.

Monday, June 21, 2010

Khatan/sunat wanita


- Bismillah -


Aku sekarang sedang menyiapkan proposal untuk menjalankan cross sectional study mengenai khatan wanita. Sedikit untuk dikongsikan.



Menurut pendapat dari beberapa orang doktor di UM yg barangkali telah menjalankan kajian mengenai khatan wanita dan dari pembacaan artikel2 dan pendapat, amalan ini sebenarnya adalah budaya dan bukan dari ajaran agamana. Sejarah mendapati asal usul khatan wanita telah wujud lebih lama sejak sebelum kedatangan islam lagi. Senario di Malaysia seolah memperlihat dimana kefahaman majoriti bahawa khatan wanita adalah sunnah atau sunat. Satu salah faham yang mungkin sangat berleluasa di antara kita termasuk aku. Kebanyakan hadis berkaitan khatan wanita adalah bersifat dhaif atau lemah. Namun pelbagai pendapat juga wajar dipertikaikan kerana masing2 memberikan alasan dan bukti yang tersendiri.

Isu khatan wanita atau female circumcision / female genital mutilation (FGM) yg telah dikenal pasti di peringkat antara bangsa sebagai violation of the human rights of girls and women. Malaysia telah di ishtiharkan di peringkat antara bangsa sebagai sebuah negara yg membenarkan keganasan terhadap wanita ini.


- Alhamdulillah -

No comments: