.

Wednesday, July 07, 2010

Cameron Highland - Random 2

- Bismillah -

Fuh boleh pun  upload gambar~

Seperti yg diketahui, majoriti makanan kat Camron mmg lebih mahal dari biasa. Biasalah tanah tinggi. Kos pengangkutan lebih sikit dari biasa. Tapi ini antara benda atau makanan yang aku rasa harga lebih kurang dengan tempat lain yg bukan tanah tinggi. Yong tau fu. Eh ke tau fu fa? Ok aku dari dulu konfius dan tak pernah sure yg mana adalah yg mana. Mcm yg atas ini aku makan kat Tanah Rata. Harga lebih kurang RM8. Byk okeh. Kalau dulu masa ambil lauk pauk (?) slalu mcm ambil sesuka hati kemudian bila da rebus dan potong2 dan tuang kuah, terasa sgt byk dan tak habis. Selalu membazir. Tapi skrg mcm da dapat bajet la. Ambil jangan ikut nafsu. Dan samapi skrg aku masih tertanye2 mcm mana orang yg jual ini kire. Laju je die potong masuk plastik pastu terus sebut harga. Kadang2 aku rasa die tibai je.


Ada satu kedai kat Tanah Rata tu, mmg jual key chain sahaja. SAHAJA okeh. Jadi mmg seryes sgt byk keychain dalam tu. Penuh dari dalam ke luar keychain. mcm dalam sejuta pun ada kot (?) Aku baru tahu sbb dulu2 tak penah nk jalan2 kedai mcm nih. Aku bukan fan sgt shoping2 nih. Tapi mcm sgt kagum ada kedai mcm ini =o. Tapi mcm biasa lah aku tak beli ape2. Sebabnye sume buruk. Dah la takde kaitan dengan Cameron langsung. Mcm baik tak payah (?)


Restoren kaca yg kat Sungai Palas Tea Centre kalau tak pegi mmg tak sah. Mmg majoriti orang akan pergi situ. Dan ini adalah kenapa sgt tak best pegi masa cuti umum. Jalan tu dah la kecik utk satu kete. Ini bas sume skali masuk.


Dan inilah akibatnye. Kereta bernombor plate singapore dengan sebuah bas tempatan. Aku pun tak tahu derang settle mcm mana.


Teacino Vanilla  =3. Aku sgt suka. Aku pun tatau nape sejak dua menjak ini aku lebih prefer minum minuman panas. memang kebiasaan nya aku akan order teh tarik kurang manis skrg. Oh bukan la sbb aku nk jaga sgt gula tuh, tp aku mmg tak tahan sgt kalau terlampau manes. Bg aku tak sedap okeh. Atau lidah aku terlalu sensitif tak tahulah.

Ini pun fave. Strawberry with honey and yogurt.

Haha ini adalah mixed salad. Dah boleh bubuh sendirikan. Mmg aku bubuh sendirilah. Haa amik ko makan 2, 3 orangpun tak habis gak lepas tu sbb da muah hagaga.

Dalam tahun ini, aku rasa ini pertama kali aku pegang cili. Loser ke hah? Cume aku dan cili mmg takde chemistry, nk wat cane.

Hampir 360 darjah. Aku upload sebenarnya gambar ini sgt besar, tp bila upload, walaupun dah klik.


- Alhamdulillah -

4 comments:

otak suci said...

yong tau fu.
isk.

+_+

musaf said...

=p

ok yg pasti koden tade ehehe

As said...

1. yong tau fu. tu nama orang melayu panggil senanya.
yong tau fu sebenar bg masyarakat cina adalah benda laen..

btw tau fu fa adalah benda dalam tupperware bulat tuh, mcm soya yang dipejalkan kemudian buh dlm fluid pemanis. ok sekian sgatlah tak tahu nak describe.

2. pasal keychain itu, memang tepatlah keputusan kamu.

3. hoho jem yang amat! seb bek tak jadi gi. :(

4. salad buh thousand island mmg terbaik. lalala

5. as dan cili takde chemmy jugak. haih.

6. hebatnya pano die..hebatnya

musaf said...

waaa dasat as. tu lah kalo daang alamat amik gabar dari dalam kete je la. alaaa biasa je pano tu. semua buleh buat lah