.

Thursday, March 19, 2009

CRP 2nd week - The Haunted House

- Bismillah -

Kuala Lipis Rest House or The Residency Building, terletak di puncak bukit tertinggi di bandar Kuala Lipis, Bukit Resident. Rest House ini merupakan banggunan tertua di Kuala Lipis, yg dibina pada zaman pemerintahan British. Mulanya diduduki oleh Hugh Clifford sekitar tahun 1800 (ye ke?). Kemudian dirampas oleh Jepun semasa Jepun menjajah tanah melayu. Selepas kekalahan Jepun, banggunan ini didiami semula oleh kaum penjajah, British. Selepas tanah melayu merdeka, banggunan ini dijadikan asrama pelajar lelaki untuk Sekolah Clifford. Namun dikosangkan pada tahun 1965, dikatakan kerana kejadian fenomena paranormal yg sangat serius. Namun Sekitar tahun 1988, banggunan ini dibuka semula sebagai rumah rehat kerajaan sehinggalah ke hari ini.

Majoriti kejadian yang menakutkan berlaku sering kali dikaitkan semasa zaman penjajahan Jepun, dimana tempat ini dijadikan tempat sembelihan dan seksaan tawanan perang. Aku ada bertanya kepada orang tempatan dan ketua kampung, dan banyak kejadian yg luar biasa majoritinya adalah kelibat2 yg tiba2 muncul tanpa diduga.

Dan malam pastinya lebih menyeramkan. Sekitar banggunan ini adalah hutan belukar. Bermacam bunyi boleh didengar.

Batu sejarah

Malah jalan naik ke puncak adalah berliku dan sangat gelap tanpa sebarang sinaran cahaya. Kelibat dan penunggu di tepi jalan sgt merisaukan, terutama bila bawak kete sorang2, T_T. Selain itu, banyak lagi kisah2 yg katanya sgt keras sehingga tidak boleh diceritakan kepada orang luar.

Tapi sepanjang 2 minggu disana, langsung tiada apa berlaku, tiada sebarang berita yg menakutkan didengar. Mungkin benar mungkin tidak cerita2 yg aku dengar itu. Semasa kami menginap d sini juga, most of my chinese girl friends, diorang siap tutup sume cermin yg ada didalam bilik dengan surat kabar bg mengelak terlihat apa yg sepatutnya tak dilihat. Melihat cermin adalah suatu perkara yg amat menyeram kan terutama apabila terjaga dari tidur. Tapi apa yg pasti segala apa yg telah, sedang dan akan berlaku adalah dengan izin Allah~

Tapi ade juge yg nakal2, aku dan rumate2 d situ, siap tgk horror movie lg tengah malam (walaupun cume separuh jalan sbb tetibe sume cuak..haha). Haish!! Budak2 nih~


- Alhamdulillah -

4 comments:

Cik Puan Berangan said...

Lipis sekarang sudah aman. Jalan pun dah baru. Merapoh takde survey ke?

musaf said...

merapoh?

Cik Puan Berangan said...

utk crp (ape tu) survey. merapoh. dekat ngn entrance taman negara. penempatan kecil. sumber rezeki menoreh getah.
ada lombong tutup yang bela ikan patin.

musaf said...

Merapoh xgi. Yg pegi hanya Kg Relong, Felda Sg Koyan 3, Kg Kechau Tui n Kg Bari Cina Sri Penjum.