.

Friday, November 25, 2011

Paeds


- Bismillah -


Gambar yg sgt familiar yg menyentuh hati?


Dan kisah hidupnya.



_______________________________________

Memandang kan aku sedang posting paeds skrg, aku nak ceritakan satu kisah seorang bayi yg skrg berumur 1 tahun 5 bulan.

Dia dilahirkan preterm, maksudnya tak cukup bulan. Jadi dia memerlukan artificial surfactant untuk paru2 nya berfungsi dengan betul. Tapi malangnya, ibunya hanya seorang cleaner dan bapanya pekerja kontraktor yg kadang ada kerja, kadang tiada. Hidup pun hanya sewa sebuah bilik sahaja. Mempunya 3 orang anak dan bayi ini adalah anak ketiga. Kerana tidak mampu, bayi ini tidak menerima surfactant, mengakibatkan dia memperolehi penyakit paru2 yang kronik dan memerlukan bantuan pernafasan dalam suatu jangka masa yg lama. Dan disebabkan bayi ini sudah ada masalah paru2 yg teruk, dia perlukan pula alat bantuan pernafasan kalau dia ingin dibawa keluar dari hospital.

Tapi ibubapanya tidak mampu menyebabkan bayi ini duduk dihopital sejak lahir hinggalah skrg, berumur 1 tahun 5 bulan. Ibunya hanya melawatnya pada hujung minggu dan bapanya hanya pernah melawat 2 kali, sekali ketika lahir dan sekali sewaktu dia dimasukkan ke ICU pada umur lbh kurang 3 bulan. Dengan kata lain bayi ini hampir sepanjang hidupnya tidak mempunyai belaian kasih syang dari ibubapa. Nasib baik staff nurse di ward yg baik hati selalu menjaga dan membantu mana yg boleh. Ada yg beri pakaian, makanan dan mainan. Ntah apalah nasib bayi ini di masa akan datang.

Sudahkah kita bersyukur untuk hari ini?


- Alhamdulillah -

No comments: