebu 
vs

Bukit Tabur, Taman Melawati dan Ampang Pecah.




Pilihan yg sgt sukar


Date Line : Malam ini


Berterusan bukak satu2 RAW file dan retouch gambar adalah satu perkerjaan yang memenatkan. Ini da masuk hari ke 3 aku bertungkus lumus siapkan gambar wedding pada 101010 hari tuh. Last week adalah exam jd mmg aku buat sket2 je, mcm sehari 10 gambar, buat ptg2  je pun sementara tunggu dinner. Total gambar mencecah 1000 yg perlu disiapkan. Dan hari ni dah 80% siap. Fuh. Sikit lagi. Aku mesti siapkan hari ini juga. Sepatutnya seminggu aje. Tapi ni da 3 minggu sbb exam hari tu. Mmg tak boleh bertangguh. Nnt customer bising =p
Ok sambung edit gamba..

sambung..

Zzzz..

Kroohh krohhh..


Monday, October 25, 2010

Hamster

- Bismillah -

Al kisah aku kadang2 bce jugak random blog yg sape aku pun tak kenal owner die. Tapi yg sorang ni aku slalu bace sbb politik lah, dan die juga menjual arnab dan barang2 untik binatang peliharaan yg lain termasuk makanan. Jadi satu hari die post pasal bengang ngan satu orang pompuan ni, da order n da confirm nk beli sangkar (dan skali barang2 dalam die) dan makanan dan serbuk kayu (chipsi). Die tunjuk la gambar barang2 tu. Tapi last minute die tak jadi beli. Sedangkan owner blog tu da amik dari kedai (die tak simpan stick, org nak baru die beli/amik dari pembekal). Paling aku terkejut harga semua RM39 je.

Al kisah kat kolej aku nih ada la ramai jugak pembela hamster, kepalanya si Qayyum. Die bela Hamster dulu mula2 lepas clash ngan makwe die -.-' . Lepas tu total ada la dekat 4-5 orang. So aku mcm terpengaruh dan slalu la jugak menziarahi hamster2 derang nih. Hamster ni pulak jenis beranak laju dan laju membesar. Jadi tayah beli. Dari sorang, pass anak die ke sorang lagi. Sbb itu boleh byk gamster. Dan paling penting sgt senang nk jaga. Bagi makan dalam seminggu atau 2 minggu skali pun tape. Bersihkan sangkar n tuka serbuk kayu sebulan atau sebulan lebih skali. kalau malas sgt 2 bulan tade hal. Pastu tayah mandi. Pastu tanye2 harga biasa dalam RM60 - RM100 utk starter beli sangkar n barang2 sume, tak termasuk hamster nye lah. Qayyum kata die ada membe yg jual so boleh dapat murah la. Usya pethouse dalam RM150+. Mahal jugak. Oh dan aku ada habit suke usya pet house kalau aku jumpa. Aku pun tatau ape aku tgk dan tak pernah ada niat pun nk beli, tapi suke usya. Just usya.

Tapi setahun lepas tu, da makin kurang dan skrg mcm da tade kot? Ke ada tp aku tak tahu tatau la. Ada junior2 ke yg bela. Sume dah tinggal kat umah je malas jaga kat sini. Yg ada skrg adlah kucing. Kucing lawa la, bulu panjang dan sgt manja selalu dibelai2. Kucing paling fames adlah milik Imran. Dan aku sgt tak tahan masuk bilik die. Mmg bau kucing habis lah. Dengan tempat tidur dan makan minum kucing sume ada dalam tu. Pasir berak pun ada kot x silap aku. Aku pun tatau cane die boleh tahan hidup kat bilik tu tido sume.

