.

Friday, July 10, 2009

Kampung ku Seru~ Part 4

- Bismillah -

HARI KEDUA, 8/7/09
(Pagi - Tengah hari)

Pagi-pagi lagi, selepas sarapan aku dan Tariq terus keluar rumah untuk ke dusun. Tok kata kalau tak cepat nanti ada orang curi. Kat sini memang ramai betrul pencuri. Da la rumah tok selalu kene masuk pencuri, buah durian yang gugurpun nak curi jugak.

Sebelum sampai ke dusun, siggah sebentar di sawah padi yang terbentang luas hampir di mana-mana sahaja. Selepas sedikit aktiviti pelik, kemudian ambil gambar. Cisss la orang kampung. Xya la usya pelik. Macam xpenah tengok orang amik gamba ape. Gamba padi pun kalo kene cara bole buat wall paper pc dan masuk explore kat flickr tau!

Kemudian terus ke dusun. Tariq pusing satu dusun kutip buah durian yang gugur. Aku pula memulakan aktiviti memanjat-manjat pokok buah.

Aku baru perasan. Kat dusun nih ade hampir 10 jenis buah rambutan. Nampak sama tapi sebenarnya sume jenis lain2. Ada yg manis dan x melekat. Ada juga yang masam dan jenis melekat kat biji dan jenis liat sikit.

Dan ni kerja aku paling suka. Berjuang bermati-matian atas pokok manggis. Susa weh. Tu laaa, smalam tok kata nak panggil orang ambilkan aku degil, kata senang je. Sendiri bole buat. Hampir sejam juga aku jadi spiderman pokok manggis. Habis kene gigit ngan macam2 serangga di pelbagai tempat! haha~

Menurut tok, ada hampir 30 jenis tanaman kat dusun nih. Lebih separuh adalah buah-buahan. Sangat banyak. Aku memang terus muak buah2 tempatan sejak balik dari dusun nih. Ohh..dan aku baru tahu apa beza nangka dan cempedak, dokong dan langsat. Dan baru tahu juga beberapa jenis buah yang baru, dan jenis2 pokok. hahaha~

Ohh...don't try dis at home. kat dusun ok. Haha~. Sebab banyak sangat guna tenaga, untuk support and distribute weight, n jaga balance, jadi cepat penat. Peluh mencurah2. Jadi cepat sgt kehabisan tenaga. Sambil2 nak recover tu (time ni di ketinggian banggunan 3 tingkat!), sms2 la dgn orang jauh. haha~

Tariq, keco je lebih. Aku siap panjat pokok gile2 siap kene gigit mcm2 lagi, die kene angkat buluh berat sket pun da merungut. Haih. Da la buah yang aku kait lagi banyak. haha~

Setelah 3 jam dengan kepakaran yang sgt-tak-pakar-tapi-nak-berlagak-jugak dan lepas kemas2 dusun, fuhhh..ini la hasilnya.

Pastu bungkus.

Tengah hari sudah tiba. MAri makan!! Jadi cari je la kedai mana2 yang jumpa.
Lunch sambil menatap landscape keindahan ciptaan tuhan, sambil angin panas sawah padi meniup2 (pastu siap bole tetibe ada flavour tambahan siap ada bau durian lagi). Sape kentot!!!!!!!!!!!

bersambung......


- Alhamdulillah -

5 comments:

otak suci said...

kentot sndiri salah kan orang..

tektik lame tuh pkcik..

foto-euforia said...

nice pic of that manggis !

and the last pic as well. klu bleh naikkn kaler hijau die, perghhhh~

;p

keep up!

musaf said...

xnak!!!!!

Bintang said...

boleh tak awak untuk aku rambutan ngan manggis tu.

cis, tunjuk foto je. mane tak terliur.

musaf said...

nk tunjuk cane. da bertukar rupa da. da jadi coklat2. hahaha~