.

Monday, December 28, 2009

Wedding Siti Maryam - Part 3

- Bismillah -

Perjalanan majlis. Mula2 rewang. Kemudian tetamu datanglah



Macam biasa, bila majlis di rumah penganting perempuan, ketibaan pengantin lelakilah menjadi acara utama.




 Di ikuti dengan pantun memantun dan persembahan silat





  Okaaaay ni part menarik dimana pengantin baru perempuan dijaga rapi oleh mak andam sambil di himpit adik pengantin dan 3 orang pengantin lama perempuan seolah-olah membentuk dinding, menghalang pengantin lelaki dari senang2 je nk amik dara orang. Aku pun tak sure apa yg pengantin lelaki kene buat untuk melepasi halangan makcik2 ini.








 Pengantin lelaki sedang buat sesuatu (?)

 
Bersanding

 
 Di ikuti dengan makan beradab. Haaa yg ni aku stay lama kat depan tu, sbb selain amik gamba, usya lauk2 die...waaaaa meleleh air liur. Aku nnt tak kire, lauk sedap kene la makan byk kan, siap tambah dua tiga kali lagi kot haha.


Kemudian pengantin pegi jalan2 jumpe tetamu, sesi bergambar di pelamin, dalam bilik dan outdoor yg sgt sekejap dan mcm tak jadi sgt sbb hujan.


Ini pula 2 keping portrait gambar pengantin perempuan.Aku tahu die nk copy paste letak kat fb ehehe.


 

 

 Aku ada mention dalam entry lepas lepas lepas yg bila ambil gambar portrait kepala besa begini, adalah penting untuk kita fokus pada bahagian mata. Kalau tak tengok lah ape jadi. Aku terfokus kat hidung.
 
 Nampak pelik kan

Sampung part 4 -end-



- Alhamdulillah -

Sunday, December 27, 2009

Alasan kenapa anak2 tidak selalu berkongsi cerita dengan ibubapa tetapi lebih byk dengan kawan2

- Bismillah -


1. Jika mereka memberi tahu masalah, mereka akan dimarah dan dipersalahkan dengan kesilapan mereka. Bukan penyelesaian dan bantuan yg diberikan seperti yang diharapkan.


2. Ibubapa mereka sangka mereka sangat memahami anak2 mereka tetapi sebenarnya mereka tidak.



- Alhamdulillah -

Saturday, December 26, 2009

Stresss Maniac

- Bismillah -




ok aku tahu aku mcm da lambat sgt main mende nih. orang lain da lama jemu da main baru aku nak main game yg kene taip laju2 dengan cepat, mampan mantap dan tepat nih. Tapi aku nk saman facebook bole tak sbb buat aku stressss! Paling tinggi stakat sejam aku main nih sampai level 8 je. Aku tgk ada org bole sampai level 38.. sgt tak normal

untuk yg x tahu, anda perlu taip laju2 perkataan yg turun tu supaya xberkumpul. Kalo da berkumpul byk sgt kire kalah la. Oh dan ada fire wind ice slow pape ntah lagi mcm bonus yg akan membantu anda untuk berjaya dengan gemilang dan terbilang dalam game ini. makin naik level, perkataan yg turun makin laju dan makin panjang dan makin stress la jadi. Sekian.

_________________________

*updated*

2 jam kemudian



Ngahahahahaha..ok da kurang sikit stressss ehehehe


- Alhamdulillah -

Gotong Royong - Part 2

- Bismillah -

Barang2 yg terjumpa

1. Aku terjumpa balik sijil kawen..eh maksud aku sijil kursus kawen yg aku sertai masa 4 Mac 2006.
Cool kan.
2. Spender lelaki yg sgtttt byk. Patut la aku pelik mana pegi spender2 aku. Ingat ada perempuan gatal yg ambik masa aku sidai. Oh dan 2/3 bukan aku punye jadi samada abang atau abg sani atau abg wan punya. Mesti bercampur2 time basuh baju, sidai dan lipat. Yelah, sume spender lelaki je letak kat bilik aku, kalau bibik dapat asingkan sapa punye sape punye..okaaay kne pecat cepat
3. Jubah beli masa mak ayah pegi haji dulu. AKu ingat jubah2 ni aku pakai masa zaman2 soleh wa musleh kat sekolah dulu. Ada lebih kurang 5 pasang tp 1 je masih elok. Yang lain mcm da koyak2 n ade kesan kene gigit tikus. Oh dan najis2 tikus.
4. Banyakkkkkkkk sgt baju2 yg aku da xnak. Antara sbb nye da kecik, lusuh, koyak, dah-bukan-taste-aku-dan-gaya-aku-masa-kini dan ada jenis yg mmg aku xboleh pakai sbb nnt aku gatal2 badan.
5. Songkok lipat mak beli masa mak pegi endon dulu.
6. Krim penggaya rambut aka minyak rambut lah. Tp org skrg mana pakai sgt da minyak majoriti krim atau gel. Atau muda mudi skrg pakai wax atau tanah liat untuk gaya rambut yg lbh over. Fesyen2 rambut mcm ni adalah pengaruh dari Jepun-Korea lah. Krim ni da lama da aku tak pakai. Tp da terjumpa pakai je lah. rasanye 2 tahun lepas punye. elok lagi kot. Skrg aku pakai gel dan wax dan tanah liat itu -.-'
7. Cenderahati lama2 kecik2. Sbb dulu2 byk sgt pindah jadi aku mmg xsimpan sgt mende2 cendeahati kecik2 nih. Asal pindah hilanglah ia. Skrg dah boleh simpan sbb mcm takkan pindah dah.
8. T-shirt. Aku ada sgt byyykk t-shirt. Tp siapa yg selalu jumpa aku akan perasan aku hanya pakai beberapa jenis t-shit yg sama sahaja berulang2. Aku pun xtahu knp cume aku bukan jenis yg macam gelabah-malu kalau nk keluar dan segan kalo kot2 orang perasan kita pakai baju yg sama yg kita pakai beberapa hari lepas. Jadi baju lain2 hanya berlipat tersimpan rapi. Oh dan sbb aku dulu slalu jadi orang yg kne design baju kolej (dan skrg juga) jadi byk dapat baju kolej percuma walaupun aku xjoin sesetengah aktiviti itu. Dan biasanya aku pakai sekali kemudian simpan tak pakai dah.
9. Shaving Foam Gillette Series. Penuh lagi dan berdasarkan lupa luaran aku rasa mende ni da lebih 6 tahun, eh ke 8?. Rasa nye ni abg punya sbb aku sgt jarang pakai shaving foam.
10. Vcd movie2 cetak rompak yg sgt banyak. Aku tak tahu nak simpan lagi ke tak. Nak simpan pun buat ape sbb konfem xkan tgk dah. Skrg ni nak pape cite download je kot. Ni zaman2 sekolah menengah la ni beli vcd kat Shaw Centerpoint Klang atau pun kat Pekan Meru. 1 vcd RM7 kot rasanya. Aku mcm selalu sgt beli. Da la kadang2 gamba buruk gile. Kualiti suara pun hampeh. Tiba2 ada kepala muncul dan bunyi orang gelak -.-'
11. Professional Chess Set. Aku dulu mmg sgt suke main chess. Jadi misti kene ada chess set sendiri. Yg kecik2 dan yg megnet tu penah ada la jugak, x ingat mana. Tp yg penting yg besa punye. At least setiap masa aku mesti kne ada 1 set. Oh dulu aku sgt suke main double chess masa kat sekolah menengah. Kat U, aku siap jadi ketua pasukan chess kolej lagi, memandangkan yg main chess kat kolej aku pun 10 orang je. Dan sekarang suke lagi tapi da xmain da. Tp baru2 ni kawan aku kat kolej skrg semangat2 suruh aku aja die main chess sbb ada orang cabar die.
12. Tuje kot.



- Alhamdulillah -


Gotong Royong - Part 1

- Bismillah -

Hari ni kemas rumah, spesifik lagi punggah balik barang2 lama yg berlonggok2 dalam rumah nih untu buang, bg kat org, jumblesale, kitar semula atau yg masih nk simpan. Da byk sgt dah. Buat semak rumah je dan amik space yg byk untuk disimpan. Oh sebenarnye da mula lama tp hari ni mcm sbb hari cuti dan masing2 mcm xtahu nk buat ape jadi hari ni mcm full time (?) lah. Oh aku pun baru mula hari ni, memunggah barang2 berlonggok di bilik sendiri dan asingkan baju yg taknak yg dah sgt byk. Okaaaay sangaaaaaaaaat byk. Sbb seingat aku, aku nak asingkan baju yg taknak ni sejak zaman menengah rendah lagi tapi tak buat2 jugak, kenapa aku pun tak pasti.

Masa tgh kemas2 td, Puput angkat satu gamba besa dalam frame, gamba mak dan kawan2nya dulu2 masa kursus ape ntah.
Mak : "buang lah yg tu"
Puput : "kenapa? kan boleh buat kenang-kenangan"
Mak : "Dah tak larat dikenang dah"


- Alhamdulillah -

Friday, December 25, 2009

Wedding Siti Maryam - Part 2

- Bismillah -

Macam biasa bila shoot wedding ataupun apa2 event aku suke ambil gambar kanak2 kecik yg belum mengenal erti dunia ini. Apa yang menarik kerana kanak2 ini mempamirkan ekspresi wajah yg natural dan bukan buat2 atau berlakon yg biasanya dilakukan oleh orang yg lebih besar.

Majoriti kanak2 ini aku rasa sanak sedara keluarga SIti Maryam memandangkan mereka rata-ratanya sudah ada sejak dari aku tiba di awal pagi sehingga balik di lewat petang.




 

 

 

 

 

 
ok kanak2 ni mcm agak besar.

Oh dan untuk mereka yg meminati photography, atau baru nak minat atau baru beli DSLR mahupun compact camera. Tips untuk gambar portrait yg lebih baik, pastikan anda fokus pada wajah orang yg anda hendak ambil gambar. Jika gambar muka yg besar, fokus pada matanya. Dan pada pendapat aku, lebih menarik jika menggunakan aperture yg paling besar pada lense anda untuk bokeh yg lebih menarik. Sbb itu bg aku prime adalah terbaik untuk portrait =]


Bersambung part 3


- Alhamdulillah -

arghhh

- Bismillah -

Kat kolej aku ada sorang abg pak guard yg sgt gatal dan suke mengambil kesempatan sebagai pak guard untuk jalan2 selalu kat blok perempuan. Dan kadang2 sgt annoying. Ok la selalu.

Rabu aku kene hujan. Bangun tidur Khamis dah kne coryza. Kenapa aku mcm vulnerable sgt nih.

Kepada Siti Maryam. Sory gamba mungkin lambat sikit. Baru siap asingkan dan pilih. Belum edit apa2 dan burn lagi. Minggu ini sedikit sibuk. 645 pagi da kene gerak ke klinik. Jalan sgt jam. Jadi kene geraka wal untuk sampai sebelum jam 8. Oh dan skrg tgh tak berapa sihat.

Kenapa bilik aku kat kolej tak dapat internet. Bilik kawan aku yg blok lain dapat!!! sgt stress begini. Aku cume bole main mafia wars seminggu sekali je la begini. Stresssssssssss!

Kenapa sampai kakak nurse kat Klinik Kesihatan Komuniti Bukit Kuada Klang pun tahu aku ada jual topup. Sgt jengkel -.-'

Macam biasa aku skrg musim bosan Tiap jumaat cuti bulan ini menyebabkan aku pun dah takde idea untuk entertain diri sendiri. Ape aku nak buat cuti 3 hari minggu ini dan minggu depan. Oh selain belajar.

Oh aku mcm skrg tgh mcm minat dengan psychiatric. Asik2 aku stadi topik itu. Kenapa dan mengapa?

Hidung tersumbat, asik rasa nak bersin tapi asik mcm tak jadi..argghhhh stresss. Dan sore throat. Sgt tak selesa dan tak sue. Juga  ada cecair yg keluar kejap2 dari lubang hidung kanan sahaja. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

