- Bismillah -
Fuh akhirnya dapat menarik nafas dgn sedikit selesa selepas 2 minggu yg sgt sibuk. Bermula dari 2 minggu lepas bilamana aku ada wedding job pada hari sabtu (7/5/2011) di Port Klang. Ini pun last minute informed, pengantinnya adalah kawan medic aku. 4 hari sebelum hari kejadian baru die msg tanye boleh tak ambil gambar. Sbb xnak kecewakan membe sendiri, jadi ambil sahajalah tugasan itu. Dan mcm biasa mestilah sgt penat. Kene pula esoknya Ahad aku oncall. Isnin post call. Kemudian minggu itu aku oncall 4 kali lagi. Kemudian pada sabtu kedua (14/5/2011) aku ada wedding job lagi.
Ini Fadya dan Hakimi. Tahniah buat mereka berdua. Keduanya adalah student kolej aku. Fadya Medic dan Hakimi Engineering. Gamba derang yg lain2 aku belum upload lagi. Tgk lah esok lusa.
Wedding yg kedua ini mmg tak kenal langsung. Derang dapat tahu dari hasil carian di internet! >_< . Pengantinnya bernama Salmi. Derang dah book lama dah, sejak bulan 2 lagi. Book untuk dua2 kenduri sebelah perempuan (sabtu lepas) dan lelaki (sabtu akan datang ini).
Menjadikan keadaan lebih teruk, Aku biasanya menyiapkan gambar dan diberi kepada pelanggan dalam tempoh satu minggu, dan 2 minggu adalah maksimum. Jadi sebab nak bg gambar Fadya pada Isnin (semalam), maka aku sgt bertungkus lumus menyiapkan lebih kurang 1000 keping gambar. Dicampur dengan 4 kali oncall pada minggu lepas, dan Sabtu tu pula ada job lain lagi. Mmg sgt seksa dan penat. Ada 2 hari aku tak tidur untuk siapkan gambar. Kemudian Ahad nya pula aku oncall lagi. Nasib baik Isnin (semalam) selepas post call briefing dan ada tutorial sedikit dgn supervisor, selepas itu free sudah tiada kelas. Jadi aku bertungkus lumus siapkan gambar malam isnin, x tidur. Maka tgh hari semalam akhirnya aku dapat tidur dgn selesa dan sgt nyenyak. Malam nye pula ada kawan2 yg baik hati nak belanja makan besar =D.
Gambar Fadya sudah siap. Namun gambar salmi masih ada 2000 keping menunggu T_T. Tapi sbb kali ni mmg byk gambar, jadi aku sudah beri tahu pengantin siap2 yg gambar mungkin ambil masa 2 ke 3 minggu, sbb sgt byk. Minggu ini aku cuma ada 2 kali oncall sahaja. Ok lah kurang sikit berbanding minggu sebelumnya. Sabtu ini ada wedding job terakhir untuk bulan ini.
Oh td malam sedang aku dan kawan2 makan malam di luar, Salmi call. Die request supaya gambar2 perhiasan yg dibuat semasa majlis kenduri sabtu lepas di upload segara. Sbb makcik die nk tengok xsilap. Mungkin untuk persiapan kenduri belah lelaki sabtu akan datang ini. Jadi td aku kelang kabut balik dari makan terus membuat suntingan gambar2 yg di inginkan. Alhamdulillah da settle. Anda semua boleh lihat di FaceBookPage MusafirDunia Photography.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment