.

Thursday, June 03, 2010

Aman Palestin


- Bismillah -

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.





Antara kebaikan menyumbang dengan Aman Palestin adalah dimana, sumbangan yg disalurkan biasanya dalam bentuk mata wang akan terus disalurkan ke Palestin. maka bantuan yg disampaikan betul2 sampai dan cara ini dilihat lebih efektif tanpa melibatkan pelbagai masalah termasuk sekatan bantuan. Aman Palestin yg juga sudah menubuhkan tapak atau markas di Palestin sendiri sememangnya telah menjadi wakil rasmi yang mewakili Malaysia dalam menyampaikan bantuan ke Palestin.

Namun begitu, pihak dan organisasi lain yg turut bekerjasama dalam mengumpul dan menyampaikan bantuan dan dana juga tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam membantu misi membangunkan dan menjaga kebajikan dan hak asasi rakyat Palestin. Juga sangat mengagumkan bagaimana pihak2 yg belainan ini berlumba2 dalam menyampaikan bantuan dan menganjurkan program dalam menyedarkan orang ramai bertapa pentingnya dalam kita memahami dan peduli tentang Palestin. Lihat sahaja bagaimana misi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza yg sedang menjadi isu hangat sekarang, bukan sahaja dalam misi menyampaikan bantuan, tetapi berjaya membuka mata penduduk dunia, samada dari golongan mereka yg beragama Islam ataupun tidak, dengan kekejaman dan kezaliman Yahudi laknatullah.

Ayuh teruskan menyumbang.

‘’Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.Mereka berperang dijalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh,(sabagai) janji yang benar dari Allah didalam taurat ,injil dan al-quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?Dan gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan demikian itulah kemenangan yang agung.’’-At-taubah.
 ___________________________________


Manipulasi media oleh Israel



- Alhamdulillah -

No comments: