.

Tuesday, December 07, 2010

Celoteh Emas. & berkenaan wang simpanan


- Bismillah -


__________________________________________________

Malaysia Angkat Tokoh Riba'

PUTRAJAYA 7 Dis. - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432 pada tahun ini. Ketokohan dan kejayaan beliau dalam memimpin sistem kewangan negara telah mendapat perhatian dunia. Beliau juga berjaya mengangkat negara sebagai pusat kewangan dan perbankan Islam yang unggul. - Utusan


__________________________________________________

Jika ada yg masih tidak tahu, sistem matawang skrg yg kita gunakan adalah sistem riba'. Sistem matawang kertas adlah satu sistem yg berlandaskan hutang. Saban tahun hutang itu akan bertambah akibat interest dan riba'. Kalau dulu kita tiada pilihan, skrg kita sudah ada dinar dan dirham. Disebabkan Dinar dan Dirham belum digunakan secara meluas, kita masih tiada pilihan selain menggunakan sistem kapitalis ini. Namun apa kata kita mulakan dulu jihad ekonomi Islam kita dalam memerangi riba' dengan membeli Dinar dan Dirham secara sikit2, atau menukarkan simpanan wang kertas kita kepada Emas. Sudah ramai saudagar2 emas di luar sana termasuk aku. Jika anda tidak malas berjumpa mereka, mereka boleh berjumpa anda. Seperti yg aku katakan pada post lepas, orang yg bijak pasti ada menyimpan emas. Tak kesahlah dalam bentuk barang kemas atau dinar ataupun bar.

Ini adlah produk2 keluaran Public Gold setakat ini. Oh ada juga Silver sebenarnya, berbentuk bar seberat 250g, 500g dan 1kg.


Sebenarnya dari dulu lagi orang menyimpan emas dalam memelihara aset. Tapi apa yg berlaku, hanya orang kaya yg menyimpan emas. Orang miskin tidak mampu menyimpan emas kerana harganya terlalu mahal. Itulah yg berlaku dan akibatnya orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Dan apa yg menyedihkan, majoriti orang2 kaya yg menyimpan emas ini adalah org bukan Islam. Dan tahukah anda, orang Yahudi antara golongan yg mempunyai sejumlah emas yg terbanyak didunia buat masa ini. Namun dengan jumlah berat emas yg kecil seperti Dinar yg ada skrg, Emas dapat di perluaskan pemilikannya bukan hanya pada orang kaya. 


Formula penyimpanan wang yg saya belajar dari rancangan Bijak Wang, 

PENDAPATAN - SIMPANAN = PERBELANJAAN.

Anda mesti ada jumlah yg anda rancang untuk menyimpan bagi setiap pendapatan anda. Dan simpanan sekara kasarnya boleh dibahagiakan kepada 3.
1. Kecemasan
2. Jangka panjang
3. Pelaburan

Apa yg saya cuba tekankan disini, hanya orang yg kurang bijak sahaja membuat simpanan jangka panjang-nya dalam bentuk kertas, dan orang bijak dalam bentuk emas. Setiap orang mesti ada menyimpan wang bukan?, walaupun sedikit. Melainkan anda begitu boros dan tidak pernah fikir tentang masa depan. Wang kecemasan adalah lebih baik disimpan dalam bentuk cash kerana ia lebih mudah digunakan. TETAPI skrg sebenarnya tidak boleh dalam bentuk emas. Sudah ada institusi2 seperti AgroBank dan Bank rakyat yg menawarkan sistem Ar-Rahnu, iaitu sistem pajak gadai Islam. Apa yg anda perlu buat ialah memajak emas simpanan anda untuk membuat pinjaman maximum 75% (bergantung kepada institusi) dalam masa 10-20 minit sahaja. Teknik penyimpanan emas yg betul ialah anda tidak menjualnya, tetapi menggadainya dahulu sbb dengan menggadai, emas itu anda tidak hilang. Apa yg anda perlu buat selepas itu ialah berusaha mencari wang semua untuk menebus kembali emas tersebut. Kalau anda hilang emas itu, anda sedikit rugi kerana emas itu nilainya sentiasa bertambah berbanding duit kertas.

