.

Tuesday, June 01, 2010

BBQ Dr Rony

- Bismillah -


Balik sahaja dari CFCS, aku mandi, solat dan ke dewan makan. Allah! ikan kembung kering sejuk dan keras. Yee aku tahu kita kene bersyukur. Cube fikir anak2 yatim kat Palestine etc. Tapi nk tak nak aku kene terima hakikat yang aku bukan kat Palestine dan makanan yg disediakan kat dewan makan kolej ni mmg tak sedap (mcm berdosa tak ckp macam tu?). Tapi sbb lapar dan nk jimat duit, aku makan jugalah buah oren dan air sirap. Dan aku melabuhkan ponggong yg empuk ke katil yg lembut. Dan seterusnya menjatuhkan badan. Sungguh selesa.

Lepas Maghrib, Pali ketut pintu bilik.
"Weh nak makan BBQ takk? Kat Jalan Kebun" kata Pali
"Jalan Kebun mana? Anjuran sape? Sape lagi pegi? Kene bayar ke? Ape tentatif" tanye aku. Biasalah soalan standard bile orang ajak.
"err tatau la, Hakem. Ni Ustaz Dr Rony yg slalu bg ceramah tu kat surau tu. Hari tu die ada janji nk blanja makan. So ni die ajak la. Makan2 je, freeee" jawab Pali.
"Oh ok..kalo free aku on je, aku rasa aku tahu Jalan Kebun mana yg ko maksudkan"

Nak jadikan cerita rupanya Hakem cuba mengajak semua budak laki Islam. Ada dalam 32 orang kot. Tapi yg pegi 24 mcm tu je. Dan dalam kepala aku sgt yakin yg ini bukan makan2 je. Tektik biasalah nk mencari mad'u nih. 1st skali ajak makan dan 'sembang2'. Tetibe teringat pulak si Tariq yg di ajak 'sembang2' hari tu haha. Ok kemudian lepas kumpul2 orang, Mael pulak datang bertanya kan tentang Jalan Kebun. Bile aku badca mesej dari Ustaz, bukan lah Jalan Kebun pun, tapi BUkit Rimau. Sbb macam aku je tahu jadi aku kene lead pulok dah.

Sesampai je di tempat kejadian, Solat Isya' dulu. Dan aku nampak kemah yg ada tulis Kelab Kesihatan Haluan. Hah mmg betul jangkaan aku. Da masuk salam2. Kemudian mcm biasalah ada tazkirah sedikit oleh penolong ketua jabatan psikiatrik HTAR. Psychiatrist mmg tak akan nampak mcm psychiatrist. Mereka nampak lebih cook dan misteri. Aku rasa aku kne jadi psychiatrist jugak lah mcm nih untuk lebih misteri hahaha. Tapi bukan cite pasal psikiatrik lah, tp pasal jamaah dan usrah. Tujuan penciptaan manusia di jadikan. Selain doc tu, ada jugak sorang foreigner dari mana ntah, pakistan kot, sedang buat masters in surgery, dan Dr Rony sendiri yg merupakan err pakar ape aku tak ingat tp dia ada klinik seniri la dan sorang lg doc yg merupakan pengarah ke penolong pengarah hospital ape ntah. Dan tanye2 lagi baru aku paham yg doc2 ni sume orang Haluan. Lebih spesifik dalam Kelab Kesihatan Haluan. Mmg tengah nk tarik orang la nih. Ada beberapa orang kawan aku mmg ikut usrah under Haluan.

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/profil.html
http://haluanpalestin.haluan.org.my/
dan boleh terus google~

Kemudian makan makan makan makan sambil sembang2 sampai lah jam 11 lebih dan balik kekenyangan. Menu malam itu adalah ayam dan kambing bakar. Juga nasi goreng dan kentang bakar bersama air berkabonat ais.

Burrpppp...Alhamdulillah

Seronok dapat kenal org2 baru.


- Alhamdulillah -

2 comments:

Anonymous said...

patutla hr tu ade org tanye pasal bukit rimau

musaf said...

-.-'