- Bismillah -
Aku baru perasan yang blog aku macam banyak sangat gambar sejak menjak ini. Xkesah lah. Aku rasa lebih mudah untuk faham jalan cerita yg akan disampaikan nanti.
Al kisah Raya Haji/Korban/EidulAdha. Memandangkan nenek dan datuk belah ayah sudah tiada, keluarga aku akan acap kali pulang ke kampung Kedah, kampung belah mak untuk setiap kali Raya Haji mahupun Raya Puasa. Seingat aku, memang sejak dahulu keluarga kami akan pulang ke kampung. Amat jarang untuk sambut raya di rumah sendiri. Rasanya Raya Puasa setakat ini tidak pernah. Raya Haji pula kebiasaannya memang akan pulang ke kampung. Memandang aku dalam kategori yg belum punyai keluarga mertua, aku dan adik-adik hanya ada satu pilihan iaitu untuk turut balik beraya di Kedah. Namun adik bongsu tidak ikut pulang kerana sedang sibuk SPM.
26 November 2009
Khamis
Bertolak tengah hari, Dari NKVE ke Guthre seterusnya ke lebuh raya utara-selatan. Cuaca agak baik walaupun kadang2 hujan renyai-renyai. Perjalanan mengambil masa lbh kurang 6 jam memandangkan terdapat kesesakan jalan di beberapa lokasi berpunca dari kemalangan kecil dan orang ramai berhenti dan memperlahankan kenderaan untuk MENOLONG MELIHAT! Sesudah sampai petang itu, selepas kemas2 sikit dan makan, aku beransur keluar untuk seperti biasa ke sawah padi dan tepi laut untuk mengambil gambar matahari terbenam. Kata mak "seronoknya orang muda berjalan sahaja". Alang masih berdaya dan mampu, layankan sahaja.
Semasa aku sedang menangkap gambar ini, tiba2 ada seorang makcik menegur aku. Memandangkan lokasi sawah yg aku pergi terletak di depan sebuah rumah, dan makcik tu pula sedang membersihkan halaman rumahnya.
Makcik "Ambik gambaq apa?"
Aku "Eh waalaikumussalam makcik. Saja amik gambar. Hobi"
Makcik "ooo anak sapo nih"
Aku "cucu Tok Ani"
Makcik "ooo Anak Imah ka?"
Aku "eh bukan bukan, anak Waty"
Makcik "oo anak menakan la nih"
Aku tersenyum sahaja.
Kemudian makcik tersebuat menyambung kerjanya dan tiba-tiba datang pula seorang anak muda dalam linkungan umur aku, menaiki basikan dan parkir disebelah aku.
Anak Muda "Amik gambaq na. D apo nih?"
Aku "D90. Minat amik gambar juga ke?"
Anak muda mengangguk "tapi biasa2 ja"
Aku "mesti ada flickr? Tumblr? Fotopages? Blog?"
Anak Muda "Ada Flickr"
Aku "nama apa?"
Anak Muda "Asmaq" Sambil tersenym "Asmar"
Kemudian kami bersembang panjang tentang fotografi. Mudah sungguh untuk orang yg mempunyai minat yg sama menjadi kawan. Tiba2 makcik tapi yg aku rasa mak die menegur memperkenalkan aku sebagai saudara walaupun aku sebenarnya langsung tak tahu apa mahupun siapakah gerangan sebenarnya makcik itu. Nama die pun aku lupa tanya.
Kemudian aku ke tepi laut pula. Tapi awan semakin tebal dan tidak secantik di tepi sawah tadi.
Ok macam biasa, bila kita bawa sesuatu yg agak besar dan jarang dilihat, kita akan menjadi perhatian ramai macam biasa. Pedulikan. Orang lalu aku senyum sahaja. Orang menyapa aku membalas. Memandangkan sunset senja itu biasa2 sahaja. Aku pulang awal ke rumah Tok.
Malam itu tidak buat apa sangat selain bermain dan mengambil gambar budak ini. Kemudian tengok tv dan format laptop walaupun tidak berjaya. DVD windows 7 yg aku beli semacam tidak lengkap dan rosak. Lusa nya aku membeli lain.
27 November 2009
Jumaat
Pagi itu selepas solat raya, aku, maklang, mak, tok dan Siddiq ke rumah penyembelihan. Aku pun tak sure sebenarnya itu apa. Tapi ada kandang lembu yg byk lembu dan kambing dalamnya. Owner tempat ini, Pakcik Mat, memborong haiwan2 ini untu dijual. Mereka juga menjalan kan aktiviti sembelihan sekali. Jadi Aku sekeluarga, kumpul 7 orang untuk cukupkan 7 bahagian untuk tumbangkan seekor lembu.
Kandang ini sangggaattttttttttttttt busuk. Tak tahu nak kata bau ape dah. Tahi pun lagi wangi. Macam najis haiwan2 ini bercampur dengan darah, sampah dan pelbagai lagi jenis najis kemudian diperam selama bertahun. Itulah bau nya.
Tapi bukan kami yg sembelih. Pakcik mat yg sembelih. Caranya, seperti dalam gambar ini, Siddiq melafazkan kata dengan mewakilkan Pakcik Mat untuk melakukan sembelihan, ibadah korban kerana Allah SWT.
Selain itu untuk yg tiada di situ, juga boleh mewakili melalui telefon, dan Encik Mat akan menerima perwakilan tersebut.
Selepas dan sambil bertakbir dan memuji dan menyebut nama Tuhan, dengan gaya pendekar semutar misai, Pakcik mat menjalankan amanah dengan sekali potong sahaja.
Kemudian selepas melihat sembelihan, kami pulang. Ingatkan rumah sembelihan itu kan buatkan semuanya, tapi rupanya, sejam kemudian bila ambil balik daging2 itu, cuma kulit telah dibuang dan lembu itu dibahagiakan ke bahagian2 besar. 4 kaki, 1 kepala dan organ dalaman.
Balik itu, kamilah yg perlu melapahnya sendiri. Lihat lah apa yg kaum hawa buat. Lagi2 yg berbaju biru muda itu. Tangkap gambar sahaja kemudian bersenang lenang di dalam rumah. Yg lelaki-lelaki lah, berpenat lelah membanting tulang, memerah keringat melapah seekor lembu dan menimbang dan membungkus untuk di agihkan ke pada mereka yg berhak. Oh ye, gambar ini aku ambil semasa mula sahaja kemudian aku turut tolong. Rajin kan kami. 3 dari kami masih bujang. 2 sedang mencari 1 masih rilek2 sahaja ehehe.
- Alhamdulillah -
5 comments:
gambar first tu sangat kejam.
sory sket, kakcik wat ayaq oren, letak kat bangsal sblah tu, abg je yg x nampak
-baju biru muda-
hahaha...kambeng mahal, lembulah murah sket =]
eleeh buat air pun nak berkira. xiklas sungguh
ko biasa guna RAW eh? pstu edit kat PS. (refering to gmba 2 n 3)
aku x edit pun lah untuk gambar ke 2 dan 3. aku xsuke edit gamba. Tp mmg kalau untuk yg minat edit aka post processing mmg sebaiknya pakai RAW sbb kualiti gambar terjaga =]
kalau edit pun biasa kat contrast dan brightness je
Post a Comment