- Bismillah -
Seperti yg di khabarkan dalam pos yg terdahulu, aku dapat job ini agak lambat. Lebih kurang 3/4 hari sebelum hari kejadian. Fadya adalah rakan medic. Hakimi (panggil Kimi je biasa) adalah senior di kolej yg sama tapi student Engineering. Kimi dah grad dan kerja da.
Sabtu di hari kejadian. Macam ada miss communication sikit. Aku igt tade majlis Nikah, TAPI RUPENYE ADA. AKu plan asal datang around 10 ke 11, masa pengantin siap2 biasanya. Tapi sbb rupenye ada majlis nikah, jadi majlis jam 10 dah mula. Penganting siap2 around jam 9. Dan aku pulak gerak jam 9. Kene pulak hari tu jammed! Ya Allah mmg menanges je dalam kereta. Si Rahim pulak buat hal, pun lambat. Kemudian kol2 tak angkat. Asal plan nk gerak sama. Jumpe kat rumah aku dulu. Tapi aku da sampai rumah, kol die tak angkat2. Pengantin dah bising. Aku dah cuak sgt da nih. Gelabah hbs. Jadi tampa fikir panjang terus aku pecut ke Port Klang. Arghhh jalan jem lagi. Sakitnya hati. Dan rasa sgt serba salah dgn penganting T_T.
Sampai2 je majlis nikah dah nak habis. Tapi nasib baik la dapat juga beberapa shoot. Haih. Dan disebabkan ini, aku bg satu custom album percuma kepada pengantin yg bernilai lbh kurang RM120. Kurang untung, tapi nak buat macam mana, salah sendiri juga tak confirkan betul2.
Untuk gambar selanjutnya macam biasa boleh lihat di http://www.facebook.com/musafirduniaphotography dan http://musafirdunia-photography.blogspot.com/. Gambar atas tu sebenanrnye adlah design untuk cover depan custom album nanti.
_______________________________________________
Cerita belakang2.
Al kisah selepas aku bg DVD berisi kandungankan softcopy gambar kepada Fadya. Pagi ini die mcm kritik gambar aku. Gambar tak lawa dan angle tak banyak. Pada mulanya aku gelak jugak. Tapi mcm makin lama makin serius. DIe kata die tunjuk juga kat sorang photographer lain dan di kritik hebat. Katanya candid aku tak kene lah. Gambar tak sharp lah. Tak byk main sudut la, byk gambar dari depan je. Aku ckp lah, lain photographer lain caranya. Masing2 ada style masing2. Sbb tu pentingnya kita survey dulu style mana kita berkenan. Kemudian aku mintak lah web photographer yg tgk gambar aku tu. Pastu die kata aku mcm perli2, dan die tak puas hati. Pastu die nk cancel album free tu, maksudnye die just kne byr murah je lah.
So aku pun kata takpe lah. Maaf lah kalau tak berpuas hati. Pastu aku ada ckp jugak, biasanya kebanyakan photographer akan hanya beri gambar yg ok je. Gambar yg tak berapa ok atau tak jadi mereka tak bg. Jadi jumlah gambar yg diberi biasa tak byk. Dalam 200-400 sahaja. Tapi aku, biasanya atleast 600. Biasa 1000. Baru2 ni yg aku ambil gambar Salmi sampai 2000. Dan aku jenis tak delete gambar. Aku bg je hampir semua gambar. Sebanyak mungkin gambar. Sbb nya bg aku rugi kalau xberi, moment kenduri atau majlis tu sekali je seumur hidup. Xboleh nak patah balik dah nak ambil gambar lain. Jadi ambil lah semua. Kalau die rasa irritate dgn gambar yg tak lawa pada pandangan die tu, delete je lah. Dan cube compare balik dgn gambar2 photographer lain. CUbe tgk balik gamba 'jadi' siapa yg lagi byk. Photographer mana yg lbh konsisten dalam menghsilkan gambar yg jadi. Sbb nya biasalah, dah shoot byk2 mestilah ada at least sikit gambar yg lawa. Jadi sbb aku bg hampir semua gambar, termasuk gambar yg mungkin bg die tak berapa nk jadi, maka sbb itu lah mungkin die rasa gambar xlawa.
Dan juga cakap, untuk kualiti seperti aku, aku adalah antara photographer yg termurah yg die boleh cari. Kadang2 photographer yg bayar seribu lebih pun gambar xkemana pun. Xtipu, boleh google dan tgk sendiri. Bagi aku dan Rahim, harga yg ktrg letak adlah bersesuai dgn skill dan peralatan yg kitaorang ada. Jadi kalau nk demand over2 tapi byr murah2 je, mmg nak kene la kan. Nak sgt gambar best2 pegi lah hire SN, pekej die paling rendah RM7600.
Lepas explain panjang lebar dekat 4/5 msg, die kata nk buat balik lah album. Haih. Sabarlah wahai diri~
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment