.

Friday, October 24, 2008

Raya o8~

- Bismillah -

Seminggu sebelum raya aku memulakan posting baru iaitu PCM (Primary Care Medicine). Setiap hari isnin hingga jumaat, selama 4 minggu aku dan kawan2 se-posting akan berangkat seawal jam 7 pagi untuk ke klinik bukit kuda. Sejujurnya PCM sgt seronok berbanding O&G sebelum ini.

_________________________

Cerita Raya

4 hari sebelum raya aku dan ahli keluarga ku yg lain bertolak balik ke kampung, di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Kecuali kakak pertama ku, bersama keluarganya yg beraya d Menchester dan Cairo. Raya tahun ini tiada apa yg menarik. Hampir sama seperti raya tahun2 sebelum ini.

3/10/08, Jumaat, kami bertolak awal pagi untuk pulang ke rumah di meru. Sebaik sahaja sampai, aku terus pula ke Sepang, ke rumah kawan medic ku Faris dan kemudian terus ke Batu Pahat, memenuhi undangan raya. Rancangan asal untuk pergi balik pada hari yg sama tetapi memandangkan jalan yg agak sebuk, kami akhirnya bermalam d sana.

4/10/08, Sabtu, 10 pagi, aku dan faris bertolak pulang. Aku tiba d sepang tgh hari dan kemudian terus ke Kelana Jaya untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara sebelah ayah. Sebaik sahaja aku tiba d rumah mak long ku, ahli keluarga ku yg lain sudah tiba terlebih dahulu. Kami kemudiannya ke rumah datuk2 saudara sekitar lembah klang dan balik ke rumah sekitar jam 12 tengah malam.

5/10/08, Ahad, Aku keluar awal pagi untuk berkonvoi dengan rakan2 medic. Dari sungai buloh ke Sepang (termasuk Bagan lalang) dan ke Kelana Jaya. Balik ke kolej sekitar jam 9 malam. Esoknya aku akan ke klinik Bukit Kuda seperti biasa.

Kemudian setiap hujung minggu, sehingga ke hari ini, setiap sabtu dan ahad aku dan kawan2 medic akan keluar memenuhi jemputan rumah terbuka. Paling kurang 2 rumah. kadang2 sampai 4, Dari port klang hingalah ke bangi.

22/10/08, Rabu, aku ada exam, end of posting exam untuk paper SPM (social preventive medicine).

23/10/08, Khamis, pagi aku ke Klinik Bukit Kuda Seperti biasa. Disebabkan aku sgt baik dengan ahli2 farmasi klinik tu, mereka mengajak aku dan kawan2 lain untuk ke rumah terbuka Pharmaniaga di sek 7 Shah Alam pada jam 1 ptg.

24/10/08, Jumaat, Exam kedua end of posting untuk Obstetric & Gynecology dan merupakan exam terakhir (2 pape je). Selepas asar aku ke port Klang memenuhi jemputan rumah terbuka Nad S. Kemudian balik kolej terus bukak laptop untuk update blog ini =] .

25/10/08, Sabtu, esok jam 11 pagi aku dan kawan2 hira; akan ke rumah terbuka PIN d pusat kesenian Islam, kat sebelah masjid negeri. Kemudian nk g jalan2 laparkan diri dan kol 4 ke rumah kak sarah pula untuk melantak seterusnya.

26/10/08, Ahad, cuma ahad kali ini stakat ini aku hanya menerima 1 jemputan rumah terbuka. Sape yg jemput pun aku da lupa. Isnin pula cuti deepavali.

______________________

Bermula Selasa, 28/8/10, aku akan memulakan posting Paediatrics. Posting yg paling menakutkan... (bkn sbb posting tp lecturer dan missi2 yg suka marah2 dan cari kesalahan medical student. Ape yg derang xsuke sgt ngan budak medic pun aku xtahu).

- Alhamdulillah -