.

Monday, February 27, 2006

Ra|haN

ART|S SEBENAR NO.1 MALAYSIA
.
Mereka diundang mengadakan persembahan di National Trade Centre Toronto, Kanada yang antara lain bertujuan memungut derma bagi mengisi tabung gempa bumi di Pakistan selain Persidangan Reviving Islamic Spirit
.
BERJAYA membolosi Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, Afrika Selatan dan Russia, kumpulan nasyid terkenal, Raihan, tidak duduk berpeluk tubuh.
.
Empat anggotanya terus mara dan buktinya, mereka baru kembali daripada membuat persembahan khas di benua Amerika Utara, baru-baru ini.
.
Apa yang membanggakan, Raihan diundang mengadakan persembahan di National Trade Centre Toronto, Kanada yang antara lain bertujuan memungut derma bagi mengisi tabung gempa bumi di Pakistan selain Persidangan Reviving Islamic Spirit. Pertunjukan amal itu adalah susulan dari showcase mereka di Manchester, United Kingdom (UK), pada Aidilfitri lalu.
.
Kejayaan terbaru Raihan itu bukan saja dapat memartabatkan lagi lagu nasyid Melayu, bahkan turut membawa nama Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam dunia nyanyian.
.
Jelas selepas meninggalkan kenangan manis di Russia, Indonesia dan UK, tahun lalu, benua Amerika Utara pula melakarkan sejarah manis buat Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.
.
Kunjungan ke Kanada sebenarnya bukan baru kerana sebelum ini, Raihan pernah muncul di Toronto, Julai lalu sempena Muslim Day di Paramount Wonderland yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton.
.
Dalam kunjungan terbaru kali ini, Raihan mendapat sambutan hangat dan kehadiran mereka memang dinantikan apabila kira-kira 15,000 penonton dari Kanada dan Amerika Syarikat (AS) membanjiri National Trade Centre Toronto.
.
Masing-masing nyata terpukau dengan lagu yang dipersembahkan dan menghayati semua mesej yang disalurkan.
.
Ketika ditemui Bintang Popular, minggu lalu, Che Amran berkata, Raihan sebelum ini pernah diundang mengadakan persembahan dalam Persidangan Reviving Islamic Spirit, pada tahun lalu, tetapi tawaran itu terpaksa ditolak kerana bertembung dengan program Jelajah Perancis 2004 mereka.
.
“Kali ini barulah kami berpeluang ke sana. Persembahan kami selama 45 minit itu diiringi dua pemuzik iaitu Khairul dan Shahrizan dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
.
“Kami menyampaikan lagu Arab, Melayu dan Inggeris pada konsert itu seperti 99 Nama Allah, Assolatuwassalam, Thank You Allah, Allahu, Selawat, Syukur, Puji Pujian dan Cahaya Selawat.
.
“Kami amat bersyukur kerana nama Raihan mula dikenali peminat Muslim di Kanada. Ini kerana mereka sudah lama memiliki album kami yang dijual di sana. Walaupun mereka tidak memahami bahasa Melayu tetapi rata-ratanya cukup tertarik dengan rentak, melodi dan konsep lagu kita.
.
Selain itu, ada juga lagu dalam bahasa Arab dan Inggeris yang boleh difahami mereka,” katanya.

Dia berkata, matlamat Raihan mengunjungi benua Amerika Utara tempoh hari bukan sekadar memenuhi undangan nyanyian, malah bagi mempromosikan album mereka, Brotherhood yang diterbitkan khas untuk pasaran antarabangsa. Album berkenaan turut menyelitkan lagu dalam bahasa Inggeris dan Arab khas untuk pendengar luar.
.
Sesudah benua Amerika Utara, Raihan bakal menjayakan Raihan World Tour 2006 yang bermula dengan persembahan di Thailand pada hujung Januari ini, diikuti Trinidad & Tobago, bulan depan.
.
di copy paste dr http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20060123183112/Article/