- Bismillah -
Barang2 yg terjumpa
1. Aku terjumpa balik sijil kawen..eh maksud aku sijil kursus kawen yg aku sertai masa 4 Mac 2006.
Cool kan.
2. Spender lelaki yg sgtttt byk. Patut la aku pelik mana pegi spender2 aku. Ingat ada perempuan gatal yg ambik masa aku sidai. Oh dan 2/3 bukan aku punye jadi samada abang atau abg sani atau abg wan punya. Mesti bercampur2 time basuh baju, sidai dan lipat. Yelah, sume spender lelaki je letak kat bilik aku, kalau bibik dapat asingkan sapa punye sape punye..okaaay kne pecat cepat
3. Jubah beli masa mak ayah pegi haji dulu. AKu ingat jubah2 ni aku pakai masa zaman2 soleh wa musleh kat sekolah dulu. Ada lebih kurang 5 pasang tp 1 je masih elok. Yang lain mcm da koyak2 n ade kesan kene gigit tikus. Oh dan najis2 tikus.
4. Banyakkkkkkkk sgt baju2 yg aku da xnak. Antara sbb nye da kecik, lusuh, koyak, dah-bukan-taste-aku-dan-gaya-aku-masa-kini dan ada jenis yg mmg aku xboleh pakai sbb nnt aku gatal2 badan.
5. Songkok lipat mak beli masa mak pegi endon dulu.
6. Krim penggaya rambut aka minyak rambut lah. Tp org skrg mana pakai sgt da minyak majoriti krim atau gel. Atau muda mudi skrg pakai wax atau tanah liat untuk gaya rambut yg lbh over. Fesyen2 rambut mcm ni adalah pengaruh dari Jepun-Korea lah. Krim ni da lama da aku tak pakai. Tp da terjumpa pakai je lah. rasanye 2 tahun lepas punye. elok lagi kot. Skrg aku pakai gel dan wax dan tanah liat itu -.-'
7. Cenderahati lama2 kecik2. Sbb dulu2 byk sgt pindah jadi aku mmg xsimpan sgt mende2 cendeahati kecik2 nih. Asal pindah hilanglah ia. Skrg dah boleh simpan sbb mcm takkan pindah dah.
8. T-shirt. Aku ada sgt byyykk t-shirt. Tp siapa yg selalu jumpa aku akan perasan aku hanya pakai beberapa jenis t-shit yg sama sahaja berulang2. Aku pun xtahu knp cume aku bukan jenis yg macam gelabah-malu kalau nk keluar dan segan kalo kot2 orang perasan kita pakai baju yg sama yg kita pakai beberapa hari lepas. Jadi baju lain2 hanya berlipat tersimpan rapi. Oh dan sbb aku dulu slalu jadi orang yg kne design baju kolej (dan skrg juga) jadi byk dapat baju kolej percuma walaupun aku xjoin sesetengah aktiviti itu. Dan biasanya aku pakai sekali kemudian simpan tak pakai dah.
9. Shaving Foam Gillette Series. Penuh lagi dan berdasarkan lupa luaran aku rasa mende ni da lebih 6 tahun, eh ke 8?. Rasa nye ni abg punya sbb aku sgt jarang pakai shaving foam.
10. Vcd movie2 cetak rompak yg sgt banyak. Aku tak tahu nak simpan lagi ke tak. Nak simpan pun buat ape sbb konfem xkan tgk dah. Skrg ni nak pape cite download je kot. Ni zaman2 sekolah menengah la ni beli vcd kat Shaw Centerpoint Klang atau pun kat Pekan Meru. 1 vcd RM7 kot rasanya. Aku mcm selalu sgt beli. Da la kadang2 gamba buruk gile. Kualiti suara pun hampeh. Tiba2 ada kepala muncul dan bunyi orang gelak -.-'
11. Professional Chess Set. Aku dulu mmg sgt suke main chess. Jadi misti kene ada chess set sendiri. Yg kecik2 dan yg megnet tu penah ada la jugak, x ingat mana. Tp yg penting yg besa punye. At least setiap masa aku mesti kne ada 1 set. Oh dulu aku sgt suke main double chess masa kat sekolah menengah. Kat U, aku siap jadi ketua pasukan chess kolej lagi, memandangkan yg main chess kat kolej aku pun 10 orang je. Dan sekarang suke lagi tapi da xmain da. Tp baru2 ni kawan aku kat kolej skrg semangat2 suruh aku aja die main chess sbb ada orang cabar die.
12. Tuje kot.
- Alhamdulillah -
2 comments:
jmpe spender pun nak cite keeeeeee +.+ tak perlu.
lipas mati tak jumpe?
bilik dan rumah ni bersih. Lipas hidup pun xde
Post a Comment