- Bismillah -
Barc vs Man U mmg antara perlawanan yg tak dapat dilepas kan. AKu, Afif dan Mael semangat lagi siap pasang projector kat decoder astro untuk tayangan perdana yg lebih besar. Sbb TV kolej pun lbh kurang 30" je kot.
Tapi bila tiba jam 2.45 pagi, aku terbakar tgk gambar2 micro especially water drop kat satu group fb 'penang flickr'. So aku pun terus setup untuk ambil gambar waterdrop. Bola abaikan. Boleh download atau tgk kat youtube je nnt.
my humble little setup on a bed |
Suatu masa dahulu (tahun lepas) aku pergi cameron highland dan beli kaktus2 kecil yg dalam kotak tu. Jadi menggunakan kaktus2 kecil itu, aku titis kan air dan ambil lah gambar. Mula2 mcm biasa disaster jugaklah. Kemudian kaktus yg byk sgt bulu xjadi sgt. So tuka2 kaktus. Kemudian bermain dgn lighting dan angle.
Ok nak ambil macro ni exposure kne byk. Sbb makin kecil gambar kita ambil, atau makin zoom, exposure makin kurang. Lagi satu penting cahaya yg kuat adalah suapaya senang nk fokus. Lagi satu sbb mende2 macro ni susah nk fokus, biasa aku akan pakai aperture kecik utk besarkan DOF suapaya subjek yg nak di ambil adalah sharp, maka bila aperture kecil, exposure akan kurang. Jadi sbb itu aku letak lampu dekat dan menghala direct mcm tu. Dan aku juga pakai flash utk kasi lagi terang. Kemudian aku letak cawan konon2 nk reflect sikit cahaya dari belakang (walaupun mcm tade effect langsung). Kemudian untuk konon2 kreatif lagi, aku letakkan casing beg kain lense nikon di belakang waterdrop. Maka bawah inilah hasilnya setelah dekat sejam setengah jugaklah ber-eksperimentasi.
Tapi sbb mcm nk fokus lagi pada water drop yg bertulis NIKON, maka aku crop sedikit.
versi flickr~
AKu buat semua ini dari jam 230 pagi hingga 430 pagi. Sepatutnya aku tidur waktu ini. Ini lah akibat dah lama tak main kamera. Lagi2 semenjak tangkap gamba wedding. Rasa seronok ambil gambar orang. Lupa dah nk main mende2 mcm ni, yg suatu masa dahulu aku sgt menggilainya.
Oh nway next next week aku nak balik kedah. Adik aku nak bertunang. Ok jgn tanya bila aku nk bertunang pulak. Dan rasa dah lama sgt tak outing ambil gambar landscape mcm dulu. Tapi mmg kalau balik kampung kedah mmg aku tak miss keluar outing walaupun sorang2 terutama untuk ambil gambar sunset. Memang terbaik. Aku rasa so far gambar2 landscape ku yg lawa2 sume hasil dari Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Aku rasa aku patut buat satu album kat fb la untuk gambar2 SUngai Limau Dalam nih. Hmmm.
- Alhamdulillah -
5 comments:
buat mcm mana ni! *kagom*
Setup mcm yg telah di terangkan. Tapi kne ada macro filter atau macro lense lah. Kalau tak susah sket nak buat.
Mende lain kne ada air paip, tempat letak titisan air paip samada pokok kecil atau daun atau apa sahaja, cahaya yg byk samda lampu atau cahaya matahri.
Oh dan sedikit imaginasi dan kreativiti =]
nak ikot balik kedah
kak nadirah ke? ke wajihah?
Jom la ikut. Seryes nih. Jom lah.
Nadirah.
Post a Comment