.

Friday, July 16, 2010

Broga 8/7/200


Permandangan puncak pertama dari puncak ke dua (ini gambar ambil masa pegi dulu)

Permandangan puncak kedua dari puncak ke tiga



- Bismillah -

6/7/2010
Shah Alam Sek 2

11 malam. Balik dari liqa', kami singgah di sek 2 untuk menjamu nasi goreng pataya di Rasa Sayang dan air mangga di Frodo ABC. kebetulan aku petang itu baru habis exam, Syahmi pula masih berbaki satu minggu cutinya. Tariq pun baru sahaja free. Masing2 tiada agenda. Namun tiba2 Syahmi mention die baru balik dari gunung Ledang seminggu sebelumnya. Aku jadi cemburu dan terus plan nak panjat gunung jugak. "Kinabalu!". Tapi cadangan ku tidak mendapat sambutan. Cis. Akhirnya kami memilih Bukit Broga. Walaupun xtinggi, tapi bolehlah buat keluar peluh dan hilangkan gian da lama tak mendaki. Syahmi pun belum pernah naik. Asalnya kami decide nk pergi esk paginya. Tapi mcm sudden sgt jadi kami decide untuk pergi lusanya.



8/7/2010
Shah Alam Sek 2

11malam. Malam itu kami tak tidur kecuali Syahmi. Jam 2 bangun untuk tgk world cup sampailah jam 430 pagi. Gara2 worldcup kami terlewat bertolak. Jam 450 pagi kami pun mula gerak. Mengantuk tapi layan kan je. Masa odw nih, kan kalau sebelum jam 7 pagi tol dapat diskaun 20% eh? Tapi aku pun tatau nama, ada satu tol tu, RM1.60 sepatutnya, tp ktrg kne bayar 50sen je. Tepat jam 6 pagi kami tiba. Cadang asal nak solat subuh di puncak, tp dah gerak lambat. Before naik tu, terdengar dari jauh azan sayup2 dari surau berdekatan.

Jadi kami decide untuk sembahyang dahulu. Tenang sedikit hati.


Alhamdulillah. Walau da lama tak excercise, aku berjaya sampai puncak pertama dalam masa lbh kurang 25 minit. Berbanding klai pertama datang hampir 45 minit. Ini kire 1st time la sampai before 630 pagi. Dulu2 xpernah datang seawal ini. Paling awalpun last time jam 650. Da cerah sedikit. Tapi pagi itu sedikit hampa. Sunrise tak nampak. Awan tebal.

Gambar2 di atas di ambil sekitar 630 pagi ke 7 pagi.


Ini pula sekitar jam 7 pagi.

Sehingga 730 cuma aku dan Syahmi sahaja. Ktrg sampai terus bertapak di puncak ke 2.


Itu die orang ke tiga. Sekitar jam 7 lebih baru nampak. Masih di puncak pertama sedang bermalas-malasan (baju hitam di sudut kanan bawah gambar, sedang membuat aksi action kamen)


Sementara menunggu orang ke 3 sampai ke puncak ke 2, kami pun ambil baaaanyakkk gambarrr.


Akhirnya orang ke 3 sampai. Rehat sekejap 15 minit.


Kemudian bergerak ke puncak ke 3. Waktu ketika ini sudah hampr jam 6 pagi. Ini permandangan puncak ke 3 dari puncak ke 2.


Ini pula permandangan puncak ke 2 dari puncak ke 3. Kami berlumba naik ke spot ini dalam masa 20 saat.





Ini semua gambar di puncak ke 3. Oh aku baru tahu sebenarnya ada 4 puncak. Tapi sbb semua dah lapar sgt maka kami tak ke puncak ke 4. Lagipun dekat je dan nampak tak ada apa sgt. Next time lah pergi. Sekitar 840 kami bergerak pulang.


Sebenarnya kalau nk di ikutkan, Broga langsung tiada daya tarikan. yg ada hanya padang runput yg luas. Jadi permandangan ini adalah jarang di dapati di Malaysia. Lagi2 kawasan berbukit begini. Dan di kawasan begini apa yg seronok buat adalah tengok2, mengambil gambar dengan perlbagai aksi, berpiknik di tengah panas dan berlari-lari! Jadi kami sebenarnya berlari turun. Dari puncak ke 3 sampai puncak parking bawah sekali lebih kurang 15 minit sahaja. Ada bahagian yg agak curam dan licin perlu sgt berhati2. Memandangkan aku berlari sambil membawa beg dan tripod, dan juga kamera di tangan, aku berlari depan sekali supaya aku boleh toleh sekejap untuk ambil gambar. Sgt bahaya okeh sbb tanah macam sedikit basah. Tapi seronok ehehe~

Dan aku baru tahu. Selepas puncak ke 4, masih boleh terus berjalan menuju ke Gunung Tok Wan. Satu hari nanti *memasang angan-angan*. Tapi Kinabalu tetap menjadi salah satu target aku masa terdekat ini. Ye lah kalau bukan skrg bila lagi? Dah jadi doktor? dah kawen? pehhh mmg tade harapan.


- Alhamdulillah -

4 comments:

murniizar said...

eehhh, sangat cantikk dan sangattt besttt!! lahh

Anonymous said...

gamba #4 cantikk!! nampak shadow of invisible lalang

musaf said...

tq =D

As said...

seronok eh :)
style cite mcm kanak2 comel :)