Tapi saya nasihatkan, wang yg anda mahu tukarkan kepada emas, pastikan yg anda tidak gunakan dalam tempoh yg terdekat, sebagai contoh untuk bayar bill, sewa dan sebagainya. Anda mesti simpan duit dalam cash untuk perbelanjaan harian dan dalam tempoh jangka masa yg pendek. Simpanan jangka masa pendek memang lebih sesuai dalam bentuk cash. Ini kerana sistem yg diguna pakai secara meluas sekarang adalah wang kertas. Memang tiada pilihan. Jadi anda perlu merancang dengan bijak. Anda akan rugi kalau membeli dan menjual emas dalam tempoh masa yg pendek.

Berkenaan pelaburan, ada pelbagai jenis. So far saya cuma terllibat dengan ASB, Unit Trust dan Emas, dimana risikonya sgt rendah. ASB telah disahkan hukumnya HARUS, setelah byk spekulasi yg timbul. Baru2 ini juga ada AHB yg dilancarkan. Kalau siapa byk duit mungkin boleh melabur di Hartanah terus atau Properties. Namun anda perlu tahu cara dan bagaimana membuatnya dengan betul dahulu. Emas sebebenarnya bagi aku lebih kepada simpnan, namun ada orang yg mengatakan ia pelaburan. Ini kerana emas bukan sahaja kalis inflasi dan memelihran aset kita, tetapi dengan trend kenaikan emas skrg, kadar keuntungannya jauh lebih tinggi dan berganda dari pelaburan2 seperti ASB dan Unit Trust. Malah ia sgt selamat.


Jadi kesimpulannya,
ini adalah sebab2 kenapa kita perlu menukarkan wang simpanan kerts kita kepada emas :
1. EMAS KALIS INFLASI dan wang kertas tidak. Setiap tahun negara mengalami inflasi. Jadi walaupun kita ada sejumlah wang dengan nombor yg sama, kuasa membelinya telah jatuh. Contoh paling mudah, kalau anda ada RM1 pada 15 tahun dahulu, anda boleh memberi 2 keping roti canai dan sebiji kuih dan dan sebungkus air sirap. Tetapi skrg dengan RM1 yg sama, anda hanya boleh membeli sekeping roti canai sahaja, atau 2 setengah biji kuih sahaja atau secawan air sirap sahaja. Kenapa harga makanan2 itu naik? Ketahuilah harga atau nilai makanan2 itu masih sama, apa yg berlaku ialah nilai matawang kita telah jatuh. Jadi kita memerlukan lebih byk wang kertas untuk disamakan dengan nilai barang makanan tadi. Kalau anda ada RM1000 pada 30 tahun lepas, anda sudah kaya, tapi skrg? Zaman nabi dulu 1 dinar untuk seekor kambing, dan 1 dirham untuk seekor ayam. Skrg pun jika anda ke Kelantan, masih sama. Dalam 1400 tahun lebih telah terbukti nilai emas dan perak ini lebih terpelihara.

2. HARGA EMAS SENTIASA NAIK. Tidak dapat dinafikan harga emas turun dan naik setiap hari. Tetapi dalam satu tempoh jangka masa yg panjang, harga emas naik dengan sgt tinggi. Inilah yg sentiasa berlaku, kerana permintaan emas sentiasa lebih tinggi dari pengeluaran. Permintaan tinggi tapi pengeluaran rendah, maka harga meningkatlah kan? Emas ini Tuhan jadikannya sgt istimewa, ia tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan. Emas sukar dicari dan mempunyai sejumlah yg limited dalam dunia ini. Begitu juga dengan Perak. 

