- Bismillah -
Nama program : Kem Cinta Ilahi, Cinta Diri
Anjuran : KTI : Komuniti Teman In-Team ....kot
Penglibatan : Pelajar yg terlibat dalam kepimpinan tingkatan 1 & 2 SMK Sungai Pusu, Gombak
Lokasi : Kem Bukit Lagong (Pusat Belia Bukit Lagong), Ampang
Tema : Ukhuwwah dan Kepimpinan
Tarikh : 22-23 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad)
Apa kaitan dengan aku? : Aku jadi fesi, turut hadir kawan dan adik2 aku yg turut sama jadi fesi.
Seminggu sebelum program, aku sedang duduk2 depan tv bersama bonda dan adik beradik lain. Tiba2 salah seorang adik aku mewarwarkan program ini dan memerlukan fesi. Maka aku dan seorang kawan yg mmg mantop mengisi tempat kosong. Namun kami hanya datang untuk sehari sahaja, iaitu Sabtu.
Pagi-pagi lagi dihari kejadian, kami bangun awal, bersiap untuk ke kem ini memandangkan kami dimaklumkan program akan bermula seawal 730 pagi. Masuk sahaja Subuh kami terus solat dan terus ke tempat kejadian. Tapi ni yg aku geram janji melayu nih, kitorang sampai jam 725 pagi. Tapi derang sampai 830pagi. Itupun baru 1 bas. Bukanlah tak boleh tolerate dengan alasan hujan lebat dan masalah lain. Tapi budaya lewat ini sudah seolah2 menjadi darah daging orang berbangsa melayu. Mungkin Malaysia. Aku mmg tak suka orang yg tak tepati masa nih. Kalau kadang2 takpe, tapi ini selalu. Kadang2 siap warn kita jgn lambat, skali die lewat sejam. Gile berapi. Al kisah penganjur lagilah, jam 10 lebih baru sampai.
Rasanya mana2 program sebegini pun lebih kurang, dimulakan dengan ice breaking dan suai kenal. Pelbagai aktiviti telah di adakan.
Kemudian di ikuti pula dengan ceramah dari sorang mamat dari UIA. AKu rasa macam pernah jumpa lah. Tapi di mana ya?
Yang aku geram nye ngan mamat kawan aku nih, asal aku nk snap gamba je mesti die nk interfere. Dengan gaya2 yg.... euwwwww~
Kumpulan aku yg mantop. Awhhh ='D
Ini adalah melukis logo. Sejujurnya sdikit pelik loga lukis gambar orang. Tp sbb budak2 kasi chan lah kann =>
Kemudian ada aktiviti dalam kumpulan dimana peserta diberikan straw dan telur 2 biji. Kene protect telur itu untuk di balik. Fesi yg memberi arahan x adil sbb mula2 suruh balut je. Aku dah nk siap da. tetibe die kata kne balut dua2 telur skali. -.-' sgt tak adil ok. Maka kumpulan aku tak sempat siap sbb nk buat balik ikut arahan. Kemudian bg masa singkat. Lepas aktiviti habis, fesi yg beri arahan td pulak buat dengan 2 kali ganda masa yg diberikan kepada peserta. Nampak tak ketidak adilannye disitu.
Telur mentah, kalau dibiarkan lama2 mmg memualkan dan nak muntah bau. Dan ini lah yg berlaku. Telur itu yg dilap2 begitu sahaja sikit2 guna kertas. Sampai malamnye sblm aku balik belum dibersihkan lagi sampai bau semacam dah.. Pengotor okeh. Dan tgk lah gambar di atas. Kaum perempuan skrg sgt 'rajin'.
Ini pula aktiviti sebekah petang lepas zohor dimana peserta diminta lukis peta, buat bandar sendiri. Kalau sape penah main sim city mmg tere lah. Tapi sbb budak2 yg buat so oklah. Kire mantao jugaklah. Kalaunk di ikutkan, 3 kawasan atau komponen yg penting kene ada adalah residential, commercial dan industrial areas. Kemudian kalau ada penduduk kenelah ada bahan2 asas untuk tinggal seperti air, elektrik dan kawasan pengumpulan sampah atau incinerator kalau maju. Kemudian ada sekolah dan pusat kesihatan seperti klinik dan hospital. Juga balai polis dan bomba. Pusat ibadat seperti masjid jgn dilupa, begitu juga tanah perkuburan. Bandar juga mesti ada kerajaan jadi kene ada pusat pentadbiran dan mayor house. Kemudian da maju sket ada mahkamah dan pusat komuniti rakyat. Untuk landscape dan kemudahan kena ada pusat rekreasi seperti padang dan tasik. Dan maju sket ada golf club dan casino etc2 haha. Ok semua ini keluar spontan sbb aku mcm slalu jugak main sim city sampai lalai tak igt dunia -.-'
Petang selepas asar pula ada main perang2. Nama game adalah Mafia Wars. Oklah game perang2 baling plastik isi air tp serius nama Mafia Wars sgt tak sesuai okeh. Mcm takde kaitan langsung.
