.

Wednesday, December 28, 2011

Cerita photography Bulan 10, 11 dan 12, 2011 part 1


- Bismillah -

So hujung minggu ini secara rasminya aku menamatkan karier aku sebagai jurugambar untuk beberapa bulan sehingga aku hbs medic. Ini adalah sgt penting kerana professional exam lagi 2 bulan lebih. Aku perlu sgt sgt sgt belajar rajin2, juga memerlukan doa dari kalian semua yg membaca. Ok ada lagi ke org baca blog ini memandangkan aku dah kurang update sejak kebelakanagan in .___.

Ok sebelum itu, cerita tentang wedding job yg baru2 ini. B4 aku ke korea aku ada 4 wedding job berturut2 selama 3 minggu. Memang minggu itu sgt sibuk. Nasib baik time tu kat Banting, dan agak free sbb kelas pagi sahaja. Alkisah aku berjaya siapkan 2 job punya gambar b4 ke korea. Nadhirah Sahri dan juga Mariam Adlina. Tapi ada perkara tak best berlaku. 2 job lagi aku siapkan after balik dari Korea. Aku cerita 2 dulu yg aku siapkan sebelum ke Korea.

SATU. Nadhirah Sahri punya last minute ayah die cancel kan nak album. Sbb aku siapkan lambat sgt. Aku AKUI aku buat album yg die request sgt lambat. Dua bulan tak siap lagi design. Sebabnya die expect aku design mcm designer beribu ringgit. Sedangkan level itu aku belum capai tahap itu lagi. Dan ini adlah masalah sbb takkan aku nk tolak mentah2? Jadi aku cuba buat yg terbaik. Tapi nk siapkan aku pelu buat research dan byk try and error dulu. Sbb itu lama. Dan memandangkan aku buat ini mende part time, jadi biasa nya aku buat cuma bila aku free. Aku dah maklumkan kepada semua customer aku, gambar biasa ambil masa sebulan nk siap sbb aku buat part time. Album tambah lagi 2/3 minggu.

Tp bila ada request buat album yg bukan aku punye style dan aku tak pernah buat, ia jadi complicated. Seolah2 anda pergi kedai tepi jalan nk beli burger Ramlee, tp anda mintak die buat mcm burger Carls Junior. Seryes, mcm tu la aku rasa. Tapi aku cube buat. Dan buat sesuatu yg ko tak penah buat dan baru nk cube dan cari ilham memang memakan masa. Tp setelah 2 bulan, die cancel pula.

Pengajaran : Aku patut explain dari mula, kalau aku tak boleh buat, means aku tak ambil kerja itu. Sbb at the end aku dah buat walaupun tak siap, ambil byk masa semua tapi takde hasil malah membazir masa. Aku yg rugi.

Tapi aku kurang berpuas hati, sbb sepatutnya dari mula, kalau da hire aku, bermaksud die dah survey dan tgk hasil2 aku, sepatutnya die bersetujulah dgn cara kerja biasa aku. Bukan hire aku tp expect aku buat kerja mcm org lain. Kenapa tak at the 1st place hire sahaja org lain yg boleh buat kerja itu. Ini part yg buat aku terasa. Dan part lagi best, actually die tak survey pun, anak die yg buatkan. Jadi aku rasa aku dipilih berdasarkan harga dan taste anak die. Tp after wedding, die yg ambil alih berurusan dgn aku dan expectation die sgt tinggi. Kalau aku tahu dari mula die nk mcm tu, aku dah rakemen Candid Syndrome, Senior photographer derang harga dalam 5k+, kalau nk SN sendiri ambil gambar dalam 8k+. By the way aku charge xsampai 500 pun. Dan byk photographer lain tak puas hati sbb harga itu sbb sebenarnya terlalu murah. Ambil gambar bukan sekadar ambil gambar ok. Ia satu kerjaya yg berkos tinggi, memakan byk tenaga dan masa.

Tapi apa2 pun aku still siapkan gambar dalam masa sebulan. Dan aku dah nak hantar mula2, tp ayah die taknak, nk sekali dgn mock album. Sbb biasa aku mmg hantar gambar dulu, sbb album akan ambil masa lagi. Jadi at least pengantin dan kelaurga dah dapat tgk gambar dulu. Tapi tak pe lah. Yang penting skrg semua da settle. Gambar pun dah bg. Dan album die kata nk buat sendiri. Ok silakan.

DUA. Mariam Adlina, takde ape maslah pun berlaku. Dan customer sgt ok dan sgt baik. Masa ambil gambar semua tiada maslaah langsung. Smooth je. Seronok ambil gamabr die orang. TAPI TIBE2 MASA AKU CEK BALIK GAMBAR MASA NK EDIT, BOLEH KATA SEPARUH DARI GAMBAR TAKDE!!!!! HILANG!!!!!!!! Aku tak tahu la memory card corrupt ke ape. Tp mmg masalah memory card. Sbb gambar part tgh2 majlis n hujung2 langsung takde. Memang menanges tak berlagu la. Dan down sgt aku time tu. Wuuuuuuuuuuuuuu T_T. Jadi aku just siapkan gambar yg ada dan hantar sambil meminta maaf berjuta2 kali. Aku sgt sedih. AKu tak tahu apa berlaku. Da cube mcm2 pada memory card itu, tapi tade hasil. Rasa sgt malu dgn Mariam dan tunang die serta keluarga mereka. Die orang byk kali call tanye takleh dapatkan jugak ke gambar2 yg hilang tu. Aku cume mampu minta maaf je T_T. Dan ini adalah nightmare setiap photographer, ambil gambar tp takde gambar. Aku rasa time ni mmg mcm tanak amik gambar langsung dah. Rasa serba salah sgt. Sgt malu.

Pengajaran : Setiap kali ambil gambar, terus buat backup time majlis tu jugak. Ataupun immediately after majlis. Jangan tunggu2. Dan ktrg juga terus beli memori kad baru. Wuuu menangis T_T

___________________________


2 lagi cerita bersambung kemudian.


- Alhamdulillah -

Update untuk November


- Bismillah -

November adalah bulan ujian ketahanan badan untuk aku. Pada awal bulan aku suspected denggi walaupun ia turn out to be negative. Seminggu lepas itu aku demam lagi, malah lebih teruk. Teruk sehingga sentiasa baring atas katil dan just bgn untuk ke toilet dan solat. Nak ke klinik pun dah rasa tak larat. Masa mula2 demam tu nasib baik la ada Encik T yg menemani hari2 sakit ku. Jadi dia boleh keluar beli kan makanan mahupun buat kan Ruski.

Oh sebut apsal Ruski aku baru tahu Ruski agak sedap. 1st time makan masa kat korea, itu pun DIma yg bawak. Balik dari Korea aku mcm gila Ruski sekejap, makan Ruski setiap hari, sehari 2 kali selama 2 minggu. Tapi selpas itu dah muak. Tgk Ruski punye peket pun tak nak dah. Jadi aku terpaksa sorokkan supaya tak rasa muak.

Ok sambung cerita sakit, lepas Encik T balik ke MEdan, sakit aku lebih teruk. Ok bukan sbb mengada ke atau nk ke perhatian ke ok -.-   ...Tp sblm die balik, ktrg sempat singgah klinik. Khamis tu makin teruk. Jumaat tu selepas makan antibiotik, baru rasa mcm ok sikit. Tp demam dan sakit2 badan dan tak larat berlanjutan untuk 3/4 hari jugak lah. Makan pun tak lalu. Akibatnya aku yg kurus nih bertambah kurus. Jadi minggu seterusnya bila dah baik sket tu dan ada selera makan balik, aku pun makan byk2 sbb ganti makan2 masa hari sakit tu. Akibatnya mcm gemuk sikit pulak skrg .__. ..ok bersederhana adalah lebih baik.

Masa demam itu juga aku ada 2 exam menanti, end of posting O&G dan juga Paeds. O&G adalah posting lepas tapi kne ambil exam sbb aku tak ambil exam pada masa sepatutnya aku ambil exam, sbb waktu exam itu dah ke Korea. Jadi kami minta surat untuk tangguh ambil exam dgn next group. Jadi 2 exam + demam adalah kombinasi yg sgt tak menarik. Sbb pertama byk nk stadi, kedua sbb tak larat jadi stadi jd tak efficient dan tiga masa jawab exam kurang fokus sebab pening2 dan kadang2 just mmg hilang fokus. 

- Alhamdulillah -

Saturday, November 26, 2011

Rumah baru



Tok & Wan aku baru pindah rumah baru. Di tengah2 kawasan sawah padi. 





Friday, November 25, 2011

Paeds


- Bismillah -


Gambar yg sgt familiar yg menyentuh hati?


Dan kisah hidupnya.



_______________________________________

Memandang kan aku sedang posting paeds skrg, aku nak ceritakan satu kisah seorang bayi yg skrg berumur 1 tahun 5 bulan.

Dia dilahirkan preterm, maksudnya tak cukup bulan. Jadi dia memerlukan artificial surfactant untuk paru2 nya berfungsi dengan betul. Tapi malangnya, ibunya hanya seorang cleaner dan bapanya pekerja kontraktor yg kadang ada kerja, kadang tiada. Hidup pun hanya sewa sebuah bilik sahaja. Mempunya 3 orang anak dan bayi ini adalah anak ketiga. Kerana tidak mampu, bayi ini tidak menerima surfactant, mengakibatkan dia memperolehi penyakit paru2 yang kronik dan memerlukan bantuan pernafasan dalam suatu jangka masa yg lama. Dan disebabkan bayi ini sudah ada masalah paru2 yg teruk, dia perlukan pula alat bantuan pernafasan kalau dia ingin dibawa keluar dari hospital.

Tapi ibubapanya tidak mampu menyebabkan bayi ini duduk dihopital sejak lahir hinggalah skrg, berumur 1 tahun 5 bulan. Ibunya hanya melawatnya pada hujung minggu dan bapanya hanya pernah melawat 2 kali, sekali ketika lahir dan sekali sewaktu dia dimasukkan ke ICU pada umur lbh kurang 3 bulan. Dengan kata lain bayi ini hampir sepanjang hidupnya tidak mempunyai belaian kasih syang dari ibubapa. Nasib baik staff nurse di ward yg baik hati selalu menjaga dan membantu mana yg boleh. Ada yg beri pakaian, makanan dan mainan. Ntah apalah nasib bayi ini di masa akan datang.

Sudahkah kita bersyukur untuk hari ini?


- Alhamdulillah -

Friday, November 18, 2011

Denggi


Assalamualaikum, Bismillah.. Fuh Alhamdulillah ~

Jadi sejak di suspek denggi last week, aku sentiasa standby Sheildtox (yg aku curi kat rumah). Walau seekor nyamuk pun aku nampak atau aku rasa kne gigit, aku terus sembur. Dan of kos aku keluar sekejap dari bilik sbb hidu gas racun perosak serangga tu pun adalah tidak bagus.

BAru2 ini kolej aku, sekurang2 nya 3 orang positif genggi. In case ada yg tak tahu, denggi ini ada tahap severity yg berbza, dari demam biasa, sehingga anda boleh menemui ajal. Jadi jgn ambil mudah. Seekor nyamuk pun boleh membunuh. Sekali kawasan anda ada kes denggi, sampai bile2 kawasan tersebut berisiko untuk jangkitan atau kes seterusnya. Melainkan satu tindakan yg sgt drastik dilakukan untuk menghapus kawasan pembiakan denggi.

Buat masa ini aku sedang berusaha untuk update blog korea ( http://southkorea-oct2011.blogspot.com/ ) at least satu post sehari. Aku tak sure total post akan jadi berapa nnt sebab jumlah gambar nak diletak mcm sgt byk. Dan aku tak boleh letak satu pos terlalu byk gambar, sbb nnt jadi terlalu berat untuk dibuka. Tidak semua orang mempunyai ekses internet yg laju, dan sebenanye ramai juga komplain. Sbb tu aku kurang kan jadi 20+ gambar sahaja dari 40+ masa pos awal2.

 
- Alhamdulillah -

Tuesday, November 01, 2011

vid HIMPUN dan sebuah kisah

- Bismillah dan Assalamaualaikum -




_________________________________________

Al kisah aku ada la sorang si fulan ini (bukan muslim), yg aku tak suke dia atas pelbagai sebab. Tak suke, tapi takde lah benci. Mcm bila jumpe tu senyum awkward dan tego, 'hei' atau 'hai' atau senyum sahaja. Mmg jarang aku nk bersembang atau menegur. Walaupun sebenarnya aku rasa ada beberapa perkara yg aku rasa ada persamaan antara aku dan dia, sebagai contoh photography dan outdoor activities.

Baru2 ini aku terperasan satu perkara. Status2 die di FB seolah2 menjadi semakin keagamaan (?). Sering aku lihat die letak petikan dari Bible, dan yg aku jadi herannya dalam bahasa melayu. Dan apa yg penting stuktur terjemahan Bible itu seolah2 ayat suci Al-Quran, yg mana aku fikir kalau org yg jarang baca atau lihat terjemahan alQuran, pasti sangka itu ayat alQuran. Dan sangkaan aku tepat sbb setiap kali si fulan ini letak potongan2 terjemahan itu, ada beberapa kawan2 muslim aku like dan komen dgn komen yg positif. Jadi aku cube tanye lah.

"korang like dgn komen2 ni xpe aku rasa, tp korang tahu kan itu ayat dari Bible?"
Dan jangkaan aku tepat, masing2 semacam terkejut.

Yg buat aku pelik, xde pula org melayu yg bukan Islam yg aku kenal di kalangan die (memandangkan yg selalu komen pun, kalau org melayu adalah pelajar medic juga dan Muslim). Jadi apa motof die utk letak potongan Bible dalam bahasa melayu? Untuk disampai kan kepada sesiapa? Atau dia pendakwah Kristian? Bukan nk bersangka buruk (ni kira bersangka buruk ke?), tp kalau die pendakwah kristian yg senyap2, aku rasa die agak bagus, dgn lagak gaya dan caranya.

Dan kalau die bercakap pula, biasa lah kita muslim akan dimulakan atau diakhiri dengan salam. Dan dia juga juga sama, except bukan Salam atau Assalamualaikum, tetapi 'Shalom". Yang membawa maksud sama dgn salam, tapi merukan cara orang Modern Israeli Hebrew atau Jewish/Yahudi.


- Alhamdulillah -

Friday, October 28, 2011

From South Korea with Kimbap ._.

- Bismillah -

Sory sgt lama dah tak update.

Sebulan lepas bb aku di Banting. 3 minggu. Internet kat sana pakai YES (topup broadband) jadi kne jimat. Dan aku sgt busy. Dalam masa 5 minggu ada 4 wedding aku kne ambil gambar. Setiap Wedding sabtu dan ahad. Penat. Dan sibuk untuk siap kan gambar. Bermula dari di Shah Alam, Putrajaya, Penang dan Sungai Buloh. 

Dan juga ada peristiwa yg amat menyedihkan berlaku T_T.
Ambil pengajaran T_T.

So 3 minggu di Banting juga sgt sibuk sbb selain ambil dan kne siapkan gambar, juga kne siapkan preparation untuk ke conference di Korea. Cari sponsor, beli barang, siap kan poster etc.

Sepatutnya 4 minggu posting di hospital Banting. Tapi sbb seminggu last aku dan kawan2 yg akan ke Korea minta cuti. Untuk detail cerita korea aku ada buat satu blog lain. Yeee blog lain lagi -.- ..Aku sendiri dah tak tahu berapa blog dah aku ada. Tapi blog ini aku buat dgn kawan2 yg ke Korea. Tp aku rasa aku akan jd main author la kot sbb blog tu aku yg buat dan aku je so far yg byk tulis dan gambar2 pun sgt byk aku nk letak dari kamera aku yg aku ambil juga. Tapi aku still berharap derang akan tulis juga, sbb lagi menarik bila lagi ramai tulis, dgn cerita masing2 dan pendapat masing2. Sbb semasa di Korea pun, ktrg tak experienced perkara yg sama. Minat aku jauh berbeza dgn 3 org lagi kawan aku itu. Dan ada byk kali juga ktrg keluar asing2. 

Jadi jemput lah melawat blog ini.

 Blog ini aku baru je buat 2 hari lepas. Baru je mula menulis. Gamba ape semua langsung tak upload lagi. Post y dah di published pun mungkin akan di edit lagi. Kire baru sgt lg. Masih diperingkat permulaan. Baru 1%. Ada 99% lagi untuk di update dan masih panjang dan lama lagi untuk siap.

Tujuan utama aku buat blog ini sbb nk letak gambar byk sgt. Sbb ramai org request. Seryes ramai. Dari aku on hp bile sampai kat LCCT je, dah ada org suh up gambar -.- ..Dan aku tak suke FB sbb kualiti gambar sgt rendah dan gambar kecil. Di blog at least aku boleh letak saiz besar.  Dan kualiti mungkin tak sebagus Flickr tp lbh baik dari FB at least. Jadi nk letak pada akaun Blogger sedia ada mmg aku yakin sgt tak cukup kapasiti dah. Jadi jawapan nya buat email baru supaya boleh buat akaun blogger baru untuk buat blog baru. AT least aku ada 1Gb lebih utk letak gambar. 

 oh bye the way, in case korang tak tahu kimbap ape. Ini adalah kimbap.

