.

Saturday, February 27, 2010

Taman Negara - Day 1 (part 2)

- Bismillah -

Sabtu
20/2/2010


 
Selepas makan tengah hari dan solat Zohor dan Asar, ranger datang membawa kami dengan bot panjang ke seberang sungai, lbh kurang 15 minit dari sungai di depan kem kami. Mula-mula naik semua sangat sopan. Konon2 menghayati permandangan sambil menyusur sungai sambil tangan bermain2 air sedang bot bergerak laju membelah arus.

  
Sepanjang sungai kelihatan beberapa tangga seperti gambar di atas  mengunjur ke sungai dari hutan. Kami berhenti di salah satu tangga tersebut.

  
Dari Tempat pendaratan, kami meredah hutan berterusan selama hampir 30 minit, jauh ke dalam alam semula jadi. Mungkin kerana dibesarkan di kawasan yg hutan hujan tropika bukanlah asing bg kami, rata-rata kami hanya meredah hutan bersaja, sambil bersembang dan mendengar cerita dari ranger. Tiada yang menarik untuk diperhati dan diamati.

 
Mungkin sebab ini hutan simpan, rata-rata pokok di sini berusia ratusan tahun. Mungkin ribuan. Jadi sungguh besar dan tinggi, gah menuju ke langit.

  
Pintu gua Telinga tidaklah seperti gua2 yang aku pernah terokai seperti ini. Cukup besar dan kelihatan begitu misteri, seperti gua Tempurung yang aku pergi tempoh hari. Gua ini cukup kecil, dan pendek. Panjangnya lebih kurang 100 meter sahaja tetapi memerlukan masa hampir setengah jam untuk melalui nya. 

  
Tampa lampu suluh memang susuh. Tiada caya luar langsung.

  
Perkara yang menarik di gua ini hanyalah kelawar. Walaupun kecil dan pendek, jumlah kelawar yang mendiami gua ini sangat banyak. Terlalu banyak sehingga mereka sudah tidak berkira untuk bergayut dimana-mana, walaupun bersebelahan di tempat manusia lalu. Dan sebab terlampau banyak berbanding saiz gura, kami pulang rata2 dengan bau tahi kelawar. Beberapa orang yang bernasib baik dikalangan kami berjaya membawa pulang cenderahati, tahi2 kelawar di baju mereka.

  
Jika anda terlebih saiz, sangat tidak dinasihatkan untuk memasuki gua ini. Laluannya cukup sempit. Ada bahagian yang perlu untuk merangkak dan meniarap. Kekuatan tangan juga penting untuk memudahkan perjalanan mengharungi gua ini kerana ada juga bahagian yang memerukan pemanjatan ala2 wall climbing. Untuk aku yang membawa kamera besar, laaaaaaaaagi susah. Perlu sangat berhati-hati dan hampir setiap masa aku hanya boleh menggunakan satu tangan.

  
Jam 4 petang, bot yang sepatutnya mengambil kami entah hilang kemana. Sangat lambat. Jam 5 baru tiba.

  
Ini dari dalam bot, melihat ke arah kawasan kemah. Waktu balik ini masing2 sudah semakin keji, memasukkan tangan kedalam air dengan kuat semasa bot berjalan laju. Akibatnya air mencurah2 memercik ke dalam bot. Hampir basar lencun. Dan tengoklah bahagian depan kamera aku dah kene airrrr!

  
Petang itu adalah SSL. Sesi senang lenang. Ada yang tidur, berehat, bersiar2, mengambil gambar dan usya cikgu budak maahad -.-' . Gambar di atas aku ambil semasa di kawasan pasir tepi sungai. Jika menghadap sungai, sebelah kiri.

 
Ini pula bahagian kanannya. Petang itu kelihatan budak yang berkhemah di kawasan berdekatan sekolah sedang berkawat.

  
Dari atas sedikit, berdekatan kawasan kemah.

  
Lebih kurang jam 6 petang, sesi memasak pun bermula. Tapi sebahagian je lah. Yang lain sekadar membantu apa yang boleh dan duduk2 sambil melemparkan pandangan ke sungai, melihat gelagat dan aktiviti pengunjung disini.

