.

Sunday, February 28, 2010

Taman Negara - Day 2 (Part 1)

- Bismillah -

Ahad
21/2/2010

Pagi itu selepas subuh aku masih mamai2, penat semalam masih belum habis. Plan nak join budak ma'had qiam pun tak berjaya bila mana aku buka mata sahaja sebaik aku pejam malam itu, hari sudah pagi.

 
Pagi itu kami bersarapan kan roti. Roti yg di masak dengan telur, ada yang dicicah dengan lauk sardine semalam dan juga jem dan kaya. Air seperti biasa, teh O.
  
Oh dan malam tadi, aku akhirnya akur dengan kehendak kaki aku bila mana selipar yang sangat xbest ini cukup melemaskan kaki. Selipar ini aku dapat dari Wan. Masa Wan balik datang rumah hari tu, sebelum pulang ke Kedah, selipar ini tidak selesa, jadi diberikan kepada aku. Dan selipar aku tokwan amik. Maafkan aku Wan. Yelah cube bayangkan, selipar tu mmg lah nampak smart. Macam kasut depannya. Kadang2 aku pegi wad pakai selipar ni je, orang tak perasan ini selipar. Tapi cube bayangkan bila selipar ni basah, part dalam tu ntah bape jam nk tunggu untuk kering. Kemudian jari2 kaki aku pulak sangat susa nak bernafas, busuk ok. Jadi sbb takde pilihan, ini je lah pilihan yg ada. Haha.
  
Selepas itu kami bersiap sedia, untuk menakluki bukit ini. Bukit Indah. Lebih kurang 1.5 hingga 2 kali lebih tinggi dari Broga.

  
Untuk ke sana, mula2 kami perlu melalui jalan semalam sewaktu jalan malam. Menyeberangi sungai dan meredah hutan. Oh part ini aku cerita kemudian. Tempat yg ku sangka begitu semula jadi ini.
  
Selepas Bukit Indah, kami akan ke canopy Walk. Tapi memandangkan Titian Kanopi itu buka jam 10 dan kami seawal 830 pagi sudah bertolak, jadi kami pergi bersiar2 di atas bukit dahulu. Bukit ini ada 2 puncak.
  
   
  
Ini adaah pokok yang digunakan untuk membuat cencolok. Yang orang cina bakar pagi2 nk semayang tuhh.
  
  
Sampai sini da penat gile dah. si Tariq siap bole nak main muntah2 kan. gagaga

  
  
Puncak pertama
  
  
Puncak ke dua. Dari sini boleh nampak GUnung Tahan belakang tuh, destinasi seterusnya bila cuti nnt mungkin.
  
Masa turun itu, tangan cantikku tercedera T_T
sian tanganku.

  
Kemudian kami ke Canopy Walk.
  
Ramaaaiiiiiiiiiiiiiii gile orang tengah tunggu turn. Mula2 ktrg pun tak sure bila boleh naik, tapi rupa2nya sbb kami datang ikut pakej, kami hanya perlu lebih kurang 15 minit sahaja.
  
  
  
  
Canopy Walk ini dikatakan antara yg tertinggi dan terpanjang di dunia. Beberapa kilometer. Tapi itu dulu lah. Pokok dimana tempat pokok itu di gantung sudah makin reput, jadi mereka terpaksa tutup dan buat laluan baru yang lebih pendek, untuk sementara mungkin. Sebelum naik abg Ranger cuba menakut2kan kami yang ramai lemah semangat, hampir pengsan dan ada yang terkencing kerana begitu gayat dan cuak. Tapi kami, rata2 begitu seronok dan lalai menangkap gambar. Aku pula mengada2 jalan mengundur sbb orang belakang nak ambil gambar, skali kene sound haha. Jambatan ini punyai limit. Jarak antara setiap orang yg naik paling kurang 100 meter. Kemudian kawasan berhenti di atas pokok pula tidak lebih 4 orang. Ini untuk menjaga keselamatan supaya titi gantung tidak runtuh mahupun putus. Tapi masa last2 tu ada bahagian macam ada tali dah putus. Ok mcm scary la jugak.

Balik tu seryes sangat penat dan haus. Mendaki hampir 2 jam kemudian turun balik untuk ke canopy walk.
  
Balik tu jumpe orang jual air. Waargghhh inilah air kelapa sejuk paling sedap penap penah aku minum. Nikmat! bila tengah kepenatan, kehausan dan kepanasan.

  
Balik ke kem sekitar jam 1 tgh hari. Lunch meggi, solat dan masing2 terbaring, berehat untuk aktiviti seterusnya pada jam 3 nanti. Ke perkampungan orang asli.
   
Seperti biasa perlu menyusuri sungai. Tapi kali ini lebih menarik, melawan arus, melalui jeram2 yg berarus kuat, air memercik dan menyimbah ke dalam bot. Jadi takde lah gambar kerana aku perlu letak kamera dalam beg kemudian dalam plastik sampah sbb abg Ranger da pesan nnt basah. Tapi perjalanan sepanjang menaiki bot inilah paling menarik. Masing2 basah lencun. Dan masing2 cube menjadi keji dengan melencunkan orang lain, terutama yang memegang kamera -.-'
   
Perjalanan menggunakan bot mengambil masa lebih kurang 30 minit. Masa da nak sampai, terperasan satu bot nih. Macam kenal jeee. Skali usya btol2, rupenye abg Lan, Hanisan dan anak lelaki mereka.
  
Overall beginilah keadaan di perkampungan orang asli tu. Hanya ada beberapa rumah sahaja. Komunitinya berpindah randah terutama kalau ada kematian. 
  
  
  
Antara demo yang menarik untuk belajar adalah menghidupkan api secara kuno
  
  
Juga menyumpit. Kami cuba dalam jarak lebih kurang 30 meter sahaja. Itu pun rekod terbaik oleh Din, kene carotid artery. Membunuh jugak la kan. Si Tariq kene peha. Si patung nye pun peha besa kan, mmg jadi target la haha. Ok tapi tak dapat lawan tok batin. 2 setengah kali ganda jarak kami, tepat ke jantung!
  
Selepas bermesra2 dgn orang asli, kami pun pulang ke kem semula. Tiadalah mencabar melainkan best naik bot dan melalui jeram2 berarus deras.


bersambung...


- Alhamdulillah -

3 comments:

otak suci said...

org asli makan lexus?

*rindu hutan*

jiwa suci n murni said...

ni org asli yg moden laa jugak...ntah2 dlm umah derang tu ade tv plasma dgn ps3 skali.ni cume imaginasi aku jer ;)

btw mukhlis, nice shot with the d90. but still can improve the photography skills.

musaf said...

alaaa org datang lawat tiap2 hari, mesti la ade yg bwk ole2 utk derang. xpun mesti pihak taman negara bg sbb nk masukkan tempat derang dalam pekej.