Nway jadi sbb harga die RM39, so aku terus pm fb die, kata nk angkat. Dan tadi die siap datang UM. Wah sgt seronok. Dan murah, siap free delivery lagi. Td sembang2 sket die kate mmg die slalu buat keje mcm tu. Mmg busy hari2 hantar barang. Mmg jual hanta skali. Pastu die kata sangkar je harga RM26, kalau besar lg RM46. Aku rasa ni pun da besa jugak kot yg aku beli nih. Tade la besa mana tp mcm ok la. Siap ada alat main roda pusing2, tempat minum dan makan dan rumah lagi. Kire so far yg aku penah usya dan tanye, ini adalah sgt murah. Sape2 nk beli barang2 utk binatang ternakan aku sgt rakemen beli kat mamat nih. Cara kerja die sgt bagus, on time, berkualiti dan murah. Dan binatang yg dia ada jual adalah arnab sahaja. Tapi kalau barang2 untuk binatang ternakan lain ada, termasuk makanan. Tapi kne confirmkan la dulu tanye.

Jd td lepas kelas aku usya2 la tenet jenis2 hamster. Ada 5 jenis semuanya yg biasa org bela.
  • Syrian hamster
  • Chinese hamster
  • Dwarf Campbell Russian Hamster
  • Dwarf Winter White Russian Hamster
  • Roborovski Hamster
Akupun tatau nk beli mana lagi. Adam (juga pembela Hamster) rakemen Roborovski sbb katanye kiut. Ada yg rakemen Syirian sbb paling senag nk jaga dan jenis tak gigit orang. tatau la. Kos sekor hamster yg aku slalu usya kedai antara RM10 -RM25. Tapi kalau korang ada kawan2 yg da bela, tunggu je kejap, beranak la tuh. Mintak la satu ke mule2. Sbb Hamster mmg laju je beranak. Jadi owner asal pun ada byk2 pun tak larat nk jaga. 
Oh yg aku beli sume 3 barang termasuk makanan gambar nya ada kat atas tu. Aku print screen dari owner blog yg aku beli tu. Aku pun konfius2 nk bela ke tak senanye. Mcm tetibe je aku dah beli -.-' . Tgk lah kalau aku malas bela nnt aku bg adik aku kat umah jaga lah. Kalau die malas suh bibik haha.


- Alhamdulillah -

MDP

- Bismillah -

aku dah tukar address blog gambar aku dari 
http://5-eyes.blogspot.com/
ke


Dan untuk gambar2 si baby bunga Iffah yg lain, yg aku tangkap semalam pun aku dah letak di situ. Aku rasa selepas ini mungkin byk gambar job yg aku ambil mmg aku letak semua di situ. Di sini mungkin sekeping sahaja sbb nk jimat space. Sbb baru2 ini aku punya PicasaWeb sudah hampir penuh. Macam tinggal 100mb sahaja lg. Untuk pengetahuan yg tidak tahu, bilamana kita membuat akaun blogspot, dan apa2 blog yg kita buat dibawah akaun tersebut, semua gamba2 yg diupload (dari mana2 blog dibawah akaun sama) akan disimpan di Picasa nih. Dan total space diberi adalah 1Gb sahaja. Nak lebih mcm biasa, kne bayar. Jadi aku igt aku mahu delete gambar2 lama dalam entry2 lama blog ini. Demi entry2 baru yg bergambar. Dan aku juga sekarang mengecilkan saiz gambar sebelum di upload, kalau tak mmg lagi cepat penuh.

Kalau sebelum ini blog photography mmg aku buat di bawah akaun sama, senang. Tapi sbb da nk penuh, maka aku buat akaun baru, maka dapat la 1Gb baru. Dan aku boleh la delete gamba2 di blog lama itu untuk jimat space. Dan walaupun nampak gambar yg aku upload adalah besar, sebenarnya aku dah resize supaya bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya antara 200 - 500 kb sahaja. Terimakasih kepada Adobe Photoshop Lightroom. Dengan satu klik sahaja, aku dapat resize semua gambar, juga letak watermark sekali gus. 

Dan gambar lain juga aku letak di Fan Page Facebook Musafirdunia Photography (Lihat di sebelah kanan blog ini dan sudi2 lah like ehehe). Buat masa ini aku rasa Facebook xde limit berapa total gambar boleh letak. Cuma 1 album tidak lebih 200 gambar. Dan gambar yg besar akan automatic di resize oleh facebook. Kalau tidak resize, upload akan amik masa sedikit jika dah resize awal2.


- Alhamdulillah -