- Bismillah -
KISAH 1
Salah topupkan. Maksudnya katakan si A mintak topup, tp ko salah tulis no hp, jd si Z yg ntah sape2 ntah yg tak di kenali siapa dan di mana dapat. Perkara ini sebenarnya kali pertama kali berlaku pada aku pada 2 hari lepas. SGt stress ok. Rugi aku. Nasib baik topup kan RM5 sahaja. Biasa aku akan double atau triple cek no yg aku nk topupkan, tp ntah kenapa aku yakin sgt hari tu, tersalah pulak. Aku nk topup 01xxxx5287 tapi aku tulis 01xxxx5887. Satu no je silap. Kalau no tu tak wujud takpe sbb kire msg tu batallah dan duit tak ditolak, tapi skali dapat report, SUCCESS! maksudnye no tu wujud dan insan mana ntah tiba2 dapat rezeki dari langit. Jadi aku kene topupkan sekali lagilah untuk orang yg minta itu. Namun aku cuba bersangka baik. Aku cuba niatkan sedekah.
Yeelah mana tahu orang yg aku topup ni tengah dalam keadaan kecemasan. Katakan die lelaki dalam lingkungan 20-an, tinggal di pendalaman kampung dan isterinya yang sarat mengandung 9 bulan, kandungan pertama, telah tiba2 mengalami kesakitan yg amat kuat dan air jernih mula mengalir, tanda dia mahu melahirkan anak. Cuaca petang itu pula hujan lebat dan mereka hanya ada sebuah motor buruk. Kredit lelaki itu pulak sudah habis dan isterinya tiada kredit. Hujan semakin lebat dan kilat sambar menyambar, memustahilkan keadaan untuk si suami keluar membeli topup di kedai 5km dari rumahnya, dan kemudian menefon ambulans mahupun jiran yang terletak 1 km dari rumahnya. Tapi Allah itu maha adil. Dalam keadaan yang lelaki itu dusah mati akal tidak tahu mahu membuat apa-apa, nun di sebelah pantai barat sana, seorang agen menjual topup telah tersalah menekan nombornya, dan dia di topupkan. Di saat kecemasan itu dia terus menelefon jiran yang merangkap sahabat baiknya setelah keajaiban berlaku. 30 minit kemudian mereka tiba di hospital, dan mereka isteri lelaki itu selamat melahirkan seorang anak lelaki dengan berat 3kg. 20 tahu kemudian, anak lelaki itu menjadi seorang pendakwah yang disegani dan banyak menyumbang kepada negara, masyarakat dan lebih penting agamanya.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!! kan besar paha aku di situ.
dan no yg aku topupkan itu sebenarnya adalah no aku seniri -.-' (ok ok aku pegi hafal no aku seniri sekarangg jugakkkkkk)
KISAH 2
Kisah minggu ini. Aku sedang sembang2 dengan kak Zai di bilik Guard kolej aku.
"Mukhlis..topupkan akan puhhhlizzzzzz RM5. Esk akak bayar. tq. - Kak Zai Guard" Kak Zai menunjukkan sent items di hp nya.
"tapi betul kak, sy xdapat mesej apa2 pun dari akak" aku membalas sambil menunjukkan inbox di hp ku.
"tp akak betul ni haa hanta kat kamu. Da 3/4 kali akak hanta tapi kamu tak pnah topup kan pun" Kata kak Zai.
"cube cek no sy akak tulis apa" aku membalas
"013xxxx764" jawab kak Zai
"laaaa salah la kak, 012xxxx764 laaa, sbukan 013, 012! yg blakang tu sume da betol" balas aku lagi
Ini sebenarnya bukan kisah aku sangat pun, tapi kisah kak Zai, akak yang bekerja sebagai Guard di Kolej ku di hospital Klang. Akak ni juga bekerja sebagai kakitangan kantin. Maksudnya kalau die shift guard, die tak keje kantin lah, kalo bukan shift guard, die keje kat kantin. Al kisah beberapa hari selepas itu, die sering kali mendapat mesej dari nombor aku tapi versi 013. Macam agak kagum lah wujud no yang sgt sama, cume yg beze adalah 012 dan 013. Mesej itu menyuruh kak Zai menefon nya semula, tapi kak Zai tak pernah balas sebab hari itu dah kata tu silap. Tapi saban hari, no itu terus menghantar mesej dan mahu berkenalan pula. Kemudian ada satu hari orang dari no itu telefon. Ketika itu waktu makan malam dan kak Zai berada di dapur kantin. Aku dan kawan2 sedang makan di ruang makan kantin.
"heeloooooo...ini Zai kaaa? Ini kawannya si Mukelisss. Mahu kenal2 dong" suara garau dari muncung telefon
"haahhhh kau sapaaa. Jangan kacau aku lah!!" jerit kak Zai
"Ini kawan nya si Mukeliss lahhh. enggak mahu kenal2 kaa dong. Mengapa sihhhh!!!" balas suara garau itu.
Kak Zai terus meletakkan telefon dan beberapa saat kemudian, aku mendengar jeritan dari dapur.
"MUUUKKKHHHLLIIIISSSSSSSSSS TOOOLOOONNG AAAKKAAAAAKKKK!!!!!!"
Dan semua orang melihat aku -.-'
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment