.

Sunday, February 21, 2010

Taman Negara - Day 0

- Bismillah -

Jumaat
12/2/2010

 
Petang itu selepas asar kami berkumpul di UM, 2 kereta, 1 van dan 13 orang. Asal 14 orang tapi Hadi keracunan makanan dan terpaksa menarik diri. Kami bertolak sekitar 630 petang. Berhenti di Shell sebelum tol RM5 ke Karak. Cuaca petang dan malam itu cukup baik. Tidak hujan.

 
Sekitar 830 malam. Kami exit di persimpangan Temerloh. Kami berhenti di kawasan rehat tol untuk solat maghrib dan isya, dan menunggu van yang terlebih muatan.

 
Dari situ kami ke sebuah restoran yang teletak lebih kurang 15 minit dari exit Temerloh, dalam menuju ke Jerantut. Berhenti untuk makan malam. Yang menarik mengenai restoran ini, macam2  tak kene. Terutamnya pada harga makanan. Bayang kan teh tarik RM1.20, teh ais RM1.50. Teh 'O' panas RM1, Teh 'O' ais RM1. Milo Ais RM1.50, Milo Panas RM1.50. Nampak tak cacatnye. Belum lagi harga makanan yg tak pape. Macam seoalah2 die main taruk je harga makanan dan minuman tampa memikirkan kos. Logiklah nasi goreng USA lagi mahal sbb ada telur dan daging. Tapi wadehel Nasi goreng kampung lagi mahal dari nasi goreng USA. nampak takk.

Kemudian penghantaran dan penghasilan makanan pun cacat gile. Kawan aku order lambat dapat dulu. Orang yg baru datang setengah jam kemudian dapat dulu dari kitorang yg da tunggu lama. Aku nampak cara die masak makanan, die sediakan yg mudah untuk die sediakan dulu. Ape kes aku order nasi goreng cina dapat 1 jam 30 minit kemudian, padahal meja sebelah aku dapat dulu walaupun datang sejam selepas aku order. Kemudian aku tgk pelayan die kejap hanta makanan ke meja ni, jap meja tu, meja hujung, meja depan, patah balik meja hujung dan meja ni. Nampak tak sgt tak sistematik dan membuatkan pelanggan macam nak bakar je kedai tu.

Ni paling best, kedai die gelap gileeeee. Ape kes konon2 mcm futuristic la nak main pantul2 cahaya. Die pantulkan cahaya ke bumbung n konon2 n bg cahaya tu diffuse n pantul ke seluruh kedai mcm best gile. Tapi masalah nye ape cite g pantul ke permukaan yg kasar, gelap dan memang tak memantulkan cahaya sgt -.-'

 
Habis stress di kedai makanan tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Jerantut, ke rumah Opah Taufeq utk bermalam di situ. Sebelum sampai, kami singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli bateri untuk lampu suluh.

Waktu menunjukkan hampir jam 11 malam bila kami tiba di rumah Opah Taufeq. Rumah kampung 1 tingkat setengah. Kelihatan begitu misteri, namun kami gagahkan jua langkah memasuki rumah tersebut. Yang tinggal hanya lah Opah, tiada yg lain, maksud aku manusia.

Entah kenapa aku terasa ingin tanya apakah yang kita akan makan esok pagi untuk sarapan, dan kata mereka adalah bihun. Dan aku pelik kenapa bihun yang hendak dimasak tidak direndam lagi. Aku pun sekadar bersahaja bertanyakan soalan.
"Ko tahu tak nak masak bihun macam mana?"
"tak"
aku sekadar mampu -.-'. "Ko tanak rendam ke bihun nih? bg lembut"
"eh bukan esok masa nak goreng masuk je la kan?"
aku semakin -.-'. "rendam dulu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bg lembutt!!"
Terima Kaseh kepada aku kerana esok paginya kami bersarapan dengan bihun goreng yg tak keras.



Sabtu
13/2/2010

Pagi itu aku terjaga bila terdengar bunyi bising di dapur. Aku membuka mata sedikit, dapur kelihatan cerah. Dan ada bau seperti seseorang menggoreng sesuatu. Aku melihat jam, 3 pagi. 'Ape kene derang ni time2 cenih da nak masak bihun goreng' aku bermonolog dan terus sambung tidur.

Rupanya bukan aku seorang yg terjaga. Epul, Sairi dan beberapa yg lain juga terjaga dek bunyi bising itu. Pagi itu masing2 seolah2 cemas bila kenapa dapur seolah2 hidup di waktu sebegitu. Sairi pula meyatakan bahawa dia ternampak penyapu bergerak2 dengan sendirinya, dan di exaggerated oleh Epul yg Sairi nampak penyapu terbang. Masing2 menelan air liur dengan misteri itu.


bersambung ...


- Alhamdulillah -

3 comments:

Nadirah Ahmad Azam said...

adoi.. masak bihun sangatlah senang

b4 masak, rendam la dalam 20minit bihun tu.. jangan lah lembut sgt

sebab ble masak nnti, bihun akan jadi lebih lembut.

Anonymous said...

haha..ucapan trima kaseh kpd mukhlis kerana memastikan bdk2 tu x makan bihun goreng yg keras sbg sarapan :) huhu, klaka plk bile bace citer "penyapu terbang" tu...

ape2 pon, upload laa gmbr lagi...baru ler best skrt

musaf said...

yeeee seeennnaaaagggggg gagaga

sama2 sama2 hahaha. cisss itu salah epil buat sume org cuak