.

Wednesday, May 11, 2011

Panas dan Sejuk.

- Bismillah -


Aku mula2 igt bilik aku je panas. Tapi kemudian kawan2 aku bising. So tahu lah kolej aku panas. Skali dgr kawan2 di tempat lain juga dan nampak berita. Maka tahu lah aku rupanya satu semenanjung panas. Panas akibat pergerakan angin panas dari mana ntah. Akibatkan walaupun cuaca tidak terik atau waktu malam, haba yg terkumpul tetap merimaskan. Panas yg haba yg amat. Sampai setiap kali aku bangun tidur, baju basah kerana peluh. Kalau biasa pagi2 lepas subuh tak terus mandi, tak pun masuk toilet nak mandi tapi termenung lama sebab sejuk. Jadi biasa masukkan tangan dan kaki sikit2. Tapi skrg sblm subuh dah mandi. Dan takde tunggu2, terus nak masuk bawah shower dan macam taknak keluar2 dah.

Sampai satu tahap dah panas sgt, nak tidur pun tak lena, aku akhirnya nekad membasah lencun kan tshirt dan pakai tshirt basah tu. Kemudian baru tidur. Lantak la cadar basah. Janji selesa. Mula2 tidur memang nyenyak. Tapi aku bangun 4 jam kemudiannya, baju kering, malah aku berpeluh sedikit. Itu dia penangan haba dari negara mana ntah. Kalau malam2, aku saje masuk kereta dan lepak dalam kereta semata2 nak sejuk kan badan dengan aircond kereta. Tak pun saje drive pusing UM untuk sejukkan badan. Tempat lain ada aircond kat kolej nih adalah bilik study yg dimonopoli oleh kaum cina. Sgt membencikan. Siap da tinggalkan buku beg dan segala makanan botol air dan pakaian untuk cop tempat tu sepanjang sem. Agak2 lah tempat public kot. Ktrg da byk kali buat aduan tapi macam tiada kesudahan. Kemudian sbb panas juga, biasa sehari aku sampai minum 2 ke 3 air botol besar tu (1.5L). Kencing pun byk juga lah.

Itu cerita sewaktu di kolej dan kebiasaannya petang dan malam. Di waktu pagi dan tengah dari atau dengan kata lain sewaktu aku di hospital lain pula. Aku pun tak tahu kenapa, wad psychiatric sgt sgt sejuk. Mungkin supaya pesakit psychiatric berhabinasi kot, jadi duh diam2 dan tak ganas sgt. Sejuk sampai dah tak tahan dan kadang2 mcm nk menggigil.

Jadi bayang kan lah sejuk ekstrem panas ekstrem berulang2, rasa nak sakit je. Tapi nasib baik tak sakit. Dicampur pula aku skrg sgt sgt sibuk. Ok ini aku cerita kemudian. Ok nk sambung menyiapkan kerja2 yg sgt byk ini T_T.


- Alhamdulillah -

2 comments:

F. said...

Gambar kat atas tu kamu ambik ke? Comel!

Panas la jugak.. And betul panas yang merimaskan. Aritu gi Kuala Selangor tengok suhu cecah 40 darjah celcius..fuhhh

musaf said...

haha bukan. Gamba tenet. Sgt random >_<