.

Sunday, October 31, 2010

Unplugged


Epi 24


A documentary about the comings of the Antichrist / Dajjal, Imam Mahdi, and the second coming of Jesus (Nabi Isa). A very powerful and unprecedented documentary with Bahasa Melayu subtitles. All credits due to Noreagaaa and Achernahr.


Mungkin ramai yg dah tahu mengenai siri The Arrival. Setelah membuat sedikit pembacaan, sebenarnya ada byk teori dan konspirasi yg wujud. Ada yg menyokong dan ada yg menolak sekeras2 nya. Malah ada yg memanggil Noreagaaa (org yg buat siri itu) sebagai penipu besar. Namun aa pula yg mengatakan hanya 85% sahaja yg boleh dipercayai. Wallahua'lam. Makin aku mencari, makin aku rasa tak tahu. namun apa yg aku dapat tahu, kebanyakan kajian mengenai Dajjal dan puak yg menyembah iblis ini, adalah dilakukan oleh orang barat sendiri.

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html

http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman

Manusia bila mereka tidak menyibukkan diri dalam perkara2/agenda2 besar, mereka akan menyibukkan diri dalam perkara yg kecil dan remeh temeh.

Saturday, October 30, 2010

Qalas Qalas Kek Lapis


Sepanjang 3 hari, eh 4 hari dari semalam ke Isnin, kolej aku mcm tgh ada cultural week. Tema tahun ini adalah serawak. Aku td masa nk ke DM untuk makan, berselisih ngan membe2 yg masing2 pegang kek Lapis serawak yg nampak sungguh lazattt *O* (gelap mata), (sambil tangan amik setiap jenis kata nk rasa)

Pastu pegi DM tgk laaaagiiii ada byk jenisssssss *O* (rasa lagi). So aku usya2 la kampeni yg jual tuh, baru tahu kewujudan kampeni sebegini.

 * gelap mata *

Pastu mcm boleh tempah kecik2 mcm nih, sangat kiut boleh buat mcm doorgift masa kenduri kawen *O*

Ini alamat kedainya
NO.16 G
JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL
JALAN REKO, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

untuk maklumat lanjut mengenai setiap jenis Kek Lapis, usya album fb derang nih

*O*
*O*
*O*
*O*
*O*

Friday, October 29, 2010

yeaa~ ( ^^, )

- Bismillah -

Alhamdulillah. Siap juga meng edit lbh kurang 1000 gambar. Ada orang tanye, apa yg aku edit? biasa nye selepas ambil gambar, aku akan go tru tgk gamba mana yg nk disimpan untuk di oleh nnt, dan mana yg xlawa utk di delete je. Biasa yg xlawa ni yg compo pelik sgt, over/under exposed sgt, yg mmg ntah pape, blur (salah focus) etc. Kemudian aku kene bukak satu2 gambar dalam photoshop, sbb nye kali ini aku dan Encik Rahim ambil almost semua gambar dalam RAW. jadi nk tanak kne bukak satu2. Lagi2 gambar Encik Rahim, selalu exposure lari. Tapi dengan RAW boleh betulkan exposure tampa merosakkan kualiti gambar. Sbb majlis kahwin contohnya sekali je seumur hidup, maka adalah rugi jika gambar detik2 di majlis itu rosak/cacat atau xlawa atau xde. Dengan ambil gambar dalam RAW, risiko gamba cacat kurang sbb boleh edit gile2 jugaklah.

Bila masuk photoshop, simple sahaja editing aku buat untuk kebanyakan gambar. Biasa main levels and curves. kadang2 tambah tone. Maksudnye tambah cerah/gelap, naikkan/kurangkan warna. Namun kebiasaannya untuk gambar portrait kene buat mcm2 sikit. Aku pun tak tahu nk ckp buat ape exactly, bile tgk gambar baru tahu biasa nk buat ape. Kadang2 mmg tak tahu langsung, just rasa gambar tak kene jd kne buat sth. Jadi cuba2 je lah.
Bawah ini 2 satu contoh ape yg aku buat. 

Bila ambil gambar close up, maka akan nampak segala macam yg ada kat kulit tu.

 Sebelum

 Selepas. jadi kene lah buang, xkesah parut atau jerawat atau black head etc. Kebiasaanya dibuat pada wajah perempuan. Lelaki mcm kulit licin bersih sgt tak macho la kan? Lelaki biasa kene nampak kasar dan harsh sikit, perempuan pula perlu lembut dan licin. Kebiasaannye lah yg aku tgk org buat. Tapi terpulang kepada orang yg meng-editlah.


bawah ini pula adalah gambar kaki bayi
 Sebelum

 Selepas 1

Selepas 2. Bayi biasa dikaitkkan dengan kelembutan. Jadi aku cuba sebaik mungkin untuk menjadikan gambar nampak lembut. Kemudian tambah sedikit tone, samada pink-keorenan-dan-kuningan atau biru-keunguan.

Tones seperti yg aku pernah tulis sebelum ini, mudah nk buat. Tapi nak hasilkan yg betul2 sedap mata memandang adalah sgt sukar dan mengambil byk masa dan kene cuba2.

Editing nampak mcm susah, tapi mcm aku dah biasa buat, kalau setakat main level/curves/hue-saturation, kadang2 tak sampai 10 saat pun. Kalau yg kompleks sikit amik masa beberapa minit, tp kebiasaannya kurang 5 minit.

Selepas aku dah buat semua ini, dari ambil gambar, pilih2 dan editing, baru aku faham kenapa upah ambil gambar adalah kerja beratus ringgit, bile dah pro akan jadi beribu. Kerha mengambil gambar bukan sekadar mengambil gambar, dan sgt memenatkan kadang2. Mcm Saiful Nang tak silap aku paling murah adalah RM7200 untuk satu majlis perkahwinan. Cume aku kadang2 xpaham, bila seseorang photographer terlalu mengikut harga2 semasa, sebagai contoh sekadar shoot and burn sahaja, dah RM500. Mmg lah harga itu standard, tapi kalau amik gamba pun tah pape, aku pun tak paham mcm mana ada customer boleh hire derang (ini adalah statement umum, tak merujuk kepada sesiapa).

Oh pastu aku  slalu terbaca pasal mende nih (kat forum mana2 web of fb) pasal derang bengang ngan kemunculan photographer baru yg kene kan bayaran terlalu murah. Aku personally langsung tak kesah kalau org nk charge murah gile. Sampai photographer2 lain bising derang tak cari makan. Aku rasa kualiti gambar itu speaks by it self lah. Kalau customer tu amik yg murah2, biasa gamba biasa2 je, kadang2 bukan biasa, average org yg tak tahu pape pasal photographer pun amik lagi lawa. Sbb ape, sbb orang yg xtahu gune dslr dan amik gamba pakai dslr (except pakai mode auto lah), biasanya gambar derang akan jd lebih buruk, dari org yg pakai compact (sbb compact kebiasaannya auto). kalau aku dan Rahim, kami mengikut peralatan dan skill yg kami ada, masa mula2 dulu sgt kurang segalanya, jadi adalah sgt murah. Ikut standard seniri la kan. Namun skrg kami naikkan berdasarkan kualiti gambar yg kami hasilkan. Dan aku rasa semua photographer sepatutnya begitu. Kadang2 kesian tgk customer yg xtahu pape pasal photography, dan mcm kene con je.  


- Alhamdulillah -

Thursday, October 28, 2010

Deepavali


Antara 

Gunung Tebu 
vs

Bukit Tabur, Taman Melawati dan Ampang Pecah.




Pilihan yg sgt sukar


Date Line : Malam ini


Berterusan bukak satu2 RAW file dan retouch gambar adalah satu perkerjaan yang memenatkan. Ini da masuk hari ke 3 aku bertungkus lumus siapkan gambar wedding pada 101010 hari tuh. Last week adalah exam jd mmg aku buat sket2 je, mcm sehari 10 gambar, buat ptg2  je pun sementara tunggu dinner. Total gambar mencecah 1000 yg perlu disiapkan. Dan hari ni dah 80% siap. Fuh. Sikit lagi. Aku mesti siapkan hari ini juga. Sepatutnya seminggu aje. Tapi ni da 3 minggu sbb exam hari tu. Mmg tak boleh bertangguh. Nnt customer bising =p
Ok sambung edit gamba..

sambung..

Zzzz..

Kroohh krohhh..


Monday, October 25, 2010

Hamster

- Bismillah -

Al kisah aku kadang2 bce jugak random blog yg sape aku pun tak kenal owner die. Tapi yg sorang ni aku slalu bace sbb politik lah, dan die juga menjual arnab dan barang2 untik binatang peliharaan yg lain termasuk makanan. Jadi satu hari die post pasal bengang ngan satu orang pompuan ni, da order n da confirm nk beli sangkar (dan skali barang2 dalam die) dan makanan dan serbuk kayu (chipsi). Die tunjuk la gambar barang2 tu. Tapi last minute die tak jadi beli. Sedangkan owner blog tu da amik dari kedai (die tak simpan stick, org nak baru die beli/amik dari pembekal). Paling aku terkejut harga semua RM39 je.

Al kisah kat kolej aku nih ada la ramai jugak pembela hamster, kepalanya si Qayyum. Die bela Hamster dulu mula2 lepas clash ngan makwe die -.-' . Lepas tu total ada la dekat 4-5 orang. So aku mcm terpengaruh dan slalu la jugak menziarahi hamster2 derang nih. Hamster ni pulak jenis beranak laju dan laju membesar. Jadi tayah beli. Dari sorang, pass anak die ke sorang lagi. Sbb itu boleh byk gamster. Dan paling penting sgt senang nk jaga. Bagi makan dalam seminggu atau 2 minggu skali pun tape. Bersihkan sangkar n tuka serbuk kayu sebulan atau sebulan lebih skali. kalau malas sgt 2 bulan tade hal. Pastu tayah mandi. Pastu tanye2 harga biasa dalam RM60 - RM100 utk starter beli sangkar n barang2 sume, tak termasuk hamster nye lah. Qayyum kata die ada membe yg jual so boleh dapat murah la. Usya pethouse dalam RM150+. Mahal jugak. Oh dan aku ada habit suke usya pet house kalau aku jumpa. Aku pun tatau ape aku tgk dan tak pernah ada niat pun nk beli, tapi suke usya. Just usya.

Tapi setahun lepas tu, da makin kurang dan skrg mcm da tade kot? Ke ada tp aku tak tahu tatau la. Ada junior2 ke yg bela. Sume dah tinggal kat umah je malas jaga kat sini. Yg ada skrg adlah kucing. Kucing lawa la, bulu panjang dan sgt manja selalu dibelai2. Kucing paling fames adlah milik Imran. Dan aku sgt tak tahan masuk bilik die. Mmg bau kucing habis lah. Dengan tempat tidur dan makan minum kucing sume ada dalam tu. Pasir berak pun ada kot x silap aku. Aku pun tatau cane die boleh tahan hidup kat bilik tu tido sume.

Nway jadi sbb harga die RM39, so aku terus pm fb die, kata nk angkat. Dan tadi die siap datang UM. Wah sgt seronok. Dan murah, siap free delivery lagi. Td sembang2 sket die kate mmg die slalu buat keje mcm tu. Mmg busy hari2 hantar barang. Mmg jual hanta skali. Pastu die kata sangkar je harga RM26, kalau besar lg RM46. Aku rasa ni pun da besa jugak kot yg aku beli nih. Tade la besa mana tp mcm ok la. Siap ada alat main roda pusing2, tempat minum dan makan dan rumah lagi. Kire so far yg aku penah usya dan tanye, ini adalah sgt murah. Sape2 nk beli barang2 utk binatang ternakan aku sgt rakemen beli kat mamat nih. Cara kerja die sgt bagus, on time, berkualiti dan murah. Dan binatang yg dia ada jual adalah arnab sahaja. Tapi kalau barang2 untuk binatang ternakan lain ada, termasuk makanan. Tapi kne confirmkan la dulu tanye.

Jd td lepas kelas aku usya2 la tenet jenis2 hamster. Ada 5 jenis semuanya yg biasa org bela.
  • Syrian hamster
  • Chinese hamster
  • Dwarf Campbell Russian Hamster
  • Dwarf Winter White Russian Hamster
  • Roborovski Hamster
Akupun tatau nk beli mana lagi. Adam (juga pembela Hamster) rakemen Roborovski sbb katanye kiut. Ada yg rakemen Syirian sbb paling senag nk jaga dan jenis tak gigit orang. tatau la. Kos sekor hamster yg aku slalu usya kedai antara RM10 -RM25. Tapi kalau korang ada kawan2 yg da bela, tunggu je kejap, beranak la tuh. Mintak la satu ke mule2. Sbb Hamster mmg laju je beranak. Jadi owner asal pun ada byk2 pun tak larat nk jaga. 
Oh yg aku beli sume 3 barang termasuk makanan gambar nya ada kat atas tu. Aku print screen dari owner blog yg aku beli tu. Aku pun konfius2 nk bela ke tak senanye. Mcm tetibe je aku dah beli -.-' . Tgk lah kalau aku malas bela nnt aku bg adik aku kat umah jaga lah. Kalau die malas suh bibik haha.


- Alhamdulillah -

MDP

- Bismillah -

aku dah tukar address blog gambar aku dari 
http://5-eyes.blogspot.com/
ke


Dan untuk gambar2 si baby bunga Iffah yg lain, yg aku tangkap semalam pun aku dah letak di situ. Aku rasa selepas ini mungkin byk gambar job yg aku ambil mmg aku letak semua di situ. Di sini mungkin sekeping sahaja sbb nk jimat space. Sbb baru2 ini aku punya PicasaWeb sudah hampir penuh. Macam tinggal 100mb sahaja lg. Untuk pengetahuan yg tidak tahu, bilamana kita membuat akaun blogspot, dan apa2 blog yg kita buat dibawah akaun tersebut, semua gamba2 yg diupload (dari mana2 blog dibawah akaun sama) akan disimpan di Picasa nih. Dan total space diberi adalah 1Gb sahaja. Nak lebih mcm biasa, kne bayar. Jadi aku igt aku mahu delete gambar2 lama dalam entry2 lama blog ini. Demi entry2 baru yg bergambar. Dan aku juga sekarang mengecilkan saiz gambar sebelum di upload, kalau tak mmg lagi cepat penuh.

Kalau sebelum ini blog photography mmg aku buat di bawah akaun sama, senang. Tapi sbb da nk penuh, maka aku buat akaun baru, maka dapat la 1Gb baru. Dan aku boleh la delete gamba2 di blog lama itu untuk jimat space. Dan walaupun nampak gambar yg aku upload adalah besar, sebenarnya aku dah resize supaya bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya antara 200 - 500 kb sahaja. Terimakasih kepada Adobe Photoshop Lightroom. Dengan satu klik sahaja, aku dapat resize semua gambar, juga letak watermark sekali gus. 

Dan gambar lain juga aku letak di Fan Page Facebook Musafirdunia Photography (Lihat di sebelah kanan blog ini dan sudi2 lah like ehehe). Buat masa ini aku rasa Facebook xde limit berapa total gambar boleh letak. Cuma 1 album tidak lebih 200 gambar. Dan gambar yg besar akan automatic di resize oleh facebook. Kalau tidak resize, upload akan amik masa sedikit jika dah resize awal2.


- Alhamdulillah -

Sunday, October 24, 2010

Bunga yang Suci

- Bismillah -


Naurah-Al-'Iffah
Yg membawa maksud Bunga yg Suci. Ciss adik aku tipu kata Kelopak bunga yg Segar. Patut awkward bunyi. Ini adalah baby baru kakak aku yg pertama (adik beradik ke 2), dan ini adalah anak ke 3 nya . Aku nak panggil die si baby bunga suci boleh tak? Atau pun Si bunga je la mcm pendek sket. Si suci adalah berbunyi sgt pelik. Hari tu masa raya dah mula konfius2 nama dekat2, fiefa ngan fifah, Ni iffah/iffa pulak. Karang da besa panggil sorang tiga2 menyahut. Pk2 balik waahh hebat juga mak aku, umur 52 dah 6 cucu, eh 7 insyaAllah satu lagi ondway. Nenek aku pula di 70+ dah berbelas cicit. Memang meriah. Ini adalah salah satu kelebihan kawen awal, boleh dapat cucu/cicit awal. Kalau panjang umur insyaAllah boleh tgk anak kepada cicit (apa istilahnye eh?)

Gambar ini aku ambil td. Noise mcm tinngi sket biasalah sbb indoor. dan aku lupe nk amik dalam RAW. Tapi byk lagi gambar aku amik td, daam 40+. Tapi baby tgh tido so posing sama je. Cume main angle je lah.



Oh ini salah satu gambar contoh aku ambil Sabtu lepas nk tunjuk kat student aku apa itu micro photography. Oh yeee aku skrg sudah mengajar photography. Aku datang ke rumah orang ala2 home tuition lah dan mengenakan bayaran mengikut jam. Aku rasa yg termurah boleh korang jumpe memandangkan aku sgt baik ^^, . Sekali pegi biasa sejam atau 2 jam aku ajar. Kalau outing mungkin lama sket kot.


Oh ada orang minta tolong aku untuk buat kan kerja rumah nye. Edit gambar. Die amik kelas photography secara formal di universiti. Tugasan adalah edit bg lawa? Dan buat masa ini, ini lah setakat yg aku mampu dan ada idea.

 Dah edit

Gambar ori


Tetapi terima kasih sbb aku tersecara tak belajar ter-discover mcm mana nk menaikkan langit lebih biru =D



- Alhamdulillah -

Balanjawan 2011






Tayar oh Tayar


- Bismillah -


Biasalah bila dah ada kete sendiri, nak jaga kete dengan duit seniri, hidup pun duit seniri, akan banyak perkara kene pikir, ambil perhatian kepada sesetengah perkara. Antara perkara baru yg aku terpikir adalah mengenai tayar kereta. Entah kenapa aku merasakan aku patut menukar tayar kereta ku. Rasa tayar lama yg sedia pakai dah tak elok2. Mula2 aku tanye2 la membe pasal tayar. Nak tahu jugak mcm mana pendapat mereka. Tayar elok lagi ke tak. Macam mana nk tahu da kene tuka. Harga pulak berapa. Yelah kite pun bukan anak orang kaya. Boleh tuka senang2 je kalau nk tuka, tak pun ada driver/pekerja boleh jagakan kete kita, kurang2 pun parents kita nk jaga tgk n baiki atau tukar tayar bila perlu, kalau jadi pape pun bukan duit kita. Dan kita pulak cume drive je kete tak tahu pape pasal kete, sampai nk pam tayar pun tak reti. wat dee...

 Jadi kene rajin sikit lah amik tahu byk perkara utk memudahkan kerja dan mengurangkan beban pada masa akan datang. Yelah bila da rosak lg byk duit kene keluarkan kan.

Terimakasih encik Google. Maka aku kini dah tahu sedikit mengenai tayar.









 Antara perkara penting yg kene tahu, adalah jenis tayar. Tgk gambar atas tu, tgk pada 'width, Aspect Ratio, Rim diameter'.  Tayar aku adalah 15570R12.






Seterusnya ialah tarikh bila tayar itu dibuat. Mcm gambar atas nih, nampak tak nombor 3005? 2 nombor awal adalah minggu keberapa tayar itu dibuat, dan 2 normbor kedua adalah tahun tayar itu dibuat. Sebagai contoh, tayar diatas dibuat pada minggu ke 30 pada tahun 2005.

Maka berbekalkan ilmu yg sedikit ini, aku pun keluar lepas breakfast pagi tadi pegi tenung tayar kereta sendiri dan juga usya kereta adik, mak, kakak dan abg untuk membuat perbandingan dan lebih paham. Tayar berjenama lain, susunan tulisan pada tayar juga adalah lain.

Tayar aku dari tahun 2006 punye. Sudah hampir 4 tahun. Secara kasar, tayar baru boleh bertahan 2 hingga 3 tahun, namun bergantung juga kepada cara dan kekerapan penggunaan anda. Kalau mcm Encik Rahim Khalis setahun skali kene tuka kot, atau mungkin 6 bulan sekali. Kalau aku yg mmg kereta biasa terperuk je kat kolej, seminggu 3/4 kalo je kua, tu pun dekat2, bawak pun berhemah je, mungkin boleh 3 tahun atau lebih? Akupun tak pasti sgt senanye. Sbb walaupun tidak digunakan, tayar akan mengeras. Dengan kata lain, dah tak flexible dan lebih mudah pecah. Antara tanda2 lain kne tukar adalah bila tayar sudah makin botak, bunga2 sudah hilang, bengkak pada tayar, dan bila ada semacam rekahan pada tayar. Rekahan itu menunjukkan tayar sudah mengeras.

Antara lain mungkin perkara extra kene tahu adalah jenis bunga, jenama, rim dan tayar over2 yg mestinya sesiapa yg sgt minat kereta mesti lah tahu. Aku xdelah minat sgt, skdr ambil tahulah. General knowledge kan.

Jadi kesimpulannya aku mmg kne tukar tayar. Sebelum tukar mcm biasa cek harga pasaran tayar di internet. Byk je. Kalau tak mmg sah2 kne kelentong. Teringat pesanan seorang pakcik di Hulu Langat, Kalau bukan menipu, bukan cha-ya-nun-alif lah tu. Seryes, baik mcm mana tu, mmg itulah jenis mereka. Bukan bersangka buruk, tetapi berhati2. Tapi kalau muslim tu insyaAllah baik2 belaka lah.



- Alhamdulillah -

Wednesday, October 20, 2010

Tones

 - Bismillah -


 Tgk ni kalau ada ilmu, senang2 boleh buat side income.


untuk maklumat lanjut

nway, sape yg minat photography mmg xlari dari dengar lagi satu nama besar ni, CHOT. Korang google je 'chot' atau nama femes lagi 'chot touch'. Nama betul die aku tatau lah. Die adalah pengasas street candid Malaysia. Orang yg mula2 menjadikan tempat awam sebagai tempat menarik mengambil gambar, menangkap gambar random dan telatah aksi manusia (aku minat candid tp street candid aku xminat sgt nway). Dan kelebihan chot yg aku nampak adalah pada tones nya, dan skill portrait beliau (aku xminat sgt portrait, kecuali baby atau budak kecik, tp still kne buat org dewasa punye utk wedding), selain dari street candid dan still life yg jugak boleh tahan.

Cerita mengenai tones, mmg die akan buat gamba lebih 'emo' atau ada mood. Aku nampak orang yg tak minat photgraphy tak nmpk sgt kot apa yg dimaksudkan dengan mood. Dan tone kene pandai letak sesuai dengan gambar. Dan nk buat tones pun perlukan anda belajar photoshop. Tapi mcm terkejut bile mcm ramai beli tones yg chot jual. Mula2 mmg aku kagum, tapi dengan minat dan usaha, aku rasa aku dah hampir boleh tiru kebanyakan tones yg orang buat. Malah aku buat tones sendiri pun boleh. Nak habis beratus dan beribu beli tones? Baik aku beli lense baru, xpun beli dinar ke, boleh jugak buat hantaran nanti ye tak. Dan setelah dekat 10 bulan aku main dengan photoshop, ketahuilah sesungguhnya tak susah langsung nk buat tones. Aku boleh ajar. Yg penting ada perlu tahu basics, dan kemudian dengan minat yg tinggi dan suke try test, mcm2 tones boleh dihasilkan.. Tapi ada beberapa tones chot yg aku tgk mmg sgt unik la, susah nk tiru.



- Alhamdulillah -

Dinar 20102010



Tgk abg amin pun dah jd agen jual Dinar. Tapi Dinar muslim la. Harga mengikut harga pasaran di http://www.nubex.com.my


 

Dan paling penting skrg derang mcm tgh buat promosi. Harga rendah. RM590+ xsilap.

Harga utk Dinar Kelantan pada waktu aku tulis ini

1/2 Dinar :: RM 315.5
1 Dinar :: RM 631
2 Dinar :: RM 1 262
5 Dinar :: RM 3155
8 Dinar :: RM 5 048

1 Dirham :: RM 16
2 Dirham :: RM 32
5 Dirham :: RM 80
10 Dirham :: RM 160
20 Dirham :: RM 320
 
Untuk public Dinar lagi tayah cite, lagi mahal dari Dinar Kelantan. Dan kne ada certificate -.-'

Tuesday, October 19, 2010

Outdoor 2

Selepas post entry sblm ini, 2 saat selepas itu aku terus buka photoshop balik. Aku rasa cahaya dari atas tu sgt annoying. Jadi tutup kan sahaja. Ok lah utk org baru cube2 selama setengah jam. Ok kene sambung stadi.


outdoor

- Bismillah -


ini adalah percubaan gaya gambar seorang photographer professional yg sedang naik. Sgt susah utk ditiru. Ini yg terbaik boleh aku buat utk masa ini. Byk lagi kena belajar.


 

Ini pula adalah gambar asal


- Alhamdulillah -

Monday, October 18, 2010

Proton INSPIRA



MDD

- Bismillah -

Memenuhi request untuk http://musaf-dd.blogspot.com/


Opick -Opick - Ya Rahma [2007]
 http://rapidshare.com/files/425613692/Opick_-Opick_-_Ya_Rahma__2007_.rar
 Opick - Cahaya Hati [2008]
http://rapidshare.com/files/425612190/Opick_-_Cahaya_Hati__2008_.rar 
Opick - Di Bawah LangitMu [2009]
 http://rapidshare.com/files/425612909/Opick_-_Di_Bawah_LangitMu__2009_.rar
Opick - Shollu Ala Muhammad [2010] 
 http://rapidshare.com/files/425613539/Opick_-_Shollu_Ala_Muhammad__2010_.rar


Lagu dalam album opick 2010 adalah best. Majoriti lagunya berentak tenang dan lembut. Aku suka dengar ketika tengah stadi. Recommended untuk yg meminati Nasyeed. Oh dan aku upload juga Al-Quran bacaan dari Imam-imam berlainan yg aku dapat kumpul.
Shiekh Ahmad Al-Agamy - COMPLETE
ALL JUZ - 352MB
 http://rapidshare.com/files/425723455/Shiekh_Ahmad_Al-Agamy.rar
 
Shiekh Mishary Rashed 1 - COMPLETE
(tidak perlu download semua untuk extract file)
001 AL-FATIHAH - 027 AL-NAML (part 1) - 375MB
 http://rapidshare.com/files/425767583/Shiekh_Mishary_Rashed_1.rar
028 Al-QASHASH - 114 AN-NAAS (part 2) - 221MB

 http://rapidshare.com/files/425766890/Shiekh_Mishary_Rashed_2.rar

Sheikh Muhammad Ayub M Yusuf 1 - COMPLETE
(tidak perlu download semua untuk extract file)
001 AL-FATIHAH - 027 AL-NAML (part 1) - 432MB
 http://rapidshare.com/files/425724095/Sheikh_Muhammad_Ayub_M_Yusuf_1.rar
028 Al-QASHASH - 114 AN-NAAS (part 2) - 247MB
http://rapidshare.com/files/425723392/Sheikh_Muhammad_Ayub_M_Yusuf_2.rar

Shiekh Abdul Baset Abdul Samad 1 - COMPLETE
(tidak perlu download semua untuk extract file)

001 AL-FATIHAH - 027 AL-NAML (part 1) - 493MB
 http://rapidshare.com/files/425762543/Shiekh_Abdul_Baset_Abdul_Samad_1.rar
028 Al-QASHASH - 114 AN-NAAS (part 2) - 288MB 
http://rapidshare.com/files/425761149/Shiekh_Abdul_Baset_Abdul_Samad_2.rar
Bawah ini adalah file dan jumlah download terbanyak mengikut susunan setakat ini.

Album Zain Bhikha - 1415 The Beginning berada pada kedudukan pada paling atas dengan jumlah download paling byk iaitu 50 kali, di ikuti album Maher Zain - Thank You Allah dengan jumlah download sebanyak 47 kali.
Ini pula adalah maklumat ringkas mengenai akaun Rapid Share (RS) aku, yg aku kongsi sebenarnya dengan beberapa orang kawan, sbb sgt lebih jimat. Jumlah file yg aku boleh simpan adalah 50Gb, dan buat masa ini aku baru menggunakan 3.23Gb sahaja. Dan file2 ini akan kekal sampai bile2 (sampai hari kiamat?), selagi tidak lebih jumlah yg aku boleh simpan. Kalau lebih die akan delete dalam tempoh 30 hari kot. Aku pun xtahu nk upload apa dah yg orang suka download. Kadang2 aku menggunakan juga RS utk hanta file yg size besar kepada rakan2. Sebagai contoh menghantar gambar berjumlah 1Gb, jadi aku upload sahaja di sini, dan bg link download kat die tru email/ym/fb dan die boleh dwld bile2 die nak. Bile die da dwld aku delete balik file tu. Kadang2 aku upload sbb nak simpan file, sbb harddisk dah penuh. 

Maximum file boleh upload adalah 500Mb. Dengan kata lain jika aku nk upload 1Gb file, aku perlu pecahkan file tersebut kepada 2. Untuk yg tiada akaun RS pro, aku tahu adalah kadang2 leceh nk download sbb between 2 download, kene tunggu agak lama. Tapi ape boleh buat, cume RS je aku ada.


-Alhamdulillah -

Sunday, October 17, 2010

AYA awards


Ini adalah orang pertama yg memberi aku inspirasi dan semangat utk berkarya. Dan sehingga kini masih menjadi sumber inspirasi aku dalam bidang nya.



Baru2 ini dia terpilih dalam finalist utk AYA award. Klik link di atas untuk maklumat lanjut dan jika anda juga ingin mengundi. Aku bangga sebagai seorang photographer dan sebagai seorang Muslim.

Saiful Nang


Utusan u m n o


Aku baru terperasan ada bendera UMNO kat logo utusan tuh. 
So mmg Utusan dah mengaku dimiliki/bersetongkol UMNO lah

poor Utusan


Saturday, October 16, 2010

Sabtu

- Bismillah -

Berehat sebentar.
*huarrghhhhhh!!!!*
(menggeliat)


Sebelum


Selepas


Aku photographer, bukan photoshopographer. Jadi aku masih mementingkan shoot more and edit less. Tapi bukan lah maksudnye xboleh nk edit langsung. Editing kadang2 perlu dilakukan untuk menghasilkan gambar yg lebih menarik. Namun cara mengambil gambar yg betul dan best lebih penting dan diutamakan, barulah bile nk edit sket2 pun makin best. Apa2pun aku lebih mementing kan composition gambar, baru lah nk edit atau main tone ke ape. Kalau compo dah xbest, biasa aku delete je gambar itu.


 Sebelum


 Selepas


ok. utk gamba outdoor aku mmg seryes tak pandai nk edit bubuh ROL etc. Tone yg aku main2 tak penah nk kene. Jauh lagi nk keja chot cengginih. Haih!



ok sambung stadi
@_@


- Alhamdulillah -

Friday, October 15, 2010

Jumaat





____________________________________





It's me!!

- Bismillah -

Video Yasmin Aizat

waaa 1st time tgk densiri beraksi masa time tgh buah keje.
Tgk minit ke...
 
0:43 
ohh itu pokok2 itu ada gamba kecik2 die gantung n byk jugak la gamba yg aku ngan rahim tangkap masa majlis tunang dulu. Rasa mcm best pulak orang tayangkan gamba2 kita. Ada gamba tu siap ada watermark aku lagi. Mungkin derang cuci awal di ambil dr blog, time belum dapat gamba asal. =D
1:52
1:57
2:01
Sedang mengambil gambar
2:31
Ada setengah saat je aku tgh duduk kat hujung tuh haha
3:01
Time ni aku ngan videographer je yg ada, sbb da start hujan n yg lain2 nga makan.

Ini website kampeni yg buat vid nih.
Cara derang bekerja nampak profesional la. Tapi tak tahu la gamba derang mcm mana. Video yg mereka hasilkan mmg lawa. Dari segi harga xsure lah pulak.


- Alhamdulillah -


Thursday, October 14, 2010

Khamis

- Bismillah -

Pagi tadi wadround kne marah lagi -.-'. Yelah 2 orang kene cover satu wad. Mmg aku dan kawan aku tak habis la. Tapi kemudian ber-wadround dengan gembira bila doc tgk kami sgt produktif =D.

Ptg tadi aku ke kawasan kompleks perdana siswa n parking sebelah dewan exam UM. Dengan harapan nk usya la kedai2 junior. UM ni konon2 nye ada mcm buat hari usahawan la, kali ni semua 1st year, dari pelbagai bidang or kolej kene bukak gerai selama 3 hari, dan hari ini hari last. Waktu perniagaan adalah 830 pagi hingga 530 petang. Tapi aku g kol 4, kedai bersih. Tade satu barang mahupun satu orang. Nampak sgt takde customer jd semacam bankrup dan kene tutup awal.


Budak bawah ini malu2 nk lompat. Jadi gambar sebenar seperti idea yg aku nak tak jadi sgt. Ini sahaja lah yg terbaik. Aku cube bermain dengan tones. Tapi sgt susah utk dapat tones yg kene dengan susana seperti gambar bawah ini.






- Alhamdulillah -

Wednesday, October 13, 2010

Rabu

- Bismillah -

Hari ini lebih baik dari semalam. Yeaay~

Tapi pagi td aku  kene marah sbb lambat pegi wad T_T. Lepas tu ada presentation, aku salah sorang yg kne present. Hari tu kawan se-present aku kata slide sume da ada, tinggal present je. Jadi aku xbuat slide lah. Skali rupenye sume presenter kne buat slide seniri. Jadi aku berlari pulang ke bilik dan copy paste slide orang dan berlari semula ke tingkat 10 hospital. Kene marah lagi sbb 'tertinggal slide' (Hakeem tolong backup). Ada 4 orang kne present sebenarnye tp sorang tak datang. Maka Hakeem minta aku tolong present kan mamat yg tak dapat tu punye skali. Jadi aku present la aku punye laju2. Tapi skali hbs aku present Doc terus keluar, klinik da byk kali call die. Yeayyy.

Sekarang lepas asar, aku duk depan pc je, edit gamba yg berlambak. Cukup la last 2 weeks dah terbakar petang2 dan kadang2 pagi sbb main lawn ball.

Sepetang sampai maghrib dapat la siapkan around 20 gambar. So skrg mcm baru 5% je kot siap haha. Aku buat terlampau rileks.


Malam ini aku nk cube hbs kan Peads. Sesiapapun jgn kalau aku ok.


- Alhamdulillah -

Tuesday, October 12, 2010

Selasa

Hari ini sgt tidak produktif. Perlu terus bermuhasabah.

Monday, October 11, 2010

How the Bible Led Me to Islam: The Story of a Former Christian Youth Minister - Joshua Evans






____________________________________________




awhhh ='D


Sunday, October 10, 2010

101010 10:10:10

- Bismillah -

Hari ini sgt penat. Seawal 645 pagi dah keluar untuk shoot wedding Aizat & Yasmin. Aku penah shoot sewaktu majlis pertunangan mereka dulu. mereka dinikahkan pada jam 10:10:10 pagi td. Roughly lah. tade la accurate sgt pun. Sampai dalam jam 4 ptg. Kemudian singgah beli rechargeable battery utk flash dan SDHC 8GB +10, Rahim punye. Sampai kolej sekitar 630 petang. Tapi penat hari ini sebenarnya campur sekali saki baki petang semalam. Semalam punye malam aku tidur jam 5 pagi dan 730pagi dah gerak ke Mont Kiara utk pertandingan Lawn Ball. Sggggtttttt penaaatttt. Penat die dari panas matahari yg sgt teriikk. Main tak penat sgt pun. Balik ptg tu kol 1 dah penat longlai. Tapi terus mandi siap2 utk ke aqiqah anak kak Sarah pula. Rehat kat situ la lama sikit sambil shoot gamba Baby Yam dan Baby Amny. Jam 430 gerak ke UPM pula, shoot adik konvo. Terpaksa aku angkut si tariq skali kot2 aku ngantuk atau tak larat da nk drive. Sampai kolej balik sekitar 930 malam. Teruk la faderal skrg, tak kire weekend dah, siang atau malam, mesti jem. Sakit hati okeh nk ulang alik dr UM ke PJ/Subang/Shah Alam/Klang. Malam itu tidur jam 1230.

 Aku sgt byk ok gamba nk kene siapkan edit. Majoriti just touch up sikit2 je. Nak tanak mmg kne bukak satu2 gamba dalam Photoshop sbb skrg da gatal2 shoot dalam RAW sume. Ok tade la sume tp majoriti la. Gamba raya pun xhbs tgk lagi. Ni gamba kemhur si baby Yam lagi, adik punye gamba konvo dan ada dekat seribu gamba wedding Yasmin. Wuuu T_T. Mungkin amik masa sebulan nk siap sume. Boleh je nk pulun 2 hari non stop nk settle sume tp mana nk letak stadi kan. So biasa aku buat sikit2, biasa lepas makan tunggu makanan turun dan lepas stadi n before tidur.


Gambar dibawah ini mcm konon2 preview la gamba wedding yg aku tangkap td ehehe.

 
 
Tahniah utk Yasmin dan Aizat. Mereka nampak begitu secocok!


_________________________________________


Aku rasa skill photography aku termasuk editing dah makin improve. Mungkin sbb tiap2 hari aku mesti nk bukak fb/blog/web photog2 terkenal nk usya gamba2 derang. Jd akan terfikir mcm mana mereka ambil gamba terutama dari segi compo/angle dan creative shoot. Walaupun xambil gambar selalu mcm mula2 dulu tp sgt seronok tgk gambar orang.

Oh untuk gambar Yasmin-Aizat semasa majlis pertunangan ada di sini
http://www.facebook.com/pages/Musafir-Dunia-Photography/101016873298666?v=photos#!/pages/Musafir-Dunia-Photography/101016873298666?v=wall
majoriti adalah gambar aku, tetapi jika gambar2 jobs, adalah gambar aku bersama Encik Rahim Khalis.
Aku mmg taknak serius dalam menjadi hired photographer. Tapi kawan aku suruh buat juga. Katanya pengalaman aku dan skill dah lebih dari kebanyakan jurugambar yg baru setahun seperti aku. Jadi apa salahnya dilebarkan sayap lagi. Kalau kalau taknak job tolak je lah. Adalah menarik dalat berkongsi minat yg sama dengan orang lain. Ntah dah berapa byk kawan aku bertambah sejak dengan minat ini. So aku pun buat lah. Tapi masih kurang gambar, byk lagi nk letak sebenarnya, dari yg dulu2. Dan aku bercadang untuk akan datang punye gamba akan aku letak di situ juga. Cuma yg xbest sbb gamba di fb adalah bersaiz kecil. Gambar yg lawa kelihatan lebih lawa jika dilihat dengan saiz yg besar. Majoriti top photographers mmg letak gambar bersaiz besar di web/blog mereka. Oh adalah berterimakasih jika anda2 semua nk Like =p.

Tapi nanti2 lah dari semasa ke semasa baru upload gamba2 lama. Skrg mmg agak sibuk dengan study. Lg 2 minggu nnt siaplah, ada beberapa hari cuti utk lepaskan gian.

Oh aku igt nk bertunang 111111 11:11:11 lah. Kemudian kawen 121212 12:12:12. haha ok berangan. Bukan lah percaya kepada nombor itu ke ape. Kang syirik pulak. Skdr menarik lah mengambil tarikh dan masa seperti itu sebagai salah satu hari penting dalam hidup kita kan.



oh entry ini di publish pada  101010 10:10:10pm.
(tapi saat ke 10 tu tipu sgt lah)


- Alhamdulillah -

Saturday, October 09, 2010

Sekitar hari ini

- Bismillah -






ohh dan satu lg lwn ball yg aku main pagi tadi sampai tengah hari. 3 games, semua kalah haha. Sume lawan aku yg dah main bertahun okeh, aku baru main 3 kali dalam masa 2 minggu. Tapi aku mcm da tanak main lawn ball dah. Sgt seksa okeh. Panas dunia yg membakar. Sgt panas. Mmg mcm kene jemur di tengah padang yg kosong dan langit yg tiada awan. Aku sudah hangus.

Oohh thanx to mr T sudi teman.


- Alhamdulillah -

Kenapa anda tak patut beli iPhone

Mungkin anda berminat membaca entry ini juga.Why iPhone Sucks.

 (-.-')


1. Dengan harga yg sama, anda boleh dapat model handphone lain yg jauh lebih hebat dari iphone. Atau baik lense baru. Sebagai contoh adalah kamera. iPhone 4 baru 5 megapixel. Kamera harga2 lbh kurang atau murah sikit adalah 12 megapixel atau kurang2 8 megapixel. iPhone yg dah ketinggalan 2 bijik tu lg tayah cite la kan.

2. Handphone aku Philips harga RM190 pun ada memory card kot. Ni harga beribu pun takde. Ada skrg yg boleh letak 2 memory card.

3.Flash tade. Java tade. Bape juta apllikasi yg gune Java n Flash?? Cane nk men mafia wars? Atau usya youtube? So much for "the internet in your pocket" blather that Jobs was spewing earlier on. It's more like the "crippled, crappy, lame version of the Internet in your pocket" instead.

4. Bluetooth ada tapi taleh nk gune transfer file. wat dee...?

5. SMS tones kne gune die punye jeee. Aku nk pasang pachelbels utk SMS ringtone cane????

6. Ada Vid call (utk iPhone 4) tapi xleh gune sbb sape sgt je ade iPhone 4? unless ko nak sponser sume membe2 atau org terdekat ko tuka iPhone 4 jugak. Eh kalau ko betul nk sponser aku nakk tauuuu!!

7. Keseluruhan iPhone terlalu bergantung kepada iTunes. Kau xboleh nak tambah file2 mcm vid, lagu or apps senang2 mcm tu je dari mana2 PC. Jadi adalah sgt leceh. Hp lain lagi murah tapi lg advance dan memudahkan, kenapa laa ko pilih iPhone jugak?

8. Xde DivX or XviD video support dan xde official third-party application utk main video2 tuh. Hp lain bersepah2 dah ade kot. Xkan setiap kali ko nk tgk vid dalam iPhone nk kene convert dulu satu2. Teknologi patut memudahkan okk, bukan menyusahkannn!!

9. Xde vibration feedback bile sentuh touch screen tuh. Mcm xde feel lah. Macam leceh la nk sms kene tgk. Kamonlah zaman sekarang orang sms laju da tayah tgk kot. 

10. iPhone 4 kene pakai micro sim. Maksudnye sah2 la telco lain yg tak terlibat dan tak buat micro sim xleh nk masuk walau unlock mcm mana pun. University pax murah gile kottttttttt. Takkan nk korban terikat dengan maxis atau digi kalo dah pakai yg murah kn. Dah lah harga hp tu sendiri dah buat diri rasa terkorban. 

11. Wadehel iPhone 4 kalau ko pegang hp mcm biasa, maksudnye pegang hp di bahagian tengah (mcm korang pegang phone masa tgh ckp phone), line akan jd kurang atau hilang. Maksudnye talian atau coverage phone akan putus2.




bawah ini adalah alternatif cara mcm mana nk pegang iPhone 4 ketika membuat panggilan
 
 
tapi kalau korang pakai mcm nih, korang cool la pakai iPhone 4.




(Utk point2 seterusnye malas nk taip sbb cara die nk sampai kn adalah lbh kurang aku aje cume bahasa lain. Jadi adalah aku copy paste sahaja. Oh lupe pulak iPhone xboleh copy paste koooottt. Tapi iPhone 3Gs n 4 dgr cerita mcm da bole. Kasi chan laaa)

12. Stylish and Stupid - There's no doubt about it that the iPhone look "stylish" when you first see it. But isn't that really the problem with all of Apple's products? They look pretty but provide very low value for the price? Do you really want to be a loser that overpays for the iPhone just to look cool for a little while? Don't forget that no matter how "stylish" you look, sooner or later other people will have an iPhone and then you'll just look stupid. Is that what you're really after? To look stupid trying to be cooler than everybody else? Hey, you can do that without spending RM2000+. In fact, you may have already achieved that goal just by reading this column but I'll leave that to each reader to decide for themselves.

13. Crapfari Instead of Firefox - One of the most disappointing and shocking things about the iPhone is that it ships with the second (or is it third or fourth rate?) browser known as Safari. I prefer to call it Crapfari as there are just far too many sites that don't work properly with it for me to consider it a real browser. Instead of shipping with a real browser like Firefox, Apple chooses its bastard step-child of a browser. And then it has the temerity, the impudence to release the same bug-ridden piece of junk on Windows right before the launch! Could Apple be more arrogant? How many people are aware of just how bad the Crapfari browser really is and that they will have no alternative on the iPhone? I bet there will be a lot of shocked and angry iPhone users once they start trying to use the web and find that the Crapfari browser won't display their favorite sites properly. Well what did they expect from a fourth rate browser anyway?



Kawan aku suh gak letak alternatif punye hp yg korang boleh beli selain iPhone. Maka bagi meraikan die aku letak jugak laa..

1. Samsung Galaxy S
2. HTC HD2
3. HTC Desire/Nexus 1
4. Samsung Omnia II
5. BlackBerry Storm2
6.  BlackBerry Torch
7. Omnia B7610 PRO
8. Sony Ericsson Satio
9. Samsung Pixon12

dan lain2 cari seniri lah... so kesimpulan yg majoriti org2 disekeliling aku cakap adalah, kalau korang nk beli jugak iPhone, samada korang mmg niat nk belagak byk duit atau korang sebenarnye sombong bodoh dan terikut2 padahal tatau ape just tgk org pakai nampak best jadi nak pakai jugak. Nak cakap pakai iPhone sbb nak nampak cool adalah tidak berasas sekali, sbb punye banyak kekurangan dengan harga yg mahal cool apenye kann? Jadi kalau anda merasa cool pakai iPhone anda sebenarnye adalah sgt silap. Dan jika anda rasa orang yg pandang anda dan buat muke kagum sbb anda ada iPhone, anda sebenarnya salah sama sekali sbb dia sebenarnye simpati dan dalam hati mungkin sedang gelak2 kan anda. Melainkan die pun pakai iPhone jugak atau beracadang nk pakai atau memasang impian utk ada iPhone. Dengan kata lain die pun bengong2 mudah terpengaruh mcm anda. Kalau anda byk duit sekalipun, nak berlagak dengan iPhone adalah sgt lame ok. L.A.M.E.. Orang kaya tapi tapi tak bijak hanyalah perlu bersimpati kepada mereka.

Tapi kalau anda dapat hadiah, amek je la. orang da bagi, rezeki jgn ditolak. Tapi kau patut tanye orang yg bg iPhone tu, "kau perli aku ke?".

Jadi setakat ini sahaja. Yang dah pakai tu jangan la buang pulak =D. Oh dan jgn amik hati naaa. kalau ada yg mcm terasa atau nk terasa atau beracadang nk terasa. Chek tulis nih fakta. Da ramai pun orang tulis tapi saje nk tulis lagi sbb mcm tak tahu nak tulis ape ehehe. Yg belum beli tapi ada niat nak beli, kalau nk beli gak duit hang kan. So terpulanglah. Tapikan ada 2 sebab kenapa aku suke iPhone. SATU sbb applikasi yg berkaitan dengan Medic die adalah byk dan sgt best dan sgt memudahkan aku dan antara sbb akupun mcm nk beli iPhone hagagagagaa. DUA tak dapat dinafikan iPhone punye touch screen adalah terbaik dan tersmooth.Tapikan ada iTouch. Tapi masalahnye aku da ada 2 hp, jd adalah sgt leceh nk tambah satu lg nk memenuhkan poket aku sampai nampak sgt awkward sbb poket terbonjol2 sgt besa.


Monday, October 04, 2010

Maybank2u - ESI UNSUCCESSFUL



alamak ini ape pulak? adakah kerana aku lambat baya saham aku? Sbb tiap2 bulan ptt aku kne ada certain amount dalam maybank n nnt akan auto debit, tapi masa 1 hb aku xcukup duit dalam maybank nih. Aku  betul2 terlupe kerana sibuk menghadiri open house yg byk sampai byk yg tak dapat pergi T_T