- Bismillah -
Al kisah tadi ke UM untuk mendapatkan rawatan gigi percuma, a.k.a. aku ada DENTIST (inside joke hagaga). Ye lah student kan, kalau buat private mesti mahal.. Ini pun da pegi 2 kali dalam masa 3 minggu, dan next appointment yg ke 3 dan mungkin terakhir untuk dalam masa 2 minggu lagi. Mula2 aku buat temu janji memandang salah satu gigi molar aku tampalan-nye dah pecah. Tapi skali cek2 sume skali, aku ada 4 masalah gigi. Ayoyo. Memandangkan setiap org untuk satu sesi cuma sekejap je, iaitu 30 minit, maka aku perlu buat beberapa appointment.
Semasa temujanji pertama 3 minggu lepas, aku datang lambat ehehehe. Waktu aku sepatutnya jam 11 tp 1125 baru sampai. Padahal aku gerak dari klang jam 930 okeh. Jem teruk dan paham2 la nk cari parking kat UM tu, lg2 fakulti medic atau kawasan kolej 6, sampai esok lusa pun belum tentu dapat. Tapi aku tetap mencari dan terkejar dengan bersungguh2 dengan harapan sempat lg. Sampai2 da nk hbs sesi aku sbb 30 minit je peruntukan utk sorang bg satu sesi. Tapi setelah buat muke comel dan mata bersinar-sinar keluar bintang.. maka kakak, eh makcik yg jaga kaunter tu pun pegi tanye doc. Dan doc yg baik hatipun kata ok. Maka doc itu buat sesi 1130 dengan laju. Org yg datang tu pun buat sikit je. So ada la baki 15 minit utk aku. Doc pun tampal baru tampalan yg pecah tu.
Tadi pula rupenye aku baru tahu apa masalah2 gigi aku lagi. Satu gigi 2nd premolar aku mcm kene tampal jugak. Skit je. Aku tak perasan sbb gigi tu kat atas. Kemudian aku pk2 balik baru mcm tersedar (?). Setiap kali aku berus gigi atau floss, biasa aku fokus permukaan gigi yg bawah je sbb senang nampak. Yg atas mcm mana nak nampak kan. Jadi kesimpulannya kne slalu la buat regular checkup sbb kadang2 walau kita jaga mcm manapun ada yg kita terlepas pandang (?). Dan sejak aku buat regular checkup sejak 4 tahun lalu (setahun sekali atau kalau rajin 2 kali), baru lah aku tahu sebenarnya bagai mana cara yg betul untuk membersihkan gigi. Cara atau teknik yg betul mcm mana nk berus. Dan kene rajin gune floss dan mouth wash.
Masalah ke 3 pula adalah byk tahi2 gigi keras (plaque/ calculus/ stain), ini biasalah kot semua orang ada. Jadi kene scaling untuk buang. Kejap je. Tahi2 gigi keras ni memang walau sekuat mana kita tonyoh gigi kita, lama2 mesti ada balik. Jadi itu adalah salah satu kepentingan buat regular checkup. Scaling ni cane die buat ialah die gune satu mcm besi tajam yg bergetar dengan frequency yg sgt tinggi jd mcm menghasilkan sonic wave (?) jadi ia kan memecahkan tahi2 gigi keras itu. So die actually mcm vibration je la. Tade la die kikis gigi macam mula2 aku igt haha.
Dan part aku paling tak suka bile die buat gigi depan bawah. Nyilu okeh. Aku seryes sgt tak tahan tp mcm kene paksa juga untuk tahan. Mcm tahan2 dahulu senyum2 kemudian-lah. Gigi lain ok je tak rasa sgt. Except kalau ada tahi2 gigi yg keras tu kat dalam gusi. Jadi doc akan masukkan jugaklah besi tajam itu antara gusi dan gigi. Berdarah2 jugak lah dan sakit. Dulu masa mula2 scaling 4 tahun lepas mmg penuh mulut aku dengan darah. Ye lah tahi2 tu da byk sgt n kat celah2 mana ntah die nyorok. So nk buang tu perit sket lah. Dan yg buat kat aku itu pula adalah kawan aku student dental. Memang kene ngan aku balik la lepas tu. Kasar okeh die buat. Terseksa batin gigi2 aku. Yg kali ni buat ngan doc, so mmg ok je la.
Masalah ke 4 ialah, tampalan aku yg kat molar tu, yg pecah tu doc kata mcm agak dalam. So aku kene buat x-ray nk tgk da kne saraf ke belum. Jadi tengok td dah hampir2 nk kene. Tp aku tak rasa sakit so doc kata ok la bia la dulu. Nnt next appointment kite tgk mcm mana, nak buat nerve root treatment (?) atau tak. Ok lah doc, aku pun time tu da kat um so layan je lah. xde dah penat2 nk kua awal sesak2 kat jem dan cari parking.
Jadi kesimpulannya kepada anda di luar sana. Jangan tunggu ada masalah di gigi baru nk jumpe doktor gigi. Buat lah pemeriksaan berkala setahun sekali paling kurang. Jangan sampai dah sakit baru nk mengade. Gigi kita ni kalau rosak mmg tak berganti dah. Sampai mati mmg gigi ni je lah. Da takde tumbuh baru mcm zaman gigi susu dulu. Unless kalau tanam gigi baru atau gigi palsu lah. kadang2 kita rasa kita takde masalah tp bila da jumpa doktor gigi ada je masalahnye. Bukan lah nak cari masalah tp kalau masalah tu tak dcari dengan awal, makin besar masalah tu nanti. Tapi kalau takde bagus lah.
Percayalah jumpa doktor gigi tidak menakutkan dan tidak sakit pun. Melainkan kita ada masalah. Dan kita ada masalah sebab kita xbuat pemeriksaan berkala. Jadi bila jumpa mmg akan scary. Akhir kata, selamat membaca dan selamat beramal.
__________________________________
SLOT MENGUMPAT
Korang tahu biasanya dalam bilik tempat gigi korang kne main tuh, biasanya ada sorang doc dan seorang pembantu. Al kisah aku punye kes dua2 perempuan. So far mmg aku dapat perempuan je lah, tatau laki mcm ni jugak. Ya Allah masa derang tengah main2 gigi aku tuh, bukan main lagi sok sek sok sek. Memang bercakap je dua eko tu sepanjang masa. Ngumpat sana ngumpat sini. Haaa kan aku da ngumpat balik hagaga.
......
"eeee saya geram betul laa Is ngan dr. Zubeedah tu. Punye lah sombong dan malas buat keje. Ikut hati aku nk bungkuih ja hantaq pos laju balik Iraq"
"Eh dokter, fedex lagi laju"
kedua2nya gelak -.-'
.....
"Eh si bedah tu umo da 27, calon die si Mat tu kan? Haa elok la tu dua2 da specialist. Awat tunggu lagi tu??"
"Dengaq kata si Mat tu suka orang lain lah dokter"
"Sian si Bedah tu, dah la lawa, pandai. tugi betoi si Mat tu"
.....
"Derang mmg macam tu lah. Awat depa ingat saya ni tak bizi ka. Saya pun ada anak2 kena jaga. Suami saya kadang2 bising saya balik lewat. Depa harap mintak tolong sikit pun da melenting. Memang nk kene sekeh sorang2"
"Sekeh je dokter. Meluat saya tengok derang tu, makan gaji buta!"
......
Dan seryes byk lagi perbualan yg aku pun da samar2. Nasib baik pakai mask kalo tak mmg penuh muka aku ngan air liur derang., Ye lah derang punye muka memang 15cm ke 30cm je ok ngan muka aku. mmg kalo tak pakai mask da sembur2 da. Da la cakap kuat. Kalau mulut aku free n ezi time tu mmg aku join skali hagaga -.-'
- Alhamdulillah -
3 comments:
gigi dan mulut .
satu dibetulkan . satu lagi dikotori
=.
good one alex umar... memang betul pon. gigi yg yg bermasalah diperbetulkan. mulut yg tiada nasalah digune utk mengumpat.
Post a Comment