.

Friday, June 18, 2010

Cameron Highland - Random 1

- Bismillah -

Beberapa minggu lepas aku dan kawan2 ke Cameron Highland. Pengajaran paling besar adalah jangan datang sewaktu public holiday. Semasa kami datang adalah hari wesak. Ya Allah ramai sungguh manusia. Jalan kat bukit bukau tu pulak bukannye besa sgt. Jem habis.  Dari satu tempat ke satu tempat patut 3 atau 4 minit naik kereta, boleh jadi 30 atau 40 minit nk sampai. Bangla2 yg jalan kaki lagi laju dari yg naik kereta. Dan aku tak tahulah sbb orang ramai atau sbb global warming. Cameron da tak sesejuk dulu. Kurang best. Cakap da tak berasap-rasap sgt. Aku kua pun rilek je tayah pakai t-shirt lengan pendek nipis sehelai. Makan aiskrim tengah malam pun da tak boleh nk gigil2 dah. Sweater buat ikat kat pinggang je lah, xpun tinggal dalam kete.

Aku rasa aku lagi prefer jd budak kampung dari budak bandar. Tapi memandangkan aku 1st time nampak signboard sebegini maka aku rasa aku budak bandar. Mungkin mesej ini untuk orang asli. Aku rasa Cameron tiada masalah dengan elektrik sbb kat Cameron ada empangan hidrolik. Teringin juga nak ke empangan nih, pasang joram kemudian goyang kaki baca novel. Oh sebut pasal novel aku rasa mcm da 2 tahun aku tak baca novel da. Novel last aku bace pun mcm da bertahun tak bahis2 lagi.

Sekali lagi aku beli map kat tempat ini. RM3.50. Dulu 2007 aku beli kat sini dengan harga sama. Dah lama tak datang jd lupa dan terpaksa membazir RM3.50. kalau tak aku boleh mesej 700 kali. Lepas jalan2 aku jumpa map yg sama dengan harga RM1.50. Ciss tertipu. Harap je nama balai kraftangan. Balai, bunyi  mcm gempak lah. takde pape pun. Sgt bosan. Keychain pun sume buruk2. Aku rasa mana2 tempat perlancongan kat Malaysia ni sama je. Mana pun2 mesti ada jual keychain. Ye lah ole-ole paling murah dan simple. Tapi seryes, semua buruk. Kalau bagi free pun aku consider nk amik tak. Buat lah lawa2 sket. Nama pun tempat perlancongan, mesti ada orang belilah. Dan keychain tu pun buat la yg ada kaitan dengan tempat. At least tulis nama tempat tu ke. Ni keychain bentuk pencil. Da la buruk pastu takde tulis pape. Ade ke patut. Sape nk beli. Kalau boleh guna untuk menulis takpelah jugak.

Kami bertolak jumaat pagi lepas breakfast. Sampai around 11 pagi. maka breakfast kat sini. Mahal okeh. Da la sikit. Baik pegi makan Strawberry with honey. Lagi puas hati n harga lebih kurang.

Aku rasa xramai pun perasan yg pokok atas tu pokok anggur sampai lah orang nampak kertas juning yg digantung itu. Maka menyebabkan orang gatal2 nk petik anggur yg berjujuran di kepala itu.

Ini antara tempat wajib pergi bila ke Cameron.22, 18, 17, 14, 8 dan 7 adalah yg terbaik! Paling kurang kne makan 2 atau 3 kali.

Mula2 sampai aku nampak bunga ini terus dah terbayang gambar2 best yg aku boleh ambil dengan bunga ini. Bunga ini pun kelihatan tergoda dengan aku. Tapi sbb masa mula2 datang sekejap je sbb nk tunggu waktu untuk solat jumaat dan check in bilik, maka aku malas nk amik lagi. Nantu datang balik. Tapi bila dah balik dan tengok gambar semula, aku baru teringat mengenai bunga ini semula. Maaf kan aku sayang. Nanti aku datang lagi Cameron akan ku ambil gambar sayang banyak2 ='(

Majoriti orang pasar malam. Tapi cube tengok masa dia. 230 petang sampai 11 malam. Itu bukan pasar malam. Itu pasar siang sampai malam. Apa yg menarik dekat pasar siang sampai malam nih, semua mende yg ada kat cameron ada kat sini. tayah susa2 nk g sume tempat cari barang. Dah la lama pulak tuh. Dan 2 hari berturut2. Memang terbaik! Aku tgk ada penjual yg tak tutup kedai sgt pun. Yelah 14 jam je tutup.

Nama pun Cameron kan. Kasi chan la. Takkan la nk mcm KL penuh dengan lemak. So byk lah sayur goreng. Pelbagai jenis pelbagai rasa. Kalo nampak bulat2 mcm ayam ball, ketam ball atau fish ball. Baik tanye dulu. Sbb itu sebenarnya adalah keledek ball atau atau ball2 sayur yg berkaitan dengannya. Sehat sungguh.

Aku masih konfius dengan buah ini. Samada mmg tanam jadi mcm ini atau dibuat sesuatu jadi begini. Buahjambu kristal. Ada jugak org sebut jambu epal atau jeruk jambu. Sgt sedap!

Everything is strawberry and pink.


-Alhamdulillah -

1 comment:

Anonymous said...

salam,,,trip yg menarik...