 Rupa mcm sushi je. Selalu je tgk dalam TV/movie. Tak rasa interesting pun. Tapi masa hari ke 2 di Korea, kawan aku Fakrul (yg belajar di sana) tanya nk try Kimbap tak. Die kata beli sebatang dulu takut xkene dgn selera perut , dan sebatang pun da kenyang. Time tu amik yg vegi je, plus telur. Skali makan ..... Omaigoodddddd terus jatuh cinta ok. Wife-to-be aku sila belajar buat kimbap skrg ok thanx. Kemudian rasa pula tuna. Pun sedap >_<. Dan setakat sebatang seryes tak cukup ok. At least 2 batang baru puas hati makan. Tapi tuna ngan vegi je la yg aku boleh makan kat sana, sbb daging2 lain xhalal.

Kemudian aku cerita kat PakNab (kawan org Malaysia yg bekerja di Korea), die kata yg aku makan tu baru kosong punye. Kalau byk isi lagi mesti aku akan sgt suka. Ok dah termimpi2 dah. Sebenarnya aku pun tatau knp aku suke sgt. Mungkin kombinasi seaweed nasi pulut dan  isi2 dalam tu mmg kena betul dgn lidah aku.

ok knp cerita pasal kimbap pulak nih ._.


- Alhamdulillah.   

Saturday, October 08, 2011

Masalah Belanja Kahwin Mahal


Masalah Belanja Kahwin Mahal
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net 
dowry
Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda ingin tahu 

JAWAPAN
Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.  Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik. 
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :
Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ†َّ Ø£َÙŠْسَرُÙƒُÙ†َّ صَدَاقًا 
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا 

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing. 
2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
 3.  Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara  riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
10 Oktober 2011

____________________________________________________________________________

Thursday, September 29, 2011


- Bismillah -





ok mcm cool jugak la.


Saturday, September 24, 2011

Undilah

- Bismillah -

Rasanya semua boleh agak. Pilihan raya makin dekat. Kerajaan BN pun nampk sgt mula buat baik. Baru2 ini pergi SMK Meru n siap bg peruntukan RM29 juta untuk tambah banggunan etc. Jadi kepada semua rakyat Malaysia, marilah turun mengundi pada pilihan raya akan datang nanti. Yang dah cukup umur tu kalau belum daftar silalah daftar. Jgn duduk diam, jgn jadi dungu. Negara kita tanggungjawab kita.




Maaflah sejak 2 menjak ini hanya byk letak vid. Sgt sibuk sejak selepas raya hari tu. Dan sejak 2 hari lepas pula aku sakit teruk. AKu rasa mcm aku makan culture dish yg penuh dgn colony bacteria. Straight dari semalam 8 kali berak, 6 kali muntah. Kebanyakan masa aku hanya mampu baring atas katil. Nak tidur pun tak boleh sbb sakit perut dan pening kepala. Moga dosa2 hambaMu ini terampun.

Pagi ini sudah smcm sedikit ok. Namun masih rasa loya dan tak sedap badan. Nak keluar sekejap cari yakult. Harap membantu menyingkirkan bakteria jahat. Aku rasa GI motility aku sgt kurang. Makanan yg aku makan smlm (sebungkus roti panjang70sen) sudah buat aku rasa full sampai hari ini. Sedangkan itulah satu2 nya makanan yg aku makan dari 2 hari lepas. yg lain aku hanya minum walaupun rasa full untuk elak dehydration.

Aku ada makan2 besar hari ni di Melaka. Tp sbb tak sehat aku rasa aku tak dapat nk pegi. Nk drive 2 jam tak larat. So terpaksa ganti dgn pegi yg dekat2. Ada 3 open house dan 1 kenduri kawen hari ni. Straight dari tgh hari sampai malam. Walaupun aku rasa aku takkan makan sgt pun. Sgt takde selera. Skdr memenuhi jemputan.


- Alhamdulillah -

Wednesday, September 21, 2011

Tough cow




Lembu2 yg akan kita makan akan datang ._.



Thursday, September 15, 2011

Ini yang dinamakan genius!



Subhanallah 

=]

Tuesday, September 13, 2011

Semula jadi, subahanallah.


- Bismillah -



Ramai tahu buah buahan dan tumbuhan penuh dgn khasiat. Namun pun begitu, adlaah bagus sekiranya kita bersederhana dalam mengambilnya. Apa yg penting adalah keseimbangan dalam makanan kita. Banyak sgt pun walaupun maanan itu baik kadang2 boleh membawa mudharat juga. Islam itu mudah dan sederhana =]

- Alhamdulillah -

Tuesday, September 06, 2011

Sunday, September 04, 2011

Bulan 9

- Bismillah -

Bulan ini aku sgt sgt sgt sgt sibuk.
Dari pelbagai perkara.
Kadang2 rasa sampai takde masa untuk diri sendiri.
Berehat, berfikir, menikmati makanan, mandi.
Nasib baik Obs aku dah byk delivery.
Tapi masih kne oncall utk minggu ini. 
Adoiii.
Esk prof Kulen.
Adoiii.
Kene khatam buku Obs Dumex die lagi sebelum esk.

- Alhamdulillah -

Sunday, August 28, 2011

Eid ul-Fitr

- Bismillah -


Sebenarnya sebelum nk balik kampung ingat nk cerita pasal on call semalam. Tapi tak sempat nampak nye. Tanggu lepas raya la. Kat kampung tade tenet jadi takleh no online.

Gambar di atas merupakan gambar sewaktu oncall obstetric sedang-rehat-seketika-ketika-baru-sahaja-melahirkan-baby-dan-sedang -menjahit-tapi-sebab-sakit-belakang-jadi-duduk-sebentar.

Di kesempat ini juga, sy ingin menyusun 10 jari, memohon kemaafan atas apa jua kesilapan dan kesalahan jika ada, kepada sesiapa sahaja yg membaca tulisan ini. Dan Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

Maaf Zahir dan Batin.


- Alhamdulillah -


Friday, August 26, 2011

Kasut Raya

- Bismillah -

Ini adalah kasut raya aku tahun ini. Kasut yg aku pakai almost setiap hari sejak membelinya 4 tahun lepas.

 Belah kanan paling best. Bahagian tumi dah tembus ke tapak. Jadi kalau jalan atas air mmg basah habis stokin. Dan sbb dah takde support, tumit kaki kanan biasa akan tenggelam dan menyebabkan aku sakit kaki hari2.

 Bahagian sisi dalam kasut belah kanan. Dah gam bape kali dah sampai aku rasa gam tu sendiri dah menghakis kasut. Tapi dah asik koyak je ape boleh buat.

 Bahagian bawah tumit yg tembus.

 Bahagian sisi luar kasut belah kanan. Dah mustahil nak gam lagi. Jahit pun dah tak gune. Sbb da mcm reput tepi tu. Kalau jahit jugak, bile koyak balik jd lagi teruk.

 Bahagian belakang kasut belah kanan.

Bahagian dalam tumit kasut belah kiri. Juga menyebabkan kaki  sakit hari2. Biasa selepas 2 jam dah sgt sakit. kene duduk kejap bukak kasut urut2. Tp purata aku dalam hospital, kelas, lecseksa. ture lebih kurang 7 jam sehari. 5 jam hujung tu biasa da sgt 


Namun sgt berbaloi. Untuk kasut berumur 4 tahun yg digunakan hampir setiap hari, dan setiap kali pakai kebiasaannya 6 jam paling kurang. Kasut ini juga lah aku pakai utk ke mana2, dari pergi jalan. pergi lecture, pergi hospital, pergi kelas, pergi raya, pergi tesco mahupun giant dan sebagainya. Jadi kalau nk kira dalam jam, errmmm labih kurang dah 8520jam kasut ini menjadi peneman kaki aku. Ok sgt touching dgn kasut ini ok. Dan kasut ini akan terus berbakti mungkin sampai lepas raya dan bulan 10. Sbb kne tunggu duit raya baru nk beli kasut lain.

Oh kasut, tinggal lebih kurang sebulan lagi kita bersama ='(
Terima kasih kerana menemani aku selama ini. Susah senang kita telah bersama. Walapun sebenarnye sbb aku tade duit sgt lah ko stuck lama kat kaki aku hagagaga. ok bye.


- Alhamdulillah -

Thursday, August 18, 2011

Setelah 7 bulan mendaftar



huh lambatnye...


Fikir2 - Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan

- Bismillah -

Ramai orang nak khatam,
tapi berapa ramai yg nk faham?


- Alhamdulillah -

Fikir2 - Kenapa orang datang bilik aku

- Bismillah -

1. Print
2. Sembang2
3. Ajak makan
4. Berhajat/Minta tolong
5. Lain2

Tadi baring2 tibe2 aku terfikir, kenapa orang datang bilik aku. Jadi di atas merupakan sebab2 utama mengikut turutan. Tapi print dan sembang2 tu biasa overlap. Kadang2 saje datang sembang2, ternampak printer dan kemudian 'oh baru aku igt ada sesuatu aku nk print'. Tak pun datang nak print tapi duduk sampai berpuluh minit sembang2 padahal print berpuluh saat je.

Ajak makan bulan puasa ni biasa bersahur la. Berbuka biasa lauk ok. Ada la kadang2 kurang menyelerakan tp biasa sahur mmg biasanya tak menyelerakan. Contohnya last week 4 hari berturut2 makan nasi putih dan telur rebus ._.

Ok bukan la tak bersyukur, tapi kita pun ada selera juga kan.

Berhajat atau minta tolong mcm nk mintak tolong hantarkan die kesana sini, xpun pinjam barang atau duit, tak pun ajar sesuatu dan sebagainya.

Lain2 termasuk nk beli emas, saje sbb bosan jadi nak kacau orang dan sebagainya.




- Alhamdulillah -

Sunday, August 14, 2011

something that is better..

Islam is not about ‘we’re better than you’.
Islam is about ‘let me show you something that is better for you’.

 - Nouman Ali Khan-

Wednesday, August 10, 2011

10



39:21 tidakkah Engkau memerhatikan? Bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dialirkanNya menjadi sumber-sumber air di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang bermacam-macam warnanya; kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya menjadi kekuning-kuningan; kemudian ia menjadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.


My printer won't feed paper!!

- Bismillah -


Lebih kurang 2 bulan lepas, aku punye Samsung laser printer SCX-4300 (exactly mcm gambar di atas) tibe2 xnak feed kertas sendiri. Frust jugak la. Aku tak tahu nk buat ape. Dah la bilik aku mmg pusat printing dan photostat. Jadi bile org nk print aku terpaksa masukkan kertas satu2 ikut ruang kecik nipis lebar depan printer tu. Leceh jugak lah lagi2 kalau org print berpuluh2 page. Tapi kene buat jugaklah kalau tak, tak jalan bisness. Kire selama 2 bulan ni dah beratus jugak lah kertas aku terpaksa bubuh satu2. Dan laser printer kn sepatutnya laju dan cepat siap. Satu saat satu paper boleh print. Tapi sbb buat manual, seminit baru mingkin 4 helai je. Jadi mcm customer tunggu lama dan tgk aku masukkan paper satu2. Dan sgt awkward ok. Jadi terpaksa aku mulakan perbualan random dan akan menjawab soalan sama untuk setiap customer yg bertanya apa apa jadi dgn printer aku. Jawapan aku, 'aku pun tak tahu, nnt lah hanta baiki'.

Tapi setelah 2 bulan tak baiki2 juga. So tetibe pagi ni aku rasa nk try google kot2 aku boleh baiki sendiri. Well sbb baru2 ni aku aku bukan sahaja baiki laptop yg ada maslah software, tp hardware. Laptop tu aku dah berani bukak keyboard sampai ke motherboard semua. Ceraikan semua dan cantum balik. Ada sedikit bangga di situ >_<. Kalau tak sblm ni desktop je, tp da laptop skali kire mcm agak advance. Ramai jugak kawan2 aku yg ada masalah PC cari aku. Jadi kadang2 aku tak tahu tp aku try and error jugak dan lama2 aku rasa dah byk jugak aku tahu skrg.

So aku try la bukak printer aku. Ceraikan bahagian bawah tgk ape yg tak kene. Sambil2 usya tenet. Tp 40 minit aku mcm nak give up. Apa yg dicadangkan kat tenet pun takleh pakai. Tetibe terjumpa Yahoo answer ini : http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20081207162300AAK2VJK . Orang ni ada maslah sama, tp die punye bubble jet lah. Dan jawapan yg diberi, katanya rubber yg nk feed paper tu berabuk atau dah kering. Cadangan nya bersih dan lembapkan dengan alcohol. Dan aku pula student medic, brg2 simple seperti plaster, ubat etc termasuk lah alcohol swab mbg byk je aku ada. So aku amik alcohol swab dan lap2. Tunggu jap 2/3 minit dan try.

Tadaaaaaaaaaaaa, boleh feed dah hahahaha. Ok pengajarannya kadang2 sesuatu perkara tu simple je. Yang penting kne cube amik tahu, rajin mencari penyelesaian dan jgn takut untuk mencuba. Tapi nk cuba pun ada limit la, jgn sampai rosak habis semua barang. Aku dah nyaris2 mmg nk hanta repair kedai dah printer nih. Agak2 mesti kne charge  mahal kalau kat kedai. Sbb kita pun kadang2 tak tahu die buat ape exactly. Tahu2 die bg resit kata buat itu ini dan ganti itu ini. Sedangkan penyelesaiannya sgt sgt simple. Kedai komputer dan bengkel kereta mmg mcm ni selalu. Nak jumpe yg jujur sgt susah.

Oh mcm mana aku memulakn bisness printing kat bilik nih panjang cite nye. Next post lah.


- Alhamdulillah -



Sunday, August 07, 2011

Choc Amal Wafa'


- Bismillah -




Jadi semalam (sabtu) aku balik rumah kejap. 6ptg aku pegi hanta iPod dulu ada org minta tlg beli kan, kemudian terus balik rumah, sampai sekitar 645ptg. Usya2 adik-adik yg tgh masak dan mak yg tgh layan fb, kemudian aku pun memulakan tujuan aku pulang ke rumah, iaitu untuk ambil gambar2 coklat.

Untuk gambar2 coklat lain yg ditangkap boleh lihat di blog seperti yg tertera di atas. 

Coklat ini dihasilkan oleh syarikat kakak aku, selepas produk2 nye seperti baju, alat tulis etc. Boss adalah die, pekerjanya adalah sorang je, adik aku yg bernombor 6 yg menganggur dah dekat setahun kat rumah tu. Elok sgt la tu at least die ada keje sket nk buat.

Memula aku tgk coklat tu, aku mcm malas pun nak rasa. Biasa lah homemade coklat biasa mana sedap sgt. Tapi selepas sudah rasa dan sbb selepas ternampak bahan2 mentah yg digunakan adalah yg berkualiti tinggi, aku agak kagum dengan rasa coklat yg boleh tahan sedapnya. Mungkin tak sesedap Cadbury, Tapi jauh lebih sedap dari average homemade coklat yg biasa. Kalau ada carta 1 - 10 utk kesedapan coklat, Cadbury aku beri 8, dan coklat ni aku beri 6.5, average coklat homemade lain yg siap ada rasa susu tepung tu aku bg 2.

oh untuk facebook page, boleh lihat di alamat berikut :

Aku rasa boleh improve lagi rasa. Tp lagi byk kne improve pada rupa paras coklat tu sendiri. Bentuk dan presentation xberapa cantik sgt. Aku yakin akan improve akan datang sbb pembuat nye pun baru je mula. Nasib baik lah juru foto yg mengambil gambar2 coklat tu berpengalaman, jadi nampak la sedap dan menyelerakan >_<.

So jemput2 lah ke blog dan FB Choc Amal Wafa'



- Alhamdulillah -


Saturday, August 06, 2011

I'm hurt

='(


Friday, August 05, 2011

Vico Free

- Bismillah -


so sabtu lepas 30/7/2011, aku dan encik Rahim pergi minum Vico percuma somewhere kat Shah Alam. Lepas zohor. Time panas2 minum VIco sejuk, free pulak tu mmg nikmat. Kemudian die punye kek pun sedap2. AKu lupe nak ambil gambar makanan sbb sibuk sgt makan makanan2 tu. Haha. So lepas tu just ambil gambar random. Boleh lihat gambar2 lain di MusafirduniaPhotography@wordpress.



Pegi kejap je makan2 (yg penting) dan amik gamba sket2. Kemudian lepas tu terus ke Kajang, ke rumah baru abang. Ada doa selamat dan tahlil sket, majlis family2 lah. Yg ni cerita lain.


- Alhamdulillah -