.

Tuesday, July 06, 2010

2 minggu setengah

- Bismillah -

Aku sebenarnya nak update beberapa entry yg mempunyai byk gambar tp tenet kolej ni biasalah. Aku tidur lepas isya bangun lepas zohor pun belum tentu habis upload. Nak balik umah upload kat umah pun, laptop adik bongsu ku da kebas bawak g Uni die. Cess. Kasi chan laaa gune kejap. Nnt kne amik balik untuk elektif bulan depan.

Tadi long case surgery aku dapat case..eermm chief complaint die generalize itchiness. Mmg mula2 aku pk renal ngan biliary prob lah. Tp yg aku geramnye patient aku nih die langsung tak tahu ape2 pasal penyakit die. Die ada byk penyakit okeh tp mcm... seryesly sgt patut tak tahu. dah la die pernah jalani major surgery lagi.

"agak2 uncle, uncle tahu kenapa uncle gatal2 ini"
"uncle tak tahu la. Uncle ingat ini masalah sini" - sambil menunjuk2 kesar parut bedah lama di badannya.
"ooo itu pancrease ka?"
"haaa ya laaa"
"Kenapa dengan pacrease tu uncle? Ada itu ketumbuhan ka?"
"eh bukan2. Itu macam ada salur2 lebih, Jadi kene buang"
"Salur2 lebih mcm mana uncle?"
"Itu salur2 ada 3 punya. U blaja pun tarak tahu ka. Itu salur laaa"
-.-'

Dan patient tu jugak bahasa melayu die jugak mcm sgt susah nk faham. Jiran aku nepal yg baru datang Malaysia setahun pun mcm lagi lancar. Sgt susah ok nak clerk patient mcm ini. Lagi2 ada limit masa, jadi bila dah setengah jam berlalu, kau masih tade idea lagi knp dengan patient tuh. So dah die ckp ada 3 salur, aku pun assume duodenum, pancreatic duct ngan common bile duct la kot. So mcm bile present aku ckp la patient tak sure, n aku rasa itulah. Mungkin die ada malformation ke ape. Dan history aku sgt pendek sbb patient mcm tak tahu ape okeh. Skali doc pun kata sambil menggeleng kepala.. "your history is not good enough"  ...T_T

Kadang2 kita dah cube terbaik tapi patient yg masalah. Susah ok nk control die. Ckp sepatah dua terus melalut cite pasal kehidupan dan sejarah silam die -.-'

Da hbs long case, membe aku yg nga posting kat ward tu pun msg.
"weh..die ada avm portal vein lah"
Ya Allah geramnye aku ngan patient tuh. Cakap je lah salur darahhhh!!! ni salur salurrr eeeeeeee!

___________________________________________


Ok tutup cerita atas. Aku sekarang da hbs kelas langsung. Study week 2 minggu lebih dan final exam. Kemudian doc Maznah dah tak saba2 nk aku mule kan elektif.
"Boleh tak kamu nanti lepas exam terus je mula kumpul data"
Bertapa tinggi nye keyakinan die yg aku akan lulus. Amin~ ..Tapi terus kumpul data -.-' , mmg pandai mengunakan student untuk selesaikan tugas die dengan cepat. Aku memula request nk buat kat johor atau kedah atau ganu. Tapi kesian kat org lain yg kalau tak kne g jauh, so aku buat je lah kat selangor. Lebih tepat kat Kuala Selangor dan Klang. Ok lah mula cepat boleh habis cepat. Boleh convert elektif 2 bulan aku kepada cuti dua bulan. Ngehehehe. Aku tgh consider nk daki gunung kinabalu sorang2. Eh ke nk pegi bantuan kemanusian kat mane2? ermm aku pun tak sure. Ntah2 duk umah je.

_____________________________________________

Kadang2 kita manusia kita suke sgt judge atau nilai seseorang itu. Cepat membuat kesimpulan. Kita baru kenal sikit dah buat kesimpulan macam kat orang tu. Itu kalau kenal sikit2? kalau tak kenal n just denga2 je? tatau la. Dah la semua andaian kita yg buruk2. Kenapa kita manusia tak boleh nk bersangka baik. Kenapa mesti dimulakan dengan sangka buruk? Dan kalau kita tak suka orang judge kita, kita pun jangan lah judge orang. Kadang2 orang yg kita sangka jahat dan tak suka itulah yg sebenarnya baik dan sebaliknya. Jangan kerana nampak yg sedikit kita anggap kita tahu semua nya.

Contoh paling mudah mcm inilah. Kita nampak orang hisap rokok duduk2 lepak tepi longkang. Apa pandangan kita? Hari tu masa aku naik kete ngan mak aku nampak mcm ini lah. Terus mak aku bebel2 kat aku -.-' .. Aku pernah ada je kawan mcm itu. Cume itu sahaja antara kelemahan nya yg susah die nak buang. Dan die isap tepi longkang sbb die taknak orang lain yg tak merokok bau asap rokok die dan secara tak langsung jadi secondary smoker. Pada yg sama dia seorang yg sgt ok, suka tolong org, pandai, jaga solat malah pergaulan. Cuma die dah terjebak dan ketagih, jd sgt susah untuk berhenti, namun dia tengah cuba. itu yg simple lah. Dan bila kita tak suka seseorang, adalah sgt tak patut kita hasut orang lain untuk tak baik dengan org itu. Bukan lah die ajak buat perkara tak senonoh ke ape, cume rasa tak suka dan tak ngam. Kita kene ingat, makin ramai kita tak suka orang, makin ramai orang tak suka kita.

oh peringatan untuk diri sendiri~

_____________________________________________

Byk lagi nk cerita senanye nih, tapi nanti2 lah. Otak aku nk terus bekerja tp mata dah tak larat. Aku sgt kurang tidur malam ini sebab stadi dan bola. Dah dekat seminggu aku tidur lebih kurang 4 jam je. Salah bola sbb amik masa stadi aku kemudian aku kne stay up unuk cover balik waktu stadi aku. Malam tadi aku tatau knp sgt cemerlang stadi nak dekat kol 5. Aku ulang balik baca sume hampir satu buku okeh. Tp inilah takdir, yg masuk aku tak baca pun. Kemudian dekat2 jam 6 pagi dah kne bangun solat kemudian 6.15 dah kne gerak ke UM, sbb longcase mula jam 8pagi. Datang awal untuk elak jem dan nak dapat parking. Itu pun dah mule jem kat faderal. Aku mmg kne sungguh2 buat proposal supaya derang buat faderal tu 2 tingkat. Susah nk buat atas, buat lah kat bawah.

zzZzzzZZZzzz


- Alhamdulillah -

2 comments:

L said...

Hmm, tu la, jangan cepat buat kesimpulan. Just sebab ana bising tak semestinya ana suka perhatian. Jangan sebab nta dah kawan dengan ana sikit, dah rasa macam kenal gila.

Kadang-kadang kita buat dekat orang kita tak sedar, bila kita kena balik benda yang sama, baru kita rasa.

Btw typo ke tu "makin ramai kita tak suka orang, makin ramai orang suka kita". Kena tambah 'tak' kot?

musaf said...

alaaa tu kn da explainnnnnn. jgn la ungkit T_T

oo ha'a tertinggal.