- Alhamdulillah -


Tuesday, December 22, 2009

Malaysia Chocolate Fair

- Bismillah-




mcm sgt menarikkk


- Alhamdulillah - 

Wedding Siti Maryam - Part 1


- Bismillah -

20 Disember 2009
Ahad

Seawal 4 pagi aku bangun setelah cube nak tidur dari jam 330 pagi. Tapi tak tidur2 jugak. Mamat-yg-konon-nak-berubah-tapi-tak-berubah-rubah-jugak dah sedap berdengkur. Mawi pula  hanya senyap nyenyak dan Tamron guy sedang terkangkang. Kemudian aku pergi mandi dan kemudian kejut sorang2 suh bangun. Macam biasa la Mamat-yg-konon-nak-berubah-tapi-tak-berubah-rubah-jugak paling susa nak kejut. Jam 430 kami berempat bertolak dari Asrama Perubatan Kampus Cawangan Klang Universiti Malaya dalam misi mengambil gambar perkahwinan Siti Maryam dan Muhammad Fauzi di Batu Pahat.

Jam 530 kami berhenti sarapan di R&R Dengkil. Kemudian solat Subuh dan sedar2 waktu dah 9pagi dan kami sedang sesat2 di Batu Pahat. Kata si pemandu yg selalu konfius kanan-kiri, penganting pun konfius kanan-kiri jadi memang kami pusing2 di tempat yang sama berkali kali sebelum akhirnya kami gamble juga masuk jalan dan akhirnya betul.

Jam 10 kami tiba dan majlis Khatam Al-Quran sedang dijalankan. Tapi memandangkan aku malas lagi nk pilih gambar mari kite tengok dulu seimbas lalu sedikit gambar yg aku pilih secara rawak untuk anda yg tertunggu2.





Siap ada banner gitu





Pelamin


 

 Bunga Telur


 

Keluarga Siti Maryam



 

 Pengantin Lelaki


 

 Pengantin Perempuan

_______________________________________


4 Pengembara




Mawi





 Mamat-yg-konon-nak-berubah-tapi-tak-berubah-rubah-jugak

 

The Tamron guy


 

The 50mm guy
(hahaha tunggu part seterusnya utk tgk gambar apekah yg di ambil!)


oh dan watak sampingan

 

2 buah D90, Tamron 17-55 F2.8,  SB-600, Nikkor 50mm F1.4, Nikkor 18-108 F3.5-6.5


Berambung Part 2


- Alhamdulillah -


Saturday, December 19, 2009

Dr Yusuf Q

- Bismillah -

Aku tak berpeluang nak pergi ke ceramah Dr Yusuf Al Qaradawi di masjid negeri seperti yg semua maklum tadi. Alkisah depan rumah penuh kereta sbb jiran buat kenduri kawen jadi kereta dari dalam rumah xbolehkeluar. Tp aku tahu lambat yg rupanya ada disiarkan live dari TV selangor.



Masa ni tgh doa. Amiiinnnnnnn!


____________________________________



Tentang kenduri jiran


 Tgk lah. ni pagi td dari rumah aku. 10 kemah. Tp xleh lawan kak sarah la 2 tahun lepas. 15 kemah!

 
 OK aku skrg ade habit yg macam x baik (?). Aku g wedding org bukan usya pengantin ke ape. Aku usya photographer dan gear-gear mereka. Tgk teknik dan, lense dan kamera apa yg digunakan. Haha

Kat Wedding nih derang guna khidmat 2 photographer. sorang pompuan pakai 2 kamera satu D90 dan D80. D80 pakai zoom lense, wide lah. 12-25 kot. kemudian satu kamera lagi pakai 50mm, f1.8 kot. Okaaay sgt cool bole tuka2 kamera mcm nih. Xya gelabah2 kelang kabut nk tuka lense.

 
 Sorang lagi laki, pakai 1 kamera je. D300 rasanye. Lense xsure tp aku rasa mesti yg nikkor 17-55 kot. Harga RM6k. Ok aku terus sgt merendah diri.

 
 50mm

 
 Oh pasal pengantin (asik igt kamera je -.-'). Anak pakcik Rasyad. Meraikan kedua2 pengantin sekali. Sorang Faiz, ngan die ni lah aku blaja driving dulu. Sbb kenal jd sgt sempoi. 4jam je blatih drive. Itupun kalo die kata aku xnak, xyah langsung buat kalo da yakin. Sorang lagi adik die, Mas Mariana. Tak kenal sgt. Tp mcm childhood friend jugak la masa zaman hingusan dulu. Makin besa makin dah xkenal dah. Adik dia nama Mas Aini Diana. Nama sgt mcm akan jd artis. Oh dan majlisnya sgt meriah.

