- Bismillah -
Selepas berpanas dan membakar diri last week untuk survey dari rumah ke rumah, sehingga hujan lebat didalam baju, minggu ini kami pergi melawat tempat2 seperti kilang buat mee, gravity feed system, loji penapisan air, kilang minyak kelapa sawit dan gold mine.
SELASA, 10 MAC 2008
Jam 800 pagi, kami berkumpul d pejabat kesehatan daerah. 2 pegawai kesihatan daerah akan membawa kami ke tapak lawatan.
Pagi itu juga, kumpulan kami masuk paper, sinar harian. Tp gamba yg dipaparkan bukan gamba sume org, sebahagian je.
9 pagi, lokasi pertama kami adalah kilang menghasilkan mee kuning. Kecik je pun, lagi kecik dari rumah biasa. Benggunan berwarna kuning dengan bilangan pekerja lebih kurang 5 orang.
Kami ni ala2 pegawai kesihatan la, buat pemeriksaan terhadap tahap kebersihan, melihat prosedur bagaimana mee kuning dhasilkan dan langkah2 yg diambil syarikat dalam memastikan keselamatan para pekerja.
Jam 1030 pgi, kami ke lokasi ke 2, Gravity feed System. Untuk yg tidak tahu, GFS ni adalah satu sistem dimana air dari atas bukit atau gunung d tadah di atas, kemudian disalurkan ke rumah2 untuk kegunaan harian. Namapun atas bukit, jadi kne jungle tracking jugak lah kami. Paling best, majoriti kami tidak bersedia nk msk meredah hutan sbb plan asal nk g tepat lain, bukan GFS nih. Tapi tetibe tuka plan. Jadi ada di antara kami lelaki yg pakai kemeja ber-tie, slua mahal, kasut kulit. yang pompuan plak ngan makup nye lagi, high heel, baju kurung, ade gak yg pakai blouse n skirt.
Jadi memang menangis la masing2, kene meredah hutan ngan lecaknye, meredah sungai, daki bukit, turun lurah dan paling best byk pacat. Perjalanan mengambil masa lbih kurang sejam. Majoriti kami yg dari urban area nih menjerit la, ada jugak yg menangis sbb kne gigit pacat, truk btol. Pacat je kot. Byk la kasut dan baju yg rosak termasuk la kasut yg aku baru beli T_T.
Ini la GFS. Di sesetengah tempat sepeti gunung, biasanya air sgt bersih, ala2 air mineral begitu. Sbb air yg ditadah biasanya mata air atau air terjun atau sungai yg sgt jernih dan bersih. tapi d sini aku tgk air yg ditadah agak keruh. Pakcik yg bawak ktrg meredah hutan ni siap rendam kaki die lagi. Sedangkan air tu la yg disalurkan ke bawah untuk org2 kampung d kaki bukit membasuh, dan ade juga yg gunakan untuk memasak dan minum. Untuk makluman, air ini terus dgunakan tanpa d tapis, dibubuh clorin atau dibersihkan dahulu. Ape la~
Berdekatan dengan kawan GSF tu, ada beberapa rumah yg sgt lama dan usang. Dikala senja dan malam, pastinya sgt menyeramkan..ehee~
Semasa dalam perjalanan pulang, salah 1 dari kereta kami yg d bawa oleh rakan aku, Ida hampir2 kemalangan. Semasa d satu sudut bucu, beliau memandu agak laju. Apabila tayar menyentuh rumput, beliau menekan brek habis dan memusing stering dengan kuat. Permukaan rumput yg licin menyebabkan kerata berpusing 2 kali. Nasib baik jalan agak luas dan tiada kerta d hadapan. Kereta yg di belakang sempat mengelak dari berlanggar. Mujur tiada perkara yg tidak di ingini berlaku, Alhamdulillah~
RABU, 11 MAC 2008Jam 830 pagi, bersama pegawai kesihatan daerah, kami ke Loji penapisan air pula.
Kmai disambut mesra oleh boss dan kaki tangan d situ. Agak kagum aku melihat bagaimana proses penapisan dibuat sehingga air paip yg sampai di rumah bersih dan jernih, walaupun kadang2 kotor gak.
Masa mula2 pakcik kat ctu tunjuk, terkejut jgk aku. Ini la rupa air yg di ambil dari sumbernya, Sungai Jelai. Teh Tarik sungguh.
Lebih kurang jam 11 pagi, kami berangkat pulang ke rest house. Tetibe pegawai kesihatan belok ke 1 simpang. "ini lah rumah Siti Nurhaliza". Batak jugak la ktrg. Rupenye rumah die xsampai 200m dari loji penapisan air tuh, masih d kawasan yg sama. Besa la jugak. Dan secara kebetulan, Siti ketika itu ada d rumah. Jadi sbb ada yg nk jumpa sgt Siti, ketua kami decide utk tunggu Siti keluar rumah. Menurut org rumah tu, body guard die kot, siti tgh ada tetamu. Jadi kne tunggu jam. 30minit kemudian, die kua lg, "Siti tengah makan". Pulak..makin kecewa la kipas-susah-mati Siti. Ada pulak tetibe kutuk2 Siti ckp xminat la. Ceh...x teguh pendirian btol.
Setelah penat menunggu hampir sejam dbawah matahari yg terik, ketua suh sume balik. Sbb ptg tu kami ada visit lagi. Jadi xdapat tangkap gamba Siti, kete die pun jadi la. Dan aku juga ada meninggalkan kesan tapak kaki kat bawah pokok ceri depan umah die. Mane la tahu die cube mencari pemilik tapak kaki tersebut nanti..HAhaha, berangan~
Selepas zohor. Kami ke kilang kelapa sawit milik milik Sime Darby. Biasa lalu tepi jalan slalu nampak ada sign board Sime Darby Plantation, hari ni dapat gak usya2 ape yg ada kat cni. tapi nasib kami agak malang sbb xdapat masuk kilang pemprosesan die sbb kami sgt ramai. Jadi cume duduk kat bilik taklimat denga ceramah jer. Nasib baik lps tu ade makan2.
- Alhamdulillah -