- Bismillah -
HARI PERTAMA, 7/7/09
1 Pagi waktu ketika itu. Aku, Adam dan Tariq bertolak dari rumah aku. Menggunakan Guthree, aku masuk ke lebuh raya PLUS. Berhenti di R&R Tapah. Kemudian exit di Simpang Pulai untuk menghantar Adam pulang ke rumahnya di Ipoh.
Perjalanan di teruskan. Pelbagai topik menjadi perbincangan bagi mengelak rasa ingin tidur. Kawin? -.-'
Azan subuh. Kami tiba. Tok kelihatan sudah bersiap2 ingin ke masjid solat subuh. Aku dan Tariq berehat selepas sembahyang. Ngantuk.
Tengah hari itu, selepas sarapan. Tok bawa kami ke dusun. Tempat pertama yang memang aku nak pergi dan antara sebab utama kenapa aku ingin pulang ke kampung. Dusun Wan ini terletak di kaki gunung jerai. Agak besar. Cantik dengan permandangan yang sgt menarik.
Tengah hari itu kami sekadar pusing2 dusun. Tok menceritakan sedikit sebanyak keadaan dusun dan buah-buah yang ada. Peralatan semua ada di dalam rumah. Kunci diserahkan kepada Tariq. Dengan kata lain, untuk 2 hari ini, dusun ini kami yg punya. haha~
Selepas merasa beberapa buah. Aku hantar tok balik. Kemudian aku dan Tariq ke SP (Sungai Petani -.-'). Jalan-jalan ke UiTM Merbok. Usya anak dara kampung (haha) dan ke pusat bandar SP.
Memula ingat nak kemas2 dusun sket dan mula kait buah. Skali hujan daa. Jadi terpaksa la memula kan sesi BBQ awal sedikit. Memandangkan sikit je orang, xya la nk membazir duit beli jaring sume, pakai je ape yang ade. Survivior beb~
Waktu ketika itu baru jam 8 malam. Tapi suasana sangat gelap. Selain dari api arang dan lampu rumah, tiada lagi cahaya lain kelihatan. Sangat gelap gelita. Hujan pula makin lebat. Kilat sambar menyambar. Guruh berdentum garang. Aku mula menggigil. Tariq masih khusyuk membakar ayam. Aku masuk sebentar ke dalam rumah. Duduk di atas katil. "BANGGGGG!!!" tiba-tiba dentuman guruh yang sangat kuat. Keadaan yang terang menjadi gelap gelita langsung. Black out. Aku langsung tidak nampak apa, walau sedikit cahaya. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi semua dengan bunyi hujan sebagai latar belakang. Aku menelan air liur. Mata aku meliar. Seperti ada kelibat-kelibat berlari-lari. Aku kaget. Cuak. Seram-seram sejuk. Mungkin sekadar mainan mata dan fikiran. Tiba-tiba satu cahaya muncul dengan tiba-tiba. Aku terkejut. Ciss Tariq!
"Kat mana kotak fius?" soal Tariq
"Tepi dinding tu" aku jawab bersahaja
Lampu hidup semula. Dan episod blackout berulang hampir 6 kali lagi, setiap kali selepas bunyi guruh yang sangat kuat. Tapi pada masa itu, perasaan lapar lebih menguasai segalanya. Abaikan cahaya. Makan!!!!!!!!!!!!!
Selepas itu kami membuat keputusan untuk tidur di rumah Tok sahaja memandangkan keadaan pun da macam agak ......errr, banyak nyamuk (haha). Balik rumah cerita kat tok. Tok dan Wan gelak. Tok kata kami orang bandar, xbiasa. Sgt -.-'. Yeee laaaa...kitorang xbiasaa~
bersambung......
- Alhamdulillah -
3 comments:
hahaha musaf kecut tros!
keco...sape lagi penakut??? haish~
eleh kina. kat langat pon x brani. haha~
hek ele korang. gado2. budak bandar.
bandar.
ke bandaran.
byk sangat isap bau2 ekzos kete. tu yg cmtu tuh.
haha~
Post a Comment