Mak dan Puput dr semalam dan pagi2 hari ini da tolong rewang. Aku? ehehehe. Td tolong la jugak tp lambat, sket2 je. Byk tolong tengok je lah. Dan semunyi2 skodeng photographer.

 
Ini lah website mereka. Mereka ni rupanya photographer untuk surat khabar Metro Harian. No wonder la kan mmg photo journal. Gadjet sume riban-riban. Lense keliling pinggang (photographer dah xmain perempuan/lelaki keliling pinggang, lense lg penting!!). Berdasarkan gambar yg aku kaji dari website mmg lawa lah. Tp ofkos la xleh lawan Saiful Nang, jurugambar perkahwinan termahal kat Malaysia nih. Dan mmg nampak la orang yg amik gambar tu penuh dengan pengalaman. Tp ni part best. AKu rasa skill aku mcm xjauh ngan derang ehehehe. Ok la except derang punye gadget dan editing mcm lagi best kan. Xpe lah. Aku pun ini sekadar hobi dan bukan kerjaya mcm mereka.

Oh esk jam 4 pagi dah kene bertolak ke Batu Pahat. Masa untuk mengasah bakat. Aku semestinya The Guy with 50mm F1.4!! heheeee~



- Alhamdulillah -

Tere

- Bismillah -


Di suatu petang...

Azlin : Ajar aku main Rubics, pali kata kau tere, siapa ada tutorial kat blog lagi. Aja aku sampai tere. Ada orang cabar aku
Aku : Haaa..
Azlin : Ajar aku download, kau tere
Aku : ....
Azlin : Ada game chess tak, ada orang cabar aku. Aku nak berlatih
Aku : xada. Tapi kalau nak main dengan aku boleh je, aku pernah jadi ketua pasukan chess kolej dulu. Tp dulu lah, skrg da lama tak main.
Azlin : mana kau belajar haa semua mende2 nih. Tere la kau. Ajar aku!

ye keee -.-'
kenapa aku rasa takde ape2 pun

_______________________________________


Di suatu petang...

Aku : wahh lawa rambut. Ko pakai wax ke?
Abg guard : ape tu? aku pakai gatsby
Aku : oh gell la eh?
Abg guard : xtahu la aku. Ko mcm tere je. Tapi rambut ko asal biasa je.

-.-'

____________________________________


Suatu malam ketika aku sedang mengambil gambar di sebuah taman

Apek : Lu ada gaya la. Lu mesti tere ini amik gamba
Aku : xde lah uncle, hobi sajaaa
Apek : yaaa ka. I tahu orang mcm u manyak bagus mmg takkan bangga2. Boleh ajar uncle ka?
Aku : biasa2 saje uncle. Uncle nak belajar apa?
Apeh : Oh tapa la. Tolong ambilkan gambar uncle sama ini untie. Bagi nampak itu belakang haa.

kenapa x ckp je nak mintak tolong amikkan gamba
-.-'


____________________________________


ok aku kenapa aku suke sgt buat muke ini ---> -.-'

-.-'



- Alhamdulillah -

iyaaaaa..serius!

- Bismillah -

Kenapa nak main2 pulak?

______________________________________

Aku agak kecewa sbb aku ingat nak amik gamba hotel sunway dan pantulan nya pada permukaan pantai buatan dekat sunway Lagoon. Seryes sgt lawa sbb aku penah tgk gamba itu yg di tampal pada dinding sebelah escalator dalam Sunway Piramid. Tapi untuk malam rupanya kawasan itu ditutup.




Cool kan kalau kau orang bayar untuk RM20 tapi dapat RM30





 

Antara byk2 benda yg bergarak yg aku penah tangkap, aku rasa ini paling cool setakat ini, walaupun gamrbar itu mcm xperfect tp aku suke sbb benda alah tu baru nak naik jd gambar terhasil mcm bentuk skru.


 

 OK mula2 aku tak paham kenapa bukan perfect circle. Dan baru paham selepas kawan-aku-yg-nak-berubah-tapi-tetap-sama-itu kata, yg bende tempat duduk tu bergoyang. Ok da faham


 

Hasil kawan-aku-yg-nak-berubah-tapi-tetap-sama-itu. Ada kemajuan. Xlama lagi boleh join tangkap gambar untuk photojournal skali.



 


______________________________________


Esok ada kenduri jiran aku. Sepatutnya pergi tolong rewang tadi petang dan malam. Tp aku sampai rumah pun dah malam kemudian terus keluar untuk photo shoot. Jadi esk pagi mesti kene pergi tolong.

Esok malam pula, Tariq dan Rahim akan lepak bilik aku di kolej sbb jam 4 pagi hari ahad da nak bertolak ke Batu Pahat untuk shoot wedding errr...okaayy aku lupe lagi nama die (sorry aku mmg senang sgt lupa nama orang). Adakah ini kali pertama untuk amik gamba outdoor? Haha aku mcm sgt excited untuk beri arahan! Oh dan kali ini nak cube guna refelctor....buatan sendiri yg cukup murah je..


______________________________________


Kenapa manusia suka sangat dan cepat menilai orang lain dan membuat kesimpulan dengan terburu-buru? ANda yakin apa yg anda dengan. Anda yakin mendengar cerita satu pihak sahaja sudah memadai? anda yakin xperlukan cerota orang ketiga? Kalau begitulah tak perlulah ada peguam, hakim dan mahkamah. Manusia sgt hebat bila dianugerahi akal, tapi kadang2 nafsu dan sikap menyebabkan akal tidak dikepikan.


- Alhamdulillah -

Thursday, December 17, 2009

..............

- Bismillah -

Manusia
hanya tahu menilai
dan
cepat menghukum orang lain
membenci
mengumpat
mencaci
menfitnah

Manusia
Masing-masing begitu hipokrit
pada diri
dan pada orang lain

Manusia
Masing-masing cuba nampak diri itu benar
diri itulah yg terniaya
dan menyalahkan orang lain
Agar diri mendapat simpati

Manusia
Hanya mementing diri sendiri

Manusia
Andai berbuat silap
pergilah memohon maaf
dan memohon keampunan

Manusia
kita ini lemah
terlalu lemah


- Alhamdulillah -

Wednesday, December 16, 2009

Rapidshare + IDM

- Bismillah -

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya tak buat sesi tutorial. Kali ini aku akan bercerita bagaimana menggunakan Internet Download Manager bagi anda yang mempunyai akaun RapidShare.

1. Anda perlulah install IDM di pc anda. Kemudian ini part yg paling penting. Anda perlu daftar (ok mcm xkene je perkataan ini) rapidshare pada IDM.


 2. Buka IDM, kemudian tekan kat atas tu, Donwload dan kemudian Option.


 
 3.Pilih Sites Login. Tekan New. Kemudian pastikan kat tepi tu http://, dan tulis rapidshare.com pada kotak kosong sebelah http:// itu. Kemudian isikan username rapidshare anda diikuti dengan password-nya. Kemudian tekan OK.


 
 So akan jadi beginilah. Dah siap kemudian tutuplah tetingkp option ini.


 
 4. Kemudian pergi ke mana-mana site yg ada menyediakan link download yg menggunakan rapidshare sebagai medium. Contohnya http://www.warez-bb.org . Highlight kan address itu dengan menekan tetikus sebelah kanan sebanyak 3 kali berturut-turut dengan laju atau pun boleh juga secara manual iaitu tekan dan drag. Kemudian klik kiri pada tetikus dan tekan Download with IDM.


 
Dan akan keluar beginilah. Sebelah kanan tu ada gambar jenis file yg anda ingin download dan dibawahnya ada size file itu. Anda juga boleh menukar destinasi akhir file yg anda download pada butang kecik di tengah-tengah sebelah kanan. Dan akhir sekali tekan lah Start Download. Jika anda menggunakan talian internet berkelanjuan tinggi, download speed anda boleh mencecah ke MegaBites per second. Rekod aku setakat yg aku pernah download menggunakan cara ini dalah 3.5Mbs!! Maksudnya kalau satu movie itu 700Mb, maka lbh kurang 3.333 minit sahaja movie itu sudah siap di download. Sgt menarik bukan. Selain movies, tv series, anime, games, musics dan apa2 sahajalah yg file hiburan, anda juga boleh memanfaatkannya dengan mendownload e-book, software dan lain2 dan apa2 sahajalah yg ada kat alam maya tuh, yg menggunakan Rapidshare sebagai medium.

