- Bismillah -
Sampai ada orang tanye kenapa da lama tak update blog. Tapi aku rasa biasalah, bila kita minyibukkan diri kita dalam perkara2 yg lebih besar, kita akan kurang kepada perkara2 kecil seperti ini. Bagi aku blogging hanya perkara kecil, lebih kepada perkongsian cerita, pengalaman dan idea.
So anyway, aku skrg dalam last week posting gynae. Masa mula2 agak busy tp lama2 makin free. Dan Alhamdulillah, dikesempatan masa lapang yg ada, (minggu lepas dan minggu ini), dengan cuti awal muharram lagi, aku menyibukkan diri dalam menambah ilmu tentang perancangan kewangan dan emas. Aku cari byk bahan bacaan dan video2 berkaitan untuk dibaca dan difahamkan. Antara yg menarik ialah rancangan Bijak Wang oleh tv3. Aku tgk balik di youtube, dan pakcik Mahdzir Md Isa antara speaker yg selalu muncul. Pakcik ini sebenarnya aku pernah jumpa 3/4 kali, dan byk nasihat2 pasal kewangan, perniagaan dan ekonomi di berikan. Memang hebat dan mengujakan. Sentiasa rasa nk tahu lebih lanjut. Walaupun anak nye mcm sengal2 sket haha.
So anyway pasal emas. Bukan setakat aku kaji dan tambah ilmu, aku terus berniaga emas. Dan aku dah decide untuk jadi agent. 3/4 hari aku duduk depan komputer membuat research dan perbandingan dan akhirnya aku memilih untuk menjadi agent Public Gold, atas kelebihan2 yg aku nampak. Dan kelebihan tersebut bukan hanya pada agent, tetapi juga kepada pelanggan. Aku bila berniaga, aku suka cerita hampir semua perkara, dan aku nk berlaku jujur tampa berselindung dan ada tektik2 licik yg kadang2 keji. Aku mmg akan elakkan. Aku nk customer aku puas hati. Sumber rezeki pun biarlah berkat kan.
Dan buat masa ini aku rasa usaha aku berbaloi. Selain aku dapat jadi agent tampa mengeluarkan modal yg banyak (perlu 20k okeh), dalam 2 minggu pertama aku jual emas, aku dapat jual agak byk. Berpuluh ribu ringgit juga nilainya. Dan bila menjadi penjual emas, aku kene handle sejumlah duit yg bukan sedikit, tetapi beribu2, dan kadang berpuluh ribu. Jadi pengurusan kewangan yg baik adalah sgt perlu.
Aku memilih untuk berniaga emas kerana ia tidak mengambil byk masa. Apa yg perlu aku buat ialah educate orang tentang pentingnya menukar wang simpanan kepada emas, dan dari semasa ke semasa insyaAllah mereka akan datang cari aku selepas itu. Aku sendiri rasa agak rugi tidak membeli emas awal. Cara promosi aku buat masa ini hanyalah melalui FB, aku buat group dan invite orang, yg majoritinya adalah kawan2 medic, dan kawan2 baik yg bukan medic, juga ahli keluarga. So target aku buat masa ini ialah orang2 sekitar aku sahaja. Sbb itu sgt mudah dan tidak mengambil masa aku. Yelah dah masuk final year nih, kne lebih rajin lah stadi kan. Taknak la kne extend 6 bulan nnt. Buat masa ini mmg friends and family. Dan aku yakin perkara ini akan tersebar dari mulut ke mulut, secara tak langsung market akan berkembang. Aku juga cuba target lecturer akan datang, biasalah specialist ape sume tu mesti byk duit. Kalau kawan2 aku mampu beli emas sampai berpuluh ribu, apatah lagi doctor2 aku. Percayalah, orang yg bijak pasti akan menyimpan emas, walaupun sedikit.
Maka di group FB itu aku selalu lah post pasal emas, dan sebab2 kenapa kita kene beli emas. Ada juga video2 seperti di atas. Aku fikir orang yg belajar ekonomi akan lebih mudah faham kenapa perlu beli emas. Aku pun byk belajar istilah dan perkara2 baru dalam ekonomi semenjak serius dengan emas ini.
Oh kemudian ada juga yg aku da invite kemudian keluar dari group. Ada sesetengah orang aku tahu tak suke promosi2 sebegini, dan mungkin ada yg menyangka ini seperti MLM atau skim cepat kaya etc. Apa yg aku buat sebenarnya adalah, tolong syarikat Public Gold jual emas dan aku dapat komisyen. itu sahaja. Dan kalau aku punya byk duit, aku beli dahulu emas2 itu dan jual semula bila harga lebih tinggi. Takde kaitan langsung dengan apa2 jenis skim atau MLM. Sekadar berniaga biasa mcm barangan lain, cuma bezanya emas, harganya jauh lebih mahal.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment