.

Wednesday, November 03, 2010

DINAR EMAS ...lagi




Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:

Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087


Nway, aku dah mula membeli dinar emas, cuba nk kumpul sket2. Aku memilih untuk menabung dalam emas kerana dengan simpan emas, bila2 nk cash, emas boleh dijual. Skrg ini nk jual emas adalah tidak susah. Dan lagi penting bila simpan emas, aku jadi lebih sayang nk jual/gadai emas, maka secara tak langsung aku akan jadi lebih jimat dan tidak suka membazir. Berbanding cash, xboleh tgk ada byk sket, ada la tu nak beli. Jadi dengan cash, kita lebih cenderong untuk menggunakannya, berbanding dalam Dinar Emas atau Dirham perak.

Aku baca blog kak Malini tentang My motivations to spend less & My motivations to spend less part 2, dan aku rasa dengan menyimpan emas dalam bentuk Dinar (sbb tak mampu lagi nk beli jongkong emas) boleh memudahkan kita mencapat matlamat untuk bersederhana dan tidak membazir, dan pada masa yg sama menyimpan aset untuk kegunaan akan datang.
 
Selain itu semua tahu emas sgt kukuh harganya dipasaran dan kadar purata kenaikkannya adalah 25% setahun. Aku ingat lagi masa mula2 aku tulis pasal Dinar di blog ini, harganya sekitar RM550+. Dan 3 bulan rasanya telah belalu, Harga terbaru adalah RM605+. Kalau Public Dinar, sudah RM630+ xsilap. Alhamdulillah aku dapat beli dinar seminggu lepas dengan harga RM595. Namu aku ada juga dengar ada orang terlampau obsess membeli emas sehingga sanggup kebulur dan hidup seolah dalam keadaan papa kedana. Perlu ingat bahawa apa guna ada duit/emas/harta kalau tidak digunakan.






3 comments:

Jfreeze said...

Salam... kat mne nak jual balik emas dgn harga yg tinggi??? ade dpt taw x???

musaf said...

http://www.nubex.com.my/v2/

SMM said...

mukhlis,
kakak n abang pun ada menyimpan emas ni dah a few years, kitorg biasanya beli kijang emas drpd maybank. tp recently belum ada tambah, sbb dok pulun nak nyiapkan rumah ni, duit mengalir mcm air huhu...