.

Wednesday, August 10, 2011

My printer won't feed paper!!

- Bismillah -


Lebih kurang 2 bulan lepas, aku punye Samsung laser printer SCX-4300 (exactly mcm gambar di atas) tibe2 xnak feed kertas sendiri. Frust jugak la. Aku tak tahu nk buat ape. Dah la bilik aku mmg pusat printing dan photostat. Jadi bile org nk print aku terpaksa masukkan kertas satu2 ikut ruang kecik nipis lebar depan printer tu. Leceh jugak lah lagi2 kalau org print berpuluh2 page. Tapi kene buat jugaklah kalau tak, tak jalan bisness. Kire selama 2 bulan ni dah beratus jugak lah kertas aku terpaksa bubuh satu2. Dan laser printer kn sepatutnya laju dan cepat siap. Satu saat satu paper boleh print. Tapi sbb buat manual, seminit baru mingkin 4 helai je. Jadi mcm customer tunggu lama dan tgk aku masukkan paper satu2. Dan sgt awkward ok. Jadi terpaksa aku mulakan perbualan random dan akan menjawab soalan sama untuk setiap customer yg bertanya apa apa jadi dgn printer aku. Jawapan aku, 'aku pun tak tahu, nnt lah hanta baiki'.

Tapi setelah 2 bulan tak baiki2 juga. So tetibe pagi ni aku rasa nk try google kot2 aku boleh baiki sendiri. Well sbb baru2 ni aku aku bukan sahaja baiki laptop yg ada maslah software, tp hardware. Laptop tu aku dah berani bukak keyboard sampai ke motherboard semua. Ceraikan semua dan cantum balik. Ada sedikit bangga di situ >_<. Kalau tak sblm ni desktop je, tp da laptop skali kire mcm agak advance. Ramai jugak kawan2 aku yg ada masalah PC cari aku. Jadi kadang2 aku tak tahu tp aku try and error jugak dan lama2 aku rasa dah byk jugak aku tahu skrg.

So aku try la bukak printer aku. Ceraikan bahagian bawah tgk ape yg tak kene. Sambil2 usya tenet. Tp 40 minit aku mcm nak give up. Apa yg dicadangkan kat tenet pun takleh pakai. Tetibe terjumpa Yahoo answer ini : http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20081207162300AAK2VJK . Orang ni ada maslah sama, tp die punye bubble jet lah. Dan jawapan yg diberi, katanya rubber yg nk feed paper tu berabuk atau dah kering. Cadangan nya bersih dan lembapkan dengan alcohol. Dan aku pula student medic, brg2 simple seperti plaster, ubat etc termasuk lah alcohol swab mbg byk je aku ada. So aku amik alcohol swab dan lap2. Tunggu jap 2/3 minit dan try.

Tadaaaaaaaaaaaa, boleh feed dah hahahaha. Ok pengajarannya kadang2 sesuatu perkara tu simple je. Yang penting kne cube amik tahu, rajin mencari penyelesaian dan jgn takut untuk mencuba. Tapi nk cuba pun ada limit la, jgn sampai rosak habis semua barang. Aku dah nyaris2 mmg nk hanta repair kedai dah printer nih. Agak2 mesti kne charge  mahal kalau kat kedai. Sbb kita pun kadang2 tak tahu die buat ape exactly. Tahu2 die bg resit kata buat itu ini dan ganti itu ini. Sedangkan penyelesaiannya sgt sgt simple. Kedai komputer dan bengkel kereta mmg mcm ni selalu. Nak jumpe yg jujur sgt susah.

Oh mcm mana aku memulakn bisness printing kat bilik nih panjang cite nye. Next post lah.


- Alhamdulillah -



No comments: