.

Tuesday, November 16, 2010

November 2010 - Minggu 2

- Bismillah -


Last week aku sgt sibuk. PCM mmg sibuk. Tiap hari pagi sampai petang. Penat. Kalau duduk ok lagi. Ini berdiri dari pagi sampai petang. Lunch pun kadang2 x sempat.

Aku da lupe apa aku buat Jumaat lepas. Tapi Jumaat tu ada berita sedih untuk membe kolej aku. Adiknya telah meninggal dunia pagi itu akibat kemalangan. Dengar cerita akibat kelalaian orang lain. Itulah kehidupan, kadang2 kita dah buat perkara betul, tapi akibat kesalahan orang lain kita yg terima akibatnya. Moga ahli dia dan ahli keluarganya tabah menerima ketentuan itu. Moga Allah meredhai kehidupan dan pemergian adiknya itu.
Sabtu pun aku tak berapa igt aku buat ape -.-'. Aku rasa ini sebab mengapa aku ada blog.

Hari Ahad, tengah hari itu aku ke dewan MBSA sek 11 Shah Alam, mengambil gambar kahwin Abg Zulhilmi Ziyadi dan pasangannya Farah Idayu. Abg Zul dulu pernah menjadi naqib aku sekejap masa kat sekolah. Kejap je la. Kemudian lepas hbs sekolah byk juga rasanye buat program dengan die. Yg perempuan xkenal, katanya student UiTM Shah Alam juga. Oh Abg Zul xsilap sedang buat masters dalam Robotic kat UiTM Shah Alam kot (?). Ok da lama jugak xsembang ngan die senanye.

 
 

Job ini ktrg (aku dan Rahim) dapat last minute jugak sebenarnye, Hari jumaat baru confirm. Asalnye ada kawan aku da tempah aku pagi Ahad untuk ambil gambarnya berlumba dalam mountain bike di Putrajaya. Tapi Tiba2 jadual race die tukar ke tengah hari sampai ptg, ptg tu pulak aku ada mengajar photography, jadi alang2 ambil sahaja job ini. Majlis ringkas maka tidaklah penat sgt. Pengantin tiba dan terus ke meja makan. Kemudian ambil gambar sket2 pengantin dan tetamu selepas itu sementara tunggu asar. Sbb lepas asar ada kelas pula. Oh abg Zul ada plan nk buat photoshoot outdoor kat Broga o_O.

Gamba2 wedding ini lagi seperti biasa akan di upload ke FaceBook Musafirdunia Photography dan juga Musafirdunia Photography di blogspot. Kedua2 link ada di sebelah kanan blog ini.

Jadi sekitar 5ptg, aku ke rumah anak murid dulu. Recall apa yg dah di ajar last week. Kemudian kami ke sesi praktikal setelah 3 minggu belajar theory dan photoshop. Kami ke port Klang utk outing pertama ini. Plan asal nak tunggu sampaisunset tapi hujan pula dekat 630 ptg mcm tu. Maka kami pulang ke rumah, dan sambung utk editing sket gambar2 landscape. Kemudian blejar juga buat panorama dan HDR.


930 malam aku bergegas pulang ke UM, sbb case summary tak siap lagi ehehehe. Sebenarnya case summary bila buat betul2 byk boleh belajar. Mcm yg aku buat malam itu, PCM je pun, tapi byk perkara baru faham terutama bab management termasuk medication.


- Alhamdulillah -


No comments: