.

Friday, February 05, 2010

Harry Potter Malaysia (maksudnye kisah terdongeng ter 'hot' hari ini dan semalam dan esok kot)

UNTUK YANG SUDAH MATANG SAHAJA

Dalam keterangannya, Mohd Saiful menceritakan bagaimana dengan bertemu dan Anwar dan bekerja dengannya.

Pada 26 Jun, katanya, dia diarahkan bertemu dengan Anwar di kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk berbincang 
tentang tugasnya.

Mohd Saiful berkata dia telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you today?"

Walaupun dia 'takut dan tidak mahu", Mohd Saiful berkata, dia mengikut juga arahan Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air serta keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.

"Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya," katanya.

________________________________________________________

Ketika pemeriksaan utama Mohd Yusof, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f--- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri. 

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

BAK KATA KAWAN AKU, SERIUS DOH! SENANG GILE DIE BAGI. XDE MARUAH APE. KALO PEREMPUAN PUN AGAKNYE PUKUL2 TARIK RAMBUT DULU. DIE BAGI MACAM TU JER. KAMONLAH PAKCIK TU DA LA TUA DAN, YANG KONON2NYA MANGSA TU PULAK MUDA BERTENAGA DAN TINGGI. PUKUL SKALI AGAKNYE DA PENGSAN. PASTU LAME GILE PAKCIK TU AJAK MACAM TU, ADE KE ORG AJAK MACAM TU -.-'

___________________

KES PERKATAAN ALLAH. MANA HILANG KES ALTANTUYA DAN ENJIN KAPAL TERBANG.

___________________

1MALAYSIA. MANA PERGI ISLAM HADHARI?


COOL DOH DUK MALAYSIA

5 comments:

musaf said...

sumber

http://www.malaysiakini.com/news/123552

http://www.malaysiakini.com/news/123764

http://www.malaysiakini.com/news/123749

Anonymous said...

weh... aku rase duk kat m'sia ni hot ajer. ko tgk la weather kat m'sia....

heheh, m'sia pon sbnr nyer hot sbb ade kes2 yg ko sebutkan tu la.... =)

Lan said...

aku tgk kat berita pun tergelak sambil geleng kepala.apa dia cerita cam x logik.tp ada kemungkinan boleh terjadi.so? dua2 bengong.hahaha.

bestkan dok malaysia.

musaf said...

kalo terjadi lg hina la die ye dak?? senang2 mcm tu je bagi. kamonlahh die lelaki muda okaaaaaaaaaayyyyy! mcm ni punye cerita hanta kampeni mana2 pun kene reject mcm nih -.-'

musaf said...

ok lah malaysia panas ..haih~