.

Saturday, March 28, 2009

Imbasan~

- Bismillah -

Semalam sgt penat, walaupun semalam aku cuti sbb tiada kelas. Selepas solat jumaat, aku kelang kabut pusing satu kolej cari scanner, untuk scan semula map kampung relong yg aku lukis semasa d Kuala Lipis 2 minggu lepas. Map itu untuk dimasukkan ke dalam report. Kemudian gelabah pula kemas barang, cari barang2 yg da x igt letak mana untuk BBQ esok pagi. Hampir Asar, aku dan rumate bertolak pulang. Rumate drop aku kat TESCO Shah Alam, solat, makan dan dia balik. Tinggal lah aku keseorangan tanpa arah tujuaan. Nasib baik aku bawa laptop dan celcom broadband. 830 malam, org yg janji nk dtg untuk shopping untuk beli barang2 untuk BBQ esoknya belum hadir. Muka makcik kedai emas POH KONG sudah muak aku lihat sbb aku duk depan kedai dia hampir sejam. Barulah aku merasa susah nya hidup xde transport seniri. Kene bergantung dan ikut jadual org lain. Kereta ku ibu ku pakai. Kereta ibuku terlibat dalam kemalangan, ade motor mabuk mana ntah langgar. Nasib baik ibuku tiada apa2. Tapi org yg melanggar kereta ibuku itu sgt kurang ajar. Dan la die terang2 salah, ibu ku siap tolong hantar die g klinik sume, terima kasih pun tidak di ucap. Apatah lagi meminta maaf. Kalo aku d situ, mahu aku pijak2 kan saja jari kelingking mamat tuh.

Selepas beli barang yg sgt byk, jam 1130 aku baru sampai rumah. Aku n Rahim bertungkus lumus membersih ayam dan daging untuk di marinate. Sekitar 1245 tgh malam baru siap. Tetiba perut rasa sgt lapar, usya atas meja makan ada ketam masak ape ntah. Skrg tok n tokwan ku berada d rumah. Selepas makan aku baring tp sampai jam 3pagi masih belum lelap. Apa yg aku fikir aku tidak tahu. 615 aku tersedar dari tidur. Bunyi alarm dengan nada rigtone 'One Miss Call' sgt mengganggu tidurku. Selepas subuh, bunyi loghat utara kedangaran dari tingkat bawah. Tok! Dalam keluarga ku, lelaki dan perempuan sgt berbeza. Lalaki semua jenis senyap dan tak banyak cakap sampai kne sound dgn pakcik2 lain supaya lebih peramah dan bersosial. Yang perempuannya pula sgt byk bercakap malahan bersuara kuat. Kalau aku balik rumah xsusah tahu siapa ada siapa tiada drumah.

Sambung cerita. Aku kemudian keluarkan ayam n daging dr tempat beku. Kemudian basuh bekas cooler rahim yg sgt busuk. kemudian berasa sangat mengantuk dan penat. Kemudian sakit perut. Baru teringat aku lupe bawak balik tuala. T_T. Selalu mcm ini. Terlupa bawak balik tuala n berus gigi. Jadi balik je beli baru. Pastu bawak ke kolej. Pastu balik lupe lagi beli baru. Akibatnya tuala dan berus gigi aku ada sgt byk d kolej. Sgt membazir. Jd curi tuala adik. Teringat pasal kongsi2 mende nih. Masa d lipis, Hari pertama badan aku sgt gatal dan merah2 selepas aku bangun dari tidur. Samada tuala hotel atau katil yg menyebabkan allergic dermatitis ini. Sgt seksa. Sebulan lamanya badan aku merah2 n gatal. Skrg pun masih belum baik sepenuhnya. Kemudian siap bengkak lagi. Adoi~. Mulai hari itu aku menjadi sgt pembersih. Baju skali pakai je, tuala basuh seminggu skali, cadar 2 minggu skali tukar. Xteruna btol. Xbestnye jadi sgt sensitif. Tengah tulis2 nih, Rahim msg tanye da bangun blom. Heloo~ aku ssebolehnye xkn tido. Lagipun medic punye kelas biasa mula jam 8pg. Kadang2 7pg. Mendidik aku untuk xtidur lepas subuh. Lagipun ibu ku biasa akan bising, lagi2 kalo tok ku ada. Pastinya melenting.

Jam sudah mennjukkan jam 8.45 pagi. Perlu bersiap untuk ke PostMortem AGM ALIPH 2009. Nama je Postmortem, tapi acara utamanya adalah BBQ. Tetibe sakit perut lagi! Ketam smlm da basi ke?? T_T

- Alhamdulillah -

2 comments:

Kak Cik said...

salam bro..

Ayah kita minta bahan perapan BBQ hari tu..

Boleh?

musaf said...

alaa.senang je. G kedai, beli la sos bbq. Pastu beli ayam. Ayam tu lepas basuh bg die kering sket dulu. Xnk basah2 sbb nnt sos cair. Pastu amik satu2 ayam, uli dengan sos BBQ kemudian simpan ayam2 tersebut dalam bekas yg tertutup semalaman dalam peti ais. Pastu selepas subuh, keluarkan ayam tu biasa die beberapa jam sblm bakar.

MAsa nk baka, sapu sket sos bbq dekat jaring. Masa bakar, nmpk je ayam tu jd kering, sapu lg dengan sos bbq.

ada soalan? haha~