  
Lauk petang itu adalah sardine, telur dadar dan sayur goreng. Nasib baik laa aku tergerak hati nk tengok budak2 ni masak. "weiiiiiiiiiiiiii besa gilee sayurrr tuuuuuu!!!" ayat pertama aku sebaik sahaja melihat apa yg sedang berlaku. Jadi si tukang masak keluarkan balik bunga kobis untuk dipotong ke saiz yang lebih kecil -.-'

   
Selepas masak, masing2 terus laju turun untuk mandi sungai dan membiarkan kemah begitu sahaja tampa ada yang menjaga. Hampeh lah derang ni. Aku pun baik hati tutup semua kemah sebelum turun ke sungai juga. si Tariq pula lagi hampeh, memandang aku dengan muke tak boleh bla dan mengeluarkan ayat2 beritu, "weeiii kamera mahal2 xkan kat tepi sungai je, meh la bawak turun sini" sambil mencelup2 kamera Olympusnye ke dalam air. Sangat tak bleh bla -.-'

  
Antara aksi2 di sungai. Ok lah yang kecik2 nk suh orang angkat pastu nk lompat2. Tapi kalau berat pun 111kg ... -.-'

  
Ohh aku tak mandi. Aku sekadar hanya duduk di sampan yang tersadai di tepi sungai. Kaki aku rendamkan kedalam sungai sambil ombak kecil memukul-mukul lembut. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, membelai wajahku dengan lembut. Cahaya matahari menyimbah suam2 kuku, sambil aku menghirup perlahan teh panas. Indah sungguh petang itu. Fikiran pula entah terbang kemana, sambil jari jemari yang cantik ini laju menekan-nekan kekunci pada telefon bimbit. Begitu asyik dan tenang menghayati kehebatan ciptaan Tuhan. Subahanallah.

Ok lah sbb aku xbwk byk pakaian, jadi aku malas basahkan sbb nak guna malam ni lagi untuk jalan malam -.-'''
Malam itu selepas makan malam, solat maghrib dan isya', sekitar jam 830 malam, Ranger tiba untuk aktiviti seterusnya. Sbb sangat risau keselamatan kamera, jadi aku buat keputusan untuk tinggal dengan menyorokkan di dalam kemah (ok sgt tak selamat). Sebab risaulah nak jalan malam, bukan boleh amik gamba ape sgt pun kan. so malas lah bawak n takut susa nak jaga. Tapi malam yang aku sangka kan akan sgt excited itu rupanya saaaaangaaat bosan. Jalan2 kat hutan ikut trek yg sudah di sediakan dan melihat tumbuh-tumbuhan dan binatang liar seperti rusa dan melihat serangga2 yang aktif pada waktu malam. Macam lawatan sambil belajar pun ada. Jalan pastu nnt ranger suluh n tunjuk, "inilah pokok bla bla blaa...". "Ini pula serangga bla bla bla.....". Kalau mat saleh yg aku tgk excited lah, derang tak pena tgk hutan kot, lagi2 hutan hujan tropika, "gossshh!! this is aweesomeeeeeeee!!" sambil excited2 dan menyuluh ke arah pokok2 yg aku rasa kat blakang umah aku dulu pun ada -.-' dan tiap2 hari aku tgk. Dulu la masa blakang umah aku ladang kelapa sawit.

Malam itu rata-rata kami tidur awal, sekitar jam 12 tengah malam. Tiada hirosah memandangkan kawasan kemah kami macam sekali dengan kawasan budak maahad so bia derang je la jaga hahaha.


bersambung di hari ke-2


- Alhamdulillah -


2 comments:

Anonymous said...

owh...nampaknya ada nada kecewa dan sedikit jelous di situ. Lor, nak eksyen sket dgn encik mukhlis pon x bleh ker? tapi ada betul gak ape yg encik tariq ckp tu...huhu

"weeiii kamera mahal2 xkan kat tepi sungai je, meh la bawak turun sini"
sambil mencelup2 kamera Olympusnye ke dalam air :D

takpe...nanti encik mukhlis sediakan sket budget beli kamera bleh masuk air plak yer...

musaf said...

-.-'