.

Monday, June 14, 2010

Hantaran

- Bismillah -


Memang dah menjadi adat rasanya di negara kita cincin di jadikan salah satu hadiah atau hantaran terumanya bila bertunang dan nikah. Bertunang rata2 masih mengunakan cincin sebagai simbol pertunangan. Namun saat pernikahan aku lihat makin hari makin lebih variasi. Selain cincin, crouch, gelang, rantai, subang dan mahkota kecik ala2 ratu cantik tuh.

Selain itu hantaran juga sudah semakin ber-variasi. Kalau dulu mesti Al-Quran, tepak sirih, buah, kain telekong, kek, cincin, kasut, jam, baju, hp etc. Tapi sekarang makin menarik. Bila ada kenduri kawen hantaran antara perkara yg wajib aku nak tengok. Bukan lah memandang harga atau nilai barang, tetapi keunikan barang yang diberi dan cara hiasan hantara. Ada sesetengah yg mempunyai simbol tertentu. Macam kazen aku dulu bagi advance english dictionary dan buku2 untuk masters study dan dihiasi oleh teddy bear kecik2. Ada yg aku pernah nampak beri joran, rubic's cube, external hard disk, akaun simpanan bank (bg buku bank), dan seorang pelanggan aku hari itu, peluru paintball. Dan antara yg paling menarik aku pernah nampak adalah stokin tangan, rambut palsu dan air tin pepsi. Mungkin barang2 ada simbol atau sejarah la kot mcm mana kedua mempelai berjumpa atau simbolik cinta masing2. Dan aku dah mula memikirkan idea2 menarik haha (berangan -.-').

Selain itu bunga telur dan door gift juga sudah tidak telur lagi. Yang semalam aku pergi dapat Al-Ma'thurat dalam salah satu barang goody bag yang aku terima. Alhamdulillah. Trend skrg memberi goody bag dan di isi macam2. Ada kenduri artis mana dulu beri mentol jimat tenaga. Semasa ke kenduri kahwen kazen mak tahun lepas, yg merupakan anak kepada A. Samad Said, ada 2 jenis door gift. 1 mcm jewellery box, sgt lawa. Satu lagi kotak kayu kecil yg dalam nye ada coklat yg sesedap Cadbury, tp rasanye homemade.


- Alhamdulillah -

11 comments:

as bob said...

musaf nanti, kahwin, suh pihak perempuan bagi lens la gituh. heh. satu dulang cincin, satu dulang lens, setel. ;)
haha

btw, tunang tu just a promise to marriage, anything pun takpe, cuma kita masih hormati adat lah. kalau tak ikut pun takde pape..if family tak kesah.
ada kondisi pengantin tak kesah pun, tp sebab family depa folow aje asalkan tak opposite dgan syariat.

ceh, berjela. :)

musaf said...

pehhh as, mcm berpengalaman jeeee

Faiz Faiza said...

salam tuan musafir
last year, ikut kakak pergi kenduri kahwin kawan dia. dia bg hantaran transformers! ada 3 xsilap. kes hobi

last month, kwn atas kwn letak dslr atas hantaran. so, kira ok la kalau nk letak lens ats dulang kan?

as bob said...

certain things tak perlu pengalaman pun la musaf. haha :P
bek pk cepat nak lens ape. huhu. tak lama da tu.

musaf said...

fuyoooooo transformers.

ok bg dslr sgt cool dan byk duit. Saya igt nk bg buku masakan satu set hagaga.

lama lagi. percayalah -.-'

as bob said...

buku masakan. itu sgat menawan :)

aar said...

dah byk je buku masakan. berset2 lagi. tak dibaca puuun.

sabar ye.

musaf said...

tape la bia byk lagiii. lagiii dan LAGIIIIIIIIIIIII hagagaga

Nadirah Ahmad Azam said...

asal cakap pasal kawen je..

tak mengerti? said...

hahah... org tu dah berangan nak kawen laa tu. suruh je naqib die pilih kan kalo die tak reti2 nak buat pilihan. kui3x

-_-'

musaf said...

ko la kawen lambat sgt..


xnaklah sbb pilihan aku berganda lagi byk dari pilihan naqib aku (?) hagagaga -.-'