=]


- Alhamdulillah -

Tuesday, December 15, 2009

SKAmobile [MUSAF TOPUP]

- Bismillah -



1st skali nak gelak dulu hahahahaha.
Ok mcm mana aku terlibat ngan dunia ni pun aku tak pasti.
Tapi pape pun, nak bertahu kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini, yg sesungguhnya untuk sesiapa yg memerlukan perkhidmatan top-up segera, boleh hubungi aku, xkesah la melalui apa, sms, mms, call, video call, email, ckp pakai mulat mahupun surat menyurat.

Buat masa ini hanya untuk
MAXIS
CELCOM
DIGI

Jadi bile korang perlu topup, walau dimana saja korang berada kat bumi Malaysia ini, 24 jam! (tp kalau aku tengah tido, dalam toilet, sembahyang dan yg sewaktu dengannya xboleh lah), maka hubungi lah aku. Xyah g kedai pun. Sms pun boleh. Sambil2 tgk cerita korea You Are Beutiful, atau tgh stadi Xpress Short Case atau tgh makan Nasi Lemak Andalas pun boleh. Apa yg aku akan buat ialah aku akan menghantar sms kod, ke no server syarikat ini, dan secara automatik anda akan mendapat sms yg mengatakan nilai kredit anda sudah bertambah. Tak susah dan mudah.

Ini adalah nilai yg anda boleh mohon.



Macam mana nak bayar? ANda boleh terus bayar ke akaun aku. Mudah je. Ada PC ada internet, ada online banking, klik je.

Maybank2U
162843011015

eng_0102mat@yahoo.co.uk

Dan sms aku detail masa korang transfer. Kalau membe2 yg boleh caye, xpe lah.. nnt jumpe bayar je la kan. Xnak bayar, itu akhirat punye cerita.


Dan untuk maklumat anda, syarikat SKAmobile ini milik Suria Kencana Amiruddin (SKA). Senior aku kat sekolah dulu. Kire tolong2 membe lah nih. Memandang kan kerja ni pun tak susah. Sambil baca blog perempuan beremosi tinggi dan minum sirap ais pun boleh buat. Hanta sms je. Siap! Dan keuntungan aku adalah dari nilai yg anda beli. Sebagai contoh untuk Celcom, aku akan mendapat 60sen untuk setiap RM10 yang aku jual.. Mcm tu lah. Mudah sgt kan. Dan anda boleh buat kerja yg sgt mudah ini sampai ke akhir hayat anda kalau anda nak.

________________________________


Disebalik tabir penglibatan aku dalam dunia ini. Topup aku sebulan kadang2 mencecah RM50. Dan serius sgt malas nak pegi kedai semata-mata nak pegi beli topup. Kalau kedai sebelah bilik xpe lah. Ni kene naik kereta. Tp kalau untuk aku seniri, nak taknak kene pegi jugaklah kan. Ni kejap lagi tiba2 aku tgh ada mood nak stadi, ada la pulak org ketuk bilik aku nak ajak teman beli topup memandangkan aku ada kenderaan. Membe kan. Xkan tak nak tolong. Jadi pk punye pk, aku pun register lah jadi penjual topup ini, syarikat juga milik kawan sendiri. SEnang dan mudah itu yg penting. Hah tayah dah g kedai, bole topup pakai hp seniri. Selain itu utk kawan2 yg suke memberi aku pahala. Kan still dapat pahala tu.

Oh mcm best? Nak jadi agen? juga boleh. Silalah hubungi aku.
eng_0102mat@yahoo.co.uk
0123133764 - maxis
no celcom hanya untuk menghubungi bonda tercinta dan utk siapa yg dah tahu lah

__________________________________

Kalau ada org nak topup, ini yg akan aku buat.





Dan aku akan hanta ke salah satu no ini..



Sbb aku pakai celcom unipax, so 1 sen lah untuk setiap kali aku topupkan orang. Kalau kata aku dapat 60sen untuk setiap RM10, kalau aku topupkan orang RM10 celcom, jumlah keuntungan aku 59sen lah. Mudah kan =D




- Alhamdulillah -