Selepas maghrib ada sedikit tazkiran oleh abg fesi yg kedua mantap selepas aku hagaga
Malam itu main masuk dalam kertas. Menggunakan kertas A4 buat lubang kemudian satu kumpulan kene masuk. Rasanye semua dah tahu caranye kot. Kalau 10 tahun lalu mmg mcm kat selangor ini aku sorang je tahu. Kemudian fesi sgt kejam (tak termasuk aku) menggunting sedikit demi sedikit kertas itu supaya makin kecik. Aku sgt baik, aku siap buatkan lagi untuk satu kumpulan nih yg tak reti buat sgt. Dan aku buat sgt besa okeh. Terbesar! Oh dan budak2 ini sgt comel ehehehe.
Maka situasi semakin hangat bila budak2 dah mula memanjat2. Maka ada pula insiden terjatuh dan sebagainya. Bahaya okeh, anak orang kalau ape2 jadi tatau la aku.
Kemudian prog last, derang main mcm terharu nanges2. Ok la aku tak kesah part nanges2 nih. Aku tgk je tampa ada apa2 perasaan. tapi aku merasakan ketidak adilan. Ia bermula bila fesi memasang musik touching dan menyuruh peserta duduk dan pejam mata. Mengikut sahaja jalan cerita yg dikhabarkan oleh fesi. Kemudian sampai di suatu babak di mana anda bersama ahli kumpulan anda di dalam sebuat kapal dan kapal itu nk karam. Bot penyelamat sampai dan hanya memuatkan semua org kecuali sorang. Maksudnye kalau kumpulan itu ada 10 org, kapal itu muat 9 orang sahaja la. Maka mereka disuruh untuk memilih salah seorang dari ahli kumpulan untuk ditinggalkan di kapal yg bakal karam itu. Maka mula lah sesi nanges2 dimana ada kumpulan yg terpaksa mengorbankan seorang. Siap nanges peluk2 mcm memang sorang tu nk mati betullah lepas tuh.
Ada yg sanggup memilih diri sendiri untuk dikorbankan demi rakan2 nya. PArt ni mmg aku tabik fesi sbb pandai membawa suasana begini dan menyebabkan peserta ikut serta dengan emosi yg ingin dibawa. Namun ada juga kumpulan yg tidak boleh membuat keputusan dan decide nk mati ramai2. Ok la kan ukhuwwah punye pasalkan. At least mereka buat keputusan. Namun yg aku merasakan ketidak adilan berlaku di mana fesi marah kumpulan2 yg tidak membuat keputusan nk pilih sorang untuk dikorbankan. Dengan alasan mereka tidak sayang ibubapa yg menanti kepulangan mereka. Kemudian kumpulan yg telah memilih seorang untuk dikorban pun kene marah, sbb sampai hati ahli kumpulannya memilih sorang itu untuk dikorbankan. Nampak takk mcm dua2 situasi pun dipersalahkan. Tidak adil okeh. Aku membantah, tapi dalam hati je lah. Karang rosak program orang pulakkan. Bg aku apa keputusan pun yg dibuat, tak kesahlah. Sbb kebanyakan yg sorang untuk dikorbankan itu adalah sukarela. Tapi dalam situasi yg betul, dua2 situasi tak boleh pakai. Kamonlah sape nk mati macam itu sahaja. Dan aku sgt positif ada ikhtiar lain boleh dibuat untuk terus hidup tampa menaiki bot penyelamat. Pasukan penyelamat pun wadehel bawak bot yg xmuat sorang je lagi.
Tapi mmg situasi begitu boleh terjadi terutama jika menggunakan helikopter penyelamat dan dalan suasa ribut. Ombak tinggi dan angin kuat. Biasanya helikopter cuma ada kapasiti terentu yang boleh diangkut. Namun biasanya mereka ada pelampung bot, atau apa2 yg boleh digunakan untuk berpaut atau naik sebelum bantuan seterusnya sampai. Tak semestinya perlu ada korban. Maka situasi sebegini ada rekaan semata2. Ok ape pasal aku nk komen panjang2 -.-'
Program berakhir dengan nyanyian ramai2 dan peluk2. Aku kawan dan adik bertolak pulang sekitar jam 1 pagi dan tiba sekitar jam 2 pagi. Komen aku, program tidak begitu teratur dan penganjur atau fesi tidak cukup disiplin dalam meatuhi masa. Namun modul sgt bagus. Walaupun part nanges2 tak logik dan tak adil tp tema ukhuwwah yg cuba dibawa nampak berjaya. Oh makanan sedap. Dinner malam tu aku makan 8 ketul ayam. Fuh. Itupun mcm ada 30 ketul ayam lagi lebih. Ni antara part best jd fesi haha~.
Papepun aku rasa sape2 yg slalu join handle prog alumni Hira' adalah lebih mantop. Serrius! Prog lebih tersusun dgn perancangan dan aktiviti yg lebih mantap. Walaupun ada part terasa hati gado sket2 hagagaga.
Papepun aku rasa sape2 yg slalu join handle prog alumni Hira' adalah lebih mantop. Serrius! Prog lebih tersusun dgn perancangan dan aktiviti yg lebih mantap. Walaupun ada part terasa hati gado sket2 hagagaga.
Oh dan gaji tak dapat lagi, tataula ble nk dapat da 3 minggu nih. Kebajikan fesi tak dijaga (?)
- Alhamdulillah-
5 comments:
ni anjuran pihak sek, depa mintak kawan kakcik jadi fasi. kebetulan die berkeja, tu yg bz..think positive :)
kita rancang, tapi allah lah sebaik perancang :)
bukanmasalah think negative atau positive -.-' ..ini adalah refleksi atau kritikan dari program yg telah berlalu. ape daaa. Bia abg teke, korang mesti tak buat post mortem kan.
bagus ade post mortem gini. wajib bg tiap program. lebih bagus jika, tuan punya program dpt review :)
Terima kasih di atas kritik saran yang diberikan.
Sedikit ulasan:
1. Program ini anjuran pihak sekolah 100%. Justeru, ana pohon nama KTI digugurkan untuk elak salah faham.
2. Ana dan rakan datang lewat (10am) kerana kami berdua ditugaskan untuk membeli barang-barang LDK yang mana dirancang oleh fasi perempuan pada malam sebelum program. Untuk kelewatan, ana minta maaf.
3. Tema program ini acapkali berubah sehingga menjejaskan modul yang telah dirangka. Ana dan rakan-rakan terpaksa pinda banyak kali modulyang telah disiapkan. Sejujurnya, modul-modul yang dibuat pada hari program hanya dirangka 2 hari sebelum program. Ira mungkin lebih tahu. Nama Mafia Wars diambil hanya sekadar tarikan dan kejutan memandangkan remaja sekarang ini famous dengan Facebook dan perisiannya. Jika ada modul-modul yang kurang logik, tidak adil, ana minta maaf. Cuba berada di tempat kami, then you may understand better.
4. Tentang payment, sekali lagi, ia adalah dibawah seliaan pihak sekolah. Ana sudah berhubung dengan pihak sekolah, insyaALLAH pihak sekolah akan cuba percepatkan pembayaran.
Ketempangan program tersebut mungkin disebabkan oleh kami fasi-fasi yang baru ini. Kami mungkin jarang sertai program motivasi tetapi sewaktu program ini berlangsung dan program-program yang kami sertai sebelum itu, kami sentiasa meletakkan diri dalam keadaan standby untuk apa jua kemungkinan kerana sebagai makhluk kita tidak mempunyai jaminan segalanya akan berjalan lancar dari awal hingga akhir. Justeru, kami tiada masalah untuk saling mengisi kekurangan rakan-rakan sepanjang program. Nasihat ana pada enta, pada masa mendatang, jika ada kekurangan, sama-sama bantu untuk back up. We work as a team. Tindakan enta mengkritik perkara yang SUDAH BERLAKU tanpa ada inisiatif untuk memperbaikinya SEWAKTU KEJADIAN adalah sangat mengecewakan. Sukses atau tidak program hari itu, muka-muka yang hadir sebagai fasi adalah yang bertanggungjawab. Pihak sekolah tidak akan cakap, Si A bagus manakala Si B kurang bagus, Si D sederhana sebaliknya pihak sekolah akan cakap TEAM FASI YANG DATANG HARI ITU sangat (bagus/tidak bagus).
Terima kasih atas kritik saran yang diberikan. Ana minta maaf atas segala kekurangan. Semoga enta dan rakan menjadi fasilitator yang cemerlang dimasa akan datang.
Berkaitan isu masa program yang tidak menepati masa pada peringkat awal, itu adalah perkara biasa. Ini bukan masalah pada sesuatu bangsa.
Setakat ini program yang pernah saya handle untuk Cina, Arab, Eropah, malah bangsa lain pun ada berlaku perkara sebegini.
Psst... Nabi Muhammad tidak 'bashing' bangsa sendiri. Kalau tidak, dakwah tidak berlaku.
Berkaitan soal bayaran, baru berapa minggu tidak dibayar. Ini perkara biasa bila berurusan dengan pihak kerajaan. Malah pihak swasta pun kadang-kadang terjadi masalah ini.
Post a Comment