Ini adalah carta klasik yg selalu orang tunjukkan. Lihatlah dalam masa 10 tahun, harga emas naik hampir 400%. Ini bermaksud jika anda menukarkan wang simpanan anda kepada emas dengan nilai RM10 000, nilai emas anda sekarang adalah hampir RM50 000. Tetapi jika anda menyimpan sahaja RM10 000, anda masih ada RM10 000, malah kuasa membeli anda berkurangan. (sumber: www.kitco.com)

3. NILAI MATA WANG KERTAS MAKIN LAMA MAKIN MEROSOT. Antara sebab utama berlakunya perkara ini adalah akibat pencetakan matawang yg melampau. Lihatlah apa yg terjadi kepada US Dollar sekarang. Itu juga adalah akbibat kerana mereka sudah tidak mengikat wang mereka dengan Emas. Banyak negara yang sudah mula hilang percaya kepada US Dollar. Beberapa hari lepas jika anda baca atau tgk berita, Russia dan China mula menggunakan matawang masing2 dalam urusniaga antara bangsa mereka. JIka anda selalu baca blog Tun Dr Mahathir (http://chedet.co.cc/chedetblog/) juga, beliau ada menekankan tentang pentingnya Emas dan Perak ini. Banyak juga cerita tentang perang matawang. Ini semua berlaku hanya dalam bentuk duit kertas, dan tidak dalam Dinar dan Dirham. Ada yg kata bila kembali kepada Dinar dan Dirham, kita kembali mundur. Merka telah silap 100%. Dengan menggunakan wang kertaslah mereka sebenarnya mencipta suatu sistem yg lebih mundur. Apa yg cuba dibuat sekarang adalah kembali menggunakan Dinar dan Dirham yg sememangnya sudah bertamadun. Cash is trash, paper money is funny money.



Anda tahu itu apa hyperinflasion? Cube anda Wiki. Ia berlaku bilamana nilai duit jatuh terlampau teruk dalam masa yg singkat, maka harga barang akan melambung dengan sangat tinggi. Contoh terdekat dengan kita adalah Zimbabwe, inflasi mereka berlaku dengan teruk dan sampai kemuncak pada November tahun 2008. Suatu masa dahulu nilai matawang Zimbawe lebih tinggi dari US Dollar. Namun kini, mereka terpaksa menggunakan duit yg sgt banyak hanya untuk membeli sebuku roti. Sampai masa bila byk sgt duit kertas perlu guna, mereka timbang sahaja duit itu, nk kira dah byk sgt. Sampai harga barang di negara mereka sekali ganda dalam masa satu hari. Sebagai contoh katakan perkara ini berlaku di Malaysia, hari ini sebuku roti RM2, esk RM4, lusa RM8 dan seterusnya. Sehingga kerajaan terpaksa menguluarkan wang kertas dengan tulisan 10 000 000. Namun kertas hanya kertas. Tetap tidak bernilai. Sampai satu tahap, akhirnya rakyat Zimbawe terpaksa melombong emas sendiri. Duit mereka sudah tidak bernilai dan mereka terpaksa kembali kepada matawang Tuhan iaitu Emas dan Perak. Anda boleh search di Youtube 'Zimbabwe Hyperinflation' atau 'Gold for Bread - Zimbabwe'. Dan ini yg dijangka kan akan berlaku pada matawang US Dollar dan Euro. Dan kejatuhan matawang US Dollar juga antara penyebab kenapa harga emas melonjak tinggi.





4. Ada orang kata kita sebenarnya dirompak dalam senyap. Ini berlaku kerana kita berkerja susah2 untuk mencari duit, kemudian kita simpan untuk suatu jangka masa, tetapi apa yg berlaku nilai duit itu turun. Mana pergi nilai2 duit itu? Jawapannya adalah kerajaan. Dengan cara mencetak lebih byk wang kertas, mereka ada byk duit. Tapi apa yg belaku pada masa yg sama, kita dengan jumlah yg sedia ada tetapi nilainya semakin turun. Tapi dengan Emas dan Perak, perkara ini tidak akan berlaku. Kerana EMAS DAN PERAK TIDAK BOLEH DIMANIPULASI seperti wang kertas.

___________________________________________________

Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent PublicGold. Anda boleh ke website ...
http://www.publicdinar.com/ - untuk harga semasa Dinar dan
http://www.publicgold.com.my/ - untuk harga semasa bar Emas dan Perak.

Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
012 313 3764
eng_0102mat@yahoo.co.uk
Atau melalui FB saya http://www.facebook.com/profile.php?id=656918924

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D


________________________________________________


Don't be ignorant and know what to do.


- Alhamdulillah -


No comments: