.

Monday, June 07, 2010

Family Abi


- Bismillah -

Memandangkan aku dah teringin sgt nak kawen dan ada anak dan cucu, tapi mak tak bagi sbb suh habiskan belajar dahulu, maka ini lah yg terjadi. Family Abi. Anak2 Abi ada tujuh orang. Aku sebagai Abi. Umi die aku pun tatau mana. Aku lahirkan kesemuanya serentak 2 minggu lepas di Cameron Highland selepas mengandungkan mereka selama sehari lebih sikit. Walaupun Abi dan anak2 Abi berlainan spesis, Abi tetap menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Awhhhhhh ='D


ALONG sudah sangat besar. Nanti kene tuka seluar. Sekarang pun terpaksa pakai seluar 2 lapis sbb kalau tak nnt die jatuh tak stabil. ANGAH memang sgt menawan, 2 bunga berlainan warna memang menyerlahkan kecantikan femininnya. ALANG pula jenis lasak dan suka bergaya. ATEH sempoi, segak dan digemari ramai, byk peminat hikhikhik. Achik pula paling comel, sentiasa tersenyum. Uda pula selalu merajuk, memandangkan rupanya agak pelik dia selalu mendakwa dirinya adalah anak angkat. Dan dia seorang yg kuat. ACHU yg bongsu, comel, menawan dan sopan.

Nama-nama mereka pula adalah dipilih secara rawak, tiada kaitan antara yg hidup ataupun yg mati.

_____________________________________

DISEBALIK TABIR

yeeee aku tahu sgt -.-' ..hagaga. salahkan lecture aku. Aku penat2 da mandi bersiap nk g kelas tetibe cancel. Sbb hospital klang sgt panas jd slalu berpeluh dan senang masam. Aku pula sentiasa wangi awhhh  >o<. Maka setiap kali before ke kelas aku akan mandi, sbb kalau tak masam pastu peluh2 campur HTAR yg mmg sentiasa masam dan busuk, kadang2 hujan lebat dalam baju, mmg balik tu bau tak ingat dunia. Pastu pepaham lah medic kan mcm skema sket kene pakai formal sepanjang masa. Leceh ok. Jadi sbb da kelas cancel maka aku  menghabiskan sejam untuk buat mende nih haha. Kaktus2 ini aku beli semasa berkunjung ke Cameron Highland 2 minggu lepas. 7 pokok RM10. Aku mengambil masa sehari lebih samada untuk beli atau tidak pokok2 ini. Keputusan yg begitu sukar!

Aku terpikir mengenai panggilan dalam keluarga. Maka aku buat pencarian dan aku jumpa pelbagai susunan, namun panggilannya atau sebutannya lebih kurang sahaja. Cuma ada yg susun sedikit berbeza. Yg pasti majoriti adalah sama untuk 2 yg pertama dan 1 yg terakhir. Ini adalah mengikut turutan yg agak majoriti digunakan.
1. Along
2. Angah
3. Ude/Uda
4. Teh/Uteh
5. Alang
6. Anjang
7. Itam
8. Andak
9. Achik
10. Sue/Uchu/Ucu/Usu

Namun aku decide untuk ikut family aku punye. Kitorang xde panggil gelaran2 seperti ini namun bila sudah anak sedara, maka terpaksa (?) ada.
1. Pak Long (Along)
2. Mak Ngah (Angah)
3. Mak Lang (Alang)
4. Pak Uteh (Uteh)
5. Mak Chik (Achik)
6. Mak Uda (Uda)
7. Mak Su (Sue/Usu)

___________________________________

Al-fatihah buat Maklong Idoh, makcik sedara yg baru meninggal sekitar jam 5 pagi tadi. Ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamahm dan keluar dan sahabat terdekat. Aku tidak berapa sihat pagi tadi jadi tidak dapat pergi bersama solat jenazah dan pengkebumian. Moga Allahyarhamah kembali dengan redha dan mendapat rahmat Alah.


- Alhamdulillah -

9 comments:

Nadirah Ahmad Azam said...

ateh banyak peminat? uweeekkk..

(bukan pakcik la, makcik sedara, nama die idoh/firdaus..org panggil mak long idoh)

musaf said...

hagagaga.

oh pompuan eh. okey~

F. said...

HAHAHAHAH .. macam2 la kamu nie.

A'ah. Angah sgt lawa :D Comel je ade klip bunga color pink and kuning

AL said...

hamoi hamoi teros 7 anak

musaf said...

=D

Unknown said...

hahaha....sabar je la...lol

As Bob said...

waaa jeles~! kaktus2 ni sume pesen as tak pernah tgk ^__^ sangat suka kaktus, dari kecik suka bela. bila da busy skang tak bawak ah bela kat kolej neh. -_-

description tu sume sgat seswai. wii.
nak curi ah gambar wat jadi wallpaper :P

musaf said...

haha amik je laaa

jas jamaludin said...

*KEMBANG! KEMBANG! KEMBANG!*

hahaha~~
nice r fam ko mukhlis~~