.

Friday, July 09, 2010

Family Day Isma Melaka di Pusat Peranginan Negeri Sembilan, PD

- Bismillah -

3/7/2010
SABTU

3 adik usu bergerak dari Klang dan Shah Alam menuju ke PD sekitar jam 12 tengah hari. Sampai di PD kami singgah ke Teluk Kemang untuk bersiar-siar dan makan tengah hari. Gambar yg lain sudah aku post kn di 2 entry lepas.

Sebelum kami pulang, aku ternampak seorang budak yg dijadikan model untuk dilukis gambarnya oleh 2 orang pelukis. Sgt comel!



Pusat Peranginan Negeri Sembilan. Mule2 ktrg salah pergi, Pusat Peranginan Persekutuan. Tempatnya bersahaja, bersih dan kemas, murah dan dekat dengan pantai. Kawasannya pun besar. Selain bilik tidur dan ruang tamu, tandas antara tempat aku selalu tengok untuk menilai tahap sesebuah tempat penginapan.
Mula2 sampai kitorang angkut barang dan baring2 dulu. Hilang kan lenguh2.


Petang itu sekitar jam 6, aktiviti dimulakan dengan sedikit sukaneka mudah. Ok nampak mudah tapi sebenarnya susa. Game 1 ialah baling belon berisi air. Jarak balingan sgt jauh ok. Dalam 20 meter kot. Orang sebelah sana kne tangkap. Dah la kumpulan aku dapat belon besa2. Jadi makin senang pecah. F=ma. Jisim yg besar memaksa aku menggunakan tenaga lebih besar. Dan akibat nya momentum belon juga besar. Kumpulan aku dapat last skali haha. 1 belon je survive. Game ke 2 adalah ambil gula2 hijau dalam tepong. Tak semudah itu. Kami di ikat bertiga. Dan kene berlumba untuk lari dan ambil sambil kene ikat dalam tempoh masa tertentu, dan siapa paling banyak menang. Hanya satu gula-gula boleh di ambil seorang untuk setiap kali larian. Dah la tepong yg digunakan adalah tepong capati. Tepong capati lebih padat dan berat. Juga mudah melekat dan melekit bila basah atau lembab. Jadi lebih susah untuk ditiup. Atas itu adalah gambar adik usu 1 dan adik usu 2 selepas permainan.


Habis sahaja main kami terus menyambar kamera dan menuju ke pantai yg lebih kurang 100m sahaja dari tempat penginapan. Pantai ini tiada orang mandi manda kerana byk batu dan kawasan pantai yg sgt sempit. Jadi majoriti pasirnya adalah basah dan keras. Juga dekat dengan rumah dan hutan. Jadi agak tak best untuk mandi. Sbb itu agaknya kenapa harga tenpat penginapan agak murah.

Kami lepak2 tepi pantai sehingga jam 8 malam.Kemudian balik untuk mandi dan solat maghrib+isya'.



Aktiviti seterusnya adalah makan!!!!!!!!!!!!!!! Sangat banyak makanan okeh. Durian, ayam ikan hotdog BBQ, dadih super sedap dan ada snack dari Korea. Abg ipar aku baru pulang dari Korea jd dia la kot yg bawak tu. Makanannya sgt banyak. memang tak habis. Dah panggil orang tambahan pun tak habis lagi.
Aku makan 7 ketul ayam, 2 ekor ikan, 7 ketul hotdog, 5 bekas kecik2 dadih, hampir 2 biji durian, dorayaki, 2 ketul ayam kurma dan air tak igt bape cawan. Esok paginya breakfast aku masih tak mampu makan sbb masih kenyang.


Selepas makan aku naik dulu awal utk stadi. Kemudian tengok bola. Kemudian lepas tu semua da masuk tido tp sbb aku ada exam so kne stadi dulu lah. Seronok jugak stadi lepas puas amik gamba, jalan2, tgk bola dan makan. Kol bape ntah aku pun tak igt baru aku masuk tidur.


4/7/2010
AHAD


Pagi itu sekitar 8 pagi kami dah kemas2 dan keluar dari apartment. Destinasi adalah pantai batu 4. Aku tak igt nama pantai tu, tapi pantai tu depan petronas dan tepi jalan. Aktivitinya adalah berlatih silat, main bola pantai (tp aku tak naik pun), naik banana boat (tp aku tak naik pun) dan mandi manda lah. Aku rasa aku sgt selalu pergi pantai atau laut tp sgt jarang mandi skali. Oh kemudian teman wafa' ngan miqdad masuk laut. Ceh memula je takut2, da masuk air punye eksited sampai tanak keluar. Haih budak2. Gamba lain2 tentang pantai ini sudah di letak pada entry lepas.

Jam 11 pagi kami pulang. Sebenarnya ada prog lagi lepas tu tp kami decide utk tidak ikut memandangkan masing2 ada agenda masing2 lagi selepas itu.


- Alhamdulillah -

3 comments:

As said...

silat cekak?
supposed makan banyak before tido, ikut kimia nya, bangun pagi2 esok lapar jiddan.
ah maybe sebab musaf tido lewat, so sempat digest while you awake.

again, obses kaki. sekian.

musaf said...

knp ngan silat cekak?

knape pulak kimia. Fisiologilah~

haha bia la obsess pun =>

ark said...

yea. kami pengamal silat cekak ust hanafi. :p