- Bismillah -
Sabtu
20/2/2010
Jumaat malam Sabtu itu sebahagian dari kami tidur di ruang tamu bawah, dan sebahagian lagi tidur di ruang tamu atas. Di rumah ini tiada bilik. Yang ada hanya lah dua buat ruang tamu atas dan bawah, dapur, beranda dan 1 tandas dan 1 bilik air.
Jumaat malam Sabtu itu sebahagian dari kami tidur di ruang tamu bawah, dan sebahagian lagi tidur di ruang tamu atas. Di rumah ini tiada bilik. Yang ada hanya lah dua buat ruang tamu atas dan bawah, dapur, beranda dan 1 tandas dan 1 bilik air.
Pagi itu selepas kecoh kisah penyapu terbang dan dapur yang hidup sendiri di 3 pagi, selepas subuh sebahagian dari kami mula masak sarapan. Bihun goreng.
Rupanya ibu si Taufiq sudah menyediakan sambal tumis. Hanya perlu perlu tambah sikit2 sahaja pada bihun seperti sayur dan telur, gaul dengan sambal tumis yg sudah siap dan sedia di makan.
Terima Kasih pada aku, bihun goreng pagi itu lembut haha.
Rumah kejadian
Selesai makan dan kemas dan bersiap, lebih kurang jam 10pagi kami mengundur diri dari rumah ini. Semasa sembang2 akhir dengan Opah Taufiq, baru lah tahu yang jam 3 pagi itu, Opah yg turun ke dapur. Apa yg dibuat masih menjadi misteri. Dan bau seolah2 ada makanan sedang di goreng pun tidak tahu dari mana. yelah, takkan Opah nak menggoreng2 jam 3 pagi kan. Menurut Opah, memang dia sebenarnya tidak keseorangan di rumah itu. Maka bergegas lah kami bersiap2 menuju ke destinasi seterusnya haha, namun di kepala masing2, cerita2 Opah bermain di fikiran.
Destinasi seterusnya adalah Jerantut, Pahang. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Dari Temerloh kami singgah di sebuah pekan di Jerantut untuk membeli sedikit barang keperluan seperti lampu suluh dan bahan makanan. Dari situ kami masuk ke kawasan felda, kawasan pokok kelapa, jauh ke dalam hutan. Talian telefon pun makin lama makin kurang dan akhirnya hilang.
Inilah keadaan jalan untuk sampai ke Taman Negara Pahang. Jalan kecik bengkang bengkok. Ada juga yg melalui lurah2 dalam. Jalan seperti ini sahaja mengambil masa lebih kurang sejam dari jalan utama. Namun bila tiba di camp site, masing2 menarik nafas lega kerana talian telefon ada balik walaupun cuma satu atau 2 bar sahaja, dan kadang2 3. Kami tiba di situ lebih kurang jam 1 tengah hari.
Kawasan di Taman Negara ini seperti sebuah kampung usang yg sungguh mundur (sebelum aku tahu keadaan sebenar), penuh dengan kedai2 kecik dan rumah2 usang yg terdiri dari campuran konkrit dan kayu. Tapak perkemahan kami terletak di sebuah kawasan agak luas, lebih kurang separuh saiz padang bola sepak, bersebelahan sungai pahang. Kami parkir kereta di rumah tuan punya tanah, dan kami perlu berjalan sedikit, 50 meter kemudian menuruni tangga untuk ke kawasan sebelah sungai.
Mula2 sampai kami agak mengeluh karana ramai orang lain turut berkemah di sini. Ada 4 kumpulan termasuk kami. Kumpulan paling besar adalah budak2 Ma'had mana ntah, ada kem kepimpinan. Kemudian sekumpulan remaja lelaki yg pada luarannya, seperti ingin dijauhi, dan sekumpulan remaja yg berpakaian askar dan seolah2 sedang mengikuti latihan ketenteraan.
Kami mendiri kan 4 buah kemah, dan sebuah kemah makanan. Kemah2 itu kami susun mengelilingi kawasan sedikit luas yg kami bentangkan alas dan buat atap. Majoriti kami menghabiskan masa di kawasan tengah2 itu, dari melepak, bersembang sampai lah tidur, solat dan makan.
Jika duduk di kawasan tengah2 itu, lebih kurang beginilah permandangan depan kawasan tapak kemah kami. Sebatang sungai, Sungai Pahang. Airnya tidaklah jernih sejernih air di pulau perhentian, tioman atau simpadan. Tetapi masih bersih dan sedikit jernih dan penuh dengan hidupan air terutamanya ikan, seperti ikan patin. Sangat panjang dan agak lebar. Selain jalan tar, sungai merupakan pengankutan utama di kawasan ini. Malah pasir di tepi sungai cukup bersih, putih dan lembut, seperti pasir di pantai.
Aktiviti pertama kami sebaik sahaja tiba adalah mendirikan khemah dan makan tengah hari. Di sebabkan idea bijak aku, nasi sudah di masak siap2 di rumah Opah pagi tadi. Jadi yang tinggal hanya lauk untuk dipanaskan. Kalau sempat mmg lauk pun sudah di panaskan siap2. Lauk tengah hari itu adalah rendang daging yg dah dimasak siap-siap oelh ibu Taufiq semalam sebelum bertolak ke sini. Kemudian kami solat Zohor dan Asar, dan bersiap untuk aktiviti pertama petang itu, meng-explore gua Telinga.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment