.

Friday, March 20, 2009

CRP 3rd week - MaulidurRasul

- Bismillah -

AHAD, 8 MARCH 2008
Hari ini ada gotong royong di kampung Relong. Jadi pagi2 lagi (xde la pagi sgt pun, da nk dekat tengah hari senanyer), kumpulan aku, bertolak ke kampung relong. Lokasi di masjid dan kawasan sekitarnya. Tujuan gotong royong ini di adakan adalah sebagai persiapan untuk sambutan Maulidul arRasul pada ke esokan harinya. Dan acara utamanya adalah korban lembu dan penyedian makanan.

Gamba yg sgt menarik untuk dibuat wallpaper pc or hp..hehe~

Nampaknya sambutan kali ini, hanya 1 lembu sahaa yg ditumbangkan. Menurut setiausaha kampung, Cikgu Ishak, ada satu masa sampai 26 ekor lembu di korban kn sekali, terutama pada musim raya korban. Sgt banyak, paling banyak yg aku pernah tengokpun biasa 7 ekor. itu pun sudah riuh setaman perumahan yg penduduknya beratus ramainya. Hebat.
Majoriti kami membantu proses memasak didalam dewan di sebelah masjid d kampung itu. Kumpulan kami hanya ada 3 lelaki dan 7 lg perempuan. Jadi kami banyak tolong makcik2 untuk menyediakan bahan untuk dimasak, seperti mengupas bawang sampai nangis 7 tempayan, parut hampir 50 biji kelapa, tumbuk kelapa yg telah di masak untuk buat kuih ape ntah, tolong gaul2, tolong potong2 dan lain2 ape yg ptt. Kemudian yg perempuan tolong masak dan yg lelaki tolong kat lua pulak pasang kemah, susun meje n kosi. Sgt penat. Waktu telah senja baru kami berangkat pulang. Sampai sahaja d rest house, masing2 terbungkang kecuali aku yg layan cite hantu tp mcm biasa xhbs sbb cuak sbb membe lain sume da tido..haha~


ISNIN, 9 MARCH 2008
Pagi ini langsung xsempat tido lepas subuh. Perarakan akan mula sekitar 830 pagi. Penat semalam masih terasa bisanya. Kami sampai di kampug relong sekitar jam 815 pagi, tapi kali ini bukan di masjid, tetapi di dewan serbaguna yg terletak 500 meter dari masjid.
Tujuannya pagi itu akan ada perarakan maulidurrasul sambil berselawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW. Ada 2 kumpulan, 1 dr barat dan kami join yg dari timur. Kedua kumpulan perarakan akan bertemu d masjid dan sama2 berselawat untuk beberapa minit lagi.
Bagi kawan2 aku yg non-muslim, mereka turut ikut perarakan di belakang sekali. Xtahu la kalo derang pun turut sama berselawat. Kemudian diikuti dengan Ceramah Agama, sambil itu di luar masjid di anjurkan pertandingan mewarna dan tulis tulisan jawi untuk kanak2. Juga pada masa yg sama, aku dan kawan2 tolong makcik2 di dalam dewan untuk persiapan terakhir memasan dan hidangan makanan.
Selepas ceramah, ada pertandingan nasyid untuk kanak. Ada 3 kumpulan je join, jadi sume dapat hadiah. Kemudian ada sesi penyampaian hadian untuk semua pertandingan yg telah dianjurkan. Dan kami menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan sedikit cenderahati bagi pihak fakulti perubatan UM dan kami sendiri atas kesudian penduduk kampung menerima kami dan bekerja sama dengan kami selama 4 hari. Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan makan, selepas solat zohor.
This was another funny story, si alien or meow2 rupenyer 1st time dalam hidup dia makan guna tangan kosong tanpa sudu dan garpu! Jadi semasa makan kami bergilir2 ajar dia macam mana nk ambil nasi dan lauk menggunakan jari dan masukkan kedalam mulut. Lihat sahaja si baju oren itu bagaimana dia memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Mendongak takut makanan jatuh sambil pinggan di angkat tinggi~

Disebabkan ada dikalangan kami yg non-muslim, jadi makcik2 disitu sanggup membeli daging lain untuk dimasak dan dihidangkan khas untuk kami. Sbb daging korban hanya untuk saudara se islam sahaja. Kamudian ada juga kawan kami, si india yg sedang berpuasa, tp bukan xleh makan langsung, tp jadi vegetarian. Jadi makcik2 tu masak sayur special untuk kami. Wuu..sgt terharu. Terima kasih makcik2 kampung Relong. Mengalir air mata keterharuan dan gembira~ =D. Lebih kurang jam 330 petang selepas kemas2, kami berangkat pulang sebagai perpisahan terakhir besama mereka untuk kunjungan kami ke Lipis ini. Siap ada offer suh jadi menantu sbb nk kami tinggal situ lama2. Haish~


- Alhamdulillah -

No comments: