.

Sunday, June 27, 2010

1 hour experience with musaf t o u c h hagagagaga -.-'

- Bismillah -

ok fine tajuk mcm xleh bla sket hagagaga. Watermark pun tiru org jugak hagaggaa lagi.
-.-'

Al kisah ptg tadi aku dan Zaid Rais saje2 sembang2 turun kan ilmu fotografi kepadanya. Sambil si Tariq yg sedang sibuk menjaga booth Telaga Biru di kompleks PKNS Shah Alam. Selepas sembang2 kami pun pusing 1/5 tasik. Malas nk peluh2 pusing satu tasik penat okeh. Dan sepanjang perjalanan kami pun ambil lah gambar mempraktiskan apa yg dah belajar. Sekadar candid dan tangkap gambar apa sahaja yg ada di sekeliling. Asah mata (?). Aku da janji nk letak gamba ape yg aku amik kat blog dan die pun da janji. Skrg kite tunggu gamba2 Zaid pulak.


Nway Zaid, gambar yg ke-5 adalah panorama yg dijanjikan. Kan kata senang je nk buat. Tak kesah la bot tu gerak atau tidak. Ada je cara. Oh ada few gamba yg di edit sket. Saje tambah tone kasi ada mood ehehe. Oh dan bnw sket2.Bnw yg ke-3 dari last tu pun yg kata sesuai tadi buat bnw. So itulah hasilnye. Teruskan sembang2 dan selamat beramal =]


- Alhamdulillah -

Thursday, June 24, 2010

Some of My Fave Dzikir

 - Bismillah -

Sedikit untuk dikongsi bersama.


AlarmMe - Qasidah Al Burdah
 http://rapidshare.com/files/401855858/AlarmMe_-_Qasidah_Al_Burdah.mp3
AlarmMe - Zikir II 
http://rapidshare.com/files/401856111/AlarmMe_-_Zikir_II.mp3

 BROTHERS - Salawat 1
http://rapidshare.com/files/402266221/BROTHERS_-_Salawat_1.MP3
 BROTHERS - Salawat 2
http://rapidshare.com/files/402273776/BROTHERS_-_Salawat_2.MP3
Saff One - Istighfar
http://rapidshare.com/files/402263021/Saff_One_-_Istighfar.mp3
 Saff One - Hasbi Rabbi
http://rapidshare.com/files/402262173/Saff_One_-_Hasbi_Rabbi.MP3

 Snada - Neo Shalawat
http://rapidshare.com/files/402263679/Snada_-_Neo_Shalawat.mp3

 _____________________________
Netta Kd Danii - OST Hikmah
http://rapidshare.com/files/402265991/Netta_Kd__Danii_-_OST_Hikmah.mp3
 
lagi2 nasyeed
 _____________________________
 
Bondaku, dia tidak suka mendengar lagu2 seperti yg didengari kebanyakan orang2 zaman sekarang. Nasyeed pun kadang2 dia kurang minat. Terutamanya kalau yg terlebih rancak. Apa yang didengarinya selalu adalah yg bersifat keTuhanan. Kalau bukan nasyeed, al-mathurat dan dzikir, pastinya ayat2 dari kalamullah. Dan dia cukup tak suka dan marah bila anak2nya mendengar lagu2 nyanyian. Langha dan merepek. Bukanlah marah mcm dia suruh pergi kedai beli barang tapi kau buat tak tahu dan cepat2 masuk bilik supaya dia tak nampak kau dan akan mula beleter, tapi jenis tak suka dan tak senang.

'Jangan biasakan telinga mendengar lagu2 sebegitu, lagha. Jangan biar hati terbiasa denga perkara kurang bermanafaat'. Kata2 yang akan di ulang bila terkantoi dengan bonda. Dalam tidak senang dan tidak suka ditegur negitu, tapi jauh di sudut hati ada kebenarannya di situ. Kita kadang2 terlalu membiasakan diri dengan lagu2 sebegitu takut2 lama-lama kita akan sukar untuk mendengar hiburan2 yang lebih mermanafaat. nauzubillah kalau2 hati menjadi lebih keras. Aku yakin pasti ramai yg kata dia tak lupa buat perkara2 baik walaupun dengar lagu. Takpun dia dengar sahaja dua2 dan takkan menjadi masalah. Bukanlah berdosa dan jika dikawal tidaklah melalaikan. Apa maslaah mendengar lagu kan. Sekadar dengar. Kadang2 aku nampak ada orang malu mendengar nasyeed. Cepat2 ditukar kepada lagu biasa jika kawannya datang singgah ke biliknya. Tepuk dada tanya iman.
 
Kalau kadang2 kita rasa asik kurang semangat, asik xde motivasi, asik nak marah orang, itu tak kene ini tak kene. Serabut je rasa. Stress! Mungkin itu adalah antara masa terbaik untuk kita kurangkan hiburan2 seperti lagu nyanyian yg biasa itu dan banyakkan mendengar hiburan yang lebih bermanafaat dan mendekatkan diri kepada tuhan. Mengingati Allah itukan membuat hati menjadi lebih tenang =]

 
 
 Peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa.
 
- Alhamdulillah -

Wednesday, June 23, 2010

Sharing Is Caring

- Bismillah -

Seorang kawang ada request untuk kongsi nasyeed2 yang aku dengar. Dia pelik bagaimana aku boleh cepat bosan dengan lagu biasa tetapi tidak dengan nasyeed. Sama seperti lagu biasa, nasyeed pun tiadalah semua yang sedap. Dari koleksi Nasyeed aku yg mencecah 10Gb, yang aku dengar pun seciput je. Aku pun tak tahu kenapa aku simpan. Berbanding lagi biasa kalau aku tak dengar dah atau da bosan (aku sgt cepat bosan dengan satu2 lagu), aku akan terus delete.

ini adalah 4/5 darinya

Untuk memudahkan maka mengubah suai balik blog download aku.

Blog ini dahulu aku gunakan untuk menyimpan link2 download terutama anime. Tapi memandangkan aku dah makin kurang tengok anime dan sudah tidak perlu link2 itu lagi, maka aku menjadikannya blog untuk berkongsi file dengan sesiapa sahaja yg berminat. Aku menggunakan Rapid Share sebagai pengantara. Upload juga lebih laju dan aku boleh upload sehingga 200mb untuk satu file berbanding email. Jadi sesiapa sahaja boleh mendownload apa yg ada di blog itu bila2 masa sahaja yg mereka mahu. Aku akan update dari semasa ke semasa ikut kelapangan dan permintaan jika ada. Apa sahaja file termasuk lagu, video, gambar etc.

Dan kepada org itu. Itu lah antara nasyeed yg aku dengar dan so far tak pernah bosan. Sekian. Bukanlah tak boleh dengar lagu, cuma mendengar yg bermanafaat dan baik itu kan lebih baik =]


- ALhamdulillah -


Monday, June 21, 2010

Khatan/sunat wanita


- Bismillah -


Aku sekarang sedang menyiapkan proposal untuk menjalankan cross sectional study mengenai khatan wanita. Sedikit untuk dikongsikan.



Menurut pendapat dari beberapa orang doktor di UM yg barangkali telah menjalankan kajian mengenai khatan wanita dan dari pembacaan artikel2 dan pendapat, amalan ini sebenarnya adalah budaya dan bukan dari ajaran agamana. Sejarah mendapati asal usul khatan wanita telah wujud lebih lama sejak sebelum kedatangan islam lagi. Senario di Malaysia seolah memperlihat dimana kefahaman majoriti bahawa khatan wanita adalah sunnah atau sunat. Satu salah faham yang mungkin sangat berleluasa di antara kita termasuk aku. Kebanyakan hadis berkaitan khatan wanita adalah bersifat dhaif atau lemah. Namun pelbagai pendapat juga wajar dipertikaikan kerana masing2 memberikan alasan dan bukti yang tersendiri.

Isu khatan wanita atau female circumcision / female genital mutilation (FGM) yg telah dikenal pasti di peringkat antara bangsa sebagai violation of the human rights of girls and women. Malaysia telah di ishtiharkan di peringkat antara bangsa sebagai sebuah negara yg membenarkan keganasan terhadap wanita ini.


- Alhamdulillah -

20 Jun 2010


Kami dikhabarkan bahawa bahawa ibu kepada kakak ipar ku dalam keadaan yang jauh dari pulih. Petang itu selepas zohor kami sekeluarga sekali lagi ke hospital untuk ziarah. Keadaan beliau semakin teruk dari semalam dan beliau masih juga tidak sedarkan diri. Malam itu sekitar jam 10 malam, beliau telah kembali bertemu pencipta-NYA. Takziah buat kakak ipar ku sekeluarga dan keluarga Allahyarhamah. Miga Allahyarhamah dimasukkan di dalam golongan orang2 yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah.

Mohon semua pembaca menyedekahkan Al-Fatihan untuk beliau. Al-fatihah...


Sunday, June 20, 2010

19 Jun 2010




Seperti biasa gambar budak ini sgt banyak. Xlarat nk upload semua. Sikit aku letak di flickr, sikit aku letak di fb dan sikit di sini. Ada beberapa tone baru di sini. antaranya yg ke-4. Aku kurang gemar tp ada orang suke pula. Jadi aku biarkan sahaja lah dan cuba untuk suka (?)

______________________________________


Tgh hari itu kami dikejutkan dengan berita di mana ibu kepada kakak iparku telah dimasukkan ke hospital petang semalam akibat stroke. Aku, ibu dan adik terus ke hospital Serdang untuk ziarah. Sehingga waktu itu beliau masih tidak sedarkan diri.





Friday, June 18, 2010

Cameron Highland - Random 1

- Bismillah -

Beberapa minggu lepas aku dan kawan2 ke Cameron Highland. Pengajaran paling besar adalah jangan datang sewaktu public holiday. Semasa kami datang adalah hari wesak. Ya Allah ramai sungguh manusia. Jalan kat bukit bukau tu pulak bukannye besa sgt. Jem habis.  Dari satu tempat ke satu tempat patut 3 atau 4 minit naik kereta, boleh jadi 30 atau 40 minit nk sampai. Bangla2 yg jalan kaki lagi laju dari yg naik kereta. Dan aku tak tahulah sbb orang ramai atau sbb global warming. Cameron da tak sesejuk dulu. Kurang best. Cakap da tak berasap-rasap sgt. Aku kua pun rilek je tayah pakai t-shirt lengan pendek nipis sehelai. Makan aiskrim tengah malam pun da tak boleh nk gigil2 dah. Sweater buat ikat kat pinggang je lah, xpun tinggal dalam kete.

Aku rasa aku lagi prefer jd budak kampung dari budak bandar. Tapi memandangkan aku 1st time nampak signboard sebegini maka aku rasa aku budak bandar. Mungkin mesej ini untuk orang asli. Aku rasa Cameron tiada masalah dengan elektrik sbb kat Cameron ada empangan hidrolik. Teringin juga nak ke empangan nih, pasang joram kemudian goyang kaki baca novel. Oh sebut pasal novel aku rasa mcm da 2 tahun aku tak baca novel da. Novel last aku bace pun mcm da bertahun tak bahis2 lagi.

Sekali lagi aku beli map kat tempat ini. RM3.50. Dulu 2007 aku beli kat sini dengan harga sama. Dah lama tak datang jd lupa dan terpaksa membazir RM3.50. kalau tak aku boleh mesej 700 kali. Lepas jalan2 aku jumpa map yg sama dengan harga RM1.50. Ciss tertipu. Harap je nama balai kraftangan. Balai, bunyi  mcm gempak lah. takde pape pun. Sgt bosan. Keychain pun sume buruk2. Aku rasa mana2 tempat perlancongan kat Malaysia ni sama je. Mana pun2 mesti ada jual keychain. Ye lah ole-ole paling murah dan simple. Tapi seryes, semua buruk. Kalau bagi free pun aku consider nk amik tak. Buat lah lawa2 sket. Nama pun tempat perlancongan, mesti ada orang belilah. Dan keychain tu pun buat la yg ada kaitan dengan tempat. At least tulis nama tempat tu ke. Ni keychain bentuk pencil. Da la buruk pastu takde tulis pape. Ade ke patut. Sape nk beli. Kalau boleh guna untuk menulis takpelah jugak.

Kami bertolak jumaat pagi lepas breakfast. Sampai around 11 pagi. maka breakfast kat sini. Mahal okeh. Da la sikit. Baik pegi makan Strawberry with honey. Lagi puas hati n harga lebih kurang.

Aku rasa xramai pun perasan yg pokok atas tu pokok anggur sampai lah orang nampak kertas juning yg digantung itu. Maka menyebabkan orang gatal2 nk petik anggur yg berjujuran di kepala itu.

Ini antara tempat wajib pergi bila ke Cameron.22, 18, 17, 14, 8 dan 7 adalah yg terbaik! Paling kurang kne makan 2 atau 3 kali.

Mula2 sampai aku nampak bunga ini terus dah terbayang gambar2 best yg aku boleh ambil dengan bunga ini. Bunga ini pun kelihatan tergoda dengan aku. Tapi sbb masa mula2 datang sekejap je sbb nk tunggu waktu untuk solat jumaat dan check in bilik, maka aku malas nk amik lagi. Nantu datang balik. Tapi bila dah balik dan tengok gambar semula, aku baru teringat mengenai bunga ini semula. Maaf kan aku sayang. Nanti aku datang lagi Cameron akan ku ambil gambar sayang banyak2 ='(

Majoriti orang pasar malam. Tapi cube tengok masa dia. 230 petang sampai 11 malam. Itu bukan pasar malam. Itu pasar siang sampai malam. Apa yg menarik dekat pasar siang sampai malam nih, semua mende yg ada kat cameron ada kat sini. tayah susa2 nk g sume tempat cari barang. Dah la lama pulak tuh. Dan 2 hari berturut2. Memang terbaik! Aku tgk ada penjual yg tak tutup kedai sgt pun. Yelah 14 jam je tutup.

Nama pun Cameron kan. Kasi chan la. Takkan la nk mcm KL penuh dengan lemak. So byk lah sayur goreng. Pelbagai jenis pelbagai rasa. Kalo nampak bulat2 mcm ayam ball, ketam ball atau fish ball. Baik tanye dulu. Sbb itu sebenarnya adalah keledek ball atau atau ball2 sayur yg berkaitan dengannya. Sehat sungguh.

Aku masih konfius dengan buah ini. Samada mmg tanam jadi mcm ini atau dibuat sesuatu jadi begini. Buahjambu kristal. Ada jugak org sebut jambu epal atau jeruk jambu. Sgt sedap!

Everything is strawberry and pink.


-Alhamdulillah -

Monday, June 14, 2010

Hantaran

- Bismillah -


Memang dah menjadi adat rasanya di negara kita cincin di jadikan salah satu hadiah atau hantaran terumanya bila bertunang dan nikah. Bertunang rata2 masih mengunakan cincin sebagai simbol pertunangan. Namun saat pernikahan aku lihat makin hari makin lebih variasi. Selain cincin, crouch, gelang, rantai, subang dan mahkota kecik ala2 ratu cantik tuh.

Selain itu hantaran juga sudah semakin ber-variasi. Kalau dulu mesti Al-Quran, tepak sirih, buah, kain telekong, kek, cincin, kasut, jam, baju, hp etc. Tapi sekarang makin menarik. Bila ada kenduri kawen hantaran antara perkara yg wajib aku nak tengok. Bukan lah memandang harga atau nilai barang, tetapi keunikan barang yang diberi dan cara hiasan hantara. Ada sesetengah yg mempunyai simbol tertentu. Macam kazen aku dulu bagi advance english dictionary dan buku2 untuk masters study dan dihiasi oleh teddy bear kecik2. Ada yg aku pernah nampak beri joran, rubic's cube, external hard disk, akaun simpanan bank (bg buku bank), dan seorang pelanggan aku hari itu, peluru paintball. Dan antara yg paling menarik aku pernah nampak adalah stokin tangan, rambut palsu dan air tin pepsi. Mungkin barang2 ada simbol atau sejarah la kot mcm mana kedua mempelai berjumpa atau simbolik cinta masing2. Dan aku dah mula memikirkan idea2 menarik haha (berangan -.-').

Selain itu bunga telur dan door gift juga sudah tidak telur lagi. Yang semalam aku pergi dapat Al-Ma'thurat dalam salah satu barang goody bag yang aku terima. Alhamdulillah. Trend skrg memberi goody bag dan di isi macam2. Ada kenduri artis mana dulu beri mentol jimat tenaga. Semasa ke kenduri kahwen kazen mak tahun lepas, yg merupakan anak kepada A. Samad Said, ada 2 jenis door gift. 1 mcm jewellery box, sgt lawa. Satu lagi kotak kayu kecil yg dalam nye ada coklat yg sesedap Cadbury, tp rasanye homemade.


- Alhamdulillah -

Sunday, June 13, 2010

Yahudi (?) = Israel (?) = Zionis (?) = Israel yg kejam (?) = Israel yg tak kejam (?)



Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

Friday, June 11, 2010

Malaysiaku



ok aku tahu mcm tak jadi sgt -.-' ..tp aku nk cpt bia la hagaga





Awwhhhhh Negaraku ='D



Wednesday, June 09, 2010

Iranian aid ships going to Gaza escorted by warships




Malaysia jual minyak sawit kepada Israel ?


___________________________________

- Bismillah -


Terima Kasih kepada Iron, Race Car dan Shoe kerana menemani aku disaat-saat aku tidak sehat. Nampak nya Iron memberi saingat yg cukup hebat pada game kali ini. Nnt main lagi ok Iron!
Bukan mcm org tu risau kucing je. Kucing lemah la, kucing tak makan laa, nk mandi kan kucing laaa..haihh~  -.-'


- Alhamdulillah -

SMK Sungai Pusu


- Bismillah -

Nama program : Kem Cinta Ilahi, Cinta Diri
Anjuran : KTI : Komuniti Teman In-Team ....kot
Penglibatan : Pelajar yg terlibat dalam kepimpinan tingkatan 1 & 2 SMK Sungai Pusu, Gombak
Lokasi : Kem Bukit Lagong (Pusat Belia Bukit Lagong), Ampang
Tema : Ukhuwwah dan Kepimpinan
Tarikh : 22-23 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad)
Apa kaitan dengan aku? : Aku jadi fesi, turut hadir kawan dan adik2 aku yg turut sama jadi fesi.


Seminggu sebelum program, aku sedang duduk2 depan tv bersama bonda dan adik beradik lain. Tiba2 salah seorang adik aku mewarwarkan program ini dan memerlukan fesi. Maka aku dan seorang kawan yg mmg mantop mengisi tempat kosong. Namun kami hanya datang untuk sehari sahaja, iaitu Sabtu.

Pagi-pagi lagi dihari kejadian, kami bangun awal, bersiap untuk ke kem ini memandangkan kami dimaklumkan program akan bermula seawal 730 pagi. Masuk sahaja Subuh kami terus solat dan terus ke tempat kejadian. Tapi ni yg aku geram janji melayu nih, kitorang sampai jam 725 pagi. Tapi derang sampai 830pagi. Itupun baru 1 bas. Bukanlah tak boleh tolerate dengan alasan hujan lebat dan masalah lain. Tapi budaya lewat ini sudah seolah2 menjadi darah daging orang berbangsa melayu. Mungkin Malaysia. Aku mmg tak suka orang yg tak tepati masa nih. Kalau kadang2 takpe, tapi ini selalu. Kadang2 siap warn kita jgn lambat, skali die lewat sejam. Gile berapi. Al kisah penganjur lagilah, jam 10 lebih baru sampai.

Rasanya mana2 program sebegini pun lebih kurang, dimulakan dengan ice breaking dan suai kenal. Pelbagai aktiviti telah di adakan.

Kemudian di ikuti pula dengan ceramah dari sorang mamat dari UIA. AKu rasa macam pernah jumpa lah. Tapi di mana ya?

Yang aku geram nye ngan mamat kawan aku nih, asal aku nk snap gamba je mesti die nk interfere. Dengan gaya2 yg.... euwwwww~

Kumpulan aku yg mantop. Awhhh ='D

Ini adalah melukis logo. Sejujurnya sdikit pelik loga lukis gambar orang. Tp sbb budak2 kasi chan lah kann =>

Kemudian ada aktiviti dalam kumpulan dimana peserta diberikan straw dan telur 2 biji. Kene protect telur itu untuk di balik. Fesi yg memberi arahan x adil sbb mula2 suruh balut je. Aku dah nk siap da. tetibe die kata kne balut dua2 telur skali. -.-' sgt tak adil ok. Maka kumpulan aku tak sempat siap sbb nk buat balik ikut arahan. Kemudian bg masa singkat. Lepas aktiviti habis, fesi yg beri arahan td pulak buat dengan 2 kali ganda masa yg diberikan kepada peserta. Nampak tak ketidak adilannye disitu.

Telur mentah, kalau dibiarkan lama2 mmg memualkan dan nak muntah bau. Dan ini lah yg berlaku. Telur itu yg dilap2 begitu sahaja sikit2 guna kertas. Sampai malamnye sblm aku balik belum dibersihkan lagi sampai bau semacam dah.. Pengotor okeh. Dan tgk lah gambar di atas. Kaum perempuan skrg sgt 'rajin'.

Ini pula aktiviti sebekah petang lepas zohor dimana peserta diminta lukis peta, buat bandar sendiri. Kalau sape penah main sim city mmg tere lah. Tapi sbb budak2 yg buat so oklah. Kire mantao jugaklah. Kalaunk di ikutkan, 3 kawasan atau komponen yg penting kene ada adalah residential, commercial dan industrial areas. Kemudian kalau ada penduduk kenelah ada bahan2 asas untuk tinggal seperti air, elektrik dan kawasan pengumpulan sampah atau incinerator kalau maju. Kemudian ada sekolah dan pusat kesihatan seperti klinik dan hospital. Juga balai polis dan bomba. Pusat ibadat seperti masjid jgn dilupa, begitu juga tanah perkuburan. Bandar juga mesti ada kerajaan jadi kene ada pusat pentadbiran dan mayor house. Kemudian da maju sket ada mahkamah dan pusat komuniti rakyat. Untuk landscape dan kemudahan kena ada pusat rekreasi seperti padang dan tasik. Dan maju sket ada golf club dan casino etc2 haha. Ok semua ini keluar spontan sbb aku mcm slalu jugak main sim city sampai lalai tak igt dunia -.-'

Petang selepas asar pula ada main perang2. Nama game adalah Mafia Wars. Oklah game perang2 baling plastik isi air tp serius nama Mafia Wars sgt tak sesuai okeh. Mcm takde kaitan langsung.

Selepas maghrib ada sedikit tazkiran oleh abg fesi yg kedua mantap selepas aku hagaga

Malam itu main masuk dalam kertas. Menggunakan kertas A4 buat lubang kemudian satu kumpulan kene masuk. Rasanye semua dah tahu caranye kot. Kalau 10 tahun lalu mmg mcm kat selangor ini aku sorang je  tahu. Kemudian fesi sgt kejam (tak termasuk aku) menggunting sedikit demi sedikit kertas itu supaya makin kecik. Aku sgt baik, aku siap buatkan lagi untuk satu kumpulan nih yg tak reti buat sgt. Dan aku buat sgt besa okeh. Terbesar! Oh dan budak2 ini sgt comel ehehehe.

Maka situasi semakin hangat bila budak2 dah mula memanjat2. Maka ada pula insiden terjatuh dan sebagainya. Bahaya okeh, anak orang kalau ape2 jadi tatau la aku.

Kemudian prog last, derang main mcm terharu nanges2. Ok la aku tak kesah part nanges2 nih. Aku tgk je tampa ada apa2 perasaan. tapi aku merasakan ketidak adilan. Ia bermula bila fesi memasang musik touching dan menyuruh peserta duduk dan pejam mata. Mengikut sahaja jalan cerita yg dikhabarkan oleh fesi. Kemudian sampai di suatu babak di mana anda bersama ahli kumpulan anda di dalam sebuat kapal dan kapal itu nk karam. Bot penyelamat sampai dan hanya memuatkan semua org kecuali sorang. Maksudnye kalau kumpulan itu ada 10 org, kapal itu muat 9 orang sahaja la. Maka mereka disuruh untuk memilih salah seorang dari ahli kumpulan untuk ditinggalkan di kapal yg bakal karam itu. Maka mula lah sesi nanges2 dimana ada kumpulan yg terpaksa mengorbankan seorang. Siap nanges peluk2 mcm memang sorang tu nk mati betullah lepas tuh. 

Ada yg sanggup memilih diri sendiri untuk dikorbankan demi rakan2 nya. PArt ni mmg aku tabik fesi sbb pandai membawa suasana begini dan menyebabkan peserta ikut serta dengan emosi yg ingin dibawa. Namun ada juga kumpulan yg tidak boleh membuat keputusan dan decide nk mati ramai2. Ok la kan ukhuwwah punye pasalkan. At least mereka buat keputusan. Namun yg aku merasakan ketidak adilan berlaku di mana fesi marah kumpulan2 yg tidak membuat keputusan nk pilih sorang untuk dikorbankan. Dengan alasan mereka tidak sayang ibubapa yg menanti kepulangan mereka. Kemudian kumpulan yg telah memilih seorang untuk dikorban pun kene marah, sbb sampai hati ahli kumpulannya memilih sorang itu untuk dikorbankan. Nampak takk mcm dua2 situasi pun dipersalahkan. Tidak adil okeh. Aku membantah, tapi dalam hati je lah. Karang rosak program orang pulakkan. Bg aku apa keputusan pun yg dibuat, tak kesahlah. Sbb kebanyakan yg sorang untuk dikorbankan itu adalah sukarela. Tapi dalam situasi yg betul, dua2 situasi tak boleh pakai. Kamonlah sape nk mati macam itu sahaja. Dan aku sgt positif ada ikhtiar lain boleh dibuat untuk terus hidup tampa menaiki bot penyelamat. Pasukan penyelamat pun wadehel bawak bot yg xmuat sorang je lagi.

Tapi mmg situasi begitu boleh terjadi terutama jika menggunakan helikopter penyelamat dan dalan suasa ribut. Ombak tinggi dan angin kuat. Biasanya helikopter cuma ada kapasiti terentu yang boleh diangkut. Namun biasanya mereka ada pelampung bot, atau apa2 yg boleh digunakan untuk berpaut atau naik sebelum bantuan seterusnya sampai. Tak semestinya perlu ada korban. Maka situasi sebegini ada rekaan semata2. Ok ape pasal aku nk komen panjang2 -.-'

Program berakhir dengan nyanyian ramai2 dan peluk2. Aku kawan dan adik bertolak pulang sekitar jam 1 pagi dan tiba sekitar jam 2 pagi. Komen aku, program tidak begitu teratur dan penganjur atau fesi tidak cukup disiplin dalam meatuhi masa. Namun modul sgt bagus. Walaupun part nanges2 tak logik dan tak adil tp tema ukhuwwah yg cuba dibawa nampak berjaya. Oh makanan sedap. Dinner malam tu aku makan 8 ketul ayam. Fuh. Itupun mcm ada 30 ketul ayam lagi lebih. Ni antara part best jd fesi haha~.

Papepun aku rasa sape2 yg slalu join handle prog alumni Hira' adalah lebih mantop. Serrius! Prog lebih tersusun dgn perancangan dan aktiviti yg lebih mantap. Walaupun ada part terasa hati gado sket2 hagagaga.
Oh dan gaji tak dapat lagi, tataula ble nk dapat da 3 minggu nih. Kebajikan fesi tak dijaga (?)



- Alhamdulillah-